Wednesday, December 24, 2014

.: Hati-Hati Dengan SMS ni :.

Assalamualaikum...




Aritu ada member anta sms camnilah..
"is this your photo?". Kiranya kita kena klik kat ayat tu. Baru kita tau apa dia.

Cam pelik je... cam musykil je???

Tergerak ati takmo bukak sms tu... dan semalam baru je ai delete. Hari ni baca kat paper... ermm.... dalam hati kata "nasib baik tak bukak...".


sekian wassalam

Tuesday, December 23, 2014

.: Dinner :.

Assalamualaikum...


Dinner jabatan @ Hotel Ixora, Penang.
Ai yang terkini... simple je sebab tema pun smart casual... so pakai jela apapun. ;-)




Sekian, wassalam....

Tuesday, December 16, 2014

.: CPUV : Maybank #ILove :.


Assalamualaikum....

Terima kasih Nuffnang, walaupun kadang-kadang je online dan update blog tapi u all still bagi jugak kan kat blog ni.


Tak banyak, sikit pun jadilah kan?.
In shaa Allah akan kembali aktif balik. Almaklumlah bila anak kecik tu nak membesar, banyak masa yang perlu diperuntukkan untuk dia. Salah satu sebab siang dah keje, hanya malam je pun yang dia nak bersama ibu dia ni. Nak 'ngempeng'. Tau dak ngempeng tu pe dia?. Berkepit 24jam lah. Hafiy kan still BF lagi so agak manja sket cam anak yang 2nd dulu.

Ok la...bai


Sekian, wassalam...

Thursday, December 4, 2014

.: 27.11.2014 : Ulangtahun Perkahwinan :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... masih bertahan ikatan akad diantara ai dengan en.hubby. Bersyukur sangat denganMu Ya Allah. KAU sentiasa pelihara perhubungan kami ini. 


Walaupun kadang-kadang badai melanda tapi mahligai yang dibina tetap kukuh berdiri. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

27.11.2014 genap 9 tahun usia perkahwinan kami. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah tiga orang putera dah. Erm...Alhamdulillah diatas limpah kurnia dan rezeki yang telah Kau berikan. 

Doa kami semoga apa yang telah Kau kurniakan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya amin.... In shaa Allah.

Sekian, wassalam...

Monday, November 10, 2014

.: Perkembangan Terkini Hafiy :.

Assalamualaikum...


Bila tah nak rajin balik meng'update' blog ni... kalau rumah seminggu tak kemas dah naik bersawang dah...


Ok la nak update citer pasal dak kecik ni. La ni dah masuk 16 bulan... aritu bawak dia p taman permainan, amboi sakan sungguh!. Seronok! Cam takmo balik. Yela dah pandai jalan panjang sket la langkah kaki dia.



La ni pun dh pandai berebut mainan ngan abang-abang dia. Kalau tak dapat erm... menjerit bagai nak rak. Amboi anak banyak dah akal kamu. Cerdik!.




Tab pun dah dalam genggaman dia. Sori ye abang firas n abang fawwaz. Turn adik pulak ye. 

Suka nau ngan kucing... ala game kucing yang bila kita cakap tu dia ikut. Tapi kalau jumpa kucing betul takut pulak. Bley melompat lari.


Sekian wassalam...

Wednesday, November 5, 2014

.: Besday : Firas ke 8 tahun :.

Assalamualaikum...


27.10.2006 - 27.10.2014
Lapan tahun dah my 1st putera.
Besar dah anak ibu ye...


Selamat hari lahir sayang. Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh yg blh membahagiakan ibu n ayah didunia dan akhirat... amin..


Actually masa ari besday firas ni aku keje. Hubby plak cuti so pembelian sambutan kuserah padanya, tu yang kek besday pun gamba rabbit ikat tocang. Apa-apa je la... asalkan hepi... 


Sambut kami-kami je... tak panggil orang pun... just beli kek dan ayam goreng kfc. Jadilah kan...


Sekian wassalam...

Monday, October 20, 2014

.: Perkembangan Terkini Hafiy :.

Assalamualaikum....

