Masa ni aku mengandungkan Firas 9 bulan
Selepas melalui pembedahan caesarean di kelahiran pertama, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang.
Impian melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang dikandung.
Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian kalinya.
Syukur alhamdulillah, aku selamat bersalin secara VBAC untuk 2nd baby. Masa 1st dulu caesarean sebab baby songsang, kepala dia duk kat atas, punggung kat bawah. 1stly doctor suruh gak bersalin biasa, tapi aku takmo amik risiko, sebab takut nanti tak boleh nak bersalin normal, kene caesarean plak, baik secara caesarean terus. Tak yah susah-susah.Impian melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang dikandung.
Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian kalinya.
Malah, pada masa kini kebanyakan doktor mengesyorkan kelahiran normal selepas pembedahan caesarean sekiranya beberapa aspek penting tertentu dipenuhi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk berusaha ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan anda sebelum mengambil sebarang keputusan.
Masa pregnant yang 2nd (8 bulan) jumpe doktor pakar gak, tuk sahkan boleh bersalin normal atau tak. Doktor kata boleh je...takde masalah. Alhamdulillah....kalau boleh mang takmo caesarean dah, cukup la sekali tu je...
Lazimnya, masih selamat untuk anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.
Walau bagaimanapun, VBAC tidak sama sekali disyorkan kepada anda yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean. VBAC boleh dicuba sekiranya :
1. Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi daripada pembedahan caesarean terdahulu.
2. Punca pembedahan terdahulu tidak berlaku dalam kehamilan terkini, Contohnya seperti bayi besar, tekanan darah tinggi dan diabetes.
3. Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti komplikasi placenta praevia (uri bawah).
4. Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal.
5. Pelvis bersaiz normal.
Kebaikan VBAC
Sesungguhnya terdapat banyak kelebihannya jika anda memilih bersalin secara normal.
1. Jalin Ikatan Dengan Bayi
Anda berupaya untuk menjalinkan hubungan dengan bayi baru lahir lebih awal. Ini dapat dilakukan apabila anda boleh terus memegang bayi selepas melahirkannya berbanding pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahiran. Menyusukan bayi selepas melahirkannya secara normal lebih senang kerana anda tidak perlu menanggung kesakitan di bahagian jahitan pembedahan.
Setuju sebab aku rase semua tu, kalau caesarean amik masa sket nak bg susu badan sebab pas pembedahan diaorang suh rehat dulu. Masa aku dulu pembedahan petang kul 5.00, so aku hanya boleh susukan firas sok pagi tu. Sian kan kat baby?. Tapi kalau bersalin normal, pas bersalin tu dah boleh susukan dah...besh kan???
2. Lebih Selamat
VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.
Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas VBAC. Tempoh yang lebih pendek di hospital membolehkan anda menghabiskan lebih banyak masa menjalani rutin penyembuhan di rumah. Dalam pada masa yang sama juga, anda mampu untuk mengembalikan tenaga dan stamina dengan lebih cepat disebabkan kurangnya kesakitan yang dialami selepas melahirkan.
Masa aku dulu 5 hari dok kat hospital, mau giler rasenye sebab aku tak suke dok kat hospital. Tak tau pasal pe...mang tak suke la... dalam kepala ni "nak balik, nak balik..."
4. Kurang Komplikasi
Dengan VBAC, anda dapat mencegah daripada berlakunya komplikasi tumpah darah yang banyak, darah beku di kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.
5. Elakkan Pertambahan Parut
Pertambahan parut pada bahagian rahim kesan daripada pembedahan caesarean dapat dihindari dengan VBAC. Aspek ini sangat penting bagi membolehkan anda merancang untuk menambah bilangan anak. Hal ini kerana semakin banyak parut pada rahim, semakin tinggi risiko untuk bersalin di kelahiran seterusnya.
6. Bayi Turut Mendapat Manfaat
Kelebihannya dapat dirasai oleh bayi apabila dia kurang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, kurang masalah pernafasan selepas lahir dan paling penting kurang berisiko untuk menghadapi kematian.
