Friday, February 28, 2014

.: Rezeki Yang Berkat :.

Assalamualaikum...
 
Sebagai perkongsian bersama di pagi yang mulia ini...


fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!
 
 
Sekian, wassalam...
 
 
sumber: fb
 


Thursday, February 27, 2014

.: Giveaway T.shirt by Tengkubutang :.

Assalamualaikum...



 
Jom join!....
 
Tarikh tutup : 28.2.2014
 
Sekian, Wassalam...

Wednesday, February 26, 2014

.: Anak-Anak Permata Hati :.

Assalamualaikum....
 

Mengekoq je abang dia pi mana, main apa. Tak padan ngan kecik. Tu tak pakai baju sebab demam campak dia tak hilang lagi.
 
 
 
Sekian, Wassalam...
 


.: HAFIY : Demam Campak :.

Assalamualaikum...


Pas satu, satu pulak yang jadi kat hafiy. Demam campak la pulak. Balik keje last friday lah, tengok badan area leher n belakang bintik-bintik merah. Kat dahi pun sama. Sah mang kena demam campak. Sebab pengalaman anak-anak yang sebelum ni pun camtu gak la. Merap je maybe tak selesa kot. Gatal-gatal kat badan. Bila dia nak tido tu mulalah dok merengek,mata mengantok tapi takleh nak tido. Dok usap-usap belakang badan dia yang dok kuar bintik-bintik tu senyap satla, pastu baru dia bley lena. Dugaan anak-anak nak membesar biasalah kan. Mang macam-macam sket. Moga hafiy cepat sembuh la.

Sekian, wassalam....




Friday, February 21, 2014

.: Tip Si Manja Tidur Lena :.

Assalamualaikum....



Elakkan hubungan mata
 
Sebenarnya hubungan mata ke mata antara anda dengan bayi akan menyukarkan proses dia tidur lena. Oleh itu elakkan membuat hubungan mata ketika anda sedang mendukung dan mendodoia untuk menidurkannya. Hubungan mata hanya akan membuatkan si kecil menahan ngantuk dan meragam seterusnya menangis.
Mandikan
Keselesaan memainkan peranan penting untuk membolehkan bayi tidur lena. Badan berpeluh, lampin basah hanya akan membuatkan bayi tidak selesa dan sukar tidur. Oleh itu bersihkan badannya dengan mandikan sedikit supaya dia lebih selesa dan tenang untuk tidur.
Susukan dahulu
Kebiasaan seorang bayi atau kanak-kanak untuk mengenyangkan perutnya dengan susu bagi membantunya tidur lena. Oleh itu pastikan anda sudah menyusukannya supaya dia mudah tidur lena.
Sentuhan ibu
Sentuhan dan belaian membantu bayi untuk melelapkan mata dengan mudah. Bau badan ibu dan sentuhan kulit ke kulit membantunya tidur lena.
Menentukan waktu
Anda boleh mula mendisiplinkan bayi dengan rutin waktu tidur. Tetapkan masa tidurnya yang sama setiap hari. Pastikan anda melakukan aktiviti bersamanya sebelum itu seperti bergurau senda, berborak dan sebagainya supaya dia mudah berasa letih dan mengantuk sebaik tiba masa tidurnya.
******
 
Anak-anak aku sekarang ni semua tido sama time ngan aku n hubby baik yang kecik ataupun yang besar. Erm... camne tu... kadang tu kui 9 malam tido dah. Satgi time kita nak tido tu la dia bangun. Adoyaiiii... yang kecik tu sama gak. Sekarang ni dah pandai kalau ajak dia tido, dia dok main je kat dalam bilik, dok golek sana, golek sini. Lastly aku yang lena dulu. Tapi kalau ayah dia masuk tido, dan dan je dia bley tido. Aritu ada sekali dia dok tunggu sampai ayah dia siap solat. Baru dia tido. Alahai anak oh anak. Macam-macam sungguh ragam kamu orang ye!
 
Sekian, Wassalam...
 
  
 

.: 8 Amalan Penambahan Rezeki :.

Assalamualaikum...
 
 
Sebagai perkongsian bersama dihari Jumaat (penghulu segala hari).
Sama-samalah kita mengamalkannya.
 


Sekian, Wassalam..
 
 
sumber : FB
 


Thursday, February 20, 2014

.: MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG :.