Ahad lepas pi check perkembangan Hafiy kat klinik kesihatan. La ni dah masuk 15bulan. Alhamdulillah dia membesar dengan jayanya... haha.. Still breastfeed lagi. Ada lagi rezeki dia.




Apa yang dia boleh buat sekarang ni?. Ofkoslah berlari-larian. Banyak akal dah. Pandai nau mengusik. Tak padan dengan kecik. Bercakap still german lagi. Ada yang ai faham dan ada gak yang ai tak faham. 


Riuh rendah kat umah toksah katalah. Anak 3 orang dah cam 30 orang. Besa la hero semua kan?. Tapi saat tu sekali je dalam hidup so jan la fedap. In sha Allah ai tak fedap k. 


Sekian wassalam...


Thursday, October 9, 2014

.: TQ Nuffnang :.

Assalamualaikum...


Alhamdulillah....
Tq banyak-banyak kat en. Nuffnang.
Dapat dah check!!!

First time u ai cash out... walaupun tak banyak mana tapi duit totap duit...

Jenuh nak collect...haha




Syukur sangat rezeki anak-anak semua ni... moga pasni lagi banyak yang masyukkk ye...

Nak kena rajin update n blogwalking la...


Sekian.. wassalam...

Tuesday, September 30, 2014

.: Anak-Anak Anugerah Terindah :.

Assalamualaikum...

Diam tak diam dah tiga orang hero ai. Anugerah amanah yang dipinjamkan oleh Allah. Semua hero belaka. Terima kasih Allah diatas kurniaanMu.



Teringin jugak nak yang gegirl tapi mungkin ada hikmah disebalik kelahiran anak-anak ini. Mungkin mereka inilah yang akan menjaga ai dimasa tua nanti. In Sha Allah. Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh. Amin.


Sekian wassalam....


Thursday, September 18, 2014

.: CPUV Nuffnang :.

Assalamualaikum....


Alhamdulillah.... rezeki dari en. Nuffnang...
Dalam diam dia bagi jugak ye... almaklumlah kadang update kadang tak update....



Moga kekal lama sket n pasni masyuukkk lagi ye...hihi


Sekian wassalam....

Monday, September 15, 2014

.: Nak Potong Ke Tak? :.

Assalamualaikum...



Rambut dah makin panjang...
Nak pi potong ke tak?...
Rambut belakang pun dah kui kerinting...
Halus sangat rambut pun...



Nak potong pun cam sayang je...
Rasanya baru dua kali kot potong rambut...sejak dia lahir.


Simpan dulu la kot no... kot rasa kalau dia tak selesa tu baru potong la...


Sekian wassalam....

Friday, September 12, 2014

.: Roti Arab :.

Assalamualaikum


Buatnya dah lama... tapi baru nak buh kat entri ni. 

Roti Arab cicah sardin. Haha sedap. Mintak resepi dari kak ct camana nak buat roti arab. Senang je rupanya.

Memang sedap. Abis licin anak-anak makan.


Nak resepi???

2 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
Gula n garam secukup rasa
1/2 paket mauripan
(bancuh ngan air suam)

pastu buh air dan uli sampai tak melekat. Sebati ye.

Bulatkan doh kecik-kecik.
Tutup ngan kain 1/2jam.
 Pastu canaikan.
Bolehlah goreng ngan minyak yang betul-betul panas. Mang dia akan jadi kembung elok je.

Makan panas-panas mang ermmm... dapdap...

Sekian wassalam....




Wednesday, September 10, 2014

.: Makan-Makan Sempena Besday Hubby :.

Assalamualaikum....


Alhamdulillah syulah masih memanjangkan umur dan memberikan kesihatan yang baik kepada suamiku yang tercenta.


Takde sambutan apa just makan-makan kat the chicken rice shop. Lama sangat tak makan kat situ. Dulu masa anak sorang rajin sangat dok singgah makan. Hewhew... nampak sangat malas nak masak ken... bukan malas masa anak sorang rajin berjalan... tak lekat dok kat umah... asal cuti je ada je plan.


So kali ni saja la bawak anak-anak makan kat sini tuk sambut besday hubby. 


