.:: Sahabat Blog ::.

Friday, November 30, 2012

.: Layan Si Kecik! :.

Assalamualaikum...

Rindu kat dak kecik sorang ni...,
Hihi...takpe lain kali balik kampung mesti kene gomoi....Haha!


Mainan tuk dak Fadzil!




Si adik pun nak nenen kat dak kecik ni...


Pandai abang layan adik Fadzil main ye!,
Dah bley jaga adik ye pasni,
Senang hati ibu....


.: Hadiah Anniversary! :.

Assalamualaikum....

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-7 buat hubbyku yang tersayang!,
Walaupun dah terlewat beberapa hari tapi, yang penting setiap saat kita tu bermakna kan?,

Terima kasih kerana memahami ayang yang kadang-kadang banyak kerenah!,
Terima kasih jugak kerana b, sentiasa cool bila angin taufan ayang datang melanda hihi,
Terima kasih kerana sudi menjaga anak-anak dikala ayang tiada,

Dikesempatan ini jugak ayang ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas hadiah yang tidak ternilai di ulangtahun kali ini,
Hadiah yang sangat-sangat diharapkan, memang hepi yang teramat sangat!,
Hanya Tuhan je yang Maha mengetahui betapa bersyukurnya ayang,

Terima Kasih sayang!



Thursday, November 29, 2012

.: Terima Kasih! :.

Assalamualaikum...
 
Sayang kat korang semua...walaupun aku tak sempat nak BW kat blog korang,
Tapi korang still komen kat blog aku ni.... terima kasih tau!,
 
Nanti aku aku akan balas jejak korang slow-slow ok,
Masa tak berapa nak ada buat masa sekarang, hihi...
 
Anniversary aku ngan hubby pun tak sempat lagi nak sambut bersama-sama,
Sepatutnya 27hb November aritu, tapi time tu pulak terlalu bizi,
 
Ok la, tu je babai nak buat keje dah....!
 
 
 

Wednesday, November 28, 2012

.: Rindunya....! :.

Assalamualaikum...
 
Rindu sangat kat anak-anak dan hubby,
Belum dapat balik umah lagi ni,
Semalam tak balik umah,
Sebab program abis lewat so, stay la kat hotel,
Waaa... time belum 5.30ptg lagi ni,
Tak sabar nak balik nak gomoi anak-anak,
Hihi anak-anak je ke????? opsss...
Babai!...
 
 
 

Monday, November 26, 2012

.: Diam Membisu....Hihihi :.

Assalamualaikum...

Lama tak bersiaran, rindu kat korang semua!,
Tak tau napa, cam takde mood je nak meng'update' blog,
Angin apa tah...?, Angin kus-kus kot!, hihihi
Nak bukak blog pun malas, Camne ni?
Cerita tu ada tapi tak sempat nak publish,
Bila nak rajin balik ni!,

Selalunya time weekday, memalam tu aku rajin jugak balas jejak korang,
Tapi la ni, balik keje je aku dah tak bukak laptop langsung,
Asal balik keje je aku rase cam letih sangat-sangat,
Tak larat, so apa lagi "nikmatnya la bila dapat bantal ngan katil",
Letak kepala je terus hanyuttttt.....,
Tak sempat pun nak berangan-angan,
Hahaha!

p/s: Arini kene pi Bayview Beach Resort, coz kene buat persiapan tuk Hari Inovasi Jabatan esok hari!

Thursday, November 22, 2012

.: Baby Kecik! :.

Assalamualaikum...




Ni anak adik aku, nama baby ni Muhammad Fadzil Haris. Baru 7 bulan. Berebut-rebut anak aku nak pegang Fadzil ni. Siap nak dukung bagai. Aku pulak yang takut. Bukan pandai lagi pun anak-anak aku ni. Kang tak pasal-pasal tergolek pulak ngan baby tu sekali. So, bagi jugak dukung tapi aku pun pegang sekali lah...tak lepas baby tu terus kat Firas.
 