7. Kurang Mahal
Prosedur VBAC adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang. Hal ini kerana kosnya jauh lebih murah.
20 comments:
boleh share brape jarak dari your first pregnancy and the second one?
terima kasih :)
jarak 1st baby ngan 2nd baby dalam 4tahun gak la. Tapi doktor penah kate jarak 2 tahun lbh pun dh bley pregnant klu nak, masa tu sy tak berani lagi, sbb masih rase lagi bekas2 operate tu.
salam... saya nak tanya, camana doc boleh sahkan yg puan boleh bersalin normal? Sy nak tau mcam mana yg dikatakan sz pelvis yang x normal tu? TQ
wsalam, masa 2nd pregnant dulu doktor check saiz tulang punggung, samada bley bersalin normal atau tak... yang saiz pelvis tak normal tu sy tak taulah camne nak jwb.
sy pun pelik jugak sbb ms 1st time bersalin caesarean dulu doktor pakar HKL mang bgtau, klu pasni pregnant lg mang kene caesarean jugak sbb tulang punggung kecik, tp kuasa Tuhan kan...apa2 je bley...alhamdulillah bley normal.
First baby u bersalin kat HKL kan..2nd baby bersalin kat mane?biasanye zaman skang doktor nk cepat jer..laju je nk caesar..my first baby i ceasar coz size baby 3.8kg and x engage pun..so now anak i nk masuk 4yrs old..tgh plan for 2nd baby..tp nk try VBAC ni..seriau jgk rasenye..huhu..
U bersalin 2nd bby kat hospital mane?coz i understand nowadays doktor semua nk cpt & senang..laju je nk 'potong'..i nk try normal for 2nd bby..my first bby dah 4yrs now..byk doktor ckp bersalin c-sect je senang!my bby was 3.8kg..tu yg caesar..klau normal doktor kata x lepas..so redha je lah..
Candylicious : 2nd baby bersalin secara normal kat hospital Sungai Petani. Sblm bersalin tu pun jumpa pakar dulu coz ada kes czer kan. Bila doktor check, takde apa dan boleh bersalin secara normal.
Takpe try je, rugi tau kalau 2nd pun czer, selangi bley bersalin normal try la...baru bley rase nikmatnya bersalin normal tu....rs sakit dia lain....
ooo..begitu rupanya..baca utk pengetahuan
Klu jarak kelahiran kurang dua tahun ley Ker nk Cuba normal utk kelahiran kedua?
salam...hi.pn....nk mnta pandangan & supporter.sya ceazer oct'2011. & skg preggy +1 bulan.due maybe nov 13'..ada tak peluang VBAC tu..
@ runsing.
saya harap kalau mengandung lg diberi peluang bersalin normal pulak, yg pertama caesaren dah 5 tahun pun...
Assalamualaikum
Nk tanye.
time brape bulan check tulang punggung??
sy da jumpe 2 org doc pakar..
yg sorang kate perlu check..yg lg sorang kate tk perlu..
konpius sudah
prasan retis: mcm sy aritu bila kita pregnant balik baru doktor pakar akan check balik... selalunya time 36 minggu... kena check samada bley bersalin normal atau tak...
oo..kire yg seluk2 tu ke..
;)
oo..yg seluk2 tu ke?
Salam....sy bersalin ceaser...baby sekarang dh 9 bulan....if sy mengandung dlm masa terdekat ni ada kemungkinan boleh bersalin normal tak? Mohon pandangan sis^^
Salam....sy bersalin ceaser...baby sekarang dh 9 bulan....if sy mengandung dlm masa terdekat ni ada kemungkinan boleh bersalin normal tak? Mohon pandangan sis^^
kak..masa meneran anak ke 2 tu rase sakit x kat tmpt czer tu?huhu..takut ni..sy nk vbac..teringin sgt..ank br masuk 2 thn sebln..
Salam,
Jom follow blog saya untuk kongsi tips dan pengalaman bersalin normal selepas csect!
http://adwazeye.blogspot.com/2011/11/my-birth-ball.html
salam perkenalan..trima ksh atas perkgsian pengalaman
Post a Comment