Sekian wassalam...

Tuesday, September 9, 2014

.: Kurusnya Ai :.

Assalamualaikum....


Kalau menyusu badan mang badan akan kurus ke???

Sebab masa bf anak yang 2nd ritu pun camtu gak. Pas stop baru badan maintain balik.


Kurang zat pe badan ai ni. Semua zat bagi kat anak.


Tapi walau camtu pun ai tetap sihat. Syukur alhamdulillah.




Gamba ni ai amik masa minggu last keje kat jabatan lama.


Yang ni masa dah beberapa bulan kat jabatan baru + ngan pose.... lagilah ai kurus.... camana nak bagi gemuksss sket....



Sekian wassalam...

Monday, September 1, 2014

.: 1st September :.

Assalamualaikum...

Dah masuk bulan sembilan ye. Jap betol masa berlalu. Pejam celik dah 4 bulan kat jabatan baru. Tak banyak lagi ilmu yang aku pelajari. Kena kutip banyak2 lagi.

Hari ni gak besday my hubby... selamat hari tua ye...sayang...
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik, ditambah lg rezeki dan semoga Allah permudahkan perjalanan hidupmu... amin.


Hafiy pulak bulan ni nak masuk 14 bulan... macam2 ragam dah lani poning palo.... makin cerdik makin banyak akal... last friday demam panas... musim la ni dok selsema... sib baik tak batuk sama.

Si abang Firas pun dah pandai mengasuh adik baby. Senang sket keje ibu. Takdelah 24jam dok kepit ngan kita je.

Si abang Fawwaz masih dok macam2 lagi. Tak berapa nak cerdik bab ngasuh adik dia sebab dia suka dok buli adik dia. Adik pun tak berapa nak suka ngan dia. Banyak main dia ni... belum skola sama kot. Kalau dah skola mungkin pemikiran dia berbeza. Manja lebih... mengalahkan adik baby. Kadang tu naik penat melayan...


Sekian wassalam...



Wednesday, August 20, 2014

.: Mini GA : Teka Dunkin's Donut :.

Assalamualaikum....


Jom join Mini GA by Mimie @Pink Ummi....




Rasa-rasa mimie suka donut yang no.2, 3 & 4 kot..


Sekian wassalam....

.: Serasi Sudah... :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...
Berkat doa dan kesabaran diri ini akhirnya dapat jugak aku suaikan diri dengan tempat keje yang baru. Bak kata orang "tak kenal maka tak cinta"...

So, bila kita dah bley suaikan diri maka kita pun akan bekerja dengan mood yang hepi... ;-)

Erm memang takde tekanan... keje aritu abis aritu gak. Takde nak tangguh-tangguh dah... sukanya... sukanya...

Semoga mood hepi ni akan sentiasa berkekalan...

Sekian wassalam....

Friday, August 15, 2014

.: Dah Dapat Kaki... :.

Assalamualaikum...


Mak ko yang penat nak oiii....
Tak benti ngemas umah...
Semua segala mak nenek ko keluarkan...
Last-last ku bio je semak...
Malas nak kemas dah...



Si Hafiy ni sekali je ajar dia bila nak kuar umah kena pakai kasut. Pas-pas dari tu asal nak kuar je bila kita sua kasut dan-dan dia dok nak pakai kasut. Kalau kita tak bagi kasut dia tunggu jela depan pintu umah tu...




Begitulah kalau ada anak kecik + anak besar sket... mang agak penat jugaklah. Tapi semua tu sekali je dalam usia diorang kecik... sok bila dah besar cara besar pulak. Rindu masa zaman diaorang kecik... so hadapilah semua ini sebagai yang terindah dalam hidup hewhewhew....

Sekian wassalam...

Tuesday, August 12, 2014

.: Masak-Masak Di Hari Raya :.

Assalamualaikum....

Disebabkan taun ni raya kat sini so kenalah memasak tuk hari raya. Kalau balik kampung takyah susah-susah nak pikir pasal masak-masak ni sebab mak kan adooo.... tumpang makan je le. Hihi


Ketupat daun palas order je kat syuzi member ofis lama. Sib baik dia mau tolong buatkan so settle satu bab. 


