.:: Sahabat Blog ::.

Tuesday, December 31, 2013

.: Entri ke-1000 :.

Assalamualaikum...


 
Rupanya semalam entri dalam blog Memori Terindah dah cecah yang ke-1000 entri, selama dua tahun enam bulan kewujudannya.
Tak perasan pun, pagi ni baru perasan.
Cam tak caya je, hahaha.... bley bertahan jugak ye.
 
Walaupun kadang-kadang satu entri tuk satu hari dan kalau rajin sket adalah dalam tiga entri sehari,
kalau lagi rajin takde entri langsung dalam hari tu. Itu kalau datang penyakit "M" lah
Aku pun bukan full time blogger, kalau ada masa berupdatelah, takdelah dalam sehari tu berpuluh entri takde idea wei.
 
 
 
Sekian, Wassalam...
 


.: Ceritera Masa OTW BALIK SP :.

Assalamualaikum...



 


Ragam anak-anak masa dalam perjalanan balik ke Sungai Petani. Keboringan yang amat. Suh tido takmo. Si kecik pun sepanjang otw balik tu tido cuma dua kali je. Jenuh gak lah nak melayan dia. Sebab dia dah takmo dok diam. Lenguh gak la tangan.
So, sebagai alternatif kena benti kerap kat hentian rehat. Haha!. Anak-anak aku kalau dah boring kejenya asik dok gaduh je. Adoiii...penin pala. Sat ang buat aku, sat pulak aku buat ang. Tu je la. Agaknya kena beli bas kot senang sket anak-anak nak berlari, nak main nyorok-nyorok, takdela boring sangat.
Sekian, Wassalam...

Monday, December 30, 2013

.: HAFIY : Dah Pandai Angkat Punggung :.

Assalamualaikum...

 
Perkembangan terkini Hafiy, alhamdulillah, Hafiy dah pandai angkat punggung masa umur dia 5 bulan 6 hari. Sebelum ni dok try angkat badan je. Masa balik kampung tu la dia berjaya angkat punggung dia. Hahaha! Syabas anakku!. Berjaya juga kamu ye.
 
La ni dok lagu tu lagi. Tak pandai nak maju ke depan lagi. Bila dia dah pandai camtu, takmo dah baring-baring ni kalau bley nak terus jalan je. Cerdik pun cerdik gak, asik nak kena pegang je sebab suka dah dok lompat-lompat. Aduyaiii... kalau dia bangun mang susah nak wat keje umah dah. Abis semua keje aku terbengkalai. Bila bagi suh hubby jaga. Tak lama pun sat je, mulalah dia buat muke sedih, nangis teresak-esak sampai kuar air mata. Hai anak... pandai sungguh kamu berlakon. Bila aku amik elok je pun. Saja la tu.
 
Nak kena beli walker dah kot. Walker lama yang abang-abang dia punya dah rosak dah. So, nampak gaya cam kena survey walker baru la gamaknya. Tak ingat pulak dulu masa abang-abang dia umur berapa naik walker ni. Lupa dah... nak kata bertaun tak jugak.
 
Sekian, Wassalam...

.: Bubur Keladi :.

Assalamualaikum...


Lama dah sebenarnya teringin nak makan bubur keladi masakan mak sendiri. Dari masa aku dok peknen lagi. Tak kesampaian nak makan sebab tak balik kampung. So, masa balik kampung aritu. Saja tanya kat mak, (hihi..padahal nak suh mak buatkan bubur keladi) ada keladi tak kat tepi umah tu?. Mak kata pokoknya ada tapi buahnya tak taulah ada ke tak, kena tengok dululah. Petang tu mak pi carik. Alhamdulillah sib baik ada buahnya. Sok pagi tu mak masakkan bubur keladi tuk anak dia. 

Bubur keladi ni mang feberet anak-anak mak. Sekali makan dua tiga mangkuk. Sedap. Tu la air tangan mak kan. Tengok macam biasa je tapi, bila makan sedap. Kenyang anak-anak mak.

Bila dah balik sini, terfikir balik pengorbanan mak kepada anak-anaknya. Bagitau jelah nak makan apa. In shaa Allah, mak akan buat. Tak penah pun menghampakan anak-anaknya. Selalu je menunaikan apa yang anak-anaknya nak. Tapi boleh tak kita buat camtu gak kat mak kita?. 