Mak aku sampai pening kepala sebab nama cucu-cucu dia lebih kurang sama je...sume mula ngan huruf "F". Kadang sampai tersasul, abis semua dipanggil..."Faiz, Firas, Fawwaz, Fadzil....". Yang lain sket nama cuma sorang je Qayyim... hihi
 

Wednesday, November 21, 2012

.: # 50 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit,
Akhirnya hubby pun merembat S2 jugak!,
Tak bley tahan tengok wife dia dok kelek S2 hihihi....,

.: # 49 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum....



Tenang dan Damai!,
Bahagia je tengok itik-itik tu kan....



Tuesday, November 20, 2012

.: Baskin Robbins :.

Assaalamualaikum....


Lama tak layan BR ni hihihi. Ntah pasal pe tiba-tiba je hubby ajak makan. Mengidam kot!. Wahahaha!. Ikutkan je la. Kecik ni pun je dalam RM 14 jugak. Tapi, takpe bukan selalu pun. Beli satu je share 3 orang. Firas tak suke makan. Dan takmo langsung rase. Fawwaz, semua dia belasah!.



Ermmm...dap, dapnye! 



Ok, sekian je!. Babai!




Monday, November 19, 2012

.: Balik Kampung Aritu.... :.

Assalamualaikum...

Sepanjang perjalanan balik kampung aritu mungkin bagi budak-budak ni agak membosankan. Yelah, dah biasa kesana kesini, bila naik kete kene dok diam-diam lah... tak bley nak pi mana. Si abang dah dengan game dia je. 

Si adik la yang tak tau nak buat apa. Sat tergolek sana, sat tergolek sini. Sat dok kat depan sat dok kat belakang. Lastly dok kat tengah-tengah. Hahaha!




Tahap keboringan yang teramat, so ni lah keje dia... cuci kereta ayah. Haha!, akhirnya dia dapat jugak hilangkan kebosanan dia. Tu pun kami dah berenti 2 kali. Bagi diaorang jalan-jalan sat. Ok la kan, kalau berenti banyak kali bila nak sampai. 

Kali ni kitaorang balik Tanjong Karang, Selangor tak ikut susur keluar Bidor tu. Tukar angin sket, hubby kata cam bosan je, ikut jalan tu, dahlah kiri kanan hutan. So kitaorang keluar ikut susur ke Kuala Selangor terus. Lalu Highway baru tu. 

Alhamdulillah, kami sampai dengan selamatnya!



Saturday, November 17, 2012

.: Selamat Kembali Ke Rumahku Syurgaku :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kepadaNya...kerana dipermudahkan segala perjalanan kami,
Kami sekeluarga selamat sampai ke kampung "Makku Yang Tersayang".
Kami balik kampung dari ari Rabu sampailah ke ari ni Sabtu,
Sememangnya amat-amat berpuas hati ngan kepulangan kali ni,
Rehat yang benar-benar rehat, kulupakan sementara blog, fb dan maknenek yang seangkatan dengannya,
Hilang segala rindu-rinduan kat mak!,
Nak balik selalu bukan bley, kalau dekat tu mungkin jugak, ni makan masa lebih kurang 5 jam,
Dah tu kalau balik takkan nak balik sat je, mestila dalam 4, 5 ari,
Ok, la kami baru je sampai ke Rumahku Syurgaku... so, next week aku update lagi blog ye!,
Babai semua!

Wednesday, November 14, 2012

.: Asal Aku Duduk Je... :.

Assalamualaikum....


Terpakse kangkang kaki, camni. 
Pastu kalau dia nak main, dia mainlah kat situ. 
Kalau nak nenen pun sama. 
Bila aku bersila je, dia mengamuk tak bagi, tak tau pasal pe kene buat camtu.
Rase selamat kot.....kikiki...
ok lah babai!


Tuesday, November 13, 2012

.: GA-Hadiah Dari Love Is All Around :.

Assalamualaikum...



Blog "Love Is All Around" menganjurkan GA sempena besday hubby dia,
Senang je nak join, korang klik kat banner tu ye!,

Pastu jawab soalan ni:



Klunya:-
Hadiahnya Besar dan boleh  lipat
Bernilai RM 1,500.00 ke atas
Ada 4 kaler, saya pilih kaler Kuning
Masih Baru di Pasaran
Jenama yang memang tersohor..


Jawapan : Aku rase cam LAPTOP je!




.: Asah Minda :.

Assalamualaikum...

Sesekali aku tengok budak-budak ni kreatif jugak,
Cipta macam-macam ngan block ni,
Aritu adik buat kapal layar, tapi aku tak dan nak snap gamba,
Mang jadi betul, kagum gak aku,
Kali ni si abang pulak buat robot,
Erm....ok gak!, Kira minda dia berjalan gak,



Adik yang sentiasa ngan pampers dia je....


Ni la hasil kerja tangan Firas,





Monday, November 12, 2012

.: Nak Balik Kampung! :.

Assalamualaikum....

Nak balik kampung!, Nak balik kampung!....
Mula-mula takmo amik cuti time minggu Raya Deepavali ngan Maal Hijrah ni,
Pastu hubby bagitau dia amik cuti seminggu,
Hampeh betul!, bukan nak citer kat aku siang-siang!,
Dah malam-malam baru nak bagitau!,

So, aku pun berbelah bahagi, nak amik cuti ke tak?,
Ngan audit pulak nak mai, ishhh....runsing!,
Diskas balik ngan hubby bila dia free lagi?,
Penuh pulak jadual dia pasni,
Alamak!, nak tak nak kena amik gaklah cuti,
So, aku amik cuti hari rabu ngan jumaat je,
Isnin still keje lagi coz, ada keje yang tak settle lagi,

p/s : Tak sabar nak balik kampung jumpa mak!



.: Hadiah Buat Cikgu :.

Assalamualaikum...




Last week Firas last day skola kat Tabika Kemas Pulau Sepom 1,
Tahun depan dah darjah satu, so sebagai penghargaan yang tak terhingga buat Cikgu Rehan, 
Kami beri Cikgu Rehan hadiah tanda terima kasih coz dah ajar Firas selama 2 tahun,

Budi baik Cikgu akan kami kenang selamanya!
Terima Kasih Cikgu!


Sunday, November 11, 2012

.: Teringat Kat CoolBlog :.

Assalamualaikum....




Tetiba malam tadi terigat kat CoolBlog pulak!, Hahaha!
Dari aritu nak pi beli, tapi tak beli-beli,
Semalam pi Tesco, dah turun escalator, baru teringat nak beli CoolBlog,
Tapi, aduhai...malas pulak nak patah balik naik ke atas,
Kalau dekat tu takpelah, ni nak kene pusing balik,
Erm...takyah lah,
Tapi tu la, dah sampai umah, asik teringat je....,
Wahahaha!


sumber gambar SINI

Saturday, November 10, 2012

.: Kesibukan Hujung Tahun :.

Assalamualaikum....

Sepanjang minggu ni ofis agak bizi sket,
Coz audit nak mai mengaudit, hujung bulan pulak ada Hari Inovasi,
Semua staff terlibat sekali,
Aku pun tak terkecuali,
Biasalah ujung-ujung tahun ni macam-macam keje dok menunggu,
Nak cuti pun kene pikir banyak kali.

Sorilah kalau aku tak sempat menjenguk entry baru korang,
Mana yang sempat je aku singgah,
Entry yang aku post pun semuanya 'autopublish',
Aku taip time weekend, tu je masa yang aku ada,
Weekday mang tak sempat nak berlama-lama ngan blog aku, lagi pulak aku balik pun dh lewat,
So, amat-amat malas nak bukak bila ada kat umah,
Kat ofis pun time rehat je sempat nak BW, tak pun curik-curik masa kalau aku dah tak bley nak tumpukan pada keje, ofkoslah kalau "antu mengantuk" tu mai.


Friday, November 9, 2012

.: Petua : Redakan Senak Perut :.

Assalamualaikum...



Jika anda berhadapan dengan masalah senak perut dan selalu sendawa angin, petuanya tradisional ini mungkin dapat membantu.
Caranya ialah dengan merebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja) bersama dua ulas bawang putih dan tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. Mudah-mudahan anda cepat sembuh. 

Sumber Dari SINI

Thursday, November 8, 2012

.: Jalan-Jalan Cari Makan :.

Assalamualaikum...

Disebabkan sabtu lepas aku malas nak masak, lagi pulak barang dapur pun banyak yang dah abis, so ke Tesco lah kita. Makan kat food court tu. Kitaorang keluar pun dah petang pas asar. Pagi tu aku dah goreng mee. Makan mee lah  dulu. 

First tu ingatkan nak pi pasar malam tuk beli barang-barang basah. Murah sket kalau nak dibandingkan ngan pasaraya. Tup-tup petang tu ujan lebat pulak. Tu yang tukar plan ke Tesco pulak.


Lapa!, Kita makan dulu!


Errmmm, sedap...!
Padahal nasi ayam je pun...



Abang jaga si adik, dua-dua takmo masuk dalam troli, biasalah dah besar, agak belagak la sket!



Wednesday, November 7, 2012

.: # 48 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...



Ni lah kain ela yang sempat aku rembat masa kursus kat KL aritu,
Bukan aku punya semua tu, nak bagi kat mak aku ngan mak mertua aku,
Haruslah kan, orang berbudi kita berbahasa....,
Paham-paham je la maksud dia tu ye....,




p/s : Bila nak balik kampung ni???? Cuti skola nak start dah!


Tuesday, November 6, 2012

.: Tak Larat Dah :.

Assalamualaikum....



Main sampai tak larat,
Asal aku suh tido je, dia buat pekak, padahal mata tu dah tak larat nak bukak,

Lastly, masa aku dok main game zombie tu, Fawwaz bagitau, "buuu...nak nen, nak tido...",
Aku pun buatlah nenen, siap buat nenen nak bagi kat fawwaz, "aik, tido dah....?",
Ermm, tak dan makan nenen, terus ghaib,

Kadang-kadang tu kalau dah mengantok sangat, tengah dok makan pun dia bley lena,
Hihihi...fawwaz, fawwaz.....


.: Game Zombie :.

Assalamualaikum....


Aritu masa aku dok main game Zombie ni,
Anak-anak pun join tengok sekali,
Tiba-tiba firas tanya aku,

"ibu... awat zombie tu makan tak baca bismillah?",

kahkahkah!,
Aku punya gelak sakan ngan soklan firas,
Rase cam lucu pun ada,
Soklan spontan, dan secara spontan jugak aku gelakkan dia,
Ish, tak baik betul kan?,


Monday, November 5, 2012

.: Ibu Mana Gigi Ikan? :.

Assalamualaikum....

Malam tadi masa aku tengah dok makan nasik berlaukkan ikan goreng dan sayur terung. Budak-budak aku dah bagi makan siap-siap, supaya senang aku nak menikmati makanan.

Tiba-tiba Fawwaz mai tanya kat aku,

"buuu....na gigi itan?" (ibu mana gigi ikan?)
Sambil tu dia dok belek ikan yang ada kat pinggan aku.

Kahkahkah!, (gelak dulu)

"Hah?, takde dah. Ibu buang tadi...masa siang ikan",

Tak lama tu dia mai lagi kat aku, tanya soklan yang sama lagi.

Adoiii, aku jawab, camana aku jawab sebelum ni.

"buuu.... nak itan sikit je leh?", :-)

Ermmm, banyak sangat tanya rupanya nak mintak ikan je.
Sabor je la aku!.




.: Adakah Dia Tamak? :.

Assalamualaikum...


Adalah sikit "ketamakkan" dia, sebab dia mang suke sangat makan buah pelam ni. Lagi pulak manis kan. Nyam, nyam, nyam lah!. So, takmo potong kecik-kecik. Nak makan sebijik tu dia sorang je. Tengoklah betapa kusyuknya dia makan. Sedap sangat kot. 



