Wednesday, April 30, 2014

.: Istana Negara n Tugu Negara :.

Assalamualaikum...
 
Hari tu masa on the way nak balik hubby ajak naik KL dulu saja nak bawak anak-anak pi Tugu Negara. Sebelum tu mang Firas teringin nak pi sebab masa kat sekolah ada aktiviti pasal tempat bersejarah. So, dah alang-alang dekat bawak pi jelah.
 
Disebabkan lama tak ronda KL jalan pun dah tak berapa nak ingat. Tak pick up dah otak aku ni. Kalau dulu kata je lah nak pi mana in sha Allah tau jalan. Ntah camana bley terlajak sampai Istana Negara. Haha... takpelah dah sampai situ pi rakam lah apa yang patut. Panas terik masa kami pi tu, ha la jam pun nak pukul 12 tengahari.
 


 
Dak Fawwaz ni orang suh berdiri kat tepi tu, dia dok berlari pulak. Payah.
Tak ramai orang pun just pelancong luar je yang mai tengok Istana Negara ni.
 
Pastu barulah pi Tugu Negara. Sampai juga kesini. Takde apapun sebenarnya kat sini tapi sebagai pendedahan kepada anak-anak.
 




Tu je, jalan-jalan kami di KL. Tak banyak masa, ingat satu hari nanti nak jugak bawak diaorang pi ronda-ronda sini. Naik LRT, KLCC.....
 
 
Sekian, Wassalam..
 


Tuesday, April 29, 2014

.: Kenduri Kesyukuran : "Bancaan" :.

Assalamualaikum...

Masa balik kampung aritu sempat gak p kenduri kesyukuran famili sebelah arwah abah. Adik beradik abahlah. Sebab tok laki dah tak berapa nak sihat. So, dia mintak buat kenduri sket tuk cucu cicit dia. 


Kami belah selangor panggil kenduri ni 'bancaan'. Dalam talam tu ada nasik, ayam goreng, kerabu, ikan masin n telur rebus. Mang tradisi kat sini. Pastu kalau nak makan kat dalam talam sama-sama pun boleh. Dapat eratkan lagi silaturrahim kan?. Hubby mang tak penah lagi pi majlis camni. Cam kekok gak. Takpe belajar lah. Sebab kadang-kadang tu kalau time diaorang buat kami tak boleh balik. Jauh ken...


Nilah sebahagian famili belah arwah abah. Adik beradik abah empat orang je. Tak ramai. Tu yang dok betulkan spect mata, pakai tudung pink tu mak aku le...


Sekian, Wassalam...




Monday, April 28, 2014

.: Minggu Terakhir di Kebajikan :.

Assalamualaikum...

 
 
Minggu-minggu terakhir di sini. Arghhh... tak suka sebenarnya tuk menghadapi situasi ni. Terlalu banyak memori kat sini. Tapi apakan daya..... semua ni tuk kebaikan aku.
 
 Masih menghabiskan saki baki kerja yang tertangguh. Adalah dua tiga ketul yang tak abis lagi. Barang-barang pun tak abis kemas lagi. In Sha Allah sebelum 1 Mei ni nak bagi clear semuanya. So, 2 Mei tu kira mai tuk serah tugas je. Bley tak camtu???.
 
 Sekian, Wassalam...
 
 
 

Friday, April 25, 2014

.: Di Hari Lapor Diri :.

Assalamualaikum...

Bertolak dari umah mak 20 April 2014 pukul 6.45 pagi. Terpaksa gak bawak sikecik kenit ni sebab sian pulak nak tinggal. So, bujang dua orang tu aku tinggal kat mak mintak jaga sampai petang.