Assalamualaikum...


http://tengkubutang.blogspot.com/2014/02/mini-giveaway-happy-birthday.html

 
Jom join MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG!.
>> KLIK SINI <<
 
Mini GA ni beliau anjurkan bersempena dengan besdaynya pada 28 Februari 2014 ni. Menarik kan?. So, harus join!.
 
 "Selamat Hari Lahir diucapkan kepada TengkuButang, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, ditambahkan lagi rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat... AMIN"
 
Sekian, Wassalam...
 
 
 


.: FIRAS : Perkembangan Terkini :.

Assalamualaikum...



Jarang sangat aku nak citer pasal Firas kan. Cuma ada waktu-waktu tertentu je. Sian kat dia. Hihi.. apalah ibu ni kan. Firas pun ada citer tersendiri.
 
Nak share lah sket pasal perkembangan dia yang terkini, setelah naik darjah dua. Apa yang aku perhatikan, dia dah boleh nak suaikan diri, ada sifat tanggungjawab dah, rajin menolong, memahami kalau ibu dia bizi kat umah. Rajin jugak mengasuh adik-adik dia. Cuma kadang-kadang tu dia bebai gak ngan Fawwaz sebab, kadang tu Fawwaz suke usik dia. Ayah dia pun dah jarang bebel kat dia. Sebab dia mang dengar cakap.
 
Berbeza ngan dulu, penah gak aku citer yang kadang-kadang Firas ni aktif sket dan takmo nak dengar cakap. Tapi sebenarnya bagi budak-budak itu adalah perkara biasa. Sebab bila dia dah besar sket, dia akan berubah pelan-pelan.
 
Alhamdulillah, satu lagi perubahan yang aku nampak kat dia, bila dia balik dari mengaji dia akan bukak balik muqaddam (sekarang guna iqra' kan, dulu-dulu masa aku start mengaji guna muqaddam). Dia akan try baca surah-surah pendek. Bila dia dah faham dan bley baca dia jadi seronok mengaji. Sebelum ni mang dia kenal huruf tapi dia tak pandai nak bunyikan. Dan bila aku antar sekolah mengaji waktu malam ada perubahan kat diri dia. Pandai dah anak ibu ye. Tahniah Firas.
 
Ada aritu satu hari tu dia pi main basikal kat luar umah. Pakai pulak suar pendek. Dia main sat pastu, dia masuk balik kat dalam umah. Aku tanyalah "pasai pe?, dah sudah ke?". "Belum lagi ibu, ustazah kata kena pakai seluar panjang kalau keluar, tak bley nampak lutut....". Opsss... Maksud dia 'aurat' la tu. Erm... ingat jugak apa yang ustazah dia pesan.
 
Sekian, wassalam...
 
 
p/s: Dalam mendidik anak-anak memang banyak cabarannya, tapi ingatlah bila kita bersabar dengan setiap cabaran dan dugaan yang Allah berikan, pasti akan ada hasilnya. So, janganlah kita mudah untuk mengalah.
 


Wednesday, February 19, 2014

.: HAFIY : Sakit Telinga :.

Assalamualaikum...
 
Pas baik demam sebab nak tumbuh gigi aritu, sakit lain pulak mai. Masa tengah dok menyusu dia mang aku suka belek telinga dia. Dalam dok belek telinga sebelah kanan. "Pasai pa telinga dia ni berair?". Dok piker gak. "Berbau pulak tu...". Masuk air masa mandi umah pengasuh ke?. Bagitau kat hubby. Masa tu dah pukul 10.30malam. Hubby pun cam risau gak. Tak tau punca kan. Ish, lastly hubby kata, "siaplah... jom kita pi spital". So, siapkan anak-anak, pi gaklah malam tu. Sib baik tak lama mana nak tunggu tuk jumpa doktor.
 
Masuk-masuk tu, explain lah kat doktor yang telinga Hafiy ni berair. Pastu doktor tu pun checklah dalam telinga dia. Check suhu badan dia. Lastly, dia cam confuse. Tak tau nak kategorikan Hafiy ni sakit telinga sebab apa. Blur.... Hello... aku masa tu cam tak berapa nak puas ati gak ngan penerangan dia. Sepatutnya dia doktor, dia kena taulah sebab apa. Ni penjelasan yang kabur. Cuma dia bagi ubat titik ngan antibiotic je. Tu je??????. Takpe kita tunggu dan lihat.
 
