Thursday, January 30, 2014

.: Apa itu Ujian PAP SMEAR? :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah tiga kali aku buat ujian Pap Smear. Semuanya pas aku bersalinkan ketiga-tiga anak aku. Korang camne? Sama jugak ke?. Penting tau ujian ni. Jan amik remeh. Sebab apa yang terjadi kat dalam kita tak tau. Kalau kat luar kita nampaklah.

Apa itu ujian PAP SMEAR?

Ia merupakan satu ujian untuk memeriksa kesihatan servik. Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser. Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian. Tidak perlu ubat bius dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian itu menyakitkan?
Alhamdulillah tak sakit pun setakat yang aku pernah buat ujian ni. Cuma masa nak buat ujian tu kena relaks je.

Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20-65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.

Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenarnya berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
 
Doktor atau jururawat akan memasukkan 
alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut 
supaya servik boleh dilihat. Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang 
kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 
360o) untuk mengambil sedikit sel. Sampel ini disapu di atas slaid dan 
dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran 
akan dibuat. Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

 
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
 
Bilakah saya mendapat keputusannya?
Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
 
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
Di semua klinik dan hospital kerajaan
Di klinik/hospital swasta
Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
 
Apakah makna keputusan tersebut?
Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
 Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
·         
Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
·         
Apa yang patut dilakukan seterusnya :
Rawatan susulan
Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?
Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
 Kurang menyakitkan.
Sesetengah orang merasa tidak selesa.
Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
 
 
sumber SINI
 
Sekian, Wassalam...

Tuesday, January 28, 2014

.: 1st Giveaway by Nur Lovekasih Blog :.

Assalamualaikum....

http://mylovekasih.blogspot.com/2014/01/1st-giveaway-by-nur-lovekasih-blog.html

Masa dok BW tadi tergerak ati nak singgah kat blog Nurullai. Friend kat FB tak tak perasan pulak dia ada blog, bila pagi tadi tengok dia update kat FB yang anak dia kena masuk wad aritu baru tau yang dia ada blog jugak.
 
 
Ok, Nurullai ni wat 1st GA tuk tahun 2014. So sapa nak join jomlah.
 
SYARATNYA MUDAH JE...
 
1. Buat satu entri bertajuk '1st giveaway by Nur Lovekasih blog' dan tampal gambar kat atas tu sekali dalam entri.

2. Dalam entri, tuliskan hadiah yang dipilih dan bagi pendapat tentang blog ini misalnya apa yang perlu untuk memperbaiki blog ini ataupun apa je la.
 
Dah ok dah blog tu, simple dah tak serabut bila orang tengok
 
Hadiah pilihan :

Shawl

3. Wajib follow blog ini, dan juga follow di google+ .

4. #follow blog farahdeenafisal.blogspot.com dan www.ianfaizal.com

5. #Like page nisafierafashion dan theianfaizaldiaries

6. Dah selesaikan semua, letakkan link entri penyertaan anda di kotak komen beliau.


Sekian, Wassalam...

 
 


.: Nafas Fawwaz berbunyi :.

Assalamualaikum...

Dua tiga hari lepas kalau fawwaz tido mesti nafas dia bunyi kuat. Ish.. risau gak sebenarnya. Pasal pe ha?. Check kat idung dia ok je... cam clear je. Pastu semalam masa pi klinik misi kat klinik pun tugur... napa fawwaz bernafas camtu. Lagilah aku cuak. Otw balik tu aku bgtau hubby. Nak kena pi klinik ni sebab takut gak kot ada apa-apa yang tak kena.

So, malam tadi tergerak ati nak check idung dia guna pengorek telinga yang ada lampu tu. Sekali aku suluh... tuuuu diaaaa.... punya tebal harta karun dia. Dok kedalam sket patutlah aku tak nampak. Bila aku dah clear semua. Baru nafas dia tak bunyi. Dia pun rasa selesa. Pasni make sure nak kena check idung dia incase jadi lagi. Aduiii anak oiii buat ibu cemas je.


Sekian...

.: HAFIY : Cucuk 6 Bulan :.

Assalamualaikum....

Last sunday bawak Hafiy pi cucuk untuk 6 bulan @ Hepitatis B. Terlewat dah sebenarnya sebab minggu sebelumnya kan banyak cuti so, extend sampai ahad lepas. Tapi..... Ya Rabbi, punya ramai yang wat appoimen semalam. Nombor aku 4013. Masa tekan nombor yang dok ada 4009 pada jam 9.00 pagi. Nak sampai turn aku, mak ai... berejam kau. Pukul 10.30 baru diaorang panggil. Panas gak punggung aku ni. Hafiy pun dah mula nak meragam. Ntah berapa kali dia lelap. Tak jugak dipanggil masuk. Bussaaannn....

