Assalamualaikum....
Alhamdulillah dah sampai Ramadhan ke 8 ye umat islam berpuasa,
Tapi bagi aku yang masih dalam tempoh berpantang, rugi pulak bila tak dapat join sekali puasa kali ni,
Apapun puasa tetap kena ganti kan.....?,
Alhamdulillah jugak Firas dapat melaksanakan puasa dengan baik,
Walaupun baru 7 tahun, dia dapat menahan lapar ngan dahaga tu,
Terkejut jugak aku sebenarnya, sebab tak sangka yang dia boleh jugak puasa sampai ke petang,
Adalah masa hari pertama ngan kedua tu tak sampai waktu berbuka lagi dia dah tak tahan,
So, bagi dia bukak pose area kul 7 petang tu, berdosakan paksa anak puasa kalau dia dah tak larat, lagipun baru ajar dia puasa dengan betul-betul tahun ni.
Kagum jugak ngan hubby sebab dia dapat uruskan semuanya tanpa bantuan aku,
Bab-bab bukak puasa ngan sahur mang hubby yang handle,
Termasuk ngan juadah bukak puasa, mang ku serah abis kat dia,
Bangun tuk sahur pagi pun Firas tak liat nak bangun, bila ayah dia kejut, cepat je dia bangun,
Dia tau nak puasa kena bangun sahur. Bila dah berbuka puasa tu aku tanya kat Firas "best tak puasa?". Dia kata "best". Nampaklah kat muka dia, yag dia puas hati bila dapat bukak puasa pas sehari berpuasa.
Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dikala aku dalam tempoh berpantang.
Sekian, Wassalam.....
18 comments:
bagus dari kecik2
Tahniah Firas ;) Semoga terus bersemangat hingga akhirnya :)
Lama tak singgah sini tau2 akak dah bersalin ye ;) Tahniah :D
takpe firas kalau tak tahan lapar bole la buka awal tau.Bagus firas ni tak susahkan mak ayah.Jaga adik tau
slmt berpantang yati,
baguslah firas dh mula puasa
xpelah perlahan2 yati adik pun masa 5 tahun puasa separuh2 je, dah 6 tahun baru puasa penuh, tahun ni setakat ni alhamdulillah, yg penting kita kena bagi sokongan dan bukan paksaan !
Siapa yg jaga Yati berpantang? Tunjuklah baby kakak dah tak sabar hihi..
Tahniah buat Firas. Auntie sayang budak baik macam Firas ni. Moga terus kuat ye sayang.
bagus lah tu :) bila dah besar blh bawa mom and dad pegi mekah ye firas :)
Bagus Firas. good boy. cam ni la kalau nak jadi lelaki sejati. Lelaki sejati mesti kena rajin puasa. baru machoo...
Alhamdulillah, bagus Firas ni :)
Tahniah buat Firas dan ibubapanya yang berjaya mendidik anaknya!!
ada ngupa imam muda. selamat berpuasa firas...
SAMALAH DENGAN ANAK BUI SI FIRHAN TU..ALHAMDULILLAH,SETAKAT NI DIA BELUM BUANG PUASA LAGI..PALING GELI HATI MASA BERSAHUR TU,BOLEH DIA TIDUR SAMBIL MAKAN..HAHAHA
akak dh bersalin ka?thniah ya ;-)//
takpe kak.. slow2 latih dia berpuasa.. tak boleh nak paksa sangat kan.. kecik lagi..
bagusnye die...alhamdulillah kan...bagus didik anak anak dr kecik berpose
Bagus sgt firas.. Syukur semuanya dipermudahkan walaupun ibu berpantang kan.
bagusnya.. saya dl kecik2 umur 9 kot baru puasa penuh..haha..
tahniah tuk abang firas
Post a Comment