Malam raya tu dan lah masak ayam masak merah, kuah kacang, nasik impit ngan rendang daging.


Ingat tak dulu aku penah citer pasal pressure cooker yang aku beli ansuran tu. Erm.. periuk tu mang banyak membantu aku. Semua keje jadi senang. Jap je siap... tak rugi beli lah.. rupanya senang je nak guna. Ingatkan sebelum cam susah je. Bila dah guna... ermm kacang je. Tekan-tekan, tunggu... siap!.


Sempat jugak mencuba nasi kabsah ayam yang myra bagi ritu. Lama nak try tapi takpun try try. Lastly masa raya gak try. Ok gak sedap... cam resepi yang diberi tu... follow je.



Inilah hasilnya. Ermmm memang sedap...



Ni periuk yang aku beli ritu.




Ni pulak juadah yang sempat aku buat masa raya. Daging dalam rendang daging tu mang lembut sangat bila guna pressure cooker... takyah tunggu lama-lama. Pasni bley terus guna periuk ni. Agak-agak bil letrik bulan ni naik tak???? 
;-) hewhewhew....


Sekian, wassalam...


Friday, August 8, 2014

.: Cash Out sudaaaah :.

Assalamualaikum...

Arghhh... tak mau dah tunggu lelama... bertaun tunggu...

Nak cashout gak tak kira... jeles ngan semua orang yang dah berjaya meng'cashout'kan himpunan duit dari nuffnang...haha first time tau cash out.

Walaupun dua tiga menjak ni kurang aktif ber'blog'....tapi nuffnang still 'memberi' jugak... auuu beshnye... tq mr.Nuffnang.

So sekarang ni yang tinggal tuuuu... 4 kempen je... 


Sekian wassalam...


Thursday, July 31, 2014

.: Raya ke??? :.

Assalamualaikum...

Rasanye raya taun ni cam takde makna... nama je hari raya tapi tak kemana...

Semua plan hancussss....

Dok diam-diam kat umah, penat je apply cuti sampai berebut-rebut kenkonon cam nak balik kampung beraya... tapi last minute semua tu hilang diawangan... cam mimpi je... benci!

Mak... mintak ampun maaf dari hujung rambut sampai ujung kaki... raya taun ni tak dapat nak beraya bersama... in sha Allah kalau masih ada usia raya taun depan kita raya sama-sama ye...


Sekian, wassalam...




Monday, July 21, 2014

.: Persiapan Hari Raya :.

Assalamualaikum...


Last saturday bawak anak-anak pi parkson, giant n tesco. 

Alhamdulillah... seronok sangat bila tengok anak-anak hepi bila dapat baju tuk hari raya. Semua baju tahun ni pilihan anak- anak sendiri. Pandai dah pilih. Takmo kita pilih dah. Erm.. hebat tak hebat. Kasut pun sama gak. Tertunai dah semua permintaan anak-anak. 



Segak anak-anak bujang ai. Tahun ni kena raya kat sini dulu. Raya ngan mak mertua. In shaa Allah kalau takde aral raya keempat baru dapat balik selangor. Waa... sedih juga. Tapi kena balik gak sebab anak-anak dok tanya bila nak balik kampung. 


Sekian wassalam...

Friday, July 18, 2014

.: Hafiy : Ragam Si Cilik :.

Assalamualaikum...

Lama sungguh menyepikan diri. Masa sangat tak mengizinkan. Rindu sangat nak menulis.



Macam-macam dah ragam si Hafiy ni. Nak sama cerdik ngan abang-abang dia.
Berjalan tu toksah katalah mang tak berenti... aii dah dapat kaki, makin ligatlah. Menyemakkan umah pun bley tahan gak. Ponin pala....i. La ni pandai dah kalau kita nak snap gamba dia... siap senyum bagai... amboi...


  Ahad lepas dah cucuk tuk setahun. Alhamdulillah tak demam apapun. Misi tu pun kata cucuk setahun ni mang tak demam...kalau ada pun mungkin akan naik ruam kat badan. Tapi aku tengok cam ok je... takde apa sampai setakat ni.