Bila turn dah sampai. Erm... sian jugak, diaorang tak cukup tangan sebab dalam masa yang sama diaorang kena buat pap smear pada ibu-ibu, mak-mak. Ini adalah arahan Kementerian Kesihatan sebab lately ni banyak sangat kes berkaitan dengan kesihatan servik. Pahamlah aku. Takpe-takpe... dioarang hanya jalankan tugas je. Termarah pulak tadi. Hihi... ingatkan dok bersembang... kuikuikui... sorilah ye.... ok nanti aku citer napa kita kena buat pemeriksaan Pap Smear.

Sekian, Wassalam....


Thursday, January 23, 2014

.: Hisap Jari Punca Jongang :.

Assalamualaikum....
 

Tertarik untuk kongsi pasal info ni, sebab Hafiy pun suka sangat HISAP JARI.
 



Tabiat menghisap jari seolah-olah satu kemestian di kalangan bayi atau kanak-kanak. Sebenarnya ia merupakan suatu tindakan refleks bagi mereka untuk berasa selesa dan selamat. Menghisap jari adalah perkara biasa sekiranya ia tidak berterusan sehingga kanak-kanak mencecah usia lima atau enam tahun.
Hafiy selalu akan hisap jari bila time dia lapar ataupun nak tido. Kadang-kadang tu kalau dia terjaga time tido secara automatik jari dia akan masuk kat mulut. Pastu dia akan sambung tido balik.
 
Sekiranya tabiat menghisap jari dibiarkan selepas usia tersebut, akan terdapat kesan pada pembentukan tulang rahang dan gigi. Jika bayi/kanak-kanak menghisap jari secara kuat dalam tempoh lama melebihi empat jam dalam masa 24 jam, maka besar kemungkinan masalah gigi jongang akan berlaku.
Sekiranya bayi menghisap jari, biasanya mereka akan berhenti dengan sendiri seawal usia enam bulan sehingga tiga tahun, iaitu sebelum mencapai usia di mana gigi kekal sudah mula tumbuh iaitu lebih kurang lima hingga enam tahun.
Ohhh... kalau yang ni dia isap sat je, tapi aku pantau gak kalau bley takmo bagi dia hisap jari berterusan. Takut terbiasa pulak sampai ke besar. 
 
Tetapi ada juga bayi yang tidak mahu berhenti menghisap jari sehingga melepasi usia lima tahun. Pada ketika ini, mekanisme atau refleks ini sudah bertukar menjadi tabiat pula dan semakin sukar untuk anda menyuruh anak berhenti menghisap jari. Masalah pergerakan gigi, pembentukan tulang rahang dan cara sebutan kanak-kanak boleh mendapat kesan yang kurang baik disebabkan tabiat menghisap hari ini.
Ni yang aku takut, manatau kot dia takmo berenti pulak. Cam abang dia Firas dulu camtulah ingatkan perkara biasa bagi baby yang suka hisap jari. Tapi, lajak sampai dia besar pulak. Nyesal pulak tak pantau dia dari kecik, sebab tu gigi dia tak berapa nak elok. Fawwaz pulak dia tak isap jari so, gigi dia elok lah sampai sekarang ni. Tak rongak.
 
Manakala faktor lain ialah tekanan pada gigi dan tulang rahang atas sama ada oleh lidah atau puting susu atau ibu jari tangan atau sebarang objek lain yang terlalu lama diletakkan dalam mulut bayi atau kanak-kanak. Contohnya objek seperti menghisap hujung bantal peluk atau permainan bahkan puting kosong.
 
Sekian, Wassalam...
 
 
sumber SINI
 


 

Wednesday, January 22, 2014

Tuesday, January 21, 2014

.: Fawwaz Oh Fawwaz! :.

Assalamualaikum....
 

Firstly ingatkan dia dengar lagu,
Sebab sebelum tu dia dok ulang lagu Sandiwara Cinta.
 
"jujurlah sayang aku tak mengapa,
biar semua jelas tak berbeda,
bila nanti aku yang harus pergi,
ku terima walau sakit hati..."
 
Tup-tup tengok, elok je dia lena...
Dia bley hafal lagu ni tau. Hari-hari dok ulang lagu yang sama.
Tak jemu-jemu... dia kata, "ibu ni lagu fawwaz...".
Amboi anak oiii...hafal lagu no.1, cer kalau mengaji kan ke lagi ok.
La ni tak nak dah panggil 'adik' kat dia. Dia pandai dah bahasakan diri dia 'fawwaz'.
Kiranya dia pahamlah yang dia dah ada adik kennn......
 
