Wednesday, May 28, 2014

.: Hadiah Cikgu :.

Assalamualaikum....

Last sunday sekolah Firas buat majlis Hari Guru. So pepaham je la. Nak suh ibu dia beli hadiah kat cikgu la tu. Ok...ok... ibu beli jugaklah... P tesco beli hadiah tabung duit je kat cikgu... suh cikgu simpan duit banyak-banyak haha. Ok la tu kan.

Ingat dulu masa sekolah kami beli hadiah sabun, ubat gigi kat cikgu je. Manada duit banyak. Beli yang murah-murah je. Yang penting hati kita ikhlas nak bagi betul tak?.

Semoga ilmu yang cikgu bagi tu mendapat keberkatan. 


Susah sungguh kalau suh senyum pagi-pagi. Kalau senyum spontan takpe pulak.

Oklah... sekian dulu... wassalam...


Tuesday, May 27, 2014

.: Main Pondok-Pondok :.

Assalamualaikum...

Haha..ayat tak bley blah... teringat zaman kecik-kecik dulu wat pondok-pondok guna jerami padi. Kalau pas musim menuai mang meriah. Puas main kat sawah.

La ni anak-anak kalau dok bandar mang takde kebebasan sangat cam dok kat kampung... kat kampung takde serisau cam dok kat bandar. Sebab majoriti jiran kat kampung aku mang ada  pertalian saudara.

So, anak-anak aku kalau nak kuar main pun kena dok tengok sama. Kalau rasa senyap sunyi tu mang kena panggil nama. Kalau tak mang al ghuyuplah jawabnya. Hilang. Kayuh basikal pusing satu taman.

Tuk keselamatan bersama main je la dalam umah. Actually umah menan ni aku beli masa firas 4 tahun fawwaz pulak baru berapa bulan tah... bila nak pindah umah ritu simpan balik dalam plastik. So tiba-tiba bila dahde hafiy tetingat pulak kat benda ni. Hubby pun selongkar balik stor... jumpa n buat balik bagi anak-anak main.



Seronok bila tengok anak-anak hepi....

Sekian wassalam...

HF: lately ni bz sket ngan keje... sori tak dapat nk BW sangat...


Thursday, May 22, 2014

.: Suasana Kerja Di Jabatan Baru :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pejam celik dah dua minggu aku bertugas di jabatan baru. Banyak benda yang perlu dipelajari coz skop kerja sekarang tak sama ngan jabatan lama. Dulu more kepada servis but sekarang ni maybe more kepada core bisnes jabatan kot.

Cabaran baru gak bagi aku sebab 1st time dapat senarai tugas ni. Nampak macam mudah tapi tak semudah yang kita nampak. Haha... semua tu baru bermula. Tapi kadang kala kita perlu jugak buat kerja selain daripada yang kita pernah buat. Kalau tak mang pengalaman kerjaya tu tak berkembang. Enam tahun buat servis cukup kot buat masa ni. Nak try buat keje lain pulak. Kat sini yang paling penting adalah INTEGRITI. So mang kena amalkan.

Dari segi suasana keje erm.. lebih kurang sama je kot. Masa baru ni mungkin amik masa sket nak suaikan diri tapi aku ok je. Diaorang pun semuanya ramah-ramah belaka, tak kedekut ilmu.

Bab makan pulak. Sini takde cafe. Ada pun kedai makan kat depan tu. Selalu kalau kui 1 petang mang takde apa dah. Nak kata sedap sangat biasa-biasa je. Kalau nak beli pun kena sebelum kui 1. So aku lebih prefer tuk bawak bekal. Masak je la yang simple. Yang penting sedap n perut pun kenyang. Lagipun majoriti kat sini bawak bekal dari umah. Jimat pun jimat.

Alhamdulillah berkat kesabaran Allah permudahkan urusan aku n famili. Sekarang ni bley balik keje awal sket. Pukul 6 lebih dah sampai umah. So, banyak masa yang bley diperuntukkan tuk my family. Mang itu pun yang aku nak selama ni. Cukuplah 6 tahun yang penah aku lalui tu. Sian kat diaorang...

Aku harap semoga bley kerja dengan cemerlang di jabatan baru. In sha Allah. Semua orang pun mengharapkan perkara yang sama kan??

Sekian wassalam...

Wednesday, May 21, 2014

.: Cerdik Memanjang.... :.

Assalamualaikum...

Dak tecik ni makin dia besar makin cerdik pulak. Sekarang ni makin susah plak nk snap picture dia... elok-elok je kita tekan klik dan dan tu gak dia kalih kot lain. Ermm...macam tau je kan... takmo inteprem kat blog ibu le tew... 



Time ni cepat-cepat klik bila dia kalih... dapat gak akhirnya....


yang ni semua tak jadi....

Dua tiga arini dok demam.. nak boleh berjalan kot... kalau nak kata tumbuh gigi lagi cam tak nampak pun...Pasni siap sedialah untuk bekerja keras hahaha... makin kurus mak ko nakkkk....

Sekian, wassalam...

Tuesday, May 20, 2014

.: CPUV lagi..... :.

Assalamualaikum...

Tq en. nuffnang sekali lagi coz baik ati sesangat bulan ni bagi rezeki. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Ada iklan yang melekat lagi... moga lama sket la ia melekat ye...




HF : Rezeki Allah datang dengan pelbagai cara mungkin ni salah satu darinya... amin...

Sekian, wassalam...

Monday, May 19, 2014

.: Mahukan Blog Berwajah Baru :.

Assalamualaikum...

Rasa-rasa cam nak suh orang edit blog ni la. Cam jemu je... cam tak fresh je... cam lemau je...

