Assalamualaikum....
Ok, aritu ada membe opis tanya aku soklan ni "camna ampa bley kenal ngan laki ampa?". Sebab mungkin dia pelik aku asal dari Selangor, hubby pulak asal Kedah. Kenal kat mana ye??. Hihi, panjang cerita dia. Mang satu perkara yang tak disangka.
Aku kenal ngan hubby melalui chatting. Dulu masa aku study kat UTM tahun 1998, MIRC tu mang femes sangatlah. Asal pi lab, sementara nak buat assignment bleylah selam-selam minum air sket, hihihi. Firstly, aku chat ngan hubby dia guna nama betul dia "faizal". Saje je tangan ni gatal nak klik nama dia. Ada respon!. Biasalah kalau chat zaman dulu-dulu, mesti mintak email address ngan telefon umah pas abis chat tu. Takut tak bley nak contact balik pastu hihi. Dulu mana mampu lagi nak beli henfon. Mahal tu. Nak beli simcard pun beratus. Aku ingat lagi, aku beli simcard maxis harga dia RM199. Itu dulu ye. Nak beli pun kene kumpul duit sket-sket. Susah kan?. Sekarang ni je yang mewah, budak-budak skolah pun bley beli sendiri. Nombor Maxis tu aku guna sampai sekarang, ada dalam 11 tahun. Lama tu.
Ok, sambung balik citer pasal aku n hubby. Masa tahun 1998 tu aku kenal on-off je. Tak serius pun. Sebab dalam kepala ni aku takmo, dia dok kedah aku dok kl. Susah nak jumpe. Kalau jadi boyfren pun, tak bley nak ber'datting' selalu. Ishhh, payah ni. So, dalam masa yang sama aku kenal jugak ngan orang lain. Masa tahun 2000 tu terputus jap, sebab aku tak layan sangat. Yelah, chatting kan, kadang-kadang orang main tipu-tipu. Tak bley nak caya kan?. Member baik aku selalu pesan, "hati-hati berkawan, takut nanti kene tipu". Betul!, aku pegang kata-kata dia.
Selepas sentiasa frust bercinta. ...uwaaaa!!!. Agak sedih jugaklah. Ermmm, takdejodoh!.
Camne aku sambung balik hubungan ngan hubby?. Aku bagi kad raya kat hubby, sebab nak mintak maaf andaikata aku pernah menyakitkan hati dia. Masa aku bagi kad tu takde rase mengharap apa pun...hanya saja-saja je bagi. Tapi, disebabkan saja-saja bagi kad tu lah, kami ter'on' balik hubungan yang dah putus tu.
Alhamdulillah, mungkin memang antara kami ni 'ada jodoh'. Sape yang bley melawan takdir Tuhan kan?. So, bila dah bersatu balik, kami declare lah sebagai pasangan kekasih. Hahaha, masa dulu wajib tu tuk declare kalau dahde boyfren. Pastu bermulalah episod 'cintajarakjauh' antara kami. Tak bley nak jumpe selalu, tunggu dia turun kl baru bley jumpe, selebihnya telefon jelah.
Lama gak lah kami bercinta. Tapi dia bagitau jangan terlalu mengharap sangat sebab 'jauh' kan. Apa-apa je bley terjadi. Redha je lah. Alhamdulillah berkat kesabaran, kejujuran dan kesetiaan kami, akhirnya pada tahun 2004 kami bertunang, 2005 kami akad nikah, 2006 kami memperolehi cahaya mata pertama. Semoga ikatan antara kami akan berkekalan tuk selamanya.
Jauh bukan penghalang untuk 'bercinta', yang penting keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan yang lahir dari dalam hati.
slim sungguh aku masa ni....hubby pun sama...
5 comments:
cerita akak ni bagi semangat kat sy... sbb sy cinta jarak jauh sekarang... sy kat swak.. dia kat pahang... semoga ada jodoh kami...
sweettt nye kisah cinta dia..=)
moga terus kekal bahagia hingga ke syurga ye !
gitu ceritanya hihi.Tu la namanya jodoh.Saya pulak kenal hubby time saya masa tu semester 3 praktikal diPulau Pinang.Asben dah keja time tu.Masa tu ramai la yg tackle kononnya tp hati tersngkut kat asben.So abis belajar dpt keja di Penang selang sethn kami pun kawin.Dulu2 time sekolah nak kalau bole bf mesti org selangor gak tp jodoh org Kedah hihi.
nik kenala hubby nik kat friendster...hehe
kalau dah jodoh tu mmg tak kemana la.
Post a Comment