Sekian wassalam...

Friday, July 4, 2014

.: Kartun Frozen :.

Assalamualaikum...


Tak tau berapa kali dok ulang citer ni.
Anak-anak tak jemu dok tengok citer ni. Tiap kali nak tengok cd inilah pilihan diaorang.
Sebab citer dia memang besh. Lagu dia pun besh.
Sampai terikut sama.
Erm... jan kata anak-anak je... aku pun dok naik syok gak layan citer ni. Haha...

Sekian wassalam...


Thursday, July 3, 2014

.: Perkembangan Terkini Hafiy :.

Assalamualaikum....



1 Ramadan 1435H umur saya genap 12 bulan. Saya dah besar. Sekarang ni saya dah pandai bertatih. Tak laju mana pun, kalau saya rasa malas saya merangkak je. Rasanya merangkak lagi cepat kot. Ibu selalu suh saya tatih. Kalau saya tatih nanti diaorang semua tepuk tangan seronok.

Kadang tu saya tertungging jugak sebab jalan pun tak berapa nak betul lagi.

Saya pun dah pandai berceloteh. Kalau saya lapar saya akan merengek. Ibu mang selalu faham. Kalau saya takmo dengar cakap ibu... ibu marah... saya akan nangis... sedih. Waaaa....



Bai sekian wassalam...


Tuesday, July 1, 2014

.: Mimpi Apa Tah.... :.

Assalamualaikum...

Cerita minggu sudah.... ;-)


Mimpi apa tah dak fawwaz ni. Pagi-pagi buta dok kejut ibu. Tak salah aku kui 4 pagi kot.

Adoiii...
Fawwaz : "ibu... fawwaz rasa gigi fawwaz sakitlah sebab fawwaz tak gosok gigi...".
ibu : ????? #blur.
Fawwaz : fawwaz rasa nak gosok gigilah.

So dia pi terus bilik air. Erm... mcm lama je kat dalam bilik air tu. Aku pun bangun. Tengok-tengok dia dok pegang berus gigi. Ubat gigi tak buh lagi. Aku buh la kat dia ubat gigi.

Gosok elok cam selalu. Dalam ati mimpi apalah gaknya dak ni?. Tetiba nak gosok gigi.

Sekian wassalam....


Sunday, June 29, 2014

.: Besday Present From Hubby :.

Assalamualaikum....


Selamat Hari Tua....
Besday akulah arini....
Berganjak lagi setahun umur aku... #feelingmuhasabahdiri

Terima kasih kepada suami tersayang coz memberikan hadiah besday. Pandai pulak dia buat supprise ye. Bila masa ntah dia prepare hadiah ni?. Tuptup belum kui 12 dah bagi besday present.

Biasalah... aku kan selalu tido awal... nak pulak sok nk kena bangkit sahur.


Alamak! Terharunya. Selalu kalau besday belanja makan je. Tapi kali ni ngan hadiah sekali pulak... wahhh peling cedih + terharu ma.

Bukak-bukak sekali tengok dapat jam adidas u.... cayang my hubby... !
tq sayang....


sekian wassalam...


Tuesday, June 24, 2014

.: ai ada assisten :.

Assalamualaikum...

Ada asisten dah la ni. Haha... 



Dak tecik hafiy ni mang pantang nampak penyapu. Selalu bila kita dok sapu umah asik dok merengek je nak mintak kokong...

Jenuh aku terpaksa dukung dia belah kiri. Belah kanan pulak pegang sapu. Erm... seronoklah kawan tu dok tengok kita menyapu. Bila dah siap sapu lantai. Dok bunyik lagi suh sapu. haiiih.... ponat ibu nak oiii. Dak ni tak reti cakap tapi dok 'ahhh uhhhh...' Kita pahamlah maksud dia sebab bila kita dok sapu tipu-tipu tu dia diam.. muka ada senyum je. Suka la tew....cerdik sungguh la...



Sekian wassalam...
  

Wednesday, June 18, 2014

.: Cam Feeling Down Je... :.

Assalamualaikum...

