Assalamualaikum....
Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak pasti bersetuju masalah gaduh di kalangan anak-anak adalah perkara normal. Sepanjang tumbesaran, bergaduh adalah sebahagian daripada proses mereka membesar.
Memang setuju sangat, kadang elok, kadang tak elok. Kalau dah bergaduh tu nanti mulalah dok tumbuk-tumbuk, tarik rambut (hero dua-dua biasalah). Pastu satgi dua-dua nangis terjerit-jerit. Adoyaiiii....poning omak kau ni...
Pendek kata memang pening kepala
papa dan mama dengan kerenah bergaduh anak-anak. Tetapi bila datang angin baik,
macam tidak boleh berenggang mereka bersama-sama. Apa kata kita, kaji apa punca
anak-anak suka bergaduh.
Kalau angin elok memang bley pulak sama-sama main, sama-sama baca buku, kaler buku. Berlakon jadi ayah ngan anak.
Mengapa
bergaduh?
Seorang anak berasa tidak mendapat
perhatian seperti mana adik-beradik lain.
Anak berasa dibebankan dengan
banyak tanggungjawab berbanding adik-beradik lain.
Fasa pembesaran mempengaruhi sikap
mereka terhadap orang lain.
Anak-anak berasa bosan, penat atau
lapar dan menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.
Bagaimana
tangani pergaduhan
Jangan memihak dan terbabit dalam
pergaduhan anak-anak kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan
fizikal.
Selalu apa yang aku buat mang dua-dua kena bubuh (nasihat). Tak kiralah sapa yang mula dulu. Tak adil kalau memihak pada sorang je, seolah-olah yang sorang lagi tu dah rasa cam dia menang dalam pergaduhan tu. Rasa puas ati, bila yang sorang ni kena marah atau nasihat.
Hati-hati dengan anak yang suka
mengadu. Mungkin apa yang diadunya betul atau tidak. Mendengar sebelah pihak
hanya menyelesaikan perkara itu sekejap sahaja sebelum mereka bergaduh semula.
Betul kena dengar dari kedua-dua belah pihak.
Jangan buat perbandingan siapa yang
lebih baik dan sebaliknya.
Setuju, selalu aku akan kata, "abang ngan adik kan budak baik, tak bley lah gaduh-gaduh nanti ibu tak sayang".
Setuju, selalu aku akan kata, "abang ngan adik kan budak baik, tak bley lah gaduh-gaduh nanti ibu tak sayang".
Luangkan masa berkualiti dengan
anak-anak.
Yang ni bley rapatkan lagi ikatan antara kita ngan anak-anak kita, kadang-kadang diaorang pun nak perhatian yang lebih gak.
Yang ni bley rapatkan lagi ikatan antara kita ngan anak-anak kita, kadang-kadang diaorang pun nak perhatian yang lebih gak.
Ajar anak saling bermaafan selepas
bergaduh.
Dah ajar lama dah kat anak-anak, selalu kalau nak main sama-sama balik, mesti kena mintak maaf balik. Kalau gaduh pun tak lama mana berapa minit je, pastu ok balik.
Nasihat dengan baik mengapa tidak boleh
bergaduh dan apa kesannya jika bergaduh. Jika anak-anak bergaduh, cuba leraikan
dengan baik, jangan tengking atau membebel.
Selalu dok nasihat sebab kadang-kadang diaorang ni cepat lupa. Berbuih pun berbuihlah mulut ni asalkan lama-lama nanti semua nasihat tu lekat dalam ingatan diaorang.
sumber : PAMA
Selalu dok nasihat sebab kadang-kadang diaorang ni cepat lupa. Berbuih pun berbuihlah mulut ni asalkan lama-lama nanti semua nasihat tu lekat dalam ingatan diaorang.
Sekian, Wassalam...
sumber : PAMA
11 comments:
tips bagus nih...ank2 sy memg suke gado..time bik kemain lg
nice info...kadang nasihat pun x jalan...sabar je lah..
smpi thap malas nak layan...ko gaduh la...kang kjap nnti...baik lah diaorng...hehehe...penat kadang nak layan kan...
ya memang betul. kalau dah bergaduh semua kena. sama la macam mak wantie dulu ni. sorang start semua kena tibai. so lepas tu ingat la kejap kan. tak de la bergaduh. ps lelama lupa bergaduh lagi. hahahaha...
thanks kongsi pasal ni... blh guna ni :)
bab ni memang menguji diri kita kan..
gud parenting tips! lg2 kalau anak2 semua lelaki.. lg haru... hehehe
Salam kak.. iklan kat tengah?.. kesilapan teknikal . nak ubah header tadi, last-last terdelete.. hikhik
Betul tu HF ....sama le ...anak okje yg pompuan ni pun sama, asyik bergaduh memanjang ...
Bagus jugak tips awak tu HF
bagus tip ni
in shaa Allah
tq for sharing..
asya xde adik beradik..jd klo bgaduh pon dgn mamapapa dia je la
tips yang baik ni. boleh apply kat anak2 yea.
Post a Comment