Assalamualaikum...
Ok, entry "Jom Baca Novel" arini, aku nak share novel yang di tulis oleh Aleya Aneesa.
Tajuk dia "TERUS CINTAI AKU".
Ni sinopsis cerita dia yang aku amik dari ALAF 21
Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih
jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati
tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak
punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.
Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak
salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada
tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan
boleh diikat ikut suka.
Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi
permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari
penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju
dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia
persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita,
hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan?
Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.
2 comments:
hehehe...saya memang tak baca novel.si dia je yang baca.
ermmm...trima kasih la sebab tolong komen bagi pihak "si dia"...ye
Post a Comment