Assalamualaikum...
Bersambung ngan kisah jalan2 @ Melaka, abis p Muzium pagi tu. Petang kami p Zoo Melaka plak... ingat nak p awak sket tapi si kecik plak tido ngan lena skali. So, tunggu la dia bangun. Tunggu punye tunggu dah kul 4ptg. Time aku nak mandi n solat jamak air kat toilet plak takde, ade pun ciput je...issshhh camne ni. call la operator, dia kate 15 minit lagi baru ada air. Tak bley tunggu dah la, mandi ala kadar je la.
kuar hotel kul 5 lebih gak la...sampai kat Zoo Melaka, masa nak beli tiket tu dia bg tau tutup kul 6.30ptg. Sempat la nak berjalan tengok binatang. Pengunjung punye la ramai.
Ok, Jom layan gamba kami...
si kecik ni suke sgt tengok binatang, ambik gamba pun tak mau tengok dah...
ni kat dalam kurungan burung...
memerang yg sedang lena diulit kawan2nya...dah kenyang le tu...
budak2 yg sedang makan aiskrim...ada citer tau tentang 'aiskrim' ni. Nak tau pe dia. Tentang si penjual aiskrim yang takde budi bahasa. Firas nak aiskrim so, tengok la kat peti aiskrim tu, dah pilih aku bukak la...pastu Firas ni jap, nak yg tu, jap nak yg ni, dia tak tau nak pilih mana satu. si penjual aiskrim ni sound kat aku 'tutup dulu peti aiskrim ni, kalau nak pilih. Dah pilih baru amik, nanti masuk angin...'. Aku pun cam berangin semacam la, pasal pe plak, tak penah plak kat mana2 kedai orang sound camtu. Pe lagi aku jeling la kat penjual tu, nak berjual kene la baik budi bahasa. Ni tak, suka hati dia je nak sound orang, dah la mahal. Kalau tak kerana anak2 aku ni nak sgt2 aiskrim tu, tak hingin aku nak beli kat dia. Dah tu ambik duit pun kasar je...mang takde budi bahasa langsung la!!!
ok, ok...dah sudahhh...lupe kan dia... p/s : Budi Bahasa Budaya Kita.
Kuar dari Zoo tu kami p makan terus, tak tau pe nama kedai tu, ok gak la sedap. Ingatkan nak p jalan2 kat Jusco pastu tapi si kecik ni plak dah tertido, payah la, satgi mesti nak kene dukung. Tak larat weiii...so, hubby kate balik hotel jela...Sampai2 hotel je...membe aku iza yg dok kat Muar msg, bagitau yg dia otw ke Melaka... lama tu tak jumpe last jumpe 2002 kot masa interview kat Putrajaya. Lama tu, kalau dia msg awal sket je, confirm aku tunggu dia kat Dataran Pahlawan. Ni dah sampai hotel, hubby kate payah plak nak kuar balik ngan anak pun dah tido, so terpakse la aku 'terkilan' sbb tak dapat jumpe membe la ni. Errmm lain kali la iza kita jumpe k.
ok habis sudah jalan-jalan di Melaka, soknye kami nak balik dah babai Melaka. Next time kalau ada rezki lebih lagi kami mai pulak ok...
2 comments:
wah..bestnya pi melaka.lama dah tak pi melaka.rindu pulak kat melaka ni :)
p la nik, yati pun 1st time p aritu, mang best cam nak p lagi, bandar dia mang bersih.
Post a Comment