Dua hari gak kami try ubat yang hospital tu bagi. Still sama dan dah merebak ke telinga sebelah kiri pulak. Ai... tak berkesan nampak!. Lastly hubby suggest tuk pi Klinik Pakar Kanak-Kanak Harcharan, Sungai Petani.
 
Pas balik keje ari Jumaat tu pi lah. Ramai pulak budak-budak yang tak sihat. Adalah dalam 20 minit tunggu. Masuk-masuk jumpa doktor tu. Bagitaulah telinga Hafiy ni dok berair. Berbau. Dia check. Senang je dia bagitau. "Telinga dia ni terkena jangkitan kuman". Doktor bagitau, kat mana-mana ada kuman. Cuma kita tak nampak. So, dia bagi ubat titik, ubat sakit telinga dan antibiotic.
 
Dua hari pastu, erm... makin elok dah. Takde cairan keluar kat telinga dia. Berkesan gak ubat dia. Selalu kalau anak sakit mang pi kat Klinik tu. Sat je elok. Serasi ngan ubat dia. Berkat kuasa Allah gak kan. Cuma aritu sebab dah lewat malam tu yang kami pi hospital.
 
 



 
Ni address klinik yang kami pi tu. Harga dia mang berpatutan dengan servis yang diberi.
 
 
Sekian, Wassalam...
 





Tuesday, February 18, 2014

.: Giveaway Holiday Anum :.


Assalamualaikum...

http://anumzakie.blogspot.com/2014/02/giveaway-holiday-anum.html
 
 
Jom join GA by Anum!
 
Sila Klik kat banner untuk join!
 
 
Sekian, Wassalam...
 





.: Entri Popular Blog Memori Terindah :.

Assalamualaikum...
 

Entri terlajak laris. Hahaha... ayat tak bley blah. Ni lah antara entri yang selalu orang search. Alhamdulillah, menaikkan pageview setiap bulan gak. Bermula ngan pageview yang sikit. Lama-lama banyak jugak ye. Cam tak caya pulak. Ada je tiap hari orang terjah ye. Terima kasih kepada yang sudi tekan keywords kat bawah ni ye.







 
Sekian, Wassalam...
 
 
 

Monday, February 17, 2014

.: HAFIY : Perkembangan Terkini 7 Bulan :.

Assalamualaikum...
 
 
Alhamdulillah, 10 Februari 2014 aritu Hafiy dah cukup 7 bulan. Sat je kan dia dah membesar. Rasa aritu cam kecik je, la ni amboi makin membesar. Bila dukung pun dah terasa. "Wah... bley tahan gak, mau lenguh gak lengan...".
 
Aritu, cecah je umur 7 bulan terus dia demam. Erm, macam tau je sebab apa. Tapi tak dapat dipastikan. Nak bley apa pun tak tau. Sebab tengok perkembangan dia cam dah bley memanjat, berdiri. Takkan nak berjalan dah kot. Rasa kat gusi cam takde gigi yang nak naik. Dua hari gak demam. Asik dok merap je. Terpaksa gak emergency leave last week sebab tak cukup tido. Asal tido je dia merengek. Tido tak lena. Kita pun sama sekali tak bley nak lelap. Dok check panas kat badan dia tinggi ke tak. Bahaya tu bagi baby kalau demam panas ni. Mang kene sentiasa pantau. Takut bila terlalu tinggi karang jadi benda lain pulak.
 
Tup-tup pas dua hari demam tu, hubby check gusi dia. Erm, ada gigi yang nak tumbuh ye. Patutlah macam-macam ragam. Serba serbi tak kena. Nak naik gigi yang sulung cukup seksa ye. Dah naik tu hilanglah segala demam tu.
 

Nampak tak tu ada putih kat gusi dia. Gigi nak tumbuh la tu.
 
 
Sekian, Wassalam...
 


Friday, February 14, 2014

.: DOA : Pengikat Kasih Sayang Suami Isteri :.


Assalamualaikum...


Actually aku terbaca kat FB doa ni, so sebagai amalan dan ingatan aku n hubby, aku kongsikanlah doa yang baik ni tuk semua. Semoga ikatan kasih sayang di antara suami dan isteri akan kekal hingga ke jannah. Amin...

Sekian, Wassalam...


