Friday, March 23, 2012

.: Mencari Kawan Untuk Anak :.

Assalamualaikum...

Rapatkan anak-anak dengan saudara mara atau sepupu-sepupunya yang mempunyai akhlak yang baik dengan membayakkan ziarah-menziarahi. 

Kadang-kadang anak-anak boleh ditinggalkan bermalam rumah saudara agar dia dapat berkawan dengan  lebih rapat lagi. Cara ini dapat menjadikannya memilih kawan yang baik disamping boleh mengeratkan ikatan silaturrahim.

Perkenalkan dan rapatkan anak anda dengan anak kawan-kawan anda yang diketahui mempunyai akhlak  yang baik. 

Aturkan program ziarah yang melibatkan aktiviti santai, agar mereka boleh bergaul dengan mesra. Jika ada program-program yang melibatkan keluarga seperi Hari Keluarga dan rehlah, ajaklah mereka agar mendekati antara satu sama lain. Galakkan mereka membuat ikatan susulan agar perkenalan itu berpanjangan.

Libatkan anak-anak dengan usrah, kelab dan persatuan keremajaan yang menganjurkan program-program yang Islamik dan menarik. Galakkan mereka terlibat secara aktif agar mereka bukan sahaja memperolehi kawan-kawan yang baik bahkan dapat memberi sumbangan kepada ummah serta boleh mengasah bakat kepimpinannya.

Galakkan anak anda menghadiri majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat di masjid dan surau. Di sini mereka akan bertemu dengan kawan-kawan yang baik dan berakhlak.

Dipetik dari: iluvislam

No comments:

Post a Comment

.: Terima Kasih Diatas Segala Komen-Komen U All! :-) :.
.: Jangan Lupe Singgah Dan Komen Lagi tau! :.
.: Nanti Saya Jejak U All Pulak, OK! :.