Nak edit sendiri cam tak reti. Yang reti buat header je... tu pun cam hapa tah. Seronok bila tengok blog orang lain kiut miut je... kemas je... cantik je...

Ada sapa-sapa bley bagitau tak sapa yang bley tolong utk edit blog ni... takmo lah yang mahal... yang sedang-sedang je ok la...

Sekian, wassalam..

Sunday, May 18, 2014

.: Entri Laris :.

Assalamualaikum....

Terpublish pulak. Tak dan nak taip entri. Hahaha....


Ok... ni la entri yang paling laris sepanjang minggu ni. Terima kasih kepada yang sudi terjah n search entri yang berkaitan. Tq gak sebab dapat menaikkan UV blog ni. 


Sekian, wassalam...

Friday, May 16, 2014

.: Notti Sikit Je.... :.

 Assalamualaikum...



Memang notti ini budak. Asal abang dia tido je dia usik sebab takde geng nak main. Kadang-kadang kalau ibu dia terlelap pun mang kena tampaq dah muka. Terkekek-kekek dia gelak bila orang terkejut. Seronok. Apapun anak-anak tetap menjadi penghibur hati aku. Sayang anak-anak ibu......


Sekian, wassalam...


Thursday, May 15, 2014

.: Hafiy :10 Bulan :.

Assalamualaikum...

Perkembangan Hafiy 10 bulan (10 Jul 2013 -10 Mei 2014).
Berat dah 9kg. Budak tecik kenit ni makin banyak akal, cerdik nau. Makan pun dah banyak. Faham dah apa yang kita cakap. Dok tersengih cam kerang busuk kalau kita larang dia. Hamboi... makin dilarang makin ligat pulak dia nak menyakat kita.




Sekian, wassalam...

Wednesday, May 14, 2014

.: Shopping Online :.

Assalamualaikum...



Cantik tak?, cantik tak?...
Cantiklah!!!...

Shopping online kat kedai kain kawan baik aku masa keje swasta dulu.
Support kawan-kawan kan...Semoga bisnes dia berjaya.

Cantik-cantik kain yang dia jual... kalau ikut mang semua berkenan tapi mengenangkan fulusnya ngak banyak maka beli dua jelah dulu ye...

Kalau free terjah lah ig dia... 


Sekian, wassalam...

Tuesday, May 13, 2014

.: Terima Kasih : Nuffnang :.

Assalamualaikum...

Tq en. nuffnang... alhamdulillah rezeki anak-anak, walaupun entri kat blog ni jap ada jap takde cam biskut kenkononnya... tapi en.nuffnang totap bagi gak cpuv ye...suka hati cheq ni... lompat bintang tau... terima kasih banyak-banyak tau.. atleast ianya memberi semangat tuk berblogging... sebab lately ni cam agak malas sket bukan pe line internet kat umah ni cam hampeh tu yang jarang nak update... nak berblog walking lagilah. Sori ye kawan-kawan mana yg sempat saya singgah ok.


McDonald's Hello Kitty.... tak dan lagi tengok camana iklan dia....

Sekian, wassalam...

Friday, May 9, 2014

.: Disiplin Diri :.

Assalamualaikum...



Standard la kalau jabatan kerajaan mang kena pakai kasut tutup. Tapi masa kat jabatan lama selamba je pakai kasut tak tutup. Haha...Mula-mula je pastu selamatttt... kalau nak pi kursus yang formal baru kalut nak cari kasut tutup.

Mai kat ofis baru takdak dah semua tu. Mai keje mang kena pakai kasut tutup. Sib baik masa lapor diri ritu mang pakai kasut tutup. Tergerak ati sebenarnya. Ntah cam Allah dah bagi hint pulak. So pasni no more sandle dah.... 

Kena cari kasut tutup la pasni... wat koleksi. 

Sekian, wassalam...

Wednesday, May 7, 2014

.: Aktivti Hujung Minggu :.

Assalamualaikum...

Entri yang dok terperam dua minggu sudah. Lupa nak publish. Gara-gara kalut nak bertukar. Saja buat kelainan tuk menu anak-anak. Bosan kot diorang asik menu sama. Kadang anak-anak ni memilih jugak. Takmo tu takmo ni.





Amik kau makan sampai puas. Berapa kali bakar tah... asik tak cukup je.

sekian, wassalam...


Tuesday, May 6, 2014

.: Majlis Perpisahan :.

Assalamualaikum....

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menganjurkan majlis perpisahan ni. Last friday adalah hari last aku di JKM. Sedih sebenarnya. Banyak kenangan sepanjang 5 tahun servis. Dah macam satu famili. 

Layankan je lah gamba kenangan ni. Ni semua kwn2 kat ofis.









Terima kasih juga diatas sumbangan hadiah dari kawan-kawan. Budi baik kawan-kawan akan ku kenang sampai bila-bila.

Sekian, wassalam...

P/s: tak sempat lagi nak terjah umah kawan-kawan... sori sangat...

















Monday, May 5, 2014

.: Ikan Sepat Goreng Kering :.

Assalamualaikum...
Terima kasih sangat kat mak sebab masa balik dari kampung aritu dia bekalkan ikan sepat goreng. Mang feberet. Digoreng kering pulak tu, mang kriuk kriuk lah... Makan ngan nasik panas-panas + kicap. Mang sedaplah.

Sebelum ni kalau balik bukan musim  menuai so, takdelah ikan-ikan sawah ni. Biasanya kalau pas musim menuai mang ikan banyak. Diaorang suka jala atau tangguk ikan kat parit. Ikan tak besar mana pun kecik-kecik je. 


Sekian, Wassalam...