Thursday, February 13, 2014

.: HAFIY : Macam Nak Panjat Je :.

Assalamualaikum....


Gaya tu cam nak memanjat. Sebab sebelum tu dia dok perati je abang-abang dia memanjat grill ni. Erm, perati bukan sebarang perati ye... tu cam ada hati nak belajar memanjat gak. AWAS!. Kena alert, takut tiba-tiba tergolek pulak. Bukan pandai lagi nak imbang badan tu. Fawwaz jadi tukang tengokkan adik dia. Bab-bab ni dia memang rajin.


Sekian, Wassalam...



Wednesday, February 12, 2014

.: Kek Keju Meleleh :.

Assalamualaikum...


Hubby yang beli aritu. Dia pun gila keju gak. Haha, memang ngam lah. Yang ni perasa blueberry. Sedap gak, sebelum ni teringin gak, tapi takdelah sampai termimpi-mimpi. Nak buat sendiri cam malas pulak. Boleh je sebenarnya. Tapi. dok berlagu-lagu je, tak tau sampai bila. Beli je lah, lagi cepat.

Sekian, Wassalam...


.: Anak-Anak Ibu : Macam Comel Je! :.

Assalamualaikum....



Macam comei je, bila tengok dua beradik ni minum susu bersama-sama. Haha!
Adik manja ngan abang ye, mang pun abang Fawwaz sayang ngan Hafiy. Kalau suruh mengasuh mang No. 1 lah. Pandai dukung pulak tu, mula tu aku cam seriau gak. Tapi bila aku perati balik. Erm, bley harap gak dia ni. Si Firas ok gak, cuma dia tak berani sangat. Macam takut-takut sket. Apapun anak-anak ibu mang yang terbaik!.

Sekian, Wassalam...


Tuesday, February 11, 2014

.: FAMILY : Amik Angin Petang :.

Assalamualaikum...

Melayan anak-anak diluar rumah. Asik dok terperap je kat dalam umah bosan gak. Nak tengok tv petang-petang pun bukan ada citer besh. Sikecik ni pun pandai gak. Bila abang-abang dia main kat luar, dia intai je kat pintu grill tu. Alamak! sian pulak tengok muka dia. Cam menagih simpati je. So, usunglah sekali ngan walker dia. Amik ko! puas ati terus.




Tengok si abang naik basikal. Fawwaz dia tak heran takde basikal pun. Dia lagi suka dok berlari, tapi nanti nak kena beli gak basikal. Bley geng ngan abang dia.

Sekian, Wassalam...


Monday, February 10, 2014

.: FIRAS : Mengaji :.

Assalamualaikum...




Alhamdulillah syukur, dah tertunai hajat aku nak masukkan Firas ke sekolah mengaji. Sebelum ni dia dah mengaji dah, tapi ter'stop' masa mak mertua aku sakit. Dulu dia mengaji dekat ngan umah mak mertua. Mak mertua yang antar pi dan amik masa balik. So, aku hanya ajar kat umah gitu-gitu jelah. Biasalah kalau ibu atau ayah yang mengajar, asik nak ngelat je. Tu yang aku nyampah. Tapi masa aku kecik dulu arwah abah ajar mengaji ngan solat. Elok je, hihi... 

Kelas ada tiga sesi : pagi, petang dan malam. So, aku amikkan kelas mengaji malam tuk Firas. Sebab siang tu aku ngan hubby keje. Malam je lah pun yang boleh. Start pukul 8.00 malam sampai pukul 9.30 malam. Oklah, alhamdulillah setakat ni dia pun suka pi mengaji, sebab ramai kawan. Setiap hari excited nak pi mengaji. Hari Jumaat ngan Sabtu adalah cuti.

Sekian, Wassalam....




Friday, February 7, 2014

.: Walker 4 HAFIY :.

Assalamualaikum...

Bila dah pandai merangkak dan memanjat makanya Walker kena ada kat umah. Walker abang dia yang dulu tu dah arwah dah. So, kena beli yang baru. Sudah semestinya di Manjaku. Situ banyak sket pilihan. Harga pun berpatutan. Target harga dalam RM 100++. Oklah dapat harga area tu. Tambah sket je lagi. Kalau tak beli mang tak bley buat keje langsunglah kat umah. Nak kena perati dia je.


