Assalamualaikum...
Sepanjang seminggu ni mungkin penuh ngan cerita raya, korang jangan meluatlah ye. Tahun ni raya kat umah mak lagi kat Tanjong Karang, Selangor. Kalau ikutkan turn Tikam Batu, Kedah. Tapi, mak mertua baik hati suh kami balik Tanjong Karang. Ada hikmah jugak aku balik raya tahun ni sebab mak sorang-sorang je. Adik yang last tu kat umah mak mertua dia, kate je tahun ni raya kat umah mak, tapi sampai ke malam raya batang idung pun tak nampak. Takpe lah. Kakak ngan adik yang 2nd pulak tahun ni mang giliran umah mertua.
Bersyukur jugak sebab kami dapat gembirakan hati mak di pagi hari raya. Apatah lagi ngan kerenah anak-anak aku, yang macam-macam tu, meriahlah sikit. Kalau tak mesti mak sedih. Tu lah bila difikirkan balik, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan sebab DIA lebih mengetahui.
Macam biasa kalau hari raya mak mesti masak macam-macam, ada ketupat, rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah, ayam masak kicap, kuah kacang. Semua tu makanan kegemaran anak-anak dia.
Makku yang tersayang....
Ni je la gamba yang sempat kami amik di pagi raya sebab kami je yang ada, so tak banyaklah gamba.
Jom merempit di hari raya...merempit cara yang tersopan sekali ye...
Alhamdulillah tahun ni sempat jugak beraya ke rumah saudara mara yang terdekat, walaupun asik hujan je. Cuaca tak menentu kan?. Duit raya pun dah disumbangkan kat insan-insan yang terpilih hahaha...mestilah, yang dahde kerjaya sendiri tu aku tak bagilah, korang dah mampu nak sara diri sendiri. Bagilah peluang kat budak-budak, atleast dapatlah diaoarang kumpul duit raya.
10 comments:
Selamat hari raya Aidilfitri..
mesti mak gembira dapat beraya ngan anak2 kan ...
selamat hari raya kak..:)
amboi..merempit 2 bujang tu ye..:)
untung akak dpt mak mertua yg baik... dpt akak beraya dgn mak akak... kalau tak mesti mak akak sunyi beraya...
seronoklah raya tahu ni ye yati!
bertimbang rasa MIL haryati na.Wife adik ipar fahz pun org tg.karang gak.area sawah sempadan ea?lebih kurang la namanya.best tempat tu.cantik sgt2 suasananya. :)
Fahz: eh, sm kampung lah tu, yati pun swh sempadan jugak...hihi
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat akak sekeluarga..
Hari Jumaat ni jemput la ke rumah ye untuk open house :)
nasib baik yati beraya dgn mak kan... kalu x mmg sedihlah mak yati pagi raya..
Biasalah bila adik beradik ramai yang kahwin..tinggallah mak sorang2..
Nasib baik say tinggal satu negeri..boleh gak jenguk tiap2 minggu.
Kita pula macam mana bila dah tua nanti...hemmm
Promosi sikit……hehehe
Dijemput sertai segmen saya ini:
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html
bagusnya MIL yati.
yg dah keje buat pe bg duit raya.kat budak2 jea kita bg duit raya..ehehe
Post a Comment