Salam Jumaat semua,
Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit
atau perbelanjaan yang banyak.
Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian
yang menelan perbelanjaan yang besar.
Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak
istimewa sepanjang tahun,
barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang
dibuat di hotel lima bintang
tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu.
Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah
perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Dekatilah anak-anak dengan cara ;
Ucapkan kata-kata sayang terutama dikala dia sedih.
Tunjukkan yang anda gembira bila berjumpa dengannya
Perhati dan akui perkara-perkara yang baik yang dilakukannya
Dengarkan kata-katanya
Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Tunjukkan minat dengan apa yang diusahakan
jom kita praktikkan, mesti ada hasil dia kan.
No comments:
Post a Comment