Berkenan ngan kaler ni hihi... takpelah, ala-ala pink pun ok lah.


Teruja + pelik ngan benda baru. So, eksaited sangatlah ibu ngan ayah dia buh hafiy kat walker. Erm... memang senang sungguh bila dia dok dalam tu. Tapi ada masa gak, kadang-kadang bila lama sangat tu dia naik boring gak. Melalak mintak dikeluarkan dari walker.



Beli mainan petpot kat hafiy. Nampak kiut pulak bear takde tangan ngan kaki ni. Sesuai sangat tuk hafiy pegang. Nampak tak muka hafiy tu, dua tiga menjak ni muka dia suka sangat gatal. Buh ubat dah tapi cam lambat je nak baik. Setakat ni takdelah aku jumpa doktor just beli ubat kat farmasi je.

Sekian, wassalam..


Thursday, February 6, 2014

.: Hafiy Makan :.

Assalamualaikum...

La ni dah pandai mintak makan. Walaupun tak reti lagi cakap tapi reaksi muka tu... erm... mang tau sangatlah. Sekali sua je mulut dah nganga. So kena sentiasa ada biskut yang boleh dia isap. 



Comot ke tak comot tu?. Sedap sangat kot. Dia masih belum pandai nak adjust cara nak makan dengan betul. Asalkan masuk dalam mulut cukuplah. Comot tu lain citer. Belakang tu lengan my hubby ye. Bukan lengan aku...kikiki...aurat you!

Sekian, wassalam. .





Wednesday, February 5, 2014

.: HAFIY : Semakin Cerdik! :.

Assalamualaikum....

Lately ni hafiy dah semakin cerdik mungkin disebabkan rasa nak cepat besar. Yelah nak jadi cam  abang- abang dia. Kadang-kadang ianya mempengaruhi tumbesaran sikecik gak. 



Suka sangat kacau time abang dia menyusu botol. Si abang pun tak malu dah 4 tahun takmo pisah ngan botol susu. Sejak dah pandai merangkak makin aktif le pulak. Mata ni nak kena sentiasa alert. Takut dia duduk kang telentang pulak. Sebab be4 this berkali jugak tak dan nak tampan masa dia telentang. Whohaaa... anak jantan tak sah kalau tak jatuh.



Time ni si abang besar dok bad mood... merajuk coz kena marah ngan ayah dia. Dah malam-malam pun tak reti nak dok diam. Dok melompat sana sini... anak-anakku mang aktif belaka. Orang kata anak yang aktif ni selalunya cerdik. In shaa Allah... berkat doa ibu ngan ayah semoga itu semua menjadi kenyataan.

Sekian, wassalam...

Tuesday, February 4, 2014

.: Awal Tahun Dah Bizi Cam Akhir Tahun :.

Assalamualaikum...

Firstly memang nak ucap terima kasih pada kawan-kawan yang rajin singgah ke blog ni. Tapi tuannya tak berapa nak sempat tuk balas jejak balik. Masa terlalu terhad. Just sempat tuk update je, nak belek satu-satu blog amik masa sket, kadang tu mana yang dan je aku singgah. Ada anak kecik lagilah tak dan. Cuma dan bila dia dah tido je. Kalau dia dah jaga mang layanan sepenuhnya akan aku bagi kat anak-anak dulu. Family is first ok!.

Tak taulah tahun ni cam banyak sangat target yang nak dicapai dalam SKT 2014. So, nak kena pantas, semua nak kena cepat!. Aku hanya sempat update blog time weekend je. Tu pun untuk publish masa seminggu waktu keje tu. Ada orang tanya jugak. Dalam bizi-bizi ni sempat ke nak update blog?. Nak kata tak penah update kat opis, tipulah. Mang penah tapi boleh kira berapa kali je.Tu pun entri ringkas je. Selebihnya aku buat autopublish kat umah. Kat opis mang takdan nak mengarang. Setiap masa ada je yang nak dibuat. Pastu awal tahun aritu baru je tukar senarai tugas so, banyak benda nak kena settle. Mungkin dua, tiga bulan ni makin ok kot. In shaa Allah.

Sekian, wassalam....



Monday, February 3, 2014

.: IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 :.

Assalamualaikum...

Tahun ni blog IntaNBerlian anjurkan GA lagi. Tak sabar nak join, tapi tulah tiap kali join asik takde luck je huihuihui.... Takpe yang penting kita join n support kawan-kawan. Hadiah dia memang besh.


