Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah tiga kali aku buat ujian Pap Smear. Semuanya pas aku bersalinkan ketiga-tiga anak aku. Korang camne? Sama jugak ke?. Penting tau ujian ni. Jan amik remeh. Sebab apa yang terjadi kat dalam kita tak tau. Kalau kat luar kita nampaklah.
Apa itu ujian PAP SMEAR?
Ia merupakan satu ujian untuk memeriksa kesihatan servik. Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser. Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian. Tidak perlu ubat bius dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
Alhamdulillah tak sakit pun setakat yang aku pernah buat ujian ni. Cuma masa nak buat ujian tu kena relaks je.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20-65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenarnya berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
Doktor atau jururawat akan memasukkan
alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut
supaya servik boleh dilihat. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang
kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik
360o) untuk mengambil sedikit sel. Sampel ini disapu di atas slaid dan
dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran
akan dibuat. Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
Di semua klinik dan hospital kerajaan
Di klinik/hospital swasta
Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
·
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
·
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
Rawatan susulan
Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
Kurang menyakitkan.
Sesetengah orang merasa tidak selesa.
Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
sumber SINI
Sekian, Wassalam...
8 comments:
Good info... :-)
perkongsian yang sangat jelas
Alamak! baru sekali pegi periksa...huhu
masa saya buat haritu dia masukkan bukan yg macam kayu tu tapi dia macam bentuk muncung itik tu.. tak sakit pun kan.
Info yg bagus kpd bakal2 ibu..
Suami pun ambil tahu pasal ujian ini...
nice info..tak pernah buat lg..hope xsakit la..hehe
du kali dah ... haritu selepas setahun ujian tu depa call suruh buat lagi... pastu cakaplah haritu dah buat... haritu tu dah setahun kak kena buat tiap2 tahun..
oo ye ke... hehehe
masatu piriot so takleh nak pi lah...
kebetulan kat klinik tu ada nurse khas untuk pap smea mai.. tu yg depa call untuk datang buat ujian tu..
Post a Comment