 
SANDIWARA CINTA - Repvblik
 
Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Airmata pun tak lagi mau menitis
 
Alasan yang sering kali ku dengar
Alasan yang sering kali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku
 
Chorus
Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas tak berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
 
Mungkin ini jalan yang engkau mahu
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu
 
Ulang Chorus 2x
Ku terima walau sakit hati
 
Sekian, Wassalam..
 
 


Monday, January 20, 2014

.: FAWWAZ : Birthday Ke-4 Tahun :.

Assalamualaikum....


19.1.2010 - 19.1.2014
(4 Tahun)

"Selamat hari Lahir buat anakandaku tersayang Muhammad Fawwaz Firdaus".
Doa Ibu dan Ayah :
"Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh yang boleh membahagiakan ibu dan ayah di dunia dan akhirat. AMIN....".

Sambut simple je, kat umah tak pi mana pun. Just beli kek, ingat nak belanja makan makanan feberet dia. Apalagi kalau bukan KFC, tapi hujung bulan ni jelah ye. Tunggulah gaji masyuk dulu...baru syok.

Dah lama dah dia tanya besday dia bila. Masa besday abang dia bulan sepuluh ritu lagi. Aku kata tunggulah bulan satu nanti. Dia pun teringin nak sambut besday. Ada kek pulak. Mang dia sukalah.

Semalam pas hubby balik dari perai terus beli kek lah. So, balik-balik tu terus hepilah dia bila nampak ayah dia bawak kek besday. Tak sabar-sabar nak potong kek. Tu muka budak baru pas mandi. Dah kui 12 tengahari tak mandi-mandi. Liat betullah kalau suh mandi.

Apapun yang penting anak-anak hepi!

Sekian, Wassalam...


Wednesday, January 15, 2014

.: Firas : Bawak Bekal :.

Assalamualaikum...
 

Bukan bawak bekal pi skola tapi bawak bekal pi umah pengasuh. Sebabnya Firas ni susah sangat nak makan. Jenis yang memilih makanan. Itu takmo ini takmo. Payah gak, sebab aritu kak ipar pun susah ati sebab dia takmo makan sebelum pi skolah. Dia kan dah start skola petang tahun ni. Rehat pulak kang pukul 3.00 petang. Tahan ke perut. So, aku pun amik keputusan bawakkan bekal, apa yang dia suka makan. Bolehlah dia makan pagi tu sebelum pi sekolah. Tu aku bekalkan roti sandwich ngan sosej goreng.
 
Sosej tu mang kegemaran dialah. Lagi satu makanan yang berasaskan sup, apa je jenis sup dia makan cam kuey tiaw sup, bihun sup. Kalau nasi dia tengok gak lauk apa yang kita masak. Kalau kata dia tak berkenan, dia cuit sket je pastu takmo dah. Sebab tu kalau makan nasi aku suka suap dia makan sekali masa aku tengah makan. Aku tak galakkan dia makan sendiri. Tak kenyang. Sudahnya nanti dia suh aku goreng nuggetlah, sosejlah. Tu jelah cara nak bagi dia kenyang makan. Kalau Fawwaz sume dia belasah. Kadang tu baru je abis suap dia makan. Time kita makan, dia pun nak jugak... ermmm...
 
Sekian, Wassalam...
 
 


Monday, January 13, 2014

.: HAFIY : Enam Bulan :.

Assalamualaikum....
 
10.7.2013 - 10.1.2014, Muhammad Hafiy Firdaus genap 6 Bulan 3 Hari. Alhamdulillah syukur Allah masih memberikan kesihatan yang baik, walaupun kadang kala tu demam dah bila kena cucuk.
Sekarang ni mang dah semakin aktif, ligat pun iya.
 

Ni masa weekend ritu. Nak lipat baru. Besalah baju berbakul-bakul. Weekday tak dan nak lipat baju. Asal nak lipat baju je mata mengantuk. Eh.. busann aih!. Dia asik dok usha bakul baju je. Try lah buh dia dalam tu. Amboi seronok pulak. Hahaha... elok pulak dia duduk tanpa orang pegang belakang dia.
 

 
Dah pandai nak belajar merangkak. Merangkak ke???. Ishh idak kot. Gaya tu cam nak pamping je. Cam takmo belajar merangkak dah, nak terus jalan je. Sebab dok tengok abang-abang dia dok melompat sana sini.


