Friday, February 21, 2014

.: Tip Si Manja Tidur Lena :.

Assalamualaikum....



Elakkan hubungan mata
 
Sebenarnya hubungan mata ke mata antara anda dengan bayi akan menyukarkan proses dia tidur lena. Oleh itu elakkan membuat hubungan mata ketika anda sedang mendukung dan mendodoia untuk menidurkannya. Hubungan mata hanya akan membuatkan si kecil menahan ngantuk dan meragam seterusnya menangis.
Mandikan
Keselesaan memainkan peranan penting untuk membolehkan bayi tidur lena. Badan berpeluh, lampin basah hanya akan membuatkan bayi tidak selesa dan sukar tidur. Oleh itu bersihkan badannya dengan mandikan sedikit supaya dia lebih selesa dan tenang untuk tidur.
Susukan dahulu
Kebiasaan seorang bayi atau kanak-kanak untuk mengenyangkan perutnya dengan susu bagi membantunya tidur lena. Oleh itu pastikan anda sudah menyusukannya supaya dia mudah tidur lena.
Sentuhan ibu
Sentuhan dan belaian membantu bayi untuk melelapkan mata dengan mudah. Bau badan ibu dan sentuhan kulit ke kulit membantunya tidur lena.
Menentukan waktu
Anda boleh mula mendisiplinkan bayi dengan rutin waktu tidur. Tetapkan masa tidurnya yang sama setiap hari. Pastikan anda melakukan aktiviti bersamanya sebelum itu seperti bergurau senda, berborak dan sebagainya supaya dia mudah berasa letih dan mengantuk sebaik tiba masa tidurnya.
******
 
Anak-anak aku sekarang ni semua tido sama time ngan aku n hubby baik yang kecik ataupun yang besar. Erm... camne tu... kadang tu kui 9 malam tido dah. Satgi time kita nak tido tu la dia bangun. Adoyaiiii... yang kecik tu sama gak. Sekarang ni dah pandai kalau ajak dia tido, dia dok main je kat dalam bilik, dok golek sana, golek sini. Lastly aku yang lena dulu. Tapi kalau ayah dia masuk tido, dan dan je dia bley tido. Aritu ada sekali dia dok tunggu sampai ayah dia siap solat. Baru dia tido. Alahai anak oh anak. Macam-macam sungguh ragam kamu orang ye!
 
Sekian, Wassalam...
 
  
 

11 comments:

  1. dah try mcm yati ckp tu. tapi Aleesya jenis tidur lambat. solution terakhir ialah. tutp semua lampu. hambek ko...

    ReplyDelete
  2. Penangan si abah tu kadang2 menjadi... kita yg lama dgn dia ni dia nak mai 2 je...

    ReplyDelete
  3. bagus tips ni.
    hahaa. hafiy tman ayah solat la tu..

    ReplyDelete
  4. info berguna ni HF
    thanks sharing :)

    ReplyDelete
  5. halooooh comey nya tunggu papa jugak baru nak tidur.

    ReplyDelete
  6. gtulah keadaannya kan.. depa punya awai tido... last br kita tido pukul 11 mlm.. depa dok keriau dah jaga lak.. hadoiii.. tu trauma nak beranak kecik lg tuu..hiihhi

    ReplyDelete
  7. saya perasan, anak saya kalau nak tidur, dia akan pandang mata saya..
    saya pura-pura tidur, baru dia tutup mata..
    tapi sesekali dia akan buka mata dan sergah saya..

    ReplyDelete

.: Terima Kasih Diatas Segala Komen-Komen U All! :-) :.
.: Jangan Lupe Singgah Dan Komen Lagi tau! :.
.: Nanti Saya Jejak U All Pulak, OK! :.