Untuk join just KLIK kat banner ok!

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

.: Salam Perpisahan :.

Assalamualaikum....

Last thursday adalah hari yang agak sayu dah sedih jugaklah. Sebab Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan En. Meor Hamzah akan bertukar ke Kementerian Kesihatan. Dia dapat memangku 44 so, berakhir sudah kepimpinan dia disini. First masa aku masuk ke jabatan aku ni dia baru masuk jugak. Dia mang PTD fresh masa tu. Orang kata agak gila kuasa jugaklah. Ramai orang yang tak suka ngan dia, tak dia buat boo layan je, sebab apa yang dia buat semua ada dalam GO. So what???. Nak pertikai?. Hihihi. Tapi itu dulu, sekarang still sama jugak tapi dia ada budi bicara takdelah terlalu tegas cam mula-mula dia masuk dulu.

Selama aku berkhidmat disini, dia memang cikgu aku. Banyak sungguh ilmu yang dia bagi kat anak buah dia. Mang tak terkira. Kadang-kadang kalau dia bagi tugasan tuk aku buat, mang renyah. Tapi bila difikirkan balik. Sebenarnya kita belajar sesuatu yang baru. Bukan setakat benda yang selalu berlaku. Itu mang kita tau nak selesaikan camna kan?. Tapi, bila ada benda baru... oh... baru terpikir, kena buat camni rupanya. Cuma nak ngan taknak je nak buat apa yang dia suruh. Aku keje dulu masa tahun 2008 mang bermula ngan zero. Atas bimbingan dia jugak aku boleh tau serba sikit pasal servis. Dia mang tak kedekut ilmu. Tanya jelah apa pun soalan ngan dia, confirm dia boleh jawap. Dia takkan kata tak tau. Camana sekalipun dia akan tolong jugak. 

Tak dinafikan dia mang cerdik. Dia selalu fikir kedepan. Lagi satu dia mang bos yang sempoi. Bahasa ang, aku je ngan kitaorang. Nampak tak, dari segi hubungan antara bos ngan pekerja. Cam kawan je kan. Takdelah rasa cam formal sangat. Tapi respect tetap kena respect as a boss. Berkat tunjuk ajar dia jugaklah aku lulus peperiksaan kenaikan pangkat aritu. Terima kasih yang tak terhingga sebab sudi nak ajar anak buah dia wat ulangkaji. Budi dia mang tak kan terbalas. Cuma apa yang dia dah ajar akan aku ingat dan praktikkan sampai bila-bila. Mang terasa akan kehilangan bos yang selama ni menjadi tonggak utama kat ofis. Waaa... sapa pulak yang akan menggantikan dia.?. Semoga siapapun yang akan menggantikan tempat dia adalah yang sama baik dan tak kedekut ilmu cam En. Meor gaklah. In Shaa Allah.

Apapun setiap orang ada impian tuk lebih berjaya dalam kerjaya kan. Kalau ada peluang yang terbaik haruslah tak dilepaskan peluang tu kan?. Semoga aku pun akan dapat peluang itu jugak. In Shaa Allah, kalau mang dah tertulis. Amin...


Di hari yang sama kat unit UKP, Puan Azizah @ Kak Zah pun bertukar gak atas jawatan yang sama. Dia dapat kat Cheras sebab husband dia keje kat sana. Lama dah asik dok PJJ. Sian gak. Paham sangat perasaan orang yang PJJ. Dia kadang-kadang gila jugak. Hahaha... otak mereng tapi apapun dia pun besh jugak. Selalu terhibur ngan celoteh dia. Semoga dia berbahagia bersama suami dan anak-anak yang tersayang.



En. Meor Hamzah yang pakai baju kaler merah tu. Yang chubby tu.


Jamuan yang sederhana dari UKP, sebab pagi tu dahde jamuan besar dari jabatan sendiri.



Kak Zah dapat hadiah tudung Fareeda. Kelaaasss kau. Hepi tak terkata.



Harapan : Semoga En. Meor Hamzah dan Pn. Azizah akan terus berjaya dimana jua berada. Jan sesekali dilupa kenangan selama bersama-sama di UKP.

Sekian, Wassalam...

p/s: ..... In Shaa Allah pasni aku pulak yang akan menyusul.......