In shaa Allah, akan ku balas balik segala jasa-jasa mak selama membesarkan aku. TERIMA KASIH kat mak sangat-sangat sebab menghargai aku sebagai anak. Dan aku jugak akan sentiasa menghargai mak sebagai orang yang berjaya melahirkan dan mendidik aku selama ini. Sayang mak selalu!.

Sekian, Wassalam...

haryatifaizal: waaaa.... rasa sedih pulak....


Friday, December 27, 2013

.: BABY FIRZANA :.

Assalamualaikum...



Memperkenalkan cucu perempuan pertama mak aku. Baby Nur Firzana Syakirah, anak kepada kakak aku yang sulung. Tak salah aku baru dua bulan dia lahir. Alhamdulillah, akhirnya ada jugak cucu perempuan. Cucu yang dinanti-nantikan sebab yang lain tu adalah cucu lelaki. Haha!. 

Disebabkan lain jantina, Fawwaz ni dok suh aku peknen lagi. Dia kata nak adik pompuan pulak. Aduhai anak oii... sabaq sat na. Bagi ibu bernafas dulu. Yang ada ni pun tak ter'handle'. Hari-hari jadi tarzan. Dok melalak kat ampa dua orang ni.

Sekian, Wassalam...

[autopublish]

Thursday, December 26, 2013

.: CERITA BALIK KAMPUNG :.

Assalamualaikum...

Wah, wah, wah... baru sempat nak cerita pasal balik kampung aritu. Bukan pe, malas nak edit gamba. Banyak sangat. Bila dah edit tu mang makan masa sket. Belum nak taip cerita lagi. Pastu belum lagi ngan anak-anak yang nak itu, nak ini masa ibu dia dok depan laptop. Hrmmm... banyak sungguh cabarannya. Bersabar je lah.

Ok, kami bertolak balik Selangor ari sabtu 14hb sebab ari ahad tu 15hb ada kenduri kawen adik sepupu. Singgah jap kat Parit Buntar sebab membe opis hubby wat kenduri kawen adik dia. So, kami kuar lambat sket la. Bajet-bajet sampai Parit Buntar area pukul 12 tengahari. Sampai tu bley terus makan. Tapi nampak gayanya kami tersampai awal so, tunggu jap la, sebab masa kami sampai tu diaorang dok buat tahlil lagi tak abis.

Bila perut dah kenyang. Hati pun senang. Balik pun dalam keadaan tenang. Layankan je lah gamba-gamba yang ada ye.


Anak-anak yang kebosanan sepanjang perjalanan. Asik dok tanya, bila nak sampai. Jauh lagi ke umah nenek. Firas pulak asik tanya, "ibu kita ni kat mana?, dah masuk Selangor ke belum?". Suh bantai tido takmo. Yang dok bantai tido hanya sikecik tu je lah. Asal kenyang susu je dia tido.

Singgah sat kat Tapah tuk solat dan rehat. Beli makanan yang ringan-ringan je buat kudapan dalam kereta. Satgi kot termengantuk sian si driverku sayang. Drive sorang-sorang pulak. Tak sampai ati.

Cuaca pulak sat ujan, sat panas. 



Akhirnya area pukul 6 petang sampai jugak kat kampung. Hilang rindu bila tengok umah. Yelah bayangkanlah selama 17 tahun dok kat umah ni. Semua cerita suka duka ada kat sini. Kiranya setiap tempat tu ada ceritanya. Rindu pulak saat-saat yang dah lepas tu. Masa zaman kecik-kecik dulu. 

Masa kami sampai tu mak tak balik lagi dari umah sepupu. Kat sini orang panggil gotong-royong kenduri tu adalah "rewang".


Nilah umah mak, cantik tak?. Tenang je, keliling umah tu semua sawah padi. Kalau time baru padi nak membesar cantiklah, hijau je.


Gamba masa baru sampai kat kampung!