Normallah kan kadang-kadang mang kita akan rasa down. Tapi bukan bab keje. Bab personal. Biasalah macam-macam nak kena pikir. Hah!. Amik nafas sket. Buang semua yang negatif.

Call mak kat kampung ritu so dapat lah charge battery sket. Betullah bila kita dapat mengadu satu-satu masalah ngan mak secara otometik kita akan jadi tenang balik. Dapat balik semua aura-aura positif.

Mak pesan nak buat apa je hati kena ikhlas. Kena redha. Anggap semua tu sebagai dugaan dari Allah. Kalau hati ikhlas in shaa Allah akan dapat pahala. Amin.

Sekian wassalam...

Sunday, June 15, 2014

.: Puas ati..... :.

Assalamualaikum....



Puas ati arini sebab dapat bukak blog kat laptop. Selalu bukak kat henfon je, sebab terlalu takde masa. Adapun curik-curik gak. Rindu wei bila sehari tak bukak blog. Sejak Hafiy mula nak membesar dan dapat pulak tukar ke jabatan baru aku rasa cam tak cukup masa je. Ntahlah. Cam rasa letih pulak. Time keje mang keje lah kan. Balik umah pulak mang keje dah sedia menunggu. Itu mang biasa dah lah. 

Erm, lupa nak share sekarang ni aku dah mula jaga mak mertua dua minggu sekali. Bergilir-gilir ngan abang hubby. Kalau tak kan sebelum ni jaga weekend je tu pun bergantung pada adik beradik hubby, kalau diaorang ada program waktu tu kamilah yang akan jaga. So, la ni mang kena jagalah tu pun pas ada something happened. Rutin harian kena ubah sketlah ye. Alhamdulillah sekarang kan dah tak keje kat pulau. Balik pun boleh awal sket.

Sapa yang follow blog ni mesti tau citer pasal mak mertua aku kan. Mak mertua aku kan kene angin ahmar tahun lepas. Jadinya badan dia sebelah kanan tak boleh bergerak. Tapi la ni ok sket dah sebab kaki kanan tu bley jugak gerak dan dia pun bley berjalan. Seret-seret gaklah. Cuma tangan je yang masih tak bley buat apa.

Nak share jugak perkembangan anak-anak. Hafiy dah nak mula pandai berjalan. Sekarang ni dah 11 bulan. Cuma aku rasa time dia ni lambat sket jalan. Masa abang-abang dia umur 9 bulan dah bertatih. Umur setahun dah ligat berjalan. Takpe. asalkan dia bley berjalan kan. Syukur. 

Firas n Fawwaz, erm... takde apa yang nak diceritakan cuma aritu masa cuti sekolah dok tanya gak. Tak balik kampung ke?. Adoiii... aku pulak kan ke baru je tukar jabatan. So, cam nak cuti ni agak belum nak boleh lagi lah. Boleh je sebenarnya tapi, aku rasa kalau tak berapa nak perlu nanti dulu lah. Cam tak berapa nak sesuai pulak. Cuma yang pasti awal puasa ni aku nak amik cuti gak. Teringat semalam Firas n Fawwaz kata "bila kita nak beli cendol ibu?". Aik pelik jugak pasal pe dia tanya camtu. Pastu Firas kata, "aritu masa kat kampung nenek ada belikan cendol kat pasar...". Ni cerita masa aku balik kampung sat sebelum lapor diri kat Putrajaya tu. Kan ke nenek dia jaga sat. 

So, u see.... sebenarnya nak ajak ibu balik kampung la tu. Sabar la anak oiii... kalau ibu ngan ayah ni cikgu takpe gak, tiap kali cuti sekolah bley balik kampung. Tapi apakan daya... kami bukan cikgu....

Oklah... tu je kot... nanti sambung lain kali pulak k.

Sekian, wassalam....





Tuesday, June 10, 2014

.: Demam Lagi.... :.

Assalamualaikum....


