Assalamualaikum...
Pas baik demam sebab nak tumbuh gigi aritu, sakit lain pulak mai. Masa tengah dok menyusu dia mang aku suka belek telinga dia. Dalam dok belek telinga sebelah kanan. "Pasai pa telinga dia ni berair?". Dok piker gak. "Berbau pulak tu...". Masuk air masa mandi umah pengasuh ke?. Bagitau kat hubby. Masa tu dah pukul 10.30malam. Hubby pun cam risau gak. Tak tau punca kan. Ish, lastly hubby kata, "siaplah... jom kita pi spital". So, siapkan anak-anak, pi gaklah malam tu. Sib baik tak lama mana nak tunggu tuk jumpa doktor.
Masuk-masuk tu, explain lah kat doktor yang telinga Hafiy ni berair. Pastu doktor tu pun checklah dalam telinga dia. Check suhu badan dia. Lastly, dia cam confuse. Tak tau nak kategorikan Hafiy ni sakit telinga sebab apa. Blur.... Hello... aku masa tu cam tak berapa nak puas ati gak ngan penerangan dia. Sepatutnya dia doktor, dia kena taulah sebab apa. Ni penjelasan yang kabur. Cuma dia bagi ubat titik ngan antibiotic je. Tu je??????. Takpe kita tunggu dan lihat.
Dua hari gak kami try ubat yang hospital tu bagi. Still sama dan dah merebak ke telinga sebelah kiri pulak. Ai... tak berkesan nampak!. Lastly hubby suggest tuk pi Klinik Pakar Kanak-Kanak Harcharan, Sungai Petani.
Pas balik keje ari Jumaat tu pi lah. Ramai pulak budak-budak yang tak sihat. Adalah dalam 20 minit tunggu. Masuk-masuk jumpa doktor tu. Bagitaulah telinga Hafiy ni dok berair. Berbau. Dia check. Senang je dia bagitau. "Telinga dia ni terkena jangkitan kuman". Doktor bagitau, kat mana-mana ada kuman. Cuma kita tak nampak. So, dia bagi ubat titik, ubat sakit telinga dan antibiotic.
Dua hari pastu, erm... makin elok dah. Takde cairan keluar kat telinga dia. Berkesan gak ubat dia. Selalu kalau anak sakit mang pi kat Klinik tu. Sat je elok. Serasi ngan ubat dia. Berkat kuasa Allah gak kan. Cuma aritu sebab dah lewat malam tu yang kami pi hospital.
Ni address klinik yang kami pi tu. Harga dia mang berpatutan dengan servis yang diberi.
Sekian, Wassalam...
7 comments:
ala siannyer.. moga dh ok yer !
ala cianya dia
kak...iman xboleh betol tgk baby skit.kesian sgt sebab dyorg xtau nak cakap bnd 2 sakit.berat mata memandag ni wlau iman xkwin ag.sebab iman keje klinik so tau sikit2 pasal ni
kalau kita tengok nampak mcm tak bape serious kan. dulu my abang jadi mcm ni la. pas lketak ubat okey bagai dah..
then masa umurnya 20 tahun gitu, dia masuk pertandingan tomoi. dah nakke final dah. last check up dorang detect yg masa kecik dulu telinga my abang ada pernah berair. so effect nye sampaike tua lah kan.
kalau teruskan jugak bertomoi, kalau terpukul kat telinga tu boleh sebabkan pekak.
moga hafiy sembuh sepenuhnya. risau tau
Mujur Yati & suami cepat bertindak. Kesian hero montel tu. Tengok mencebik tahan geli nak masuk ubat kat telinga.
Geramlah kakak tengok pipi Hafiy - gebus betul:)
moga cepat sembuh hendakNYA..
geram tengok dak dobot tu.. ;)
bahaya jugak kan. nasib cepat bertindak.sian hafiy.smga cpt sembuh ye..aamiin
Post a Comment