Aktiviti anak-anak tuk next day adalah berlari-larian. Nak menyesuaikan diri ngan keadaan kampung. Selalu kalau kat umah sendiri, jarang sekali nak lepas bebas camni. Yang dua orang lagi tu anak kakak. Diaorang dah biasa ngan kampung sebab dok dekat je. Kalau kakak outstation mang mak yang akan jaga anak-anak dia.



Seronok bila tengok anak-anak ni bersuka ria. Ibu hanya dok tengok je. Bukan selalu pun balik. Dulu kalau balik jarang nak berlarian camni sebab masa tu kecik lagi. Bila dah besar ni. Dah pandai sket. Sok lusa ku rasa kalau balik kampung dok dalam parit berkubang pe.

Dah penat main, sesi minum petang pulak. Dahaga wei, dok lari ke hulu ke hilir.

The next day dah pandai masuk sawah pulak. Kebetulan masa balik tu baru pas menuai. Seronoklah dok lari kat sawah. 



Yang budak Fawwaz ni pulak, tak berani nak join sebab masa mula-mula dia masuk sawah kaki dia terbenam kat selut. Dan dan pastu takmo dah main kat sawah. So, dia main lah sorang-sorang. Katanya dok tebar roti canai. Hahaha!. Ikut suka ko la nak.... 

Sekian, wassalam...




Tuesday, December 24, 2013

.: BORANG PERMOHONAN BR1M (3.0) 2014 ONLINE :.

Assalamualaikum....
Permohonan untuk BR1M 2014 dah dibuka ye, so sapa-sapa yang belum daftar ataupun yang sebelum ni tak layak dapat bolehlah >> DAFTAR ONLINE.
Atau pun isi >> BORANG BR1M 2014


https://ebr1m.hasil.gov.my/


https://ebr1m.hasil.gov.my/


 • Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
(i) Warganegara Malaysia
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

• Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)

• Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014

**NOTA 1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran.

Sumber SINI

Sekian, Wassalam...


Monday, December 23, 2013

.: Kembali Seperti Biasa :.

Assalamualaikum....

Kembali bekerja semula setelah puas seminggu bercuti.
Wahhhhh! Mood masih mood cuti wei...camno ni?.
Tak sempat lagi nak buat stori mori pasal cuti-cutian minggu lepas.
Penat tak ilang lagi.
Ngan hafiy pulak yang semakin cerdik ni...(nanti aku citer perkembangan dia yg terkini ye).
 
Terima kasih kepada yang sudi mengunjungi blog ni sepanjang tak ber'update' ni. Sebab aku tengok pageview still maintain je. Tq ye!

So... selamat bekerja la ye tuk arini.


Sekian, wassalam..

Friday, December 13, 2013

.: Hari Inovasi Jabatan 13.12.13 :.

Assalamualaikum....

Hari Inovasi Jabatan
Tarikh : 13.12.13
Time : 8.00 malam
Tempat : Rainbow Paradise, Penang
Tema : Blocking Colour


Tahun ni tak dapat nak join Hari Inovasi Jabatan, sebab ada komitmen lain. Rugi jugak sebenarnya bila tak dapat join. Tapi nak buat camana. Bila anak kecik cam payah sket. Buat pulak malam. Bukan saja nak bagi alasan ye. Tapi kalau malam memang masa tu diperuntukkan tuk famili. Anak menyusu badan lagi. Pastu esok pulak nak balik Selangor. Takpelah join tahun depan la ye. In shaa Allah.
 
 
 
Ok, saja nak share tema tahun adalah "BLOCKING COLOUR". Macam besh je. Memang besh pun. Tapi ajk syaratkan tuk pakai dua kaler je iaitu biru dan pink. So, pandai-pandailah nak pakai lagu mana. So, kepada kawan-kawan yang pi, enjoy lah ye!.
 
Sekian, Wassalam...
 
 

.: Renungan :.

Assalamualaikum....

Salam Jumaat semua. 
Sebagai perkongsian bersama ye....
 

Amin...
Memang itulah yang diharapkan. Alhamdulillah selama diri ini bernafas dibumiMU ini Ya Allah, KAU hadirkan kepadaku sahabat yang baik-baik. Terima kasih kepada Mu, Ya Allah!

Sekian, wassalam.....

Thursday, December 12, 2013

.: Eskrem :.