Banyak akai dah dak ni. Cerdik.
Seronok bila anak-anak membesar depan mata kita. Nampak perubahan mereka dari kecik sampai ke besar. Semoga bila besar nanti anak-anak ibu akan menghargai setiap pengorbanan ibu ngan ayah.
 
 
Sekian, Wassalam...
 


Friday, January 10, 2014

.: Pandai Mengacau Dah! :.

Assalamualaikum...



Perkembangan terkini Muhammad Hafiy Firdaus, dah pandai nak join abang-abang dia main. Masa ni Fawwaz dok sepahkan pensil-pensil dia. Aku yang suh kemas balik. Semak mata!. Lagi satu paling pantang kalau kita dok makan. Asik dok usha kita je. Nak mintak lah tu, tapi tak pandai nak bagitau. Kadang tu dok mai kat kita dok tepuk-tepuk kat kaki ni. Alahai anak oiii... kamu kecik lagiiii. Tunggu sket ari lagi ye...
Suka menjerit kalau dia main sorang-sorang. Tak tau lah mungkin seronok kot bila dapat menjerit. Baru nak kenal bunyi-bunyian gitulah gamaknya.


Sekian, Wassalam...
 


Wednesday, January 8, 2014

.: Hafiy Lagi! :.

Assalamualaikum....




Suke amik gambar anak-anak masa nak membesar,
supaya dikemudian hari nanti ada jugak kenangan.
Sebab setiap kali umur diaorang meningkat memang ada saja perubahan yang berlaku.
 
 
Sekian, Wassalam...
 
 
p/s : lately ni mang bizi sangat... tak sempat nak BW, mana yang sempat je aku singgah.. sori ye kawan-kawan.
 


Tuesday, January 7, 2014

.: Kalut Gak :.


Assalamualaikum...



Abang dia sekolah dia pun kalut nak pi sekolah. Umur baru 4 tahun tahun ni. Sabar lah dulu sayang.
Aritu jumpa kelengkapan sekolah ada gamba CARs ni, tergedik-gedik nak beli. Abis baju aku ditarik-tariknya. Kalau beli bukannya dia nak jaga pun. Beli sat je dah abis punah semua. Tu yang malas nak beli. Tapi, apa kan daya... kalau tak beli dok merengek je. Takmo balik. Tektik semata-mata. Bijak sungguh budak ni. Lastly, mang kena beli gaklah.

Sekian, Wassalam...


Monday, January 6, 2014

.: FIRAS : Tahun Dua 2014 :.

Assalamualaikum....



Tahun ni Firas 8 tahun dah, maka naik darjah dua la ye. Still kelas yang sama Dua Dedikasi. Tak tukar kelas pun. Dalam kelas dia perempuan lagi ramai dari lelaki. Lelaki lapan orang je. Tahun ni dia sekolah sesi petang. 
Macam lagi rajin pulak dia, sebab takyah bangun pagi-pagi nak bersiap tuk pi sekolah. Aku pun takdelah kalut kalau pagi-pagi nak pi keje. Kalau dia sekolah sesi pagi kui 5.00 pagi aku dah kena bangun, bersiap terus. Sementara nak tunggu solat subuh kejut Firas tuk mandi pulak. Memang agak kalut jugaklah. Kui 6.20 pagi mang dah nak kena kuar umah.

Alhamdulillah tahun ni dia sekolah sesi petang. Hari khamis lepas, sian betul kat Firas. Duit belanja dia tertinggal kat dalam kelas. Kelas pulak kalau time rehat cikgu kunci. Dia bagitau dah beratur nak beli makan dah bila check kat poket duit takde. Tak makanlah. Dok tengok kawan-kawan dia makan. Aduiii... siannya, bila dia citer camtu, cam nak nangis pulak aku dengar. Lupa nak pesan kat dia, amik duit yang ayah buh dalam beg skola tu.  Make sure pasni tak jadi lagi kat dia. 


Sekian, Wassalam...





Friday, January 3, 2014

.: Redem Jugak Akhirnya :.

Assalamualaikum...



Aritu kan aku ada citer pasal stiker yang tesco buat tu. Kalau cukup 10 stiker dapat satu karton ni. So, aritu cukup dah 10 stiker dapat lah redem satu. Mana cukup satu wei!!!. Anak ada dua. Nanti berebut, penin pala aku. Yang kecik takpe, sebab dia tak pandai mintak lagi. So, beli barang aritu dapat extra lagi 5 stiker. Tambah RM 4.90. Dapatlah satu lagi karton ni. Selamat tak gadoh.

Sekian, wassalam...

