Assalamualaikum...
Oleh kerana hubby takmo makan nasik so, aku kena cari menu selain daripada nasik. Masaklah spageti, yang ni pun mudah jugak sebab aku beli je kuah dia yang kat dalam tin tu, cuma aku tambah sosej ngan ayam kisar je. Siap!. Bukannya malas tau, cuma nak kan makanan yang ringkas masa bukak pose dan takmo membazir ok.
Menu tambahan, cucur ubi kentang. Tak penah takde kalau weekend, sebab weekday aku bukak pose kat umah mak mertua aku, so aku tak masak lah, beli je. Weekend je aku masak tuk family. Alhamdulillah, tahun ni setiap kali hari cuti aku mesti masak tuk bukak pose. Adalah sikit peningkatan berbanding tahun lepas. Hihihi... mungkin sebab adanya meja makan baru kot...ahaks!.
Sup ayam semalam. Ada lebih, aku ratah sorang-sorang, buh pulak sambal kicap. Sodap!... Sayang nak buang, sebab tak basi lagi.
Budak ni makan tak ikut aturan, ikut suke dia, semua dia nak buh kat pinggan.
Budak ni pulak, makan sampai 3 kali tambah, sebab siang dia tak makan sangat. Dia makan biskut ngan minum air je. Konon puasa sekali lah. Bila bukak pose baru makan sunggug-sungguh!. Takpelah, ajar pose sket-sket.
11 comments:
Assalamualaikummm...pagi2 lagi dah tgk makanan...alahaiii nyaman je rasa kalau masuk tekak nie..astagfirullah.. :)
sedap tu, kalau KA wat spageti, kena tumis dulu bawang dan cili api tuk kuah tu dan baru campakkan yg len2 sayur + meat ball n sos pregio tu sebab anak2 suka yg pedas meletup (walaupun) namanyer spagetti hehehe
wah sedapnyaa..chik as pun lama tak wat spagheti..nyum..nyum..
Betul Ati... ajar anak puasa sikit-sikit. Tengok dia makan berselera suka kan:)
cucur ubi kentang?.. sedap ek.. macamna nak buat tu... xpnh tau plak ada cucur ni.. hihii
cucur tu menggoda sy kak... :D
CARBONARA ehh kak? wahh anak2 akak makan selera skali :DD
waouuuuu ... lezat nian ini makanan, kalau pas buka makan iko rasaonyo lemak nian....
saya suka itu makanan...sedap??
Terima kasih
Pagi tengok makanan tak per..
Ini dah petang tengok makanan..huhuhu
Selamat Hari Raya!!
cedapnya tgk ank2 suka mkn...
berselera anak2 makan.tu tanda masakan sedap la.
Post a Comment