Assalamualaikum....


eskrim + air root bear



Jom layan eskrim!
Feberet anak-anak dan hubby. Aku kureng sket. Kadang-kadang amik rasa sket je.
Selagi tak abis dalam peti ais, selagi tu lah anak-anak dok tagih nak nak.


Sekian, Wassalam...



[Autopublish]


Wednesday, December 11, 2013

.: Entri Yang Digemari :.

Assalamualaikum....




 
Entri kat blog ni yang rajin sangat orang seach kat internet adalah berkaitan dengan
 
 
 
Alhamdulillah, mungkin ramai yang amik info daripada situ. Terima kasih ye, mengunjungi blog ni.
 
Sekian, Wassalam...
 
 


.: # 64 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...


Tenangkan jiwa....


Sekian, Wassalam...


[Autopublish]


Tuesday, December 10, 2013

.: Segmen: Saya Sayang Blog Saya :.

Assalamualaikum....
 
Jom join segmen by AYU INSYIRAH!


http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/12/segmen-saya-sayang-blog-saya.html
 
 
Klik kat banner kalau nak join ye...
 
Sekian, Wassalam...
 
 

.: Cuti Dah LULUS! :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, cuti dah lulus!,
Bley balik kampung dengan aman...,
Jom balik!,

Tak sabar nak tengok mak, nak tengok umah,
Nak tengok sawah padi yang terbentang luas,
Nak tengok burung-burung yang berterbangan bebas,
Ahhh...nyamannya....,

Last balik aritu pun masa raya puasa,
Ni tumpang anak dok cuti skolah bley lah balik sat,
Nanti kalau dah start skolah balik cam susah je,
Lagi pulak, cuti aku pun banyak lagi, hubby pun sama,

Ni lah masanya nak bawak anak-anak pi berjalan,
In shaa Allah kalau takde apa-apa ingat nak bawak anak-anak pi jalan-jalan KL or Shah Alam,
Apapun plan je dulu kan?,

Sekian, Wassalam...


.: HAFIY : 5 Bulan :.

Assalamualaikum....

picture ni aku dah share kat ig haryati_faizal

Alhamdulillah syukur, baby Hafiy dah cecah usia  lima bulan. Jap je kan. Rasa aritu cam baru je bersalinkan dia.

Antara perkembangan terkini baby Hafiy : 

Dah pandai meniarap dengan jayanya.
Dah nak boleh angkat badan dan punggung.
Suka sangat kalau kita nyanyi lagu kat dia, terkekek-kekek dia gelak.
Suka ajak sembang time orang nak tido (yang ni mang jenuh nak melayan, kadang-kadang tak sedar masa bila terlena).
Ada respon bila tengok abang Fawwaz dia minum susu botol (dan dan dia pun dok kecap-kecap, nak jugak).
Semakin bijak dan memahami persekitaran.
Suka sangat kalau kita bawak dia jalan-jalan, alhamdulillah tak banyak ragam sangat.
Pandai dah panggil orang ngan bunyi-bunyian.
Semakin cerdik dan banyak akal.
Haha... ok chau...

Sekian, Wassalam...


[Autopublish]


Monday, December 9, 2013

.: Apa itu HERNIA? :.

Assalamualaikum....
 
Terpanggil untuk membuat entri berdasarkan kepada komen INA ni.



Nak share pengalaman jugak mengenai anak aku yang first, Firas yang pernah menjalani pembedahan untuk membuang lebihan cecair pada telur dia.
 
Mula-mula tu mang tak perasan sangat, tapi bila ada misi (dulu mak mertua mengasuh anak misi ni) tu tegur pasal telur Firas besar sebelah. Barulah kitaorang refer kat klinik. Masa tu kalau tak salah umur Firas baru setahun lebih. Doktor mang syak yang tu adalah Hernia. Apa tu Hernia?

HERNIA merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam. Sekalipun insidennya lebih banyak menyerang orang dewasa, ia juga kerap terjadi di kalangan kanak-kanak.
Walaupun hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi ia turut mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang.
 
Hernia diambil daripada perkataan Latin, herniae yang membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat.