Alhamdulillah perjalanan lancar pada pagi tu. Cuma biasalah jammed pagi isnin. Sampai JPA area pukul 8.40 pagi. Pi amik surat pertukaran pastu terus pi Kementerian Pengangkutan. Ingatkan i sorang je yang datang tuk lapor diri. Ropenya ramai juge. Adalah dalam 10 orang kot. Campur jawatan. Diaorang tempatkan kami semua kat library. Mang lamalah dok tunggu surat penempatan dari Kementerian. Ingatkan sebelum pukul 12 tengahari tu settle dah. Lajak juga sampai lunch hour. Adoiii... sian kat kecik kenit tu. Sib baik hubby kata tak banyak ragam. Baik je dia.

Pas lunch tu naik kementerian balik baru dapat surat. Kene pulak lapor diri kat JPJ. Sebelah bangunan kementerian ni je. Ingatkan kejap juga. Serupa gak. Lama. Nak dekat pukul 5 petang baru dapat surat. Mang tak larat menunggu. Naik kematu punggung aku.



Hajat dihati tu nak gak round putrajaya jap. Tapi hampa. Kuar je dari JPJ tu hujan punya lebat. Putih sampai tak nampak jalan. Takdelah picture kat situ. Sedih jugak. Erm, takpalah next time pulaklah.

Alhamdulillah, semua dah settle. Cuma nak lapor diri kat JPJ negeri jelah. Dalam suka ada duka pulak ye, sedihlah wei nak tinggalkan jabatan yang dah dekat enam tahun aku berkhidmat. Tapi apa kan daya demi kebahagiaan keluargaku yang tercinta. Terpaksa tukar jugaklah.

Eh, sib baik masa demam campak aritu tak banyak naik kat muka. Selamat. Kalau tak mau bintik-bintik muka aku. 


Sekian, Wassalam...


Thursday, April 24, 2014

.: Balik Kampung Sebelum Lapor Diri :.

Assalamualaikum...
 
Menyempatkan masa yang ada. Bizi wei la ni. Ok, last week pas dapat surat tukar tu sabtu tu on the spot terus balik kampung. Call mak siap-siap. Mang seronok sangatlah sebab anak dia yang jauh nun di utara ni nak balik. Kebetulan Firas pun hubby dah buat surat siap-siap sebab demam campak jugak. Takde masalahlah bab sekolah dia. Semua ni mang kebetulan. Allah permudahkan semua urusan aku. Disebalik ke'MC'an sebab demam campak tu ada pulak hikmah dia kan?. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat.
 



Sekarang ni mem besar kena dok seat belakang sebab sikecik ni sekarang tengah dok membuas dan memerlukan ruang yang besar tuk dia terokai. Hahaha.... Penah dok seat depan mak ai, keje nak pegang stereng je, jenuh dok tahan dia. Adoiii. Dahlah makan masa 5 jam, bley tahan jugaklah. Tido pulak sat je. Anak-anak camtulah bila balik kampung je. Tak sabar-sabar. Dok tanya banyak kali. "ibu kita kat mana ni?". "Tak sampai lagi ke?".
 

 
Ni bila dah sampai area kampung, aku lepas gak dia kat hubby. Sibuk nak jaga stereng. Amik kau.


Ni pulak time nak balik utara. Sorang tido kat seat depan. Sorang kat seat kanan, sorang kat seat kiri. Ibu diaaaa????. Sian betul. Kena dok kat tengah-tengah. Tersepit. Takpelah demi anak-anak. Tak larat nak pangku dak kecik tu. Bley tahan gak. Lenguh kaki. Kereta tak cukup besar. Takpelah tunggu ekonomi stabil ye. Tu baru tiga orang anak. Kalau lebih dari tu. Erm... pakai tak muatlah. Kena beli MPV kot. akakakaka.... "Hubby...camana???" *kenyitmatasikit. Mengada.
 
Sekian, Wassalam...
 
 
 


Friday, April 18, 2014

.: Langgar Pantang Weiii... :.

Assalamualaikum....

Memang langgar pantang.
Suh dok umah dendiam, gagah nak kuar juge.
Kalau tak urgent... tak kuar.
Disebabkan urgent terpaksa jugelah.

