Assalamualaikum...
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji
untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan.
Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di
tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran
satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka
berdua.
Cadangan ibu kepada Farish
iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima
dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan
bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap
Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana
mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash.
Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah
perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira.
Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan
mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan
lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit
dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi
sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk
mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula
menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak
ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok
wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari
pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau
takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta
mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik
tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina.
Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar.
Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di
dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali
kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba
awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu
okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah
lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan
kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan
apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
3 comments:
Best tak kak??? sy belum beli lagi...
bagi akak, besh la... tp tak tau la bg org lain, sbb kdg2 bila kita baca besh, org lain bc tak besh plak...so far ok la...layan
MMG LIKE CERITA DALAM NOVEL NI...
SEKARANG MENONTON DI SLOT ZEHRA SETIAP JUMAAT.. 9.00 MALAM
SUKA AR IZUL ISLAM JADI WATAK FIRASH...
TIZ ZAKIAH JD WATAK SAF
Post a Comment