Assalamualaikum...
Bertolak dari umah mak 20 April 2014 pukul 6.45 pagi. Terpaksa gak bawak sikecik kenit ni sebab sian pulak nak tinggal. So, bujang dua orang tu aku tinggal kat mak mintak jaga sampai petang.
Alhamdulillah perjalanan lancar pada pagi tu. Cuma biasalah jammed pagi isnin. Sampai JPA area pukul 8.40 pagi. Pi amik surat pertukaran pastu terus pi Kementerian Pengangkutan. Ingatkan i sorang je yang datang tuk lapor diri. Ropenya ramai juge. Adalah dalam 10 orang kot. Campur jawatan. Diaorang tempatkan kami semua kat library. Mang lamalah dok tunggu surat penempatan dari Kementerian. Ingatkan sebelum pukul 12 tengahari tu settle dah. Lajak juga sampai lunch hour. Adoiii... sian kat kecik kenit tu. Sib baik hubby kata tak banyak ragam. Baik je dia.
Pas lunch tu naik kementerian balik baru dapat surat. Kene pulak lapor diri kat JPJ. Sebelah bangunan kementerian ni je. Ingatkan kejap juga. Serupa gak. Lama. Nak dekat pukul 5 petang baru dapat surat. Mang tak larat menunggu. Naik kematu punggung aku.
Hajat dihati tu nak gak round putrajaya jap. Tapi hampa. Kuar je dari JPJ tu hujan punya lebat. Putih sampai tak nampak jalan. Takdelah picture kat situ. Sedih jugak. Erm, takpalah next time pulaklah.
Alhamdulillah, semua dah settle. Cuma nak lapor diri kat JPJ negeri jelah. Dalam suka ada duka pulak ye, sedihlah wei nak tinggalkan jabatan yang dah dekat enam tahun aku berkhidmat. Tapi apa kan daya demi kebahagiaan keluargaku yang tercinta. Terpaksa tukar jugaklah.
Eh, sib baik masa demam campak aritu tak banyak naik kat muka. Selamat. Kalau tak mau bintik-bintik muka aku.
Sekian, Wassalam...
7 comments:
muka licin putih bersih lagi..lege la..
All the best di tempat baru yer yati !
Kena demam campak ke...kalau tak cakap tak tau pun...sebab muka tu cantik jer....licin jer...
Baru minggu lepas Okje gi JPJ Putrajaya MF..
Oh Yati tukar jabatan ye. Tak kisah janji boleh bekerja dgn senang hati
Yelah nasib baik tak ke muka. Licin tu kakak tengok:)
Semoga segalanya dipermudahkan di ofis baru nti
alhamdulillah..mcm tahu2 je akak nak.lapor diri.itu x byk naik kat muka
Memang nampak licin muka akak, apa rahsianya..heheee :)
All the best ye kak :D
Post a Comment