Dak kecik ni demam campak tak abis-abis lagi. Aritu dah kn yang kecik pastu yang besar pulak. Ingat dah abis dah tuptup dok ada lagi yang kecik pulak. Adoiii... dah la halus... kecik kecik... cuaca pulak dua tiga arini panas jeee... lagilah dia dok merap... malam tadi je cam sejuk sket. Pas abis campak dia ni nak kena berbedak gak lah...


Sekian wassalam...

Friday, June 6, 2014

.: Rezeki Lagi :.

Assalamualaikum...


Alhamdulillah... rezeki BE lagi.
Lama tak check akaun nuffnang tengok-tengok ada tiga BE yang tengah dok menari-nari. 

Tapi tu la... masa la ni sangat-sangat cemburu ngan aku. Sampaikan nak selit tuk BW kat blog u alls pun tak sempat. Mana yang dan je aku singgah.


Sekian wassalam...

Wednesday, June 4, 2014

.: Pekeliling Ibu Mengandung Kena Minum Air Gula :.

Assalamualaikum....



Haha nak tegelak pun ado...
Ada jugak yang mencari
'Pekeliling ibu mengandung kena minum air gula'...

Ada pekeliling ke?
Setau aku mang kene minum air gula... kalau tak salah dalam tempoh 9 bulan pregnant tu kena dua kali itupun kalau takde kencing manis. Kalau suspect kencing manis mang lagi kerap kena minum air gula. Rasa dia ya rabbi.... perit anak tekak ni nak telan.


Sekian wassalam...


Monday, June 2, 2014

.: Cer Teka Apa Dia??? :.

Assalamualaikum....


Apa dia tu???.
Sadis betul... sian kat bola tu.
Tak dan si hafiy puas main... tup tup tengok dah kempis.

Erm... keje sapa lagi kalau bukan abang fawwaz dia. Bley pulak dia cucuk bola tu ngan benda tajam. Adoiii la anak. Sabar je la...

Sekian wassalam...

Wednesday, May 28, 2014

.: Hadiah Cikgu :.

Assalamualaikum....

Last sunday sekolah Firas buat majlis Hari Guru. So pepaham je la. Nak suh ibu dia beli hadiah kat cikgu la tu. Ok...ok... ibu beli jugaklah... P tesco beli hadiah tabung duit je kat cikgu... suh cikgu simpan duit banyak-banyak haha. Ok la tu kan.

Ingat dulu masa sekolah kami beli hadiah sabun, ubat gigi kat cikgu je. Manada duit banyak. Beli yang murah-murah je. Yang penting hati kita ikhlas nak bagi betul tak?.

Semoga ilmu yang cikgu bagi tu mendapat keberkatan. 


Susah sungguh kalau suh senyum pagi-pagi. Kalau senyum spontan takpe pulak.

Oklah... sekian dulu... wassalam...


Tuesday, May 27, 2014

.: Main Pondok-Pondok :.

Assalamualaikum...

Haha..ayat tak bley blah... teringat zaman kecik-kecik dulu wat pondok-pondok guna jerami padi. Kalau pas musim menuai mang meriah. Puas main kat sawah.

La ni anak-anak kalau dok bandar mang takde kebebasan sangat cam dok kat kampung... kat kampung takde serisau cam dok kat bandar. Sebab majoriti jiran kat kampung aku mang ada  pertalian saudara.

So, anak-anak aku kalau nak kuar main pun kena dok tengok sama. Kalau rasa senyap sunyi tu mang kena panggil nama. Kalau tak mang al ghuyuplah jawabnya. Hilang. Kayuh basikal pusing satu taman.

Tuk keselamatan bersama main je la dalam umah. Actually umah menan ni aku beli masa firas 4 tahun fawwaz pulak baru berapa bulan tah... bila nak pindah umah ritu simpan balik dalam plastik. So tiba-tiba bila dahde hafiy tetingat pulak kat benda ni. Hubby pun selongkar balik stor... jumpa n buat balik bagi anak-anak main.



Seronok bila tengok anak-anak hepi....

Sekian wassalam...

HF: lately ni bz sket ngan keje... sori tak dapat nk BW sangat...


