Assalamualaikum....
Arini aku cuti sebab, kena pi amik darah ngan minum air gula lagi. Atleast kena minum air gula dua kali dalam tempoh 9 bulan, itupun kalau tak suspect kencing manis.
Appoinment pukul 8.00 pagi. Sampai je kat klinik mak aih! ramainya orang padahal tak pukul 8.00 pagi lagi. Sib baik bagitau kat bos nak cuti arini. Tak tau nak abis pukul berapa. Kalau nak pi ofis balik maunya pukul 1.00 petang baru sampai. Ha lah!, nak pi jeti lagi, nak naik feri lagi, pastu nak ligan bas lagi... mau basah jugak ketiak-ketiak aku ngan peluh.
So, arini aku angkut sekali Fawwaz pi klinik, malas nak suh kakak ipar jaga. Lagipun tak susah mana pun kalau bawak dia.
Setakat ni kalau kuar pi mana-mana aku still pakaikan pampers kat Fawwaz sebab tak tau lagi nak budget setakat mana dia bley tahan kencing sebelum sampai ke tempat yang sepatutnya.
Ntah camana arini dia kencing banyaklah pulak kat pampers. Sampai tembus kat seluar, dahlah aku tak bawak seluar spare, aku cuma bawak pampers satu je. Sebab selama ni pun tak penah pulak camni. Tak tersangkalah pulak. Issh, sudahnya si Fawwaz ni pakai baju ngan pampers je lah!.
Malu tak malu ko kena pakai jugaklah, dah takde pilihan lain. sebab ibu kena ada kat klinik ni sampai pukul 10.30pagi. Kan ke kena amik darah sebelum dan selepas minum air gula.
Pastu bila masuk je kat dalam kete tak bley duduklah sebab seat tu kan panas, kena cahaya matahari. Dia pulak pakai pampers je. Berdirilah sampai ke rumah, suh dok belakang takmo.
Sekian, Wassalam....
15 comments:
AKAK DULU MASA 9 BLN TETIBA ADA KENCING MANIS TERUS MINGGU KE 36 INDUCE BERSALIN.. DOKTOR KATA TAK NAK AMIK RISIKO ..
kesian fawwaz ye.. :)
haippp.. si kecik.. seluar manaaa.. heee
hehe sian fawwaz
Fawwaz dah berapa tahun..rania pon tak berenggang lagi dengan pampers..
take care yea HF, insha Allah
hehehe plan2lah T lama2 nanti bolehlah nak ber diapers free
dah bape tahun dah umur fawwaz.. :)
hehe.. itulah sesuatu x dijangka kan.. lya selalu spare selai baju asya dlm kete... sbb takut kes2 gini la..atau baju terkotor ke ..
hehe.. itulah sesuatu x dijangka kan.. lya selalu spare selai baju asya dlm kete... sbb takut kes2 gini la..atau baju terkotor ke ..
alahai cian fawwaz..pengajaran tu..len kali kena bwk la spare kan..
hiihihih...cian dia... sy sampai sekarang g mn2 still bawa bekal baju seluar tuk mia
la..ciannya. kena simpan dlm kete la pasni yati.
sabaq je la anak akak ni :)
akak keja sebelah pulau ke?
bab naik feri kemdian ligan bas.. hahaaa, teringat memori saya masa keja di penang dulu.suka balik kg hari minggu pastu balik ngam2 hari keja..mau tak terkejar2 :)
hahaha.mcm2 gaya la fawwaz ni kan.kelakar.sanggup berdiri tu.
Post a Comment