Ku angkut semua anak-anak.
Susah juga bila kita handle sorang tanpa hubby tolong.
Tapi bagi aku apapun, p mana sekalipun anak-anak tetap akan kubawa.
Ia bukannya satu bebanan tapi satu amanah.


Balik tu singgah sat kat tesco nak beli barang dapur sket. Dok umah ni keje dok masak je. Sampai tak tau nak masak pe. Jemu dah asik makan makanan orang sakit. Nasib baik sikecik ni sopan santun dan mendengar cakap. Baik je dia dok kat seat tu. Yang dua orang lagi tu usah dikatalah. Asal pi tesco je dok pau aku beli mainan. Aduuuui... poning mak kau ni nak. Kalau 3,4 kali sebulan mau kopak duit. Tapi selalunya aku beli yang murah je. Bawah rm10. Sebab kalau bagi yang mahal bukannye reti jaga pun. Keje dok melingkup je. Beli yang murah kalau rosak pun tak sakit ati.

Lama jugak ye campak ni nak baik. Dok merah lagi...tapi dah nak keringlah. Camana nak pastikan yang kita dah bebas dari campak ni?


k lah... sekian...


Thursday, April 17, 2014

.: Kata Hati Selalunya Betul :.

Assalamualaikum....

Memang betul...
Hati ni dok kata, "abis je mc seminggu ni, bila mai keje confirm aku dapat tukar...".

Ya aku dapat tukar ke jabatan lain. Semalam jpa call inform pasal pertukaran tu. Cuma sekarang ni nak tunggu surat je.

Alhamdulillah... berkat kesabaran selama ni Allah dah pun makbulkan permintaanku. Syukur, syukur sangat. Moga pasni masa bersama famili akan lebih dimanfaatkan.

Nampak gayanya target 2015 akan tercapailah kot... in sha Allah.

Harap-harap aku dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di jabatan yang baru pulak. Nanti aku akan buat entri istimewa sepanjang bertugas di jkm. Tribute katanya....

Sekian, wassalam...


Wednesday, April 16, 2014

.: Emmaakkkk.....! :.

Assalamualaikum....



Budak kecik ni asal dia menangis je mesti dok sebut "emmaakkk!".
Aik... terer kamu menyebut ye. 

Abang-abang dia mulalah konfius "ibu... pasal apa adik baby panggil emak?. Dia sorang je panggil 'emak'. Fawwaz dengan abang panggil 'ibu'...". See.... aku pun terpaksalah explain. Nak sebut ibu mungkin payah kot bagi baby kecik dibawah setahun. Sebab tu orang dulu-dulu kebanyakan panggil mak dia 'emak'. Cam aku jugak. Senang nak sebut.


Sekian, wassalam...

Monday, April 14, 2014

.: DEMAM CAMPAK : Bukan 1 tapi 3 :.

Assalamualaikum...
Beberapa hari tak bersiaran sebab terkena demam panas sekali ngan demam campak. Ingatkan aku je yang kena rupanya Hafiy ngan Firas pun kena jugak. Sebelum ni Fawwaz yang the first kena. Bermula dari umah mak chaq dia lah. Abis semua orang kena jugak. Adoiii... bertahan je lah.


Ni bintik campak yang aku kesan masa ari khamis petang. Abaikan je umah aku yang semak tu. Demam, abis sejuk badan-badan. Kosyen aku tu pun dah menggelupas abis. Ingat dulu nak beli sofa yang kayu jati tu je. Mak mertualah. Tak berkenanlah, itulah inilah. Erm... sama je pun... hihi


Hari jumaat tu dah makin kuar sket-sket, termasuk aku ngan firas sekali. Tak berapa nak gatal lagi. Hari sabtu tu aku ajak hubby kuar gak nak beli air kelapa. Pas minum air kelapa tu mang kuar banyaklah. Miang sunguh.