 

.: Ramainya Anak Dia.... :.

Assalamualaikum....


Masih lagi cerita balik kampung aritu. Banyak sangat. Dok peram je. Hahaha... tak sempat wei nak buat entri. Masa kat kampung aritu ajak anak kakak ni kuar kat pekan sat. Pi lah kat Billion, kebetulan masa tu mang nak pi carik pampers Hafiy. Ku angkut sekali dua orang anak kakak aku. 

Diaorang semua kat billion tu tengok tak kelip mata, sebab kami bawak anak berderet-deret. Kecik-kecik pulak tu. Bila amoi tu tanya "semua ni anak u ka?". Aku ye kan je lah. Haha. "Ayooo... ramainya hero semua ka...". Siap buat muka cam pening kepala. Sian amoi tu... buat susah-susah je pikir.

Sekian, Wassalam...

 

Thursday, January 2, 2014

.: I-City : City of Digital Lights :.

Assalamualaikum....

Masih bercerita pasal I-City lagi, pas pi Snowalk tu kami singgah sat kat City of Digital Lights. Ala yang ada lampu banyak-banyak tu. Kalau masuk jalan-jalan je, takyah bayar. Ok gak cantik sebab dihujani ngan lampu yang bermacam-macam kaler. Sat je, sebab ujan. Sian kat anak-anak. Pas amik gamba tu terus kitaorang chau...








Ok, tu je cerita aku, apa yang dapat aku simpulkan, rasanya kalau pi Legoland lagi berbaloi kot. Hahaha... itu pada pendapat aku je ye.


Sekian, Wassalam...


.: I-City : Snowalk :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sampai jugak kat I-City, Shah Alam, sepertimana yang dirancang.
Saja bawak anak-anak pi cuci mata. Dah alang-alang balik kampung kan. Dekat pulak ngan kampung. Lebih kurang 45 minit dah sampai Shah Alam.

Masa kami sampai tu hujan lebat cam tak berapa nak syoklah. Kuar umah pas solat zuhur, sebab nak tengok lampu yang cantik tu sekali.

Tepat first yang kami pi adalah snowalk. Tiket masuk sekali 4 orang adalah RM 90.00. Cam mahal je kan. Nak wat camana dah janji ngan anak-anak. Sian pulak kalau tak masuk. Pejam mata je lah.
Asalkan anak-anak hepi.




Masuk dah dalam peti ais. Hahaha, betul ni aku bagitau. Tak tipu,mang cam dalam peti pembeku. Baju sejuk tu diaorang bagi pinjam. Tempat dia taklah besar mana. Sebelum masuk tu aku bayangkan tempat kat dalam tu luas sangat dan tinggi bumbung dia. Penuh ngan snow, tapi bila dah masuk cam hampa pulak. Dekorasi dalam tu adalah berasaskan bangunan sedia ada je. Cuma buh ais,  sejuk yang amat pulak tu. Tak sampai separuh pun kami jalan. Sebab makin lama makin susah nak bernafas. Sian pulak kat sikecik ni, so amik keputusan untuk keluar je lah.

Cantik mang cantik. Cuma kurang nak berpuas hati je lah. Tak berbaloi ngan orang ramai yang masuk kat situ. Betul apa yang orang gambarkan sebelum ni.





Aku tengok si fawwaz masa ni kiut sangat. Bila dia jalan terkedek-kedek dah cam pinguin sebab baju dia sampai ke kaki. Hahaha...



Yang ni kitaorang tak masuk, sebab kena banyar gak kalau nak masuk. Kopak my hubby. Hahaha... napa dia tak buat tiket masuk sekali tuk semua tempat. So, semua tempat tu kita boleh masuk.

Apapun demi anak-anak, layankan jelah!

Sekian, Wassalam...



Wednesday, January 1, 2014

.: SELAMAT TAHUN BARU 2014 :.

Assalamualaikum...

Tirai 2014 dibuka hari ni.
Harapan dan impian aku tuk tahun ini semestinya yang baik-baik ;

* Semoga Allah memberikan kami kesihatan yang baik sepanjang tahun ini.
* Semoga Allah menambahkan lagi rezeki kami tuk tahun ini.
* Berkatilah kehidupan kami, jauhkanlah kami dari sifat-sifat yang negatif.
* Dari segi kerjaya - semoga peningkatan prestasi kerja lagi cemerlang.


Untuk semua sahabat yang rajin singgah disini, Selamat Tahun Baru 2014 diucapkan.
Semoga apa yang direncanakan pada tahun ini akan terlaksana hendaknya.
Amin...


Sekian, wassalam...