Assalamualaikum....
Last thursday adalah hari yang agak sayu dah sedih jugaklah. Sebab Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan En. Meor Hamzah akan bertukar ke Kementerian Kesihatan. Dia dapat memangku 44 so, berakhir sudah kepimpinan dia disini. First masa aku masuk ke jabatan aku ni dia baru masuk jugak. Dia mang PTD fresh masa tu. Orang kata agak gila kuasa jugaklah. Ramai orang yang tak suka ngan dia, tak dia buat boo layan je, sebab apa yang dia buat semua ada dalam GO. So what???. Nak pertikai?. Hihihi. Tapi itu dulu, sekarang still sama jugak tapi dia ada budi bicara takdelah terlalu tegas cam mula-mula dia masuk dulu.
Selama aku berkhidmat disini, dia memang cikgu aku. Banyak sungguh ilmu yang dia bagi kat anak buah dia. Mang tak terkira. Kadang-kadang kalau dia bagi tugasan tuk aku buat, mang renyah. Tapi bila difikirkan balik. Sebenarnya kita belajar sesuatu yang baru. Bukan setakat benda yang selalu berlaku. Itu mang kita tau nak selesaikan camna kan?. Tapi, bila ada benda baru... oh... baru terpikir, kena buat camni rupanya. Cuma nak ngan taknak je nak buat apa yang dia suruh. Aku keje dulu masa tahun 2008 mang bermula ngan zero. Atas bimbingan dia jugak aku boleh tau serba sikit pasal servis. Dia mang tak kedekut ilmu. Tanya jelah apa pun soalan ngan dia, confirm dia boleh jawap. Dia takkan kata tak tau. Camana sekalipun dia akan tolong jugak.
Tak dinafikan dia mang cerdik. Dia selalu fikir kedepan. Lagi satu dia mang bos yang sempoi. Bahasa ang, aku je ngan kitaorang. Nampak tak, dari segi hubungan antara bos ngan pekerja. Cam kawan je kan. Takdelah rasa cam formal sangat. Tapi respect tetap kena respect as a boss. Berkat tunjuk ajar dia jugaklah aku lulus peperiksaan kenaikan pangkat aritu. Terima kasih yang tak terhingga sebab sudi nak ajar anak buah dia wat ulangkaji. Budi dia mang tak kan terbalas. Cuma apa yang dia dah ajar akan aku ingat dan praktikkan sampai bila-bila. Mang terasa akan kehilangan bos yang selama ni menjadi tonggak utama kat ofis. Waaa... sapa pulak yang akan menggantikan dia.?. Semoga siapapun yang akan menggantikan tempat dia adalah yang sama baik dan tak kedekut ilmu cam En. Meor gaklah. In Shaa Allah.
Apapun setiap orang ada impian tuk lebih berjaya dalam kerjaya kan. Kalau ada peluang yang terbaik haruslah tak dilepaskan peluang tu kan?. Semoga aku pun akan dapat peluang itu jugak. In Shaa Allah, kalau mang dah tertulis. Amin...
Di hari yang sama kat unit UKP, Puan Azizah @ Kak Zah pun bertukar gak atas jawatan yang sama. Dia dapat kat Cheras sebab husband dia keje kat sana. Lama dah asik dok PJJ. Sian gak. Paham sangat perasaan orang yang PJJ. Dia kadang-kadang gila jugak. Hahaha... otak mereng tapi apapun dia pun besh jugak. Selalu terhibur ngan celoteh dia. Semoga dia berbahagia bersama suami dan anak-anak yang tersayang.
En. Meor Hamzah yang pakai baju kaler merah tu. Yang chubby tu.
Jamuan yang sederhana dari UKP, sebab pagi tu dahde jamuan besar dari jabatan sendiri.
Kak Zah dapat hadiah tudung Fareeda. Kelaaasss kau. Hepi tak terkata.
Harapan : Semoga En. Meor Hamzah dan Pn. Azizah akan terus berjaya dimana jua berada. Jan sesekali dilupa kenangan selama bersama-sama di UKP.
Sekian, Wassalam...
p/s: ..... In Shaa Allah pasni aku pulak yang akan menyusul.......
4 comments:
jasa mu dikenang tlyra hf :)
semoga ukhwah y terjalin berkekalan..
tudung fareeda tu..wow
hubungan tu mcm kengkawan je dia cakap kan... cam xda batas antara boss n org bawah.. tu yg buat kita sedih kan
tgk gambar last tu. tinggi nyer yati dr yg lain..hehe
Post a Comment