Assalamualaikum...
Ada pertanyaan dari seorang sahabat blog aku nama dia IntaNBerliaN. Nak tau soklan pe?. Ni dia :-
Besh tak duk SP (Sungai Petani, Kedah)????
Ok, ni jawapan dia :
First time aku jejakkan kaki di Sungai Petani, Kedah adalah pada tahun 2005, masa bertandang ke rumah pengantin lelaki. Lepas tu kejap-kejap je aku dok Sungai Petani sebab PJJ ngan husband. Start duduk sepenuhnya pada tahun 2008 sebab aku dapat tukar ke Penang. So, bermulalah episod aku duduk di perantauan yang jauh dari famili aku sendiri.
Erm...memula duduk tu, rasa gak cam tempat ni asing bagi aku. Sedih tu sedih gak sebab paling jauh aku duduk pun takat KL je. Tak penah pun jauh camni. Anak mak kan??? Yeke? Hehehe... tak kot. Cuma yang ada persamaan kat sini ada sawah padi gak, sama ngan kampung aku Tanjong Karang, Selangor. Lama gak aku amik masa tuk suaikan diri. Kawan pun takde sangat.
Kat opis pulak, majoriti diaorang adalah orang utara. So, macam biasalah bahasa perantara diaorang adalah bahasa utara. Firstly, mang payahlah. Nak bercakap pun cam susah bukan pe, bila aku cakap je, ada je yang ajuk cakap aku. Yelah aku bukan orang utara jadi takdelah loghat utara, yang ada loghat KL je. Kadang-kadang ada gak bahasa diaorang yang aku tak faham, kene tanyalah. Tak tanya tak taulah. Pernah gak terkecik ati ngan diaorang tapi, buat tak tau jelah. Mungkin cara diaorang mang camtu, kadang-kadang cakap pun main lepas je. Abaikan je lah.
Ok, sambung balik pada topik asal. Bila lama dah dok SP, aku makin serasi, semua pun ada kat sini. Jalan pun taklah sesak. Dulu aku cume tau jalan-jalan utama je. Tak tau pun rupanya SP ni banyak jalan shortcut. Hubby la ajar aku semua tu. Agak terorlah sekarang ni hehehe....suke!suke!
Disebabkan dah seronok dok SP, kami amik keputusan tuk beli rumah kat sini, sebab rumah kat sini agak berpatutan dan besar keluasannya. Maknanya mang akan terus bermastautin kat sini. Dah ada suami kenalah ikut suami. Betul tak?. Tak ikut derhaka kau...
4 tahun aku dok sini, banyak gak perubahan dia. Aku dah mula tau loghat utara. Kene amik tau gak sebab anak aku kan dah skola, so dia lagi cekap berbahasa utara. Pekat pulak tu loghat dia. Aku jadi janggal pulak bila jadi camtu. Tapi, bila balik Selangor aku akan tetap ngan loghat sanalah, ofkoslah, Tanjong Karang kan ramai jawa, mak aku pun cakap jawa, aku je jawa celop, faham tapi tak pandai sangat nak cakap.hehehe...
Ok, itulah jawapan aku pada soklan di atas tu. Sekian, terima kasih.
8 comments:
duduk mana2 pown samakan janji kita happy dn bahagia!
bila berpindah tempat baru... memang ambil masa nak sesuaikan dirikan kak...
sy dok dgn family jer...
utk masa akan datang tak tahulah...
kalau jodoh dgn org dekat... masih dekat ngan family lah...
kalau jodoh dgn org jauh... ikut suamilah jawapnya... :D
a'aa kt sp mmg byk jln short cut kan.. :-)
hubby awk keje mana yer? sy pas kawen thn 2009 terus duk sp :-)
IntaNBerlian : hubby keje kat armstrong, tikam batu.
ooo.. saya xtau tmpt tu.. hihii.. hubby tau la kot.. tp tikam batu tu tau la :-)
Myra pun dalam perancangan nak beli rumah dekat SP jugak ;)
heheee sebab harga rumah masih dalam kemampuan berbanding Penang
tak kisah la duk mana2 pun.asal dengan family kan :)
hye akak:D
hehe..best juga kan..sp pon ok rumah sana memang berbaloi..I`syaAllah kalau diizinka nti ceq pn blk ke arah sp juga.boleh la jumpa geng blogger SP ..hehe
jom baca n share
http://lobaksusue.blogspot.com/2012/07/ketahui-fadilat-dan-tatacara-wuduk.html
Post a Comment