Tu yang singgah kat taman umah mak mertua aku amik daun mambu. Takmo bagi miang kat badan. Pokok dahlah tinggi jenuh naik amik daun dia. Eh eh... gelak pulak laki aku ni bila orang snap gamba dia.


Ni masa hari ahad, makin banyak dia kuar. Merah-merah. Sian sikecik aku ni. Meragam saja keje dia. Badan tak selesa kan. Tido dia pun tak lena. Pas solat zuhur tu p klinik kesihatan sebab nak amik mc tuk minggu ni. Confirm tak bley nak pi keje. Masuk jumpa doktor... alahai... doktor ensem aritula.... hahaha...

Bila dia tanya aku keje mana dan aku pulak bgtau keje kebajikan... amboi dan dan tu dia tanya soklan pasal kad oku adik dia. Erm... mang lumrah asal aku bgtau keje kebajikan je... ada je soklan berkaitan ngan bantuan. So mang kene standby.

Doktor kata demam campak ni paling kurang mang seminggu baru baik. Penyebaran dia melalui udara. Melalui mulut kita. Dia kata takde kaitan ngan bintik-bintik campak tu atau air bisa campak.

Dapatlah mc seminggu dr doktor encem tu. Alah umur adik2 je tu. Tapi mang peramah. Bagus layanan dia ngan pesakit. Klu bley bagi bintang aku bagi dia 5star!.

oklah... tiba masa nak merehatkan diri.
K.. bai... wassalam...





Tuesday, April 8, 2014

.: Berbudi Bahasa Budaya Kita... :.

Assalamualaikum...
 
 
"....Orang memberi
kita merasa....."
 
 
Aritu masa balik dari Village Mall. Hubby singgah sat kat Restoran Tajuddin. Dia kata nak beli pasembor. Mang feberet dia pun. Ok takpe. Disebabkan masa tu dah pukul 6 petang so, kami pun decided nak tapau bawak balik je. Kalau makan kat situ takut lewat pulak. Tak solat lagi masa tu.
 
Tengah dok tunggu dalam kereta tu, aku pun layanlah kerenak anak-anak yang macam-macam ni. Fine. Pastu tengah dok layan tu tiba-tiba aku nampak ada van polis ni lalu rapat sangat ngan kereta aku. "Aik, dia ni pasal pe?". Pastu kereta pun bergoyang. Mang sah dia langgar tepi kereta aku!. Aku pun tak puas ati terus je hon kuat-kuat. Muka dah naik merah sebab GERAM. So, aku kelek si kecik tu. Bukak pintu. Terus keluar. Aku tunggu driver van tu mai. Driver je pun... bukannye polis.... Dengan muka yang senyum-senyum tu, dia bley buat-buat tanya pulak.
 
"Terlanggar ye...".
 
" Ha lah, encik langgar kereta saya..".
 
" Tu la cik parking kat sini kenapa?".
 
" ????? saya parking kat tepi ni encik...".


 
"Depan tu punya luas, pasal apa encik tak berenti sat kat situ?".
 
"Tu la lepa tu takmo mengalah, nak jalan jugak..".
 
"Abis dia takmo mengalah, enciklah yang kene mengalah".
 
"Takpe calar sikit ni, bley cuci ni...".
 
Yelah tu!.
 
 

Tengoklah kat depan kereta aku ni punya luas, apa salahnya berenti sat. Tunggu kereta lain lalu dulu. Tak boleh ke bertolak ansur sikit. Tau la kamu tu bawak van jabatan. Tanpa rasa bersalah, tapi dok salahkan orang lain pulak. Apa salahnya mengaku salah. Tak salah pun. Sejuk gak hati ni. Hubby takde masa kejadian tu, kalau tak dia pun hangin gak kot. Ye lah, jalan tu mang sempit, pandai-pandai lah kamu nak lalu.
 
 
 
"...Orang berbudi
kita berbahasa...."
 
 
 
Sekian, Wassalam...
 


Monday, April 7, 2014

.: Pc Fair dan Mums n Kids Fair :.

