Assalamualaikum....
gambar sekadar hiasan.....hihi
Alhamdulillah, Fawwaz dah tak pakai diapers dah. Hihihi. Aku buat camana?. Firstly, bila diapers tu dah abis. Aku tunjukkan plastik diapers tu kat dia. "Adik, pampers adik abis dah tau....". So, dia tau dah la yang ibu dia tak beli pampers lagi.
Pastu bila tiap kali dia minum nenen, dia mesti suh aku buh diapers kat dia. Bila dia kata je "ibu dik nak pakai pampers la....". Aku pun pura-pura terkejut. "Alamak, ibu lupa lah nak beli pampers, awat adik tak peringat kat ibu?". "Alaaa.... dik pun lupalah". Janjilah tipu-tipu ngan dia, bagitau, "sok je lah kita pi beli ye....".
So, sampai ke hari ni dia dah lupa dengan "DIAPERS" dia tu. Malam pun tak pakai dah. Ada gak satu malam tu dia terlajak kencing kat tilam. Takpe, baru nak belajar kan. Ibu ngan ayah tak marahlah!. Dia pun lupa kot yang dia hanya pakai seluar je.
Pas dari hari tu tiap kali tido malam kalau dia terjaga, aku mesti tanya, samada dia nak kencing atau tak. Kalau dia dok mengamuk tak bley tido tu, aku tau dah dia mesti nak kencing. Mang remeh sket dan tido kita pun terganggu tapi demi tuk ajar dia free diapers kena usahalah. Kalau tak sampai bila nak ajar dia.
Kuar berjalan pun tak pakai diapers jugak, ada satu aritu aku bley lupa pulak yang dia tak pakai diapers dah. Lupa nak tanya, dia nak kencing ke tak?. Bila dah ralit main ngan sepupu-sepupu dia. Terkencing dalam seluar pulak. Hihihi..... yang dia ni pun jenis kalau dah main tak ingat apa dah. Tu yang payah.
Masa abang dia dulu (Firas). Sangat-sangat senang ajar tuk free diapers. Masa tu Firas umur 3 tahun gak. Setakat dia free diapers tu, tak pernah pulak dia kencing kat tilam. Kalau dia nak kencing dia mesti kejut aku bangun. Tu lah lain anak, lain pulak caranya ye....
Sekian, Wassalam....
15 comments:
Moning sis
mula2 je..nnt lama2 ok.akak suka gamabr tu.cantik sgt
Tapi kira dah berjaya juga ni Yati. Tak lama adik pun free juga sebab dah nak dapat adik dia pun pandai juga dah nak jadi abang...
best nyer. kecik pun dah tak diapers.
Dulu si Amirul umur nakmasuk 6 tahun baru stop diapers.
Siap beli tilam angin tu tuk dia tido. tak larat nak basuh tilam . Bila dia basah memalam baru dia tau. kalaunak kencing kena bangun. hahahaha..
alahai comelnya abg2 yg nk dpt adik ni.hehe
ANAK2 BUI KALAU SIANG X PERNAH LAGI TERKENCING DLM SELUAR TP KALAU MALAM,ADALAH SEKALI SEKALA..HUHU
betoi lain anak lain peranginyer..tu baru dua orangkan.. kalau anak sepuluh pening..
anak akak yang sulung senang yang keduani payah nak free diapers...
Fawwaz good boy :)
Alah bisa tegal biasa kan kak :D
tak pa la pelan2 kan.
kalau dulu orang tua2 suka suruh amik patung pastu kasik gigit kat pusat
*jom sama2 doakan buat adik ina intanberlian
selamat...dh tak payah beli lampin..nnt beli yg new born saja..ehe...
pelan2 lah yati !
semoga berjayalah hendaknya....
lain anak lain kerenahnya kan?..hehehe :)
waa..bgus..seusia 3 thn dh free diapers waktu mlm..klo siang tu maybe ramai y ok..klo tang mlm..biasa rmai y tbabas kan
lain anak lain citernyer kan. tapi ok la. sekurangnya dia tak mintak nak pakai kan..hehe
Post a Comment