Assalamualaikum....
Alhamdulillah, beli dah buah kurma, hihihi... Orang kata kurma baik tuk ibu yang mengandung dan juga anak dalam kandungan. So, ingat nak amalkan sampai due bersalin nanti, ni pun dah dikira lambat sebab seeloknya masa mulal-mula mengandung aritu dah kena amalkan ni dah masuk trimester ketiga dah baru nak amalkan hihihi... takpe lah tak kisahlah, sebab aritu ada terbaca kat internet bahawa ;
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Selain tu jugak amalan memakan buah kurma juga boleh memudahkan proses bersalin, In Shaa Allah, dengan izin Allah. sebab buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan jugak selepas bersalin. Selepas bersalin ni banyak tuk beri kekuatan balik kat badan yang lemah masa tempoh bersalin tu.
Selamat beramal!
Sekian, Wassalam...
10 comments:
Bagus sgt2..kena amalkan la
suka sangat degan buah kurma. tak kira bulan tak posa pun wantie suka makan...
mmgbetul tu, nampak sedap sangt kurma ni dan byk khasiat lagi
Oh.. makan kurma mudahkan bersalin juga ye Yati. Itulah agaknya kakak tiga-tiga cepat aje bersalin tak ada yg lebih dari setengah jam.. Kakak dulu makan sebab nak mudah buang air besar doktor saran makan prune dan kurma itu yg kakak hari-hari memang makan banyak tau bukan 3-4 biji tapi semangkuk sebab kakak suka tak tahu. Sekarang rasanya tak bolehlah...
Bagus yati.perkongsian yang menarik untuk bakal2 ibu dan bapa jugak.selamat beramal ...
kena mula pada awal seeloknya kan..
ilmu ni.. sy simpan kemas2 ;)
dengan izinNya insyaallah....
amalkan selalu.umah akak mmg sntiasa ada stok kurma cuma akak je yg jarang2 makan.
smoga menjadi amalan semua, bukan setakat masa mengandung, tp setiap masa :)
ramadhan dh dekat....kurma mesti meriah
Post a Comment