Assalamualaikum....

Last saturday kami pi Village Mall coz ada FC Fair ngan Mums n Kids Fair. Ingat nak pi pagi tapi hubby nak pi kedai tayar pulak. Bley tak dia tak bgtau yang tayar belakang belah kanan tu ada paku. Sampai ati. Hubby bgtau, satgi kalau tau takmo bawak kete pi keje pulak. Takut. Kalau ikut mana dan nak pi kedai tayar time weekday. Balik keje je confirm kedai dah tutup. Tu yang ari sabtu baru nak pi.

So, kami pi village mall pukul 4ptg. Sian gak kat anak-anak. Asik dok tanya je. Tak pi jalan-jalan ke. Ramai jugaklah orang sampai parking pun takde. Target utama mang nak beli survey power bank pun. Dari ritu nak beli tapi tak belei-beli jugek. Lastly beli jugak sebab di offer beli 20000mah free 9000mah. Pastu ada lagi free gift rm30. So, km amik uncang tuk buh power bank tu. Sebab tgk gift yg lain cam tak berkenan je.




Senang le pasni takyah kalut nak charge hset bila keluar. U all semua mesti dahde kan? Aku je yang ketinggalan sebab sebelum ni cam tak berapa nak perlu kens... bila pikir balik... ish cam perlu la. So pasni takyah berebut amik sorang satu. Yeay!


Sekian, Wassalam...




Thursday, April 3, 2014

.: FIRAS : Suka Layan Hafiy :.

Assalamualaikum....


Besar dah si abang ni. Pandai dah tolong ibu jagakan adik-adik dia. Pandai dah layan adik dia main. Si adik pun rajin carik abang tuk main sama-sama. Layan gamba je lah ye. Tak banyak masa nak mengarang. Sayang pulak picture ni kalau tak di share. Buat kenang-kenangan.
Bak kata orang setiap gambar tu ada cerita dia yang tersendiri.
 


 

 
Budak Hafiy ni mang dah semakin aktif. Tak boleh duduk diam. Ada je kerja yang nak dibuatnya. Fawwaz takmo amik gamba masa ni sebab demam campak dia tak baik lagi. Malu nak enteprem!. Kalau tak selalunya mang asik muka dia je le.
 
Tengok rambut si Hafiy tu panjang dah, tapi disebabkan halus sangat, sayang pulak nak potong. Biar je le.
 
Ok, sekian tuk hari ni.
 
p/s: bila tah nak aktif balik berblog ni.
 
 


Wednesday, April 2, 2014

.: Fawwaz : Demam Campak :.


Assalamualaikum...
Demam la pulak si Fawwaz ni. Firstly ingatkan kena gigit nyamuk sebab masa nak amik diorang dari umah mak chaq tu dia tak pakai baju. Dok main kat luar pulak. So balik tu aku just buh mopiko je la. Pastu soknya tu tgk cam tak ok lagi. Dok naik lg banyak. Hubby kata ni kena demam campak ni. Lain macam je. Erm... berjangkit dari famili mak chaq dia lah. Biasa kena campak yang kecik-kecik je tu. Tak penah pulak jadi yang besar ni.


Jenuh nak amik gambar dia. Dia malu, sebab muka dia tak ensem. Wakakaka.... sama cam masa dia botakkan rambut depan dia dulu. Abis ku lumur satu badan dia ngan bedak sejuk. Gatal. Miang. Sian. Lagi pulak kalau nak mandi tu siap merengek-rengek. "ibu... sakit... ibu buhlah air pelan-pelan... ". Ai, tak sampai atilah aku tengok. Dua tiga hari ni dah makin kering, ok dah kot.
 
 
Sekian, Wassalam..
 
p/s: banyak cerita yang nak di share kat sini, tapi masa tu tak berapa nak ada. Gambar yang aku buh lately ni pun aku tak edit sangat. Bzzzzzzzz.....