Assalamualaikum....
Nak share ngan korang antara petua sihat bagi ibu hamil ;
Hilangkan rasa loya
Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.
Kulit anak bersih
Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.
Inginkan anak berkulit cerah
Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.
Atasi rekahan kulit semasa hamil
Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.
Mudah bersalin
Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari.
sumber dari SINI
12 comments:
bagus petua nie
Assalamualaikum..gud entry haryati. :)
info yg bagus ni..hehe
kita mcm dah tak mengadung je...huhuhu...tp tingin nak bb lg.
kita mcm dah tak mengadung je...huhuhu...tp tingin nak bb lg.
owh.. adakah saya mengandung? kalau la mengandung lagi kan best. bior gamat satu rumah....
thanks sharing
gd sharing ni!
nice entry
ala, syoknya pregnant..nak jugakk.hehe
in sha allah akan amalkan nanti , oppss , hehehhe
gud info buat ibu2 mgndung
info yg bagus nih
Post a Comment