Thursday, May 22, 2014

.: Suasana Kerja Di Jabatan Baru :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pejam celik dah dua minggu aku bertugas di jabatan baru. Banyak benda yang perlu dipelajari coz skop kerja sekarang tak sama ngan jabatan lama. Dulu more kepada servis but sekarang ni maybe more kepada core bisnes jabatan kot.

Cabaran baru gak bagi aku sebab 1st time dapat senarai tugas ni. Nampak macam mudah tapi tak semudah yang kita nampak. Haha... semua tu baru bermula. Tapi kadang kala kita perlu jugak buat kerja selain daripada yang kita pernah buat. Kalau tak mang pengalaman kerjaya tu tak berkembang. Enam tahun buat servis cukup kot buat masa ni. Nak try buat keje lain pulak. Kat sini yang paling penting adalah INTEGRITI. So mang kena amalkan.

Dari segi suasana keje erm.. lebih kurang sama je kot. Masa baru ni mungkin amik masa sket nak suaikan diri tapi aku ok je. Diaorang pun semuanya ramah-ramah belaka, tak kedekut ilmu.

Bab makan pulak. Sini takde cafe. Ada pun kedai makan kat depan tu. Selalu kalau kui 1 petang mang takde apa dah. Nak kata sedap sangat biasa-biasa je. Kalau nak beli pun kena sebelum kui 1. So aku lebih prefer tuk bawak bekal. Masak je la yang simple. Yang penting sedap n perut pun kenyang. Lagipun majoriti kat sini bawak bekal dari umah. Jimat pun jimat.

Alhamdulillah berkat kesabaran Allah permudahkan urusan aku n famili. Sekarang ni bley balik keje awal sket. Pukul 6 lebih dah sampai umah. So, banyak masa yang bley diperuntukkan tuk my family. Mang itu pun yang aku nak selama ni. Cukuplah 6 tahun yang penah aku lalui tu. Sian kat diaorang...

Aku harap semoga bley kerja dengan cemerlang di jabatan baru. In sha Allah. Semua orang pun mengharapkan perkara yang sama kan??

Sekian wassalam...

Wednesday, May 21, 2014

.: Cerdik Memanjang.... :.

Assalamualaikum...

Dak tecik ni makin dia besar makin cerdik pulak. Sekarang ni makin susah plak nk snap picture dia... elok-elok je kita tekan klik dan dan tu gak dia kalih kot lain. Ermm...macam tau je kan... takmo inteprem kat blog ibu le tew... 



Time ni cepat-cepat klik bila dia kalih... dapat gak akhirnya....


yang ni semua tak jadi....

Dua tiga arini dok demam.. nak boleh berjalan kot... kalau nak kata tumbuh gigi lagi cam tak nampak pun...Pasni siap sedialah untuk bekerja keras hahaha... makin kurus mak ko nakkkk....

Sekian, wassalam...

Tuesday, May 20, 2014

.: CPUV lagi..... :.

Assalamualaikum...

Tq en. nuffnang sekali lagi coz baik ati sesangat bulan ni bagi rezeki. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Ada iklan yang melekat lagi... moga lama sket la ia melekat ye...




HF : Rezeki Allah datang dengan pelbagai cara mungkin ni salah satu darinya... amin...

Sekian, wassalam...

Monday, May 19, 2014

.: Mahukan Blog Berwajah Baru :.

Assalamualaikum...

Rasa-rasa cam nak suh orang edit blog ni la. Cam jemu je... cam tak fresh je... cam lemau je...

Nak edit sendiri cam tak reti. Yang reti buat header je... tu pun cam hapa tah. Seronok bila tengok blog orang lain kiut miut je... kemas je... cantik je...

Ada sapa-sapa bley bagitau tak sapa yang bley tolong utk edit blog ni... takmo lah yang mahal... yang sedang-sedang je ok la...

Sekian, wassalam..

Sunday, May 18, 2014

.: Entri Laris :.

Assalamualaikum....

Terpublish pulak. Tak dan nak taip entri. Hahaha....


Ok... ni la entri yang paling laris sepanjang minggu ni. Terima kasih kepada yang sudi terjah n search entri yang berkaitan. Tq gak sebab dapat menaikkan UV blog ni. 


Sekian, wassalam...