Salah satu puncanya mungkin kuat menangis masa dia bayi dulu. Kan ke aku dulu PJJ ngan hubby. Anak pulak hubby ngan mak mertua jaga. Masa tu umur Firas baru je dua bulan. Terpaksa tinggal sebab aku keje kat Petaling Jaya. Kalau ikutkan ati masa tu aku nak je bawak sekali Firas tapi dah hubby kata dia nak jaga. Kena gak lah ikut cakap suami. Sebab tu sampai sekarang Firas jadi cucu kesayangan. Mak mertua jaga daripada bayi.

Tapi yang jadi kat telur Firas ni tak kecut pun, kalau kata angin pasang kan. Ada masa dia besar dan ada masa dia kecut kan?. Masa doktor pakar check dulu pun, doktor confuse. Tak tau nak klasifikasikan sebagai sakit apa. Cuma nak sama cam Hernia, tapi bukan Hernia. Yang pastinya dalam kantung telur tu ada lebihan cecair.

Nak tak nak doktor decided suh operate buang cecair tu gak. Takut effect bila dia dah besar nanti. So, masa umur Firas dua tahun, doktor set appoinment tuk operate.

Rawatan moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah bayi yang mengalami hernia. Jika ibu bapa takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah.

Penah gak bawak dia tuk urut tapi tak jadi apapun sama je camtu gak. Sib baik tak jadi apa-apa.
 
First time anak masuk bilik bedah. Sesuatu keresahan yang tak dapat nak digambarkan. Risau yang amat. Kesian pun ada sebab masa tu usia dia kecik lagi. Mak ayah mang diaorang tak bagi masuk.
 
Alhamdulillah, lastly berjaya jugak doktor operate telur dia. Kecut dah seperti sedia kala. Kami suh doktor tu sunat terus. Senang dua dalam satu. Seminggu jugaklah nak bagi dia betul-betul baik. Payah gak masa tu kan dia dok pakai pampers lagi. Cakap pun tak reti lagi. So, cara penjagaan dia rumit gak lah. Sib baik mak mertua banyak membantu. Cucu kesayangan, confirmlah dia jaga betul-betul. Huhuhu....



sumber SINI

Sekian, Wassalam...
 


.: Bebai Tak Tentu Pasal :.

Assalamualaikum....


Disebabkan benda ni lah Fawwaz bebai. Selagi tak cukup 10 stiker mana bley nak redem kan?. So, aritu beli barang dapat 4 stiker je. Yang stiker sebelum ni mang dia bagi free sebab ada kad tesco tu. Bebai bagai nak rak kat tesco, Ya Rabbi.... abis baju aku ditarik-tarik. Tak bagi nak balik. Nasihat pun tak guna sebab kalau dia nak tu, mang naklah!. Tak bley nak tipu-tipu dah. 

Lama jugak dok merengek, naik malu muka aku ngan hubby ni. Semua orang dok tengok. Dahlah aku dok dukung si Hafiy. Hubby pulak tolak troli. Aku takut je, dia tarik-tarik baju, aku pulak yang tertungging. First time dalam sejarah dia buat hal camni. Adoiii...lah anak. Lastly, pujuk dia leklok.... mau jugak dia balik walaupun still nangis lagi. Masuk kereta, dan dan tu dia lena. Erm, patutlah dok meragam, nak tido rupanya. Sabo je le...

Masa abang dia kecik-kecik dulu rasanya tak penah pulak bebai camni bila tak dapat barang yang dia nak. Baik je. Dengar cakap je. Tu lah orang kata setiap anak tu mang ragam dia lain-lain. Tabahkan hati je le...

Sekian, Wassalam...


[Autopublish]


Sunday, December 8, 2013

.: ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY :.

Assalamualaikum...



Klik kat banner ni kalau nak join tau!

Sekian, Wassalam...


Friday, December 6, 2013

.: 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara :.

Assalamualaikum...
 
Salam Jumaat semua.
Titipan buat perkongsian bersama.


Surah Al Fatihah
Mencegah Kemarahan Allah
 
Surah Yaasin
Mencegah kehausan di hari kiamat
 
Surah Ad Dukhan
Mencegah kesusahan di hari kiamat
 
Surah Waqi'ah
Mencegah kefakiran
 
Surah Al Mulk
Mencegah seksa kubur
 
Surