Friday, April 19, 2013

.: JENIS-JENIS MAKANAN SEMASA BERPANTANG :.

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua, hari ni nak share ngan korang pasal Jenis-jenis Makanan Semasa Berpantang. Kadang-kadang ada benda yang kita tak boleh dan boleh makan masa berpantang. Susah jugak kan?.

Makanan selepas bersalin terbahagi kepada empat iaitu :

• Jenis ikan
• Ulam-ulaman
• Sayur dan buah-buahan
• Jenis ayam dan burung



JENIS IKAN

Ibu selepas bersalin tidak digalakkan makan ikan masin atau ikan kering. Ibu didalam pantang disyorkan memakan ikan segar dan mengelakkan daripada memakan ikan yang berbisa seperti bawal, ikan terubuk, ikan pari serta ikan sembilang. Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. 
Mengikut petua melayu, ikan haruan dan yu baik untuk orang lepas bersalin, ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan dapat menyembuh luka. Manakala ikan yu dapat membanyakkan susu ibu.

ULAM-ULAMAN


Ulam-ulaman yang baik untuk ibu selepas bersalin seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, pegaga, ulam raja dan lain-lain. Ulam ini baik untuk ibu dalam pantang kerana ia mengandungi fiber, zat galian (mineral), dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C, dan E bersifat antioksidan.

SAYUR DAN BUAH-BUAHAN


Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk, serta berangin. Contohnya air tebu, cincau, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing, durian belanda dan lain-lain. Hal ini kerana akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

JENIS AYAM DAN BURUNG


Ibu dalam berpantang digalakkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam dan madu lebah. Hal ini kerana dapat mengembalikan ketahanan tubuh. Manakala burung puyuh dan merpati baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


p/s : Info ni tuk diri sendiri jugak sebenarnya.

Info ni aku amik kat SINI


13 comments:

  1. Oh.. kakak baru tahu ikan yu boleh banyakkkan air susu.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing, berguna buat semua :D

    ReplyDelete
  3. baguih sgt2 entry nie na..tapi fahz tak leh makan ikan haruan.nanti kulit muka fahz berkedut2 mcm nenek tua.mmg sgt2 menakutkan.heheh

    ReplyDelete
  4. bagus. korek smeua informasi sebelum bersalin. nanti bila time dok dalam pantang tak yah la dok pikiaq nak makan apa hari ini, esok dan seterusnya.

    ye la kan, bila dalam pantang ni, naik pening jugak nak cari menu.

    ReplyDelete
  5. info berguna ni untuk hari esok, hehe :)

    ReplyDelete
  6. dah pernah merasa dah tuh !

    ReplyDelete
  7. bagus ni utk yg tak tau mcm sy.boleh dijadikan panduan nanti :0
    maaf kak lama tak singah.sibuk + tenet dah ngok ngek..hihi

    harap2 sihat ye

    ReplyDelete
  8. SEKSA MS BERPANTANG KAN..BUI DULU MAKAN IKAN BILIS+HALIA JER..KALAU X TU,SUP AYAM..SAMPAI JEMU ANAK TEKAK..HIIHI

    ReplyDelete
  9. byk jea makanan yg blh di makan kan.
    ni share ni mcm tak sabar jea nak berpantang ker.hehe

    ReplyDelete
  10. perkongsian utk bakal ibu y akan bpantang & sdg bpntang

    ReplyDelete
  11. hahah..cam tak sabar nak berpantang tuu..hihhi..bagus cari info siap2

    ReplyDelete
  12. info yg berguna nih....

    p/s yati keje mane erk?

    ReplyDelete

.: Terima Kasih Diatas Segala Komen-Komen U All! :-) :.
.: Jangan Lupe Singgah Dan Komen Lagi tau! :.
.: Nanti Saya Jejak U All Pulak, OK! :.