Assalamualaikum....
Tahun ni Firas 8 tahun dah, maka naik darjah dua la ye. Still kelas yang sama Dua Dedikasi. Tak tukar kelas pun. Dalam kelas dia perempuan lagi ramai dari lelaki. Lelaki lapan orang je. Tahun ni dia sekolah sesi petang.
Macam lagi rajin pulak dia, sebab takyah bangun pagi-pagi nak bersiap tuk pi sekolah. Aku pun takdelah kalut kalau pagi-pagi nak pi keje. Kalau dia sekolah sesi pagi kui 5.00 pagi aku dah kena bangun, bersiap terus. Sementara nak tunggu solat subuh kejut Firas tuk mandi pulak. Memang agak kalut jugaklah. Kui 6.20 pagi mang dah nak kena kuar umah.
Alhamdulillah tahun ni dia sekolah sesi petang. Hari khamis lepas, sian betul kat Firas. Duit belanja dia tertinggal kat dalam kelas. Kelas pulak kalau time rehat cikgu kunci. Dia bagitau dah beratur nak beli makan dah bila check kat poket duit takde. Tak makanlah. Dok tengok kawan-kawan dia makan. Aduiii... siannya, bila dia citer camtu, cam nak nangis pulak aku dengar. Lupa nak pesan kat dia, amik duit yang ayah buh dalam beg skola tu. Make sure pasni tak jadi lagi kat dia.
Sekian, Wassalam...
8 comments:
belajar rajin2
uiks.. dah besar anak...
Alahai...napenya cikgu kunci pintu clas time rehat? Klau ada bdak tetinggl btol air ke...bekal ke...mcm kes firas ni ke...kan kesian bdak2 ni...
alahai siannya kat firas. kena ingatkan selalu tu kak..
Naiim dah beberapa kali jadi cenggini. tertinggal duit dalam kelas la.. duit hilang la..
sib baik baby sitter bekalkan dengan makanan kat dia even kami bagi duit poket pun.
selamat bersekolah dik!! belajar rerajin ye.. =)
Firas sebaya dgn adik sy yg bongsu
belajar rajin-rajin dik :) segak :)
Post a Comment