Buah pelam ni aku beli masa otw balik dari kursus kat kl aritu. Sekilo RM12. Belilah dalam 2 kilo adalah dalam 6 biji. Ingatkan sekilo tu nak bawak pi ofisla, nak bagi kawan-kawan. Erm, tak dan sampai kat opis dah selamat semuanya!. Aku pun dan rase sikit je, takpela...  lain kali ibu beli lagi ye!




.: Hari Graduasi Kanak-Kanak TABIKA KEMAS :.

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, 
Syukur coz Firas dapat menyudahkan skola kat Tabika Kemas Pulau Sepom 1 selama 2 tahun.
Semoga apa yang cikgu ajar dapat dijadikan panduan tuk masuk sekolah rendah kelak.
Amin....



Masa majlis Graduasi ni aku otw pergi  kursus kat KL. Tak dapat nak turut serta.
So, hubby yang bawak anak-anak pi majlis ni. Terima kasih hubby coz, bley jugak jadi harapan ibu, bila ibu takde. Bley gak jaga anak-anak bila ibu pi kursus. Alhamdulillah, hubby pun tak penah merungut, dan tak penah nak serahkan sepenuhnya menjaga anak-anak kat mak dia.
Ish, apa aku merepek ni!.

Sambung balik pasal Graduasi ni,
Kiut je Firas bila pakai jubah ni.



Ni gamba Firas ngan kawan-kawan dia, yang pakai baju kaler merah tu peserta kompang yang akan berentap kat Kelantan mewakili Negeri Kedah.
Gamba tak banyak sebab dak kecik Fawwaz tu takmo dok diam, so mana yang sempat je hubby amik.

Sunday, November 4, 2012

.: Info Sihat : Makanan Untuk Otak :.

Assalamualaikum.....


1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.
  
Sumber dari SINI


Saturday, November 3, 2012

.: Segmen : Follow Sampai Pening :.

Assalamualaikum...

Jan takut pening, tajuk je tu,
Yang pasti mesti besh coz dapat eratkan silaturrahim sesama blogger,





Jumlah Follower setakat ni adalah 400!
Apalagi jom lah join!
Untuk syarat penyertaan sila klik kat banner tu ye!

Tarikh tutup adalah pada : 10 November 2012



.: Tukar Selera :.



Assalamualaikum....

Tukar header baru, coz rase jemu pulak ngan header lama,
Bila tengok rase cam takde mood pulak nak bukak blog,
Kadang-kadang kena tukar gak, bagi blog kita sentiasa fresh!,
InsyaAllah pasni makin bersemangat lagi nak menulis,


Header baru,
Search kat internet je header yang blank, aku cuma tambah tajuk blog je,
coz aku mana reti nak reka-reka ni,
Ilmu tak berapa nak cukup lagi,
Masa pun takde.



Header lama,
Kena simpan, bila-bila nanti kalau rindu bley buh balik kat blog.
Hihihi... oklah babai...





Friday, November 2, 2012

.: Rindunya Kat Blog Korang Semua :.

Assalamualaikum....

Rindunya kat blog korang yang selalu aku terjah,
Rindu nak baca semua citer korang,
Masa kursus tak sempat nak BW, 
Masa terhad walaupun ada free wifi kat hotel tu,

InsyaAllah arini aku akan terjah blog korang pulak ye,




Thursday, November 1, 2012

.: Bawak Kiki Lagi :.

Assalamualaikum...

Hihihi...Fawwaz bawak Kiki lagi?,
Aku pun tak perasan, biasalah orang yang terakhir keluar umah adalah aku,
Sebab?,
Banyak benda nak kena check,
Yang itu lah yang inilah,
Nak kunci pintulah,
Bak kate semualah!,

So, masuk je kete, Aik! Kiki pun ada,
Erm, tak tau nak kate pe lah,
Bawak je lah,





Part yang ni aku tak tahan,
Aku nak pakai tali pinggang, dan dan tu dia nak pakai jugak,
Terpakselah aku bagi pakai sekali,
Dah jadi cam ape tah,
Hahaha....!,
Selamat ke camtu?,
Kalau polis nampak pun polis pengsan pe....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari