Assalamualaikum...
Salam Jumaat semua, hari ni nak share ngan korang pasal Jenis-jenis Makanan Semasa Berpantang. Kadang-kadang ada benda yang kita tak boleh dan boleh makan masa berpantang. Susah jugak kan?.
• Jenis ikan
• Ulam-ulaman
• Sayur dan buah-buahan
• Jenis ayam dan burung
JENIS IKAN
Ibu selepas bersalin tidak digalakkan makan ikan masin atau ikan kering. Ibu
didalam pantang disyorkan memakan ikan segar dan mengelakkan daripada memakan
ikan yang berbisa seperti bawal, ikan terubuk, ikan pari serta ikan sembilang.
Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Mengikut petua melayu, ikan haruan dan yu baik untuk orang lepas bersalin, ia
dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan dapat
menyembuh luka. Manakala ikan yu dapat membanyakkan susu ibu.
Ulam-ulaman yang baik untuk ibu selepas bersalin seperti serai, lengkuas, daun
atau ubi cekur, pegaga, ulam raja dan lain-lain. Ulam ini baik untuk ibu dalam
pantang kerana ia mengandungi fiber, zat galian (mineral), dan pelbagai vitamin
termasuklah vitamin A, C, dan E bersifat antioksidan.
SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk, serta
berangin. Contohnya air tebu, cincau, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing,
durian belanda dan lain-lain. Hal ini kerana akan mengakibatkan sakit tulang
dan sejuk otot serta lemah sendi.
JENIS AYAM DAN BURUNG
Ibu dalam berpantang digalakkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih
yang digaul dengan halia tua, garam dan madu lebah. Hal ini kerana dapat
mengembalikan ketahanan tubuh. Manakala burung puyuh dan merpati baik untuk
melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.
p/s : Info ni tuk diri sendiri jugak sebenarnya.
Info ni aku amik kat SINI
Oh.. kakak baru tahu ikan yu boleh banyakkkan air susu.
ReplyDeleteNice sharing, berguna buat semua :D
ReplyDeletebaguih sgt2 entry nie na..tapi fahz tak leh makan ikan haruan.nanti kulit muka fahz berkedut2 mcm nenek tua.mmg sgt2 menakutkan.heheh
ReplyDeletebagus. korek smeua informasi sebelum bersalin. nanti bila time dok dalam pantang tak yah la dok pikiaq nak makan apa hari ini, esok dan seterusnya.
ReplyDeleteye la kan, bila dalam pantang ni, naik pening jugak nak cari menu.
info berguna ni untuk hari esok, hehe :)
ReplyDeletedah pernah merasa dah tuh !
ReplyDeletebagus ni utk yg tak tau mcm sy.boleh dijadikan panduan nanti :0
ReplyDeletemaaf kak lama tak singah.sibuk + tenet dah ngok ngek..hihi
harap2 sihat ye
SEKSA MS BERPANTANG KAN..BUI DULU MAKAN IKAN BILIS+HALIA JER..KALAU X TU,SUP AYAM..SAMPAI JEMU ANAK TEKAK..HIIHI
ReplyDeletenice info
ReplyDeletebyk jea makanan yg blh di makan kan.
ReplyDeleteni share ni mcm tak sabar jea nak berpantang ker.hehe
perkongsian utk bakal ibu y akan bpantang & sdg bpntang
ReplyDeletehahah..cam tak sabar nak berpantang tuu..hihhi..bagus cari info siap2
ReplyDeleteinfo yg berguna nih....
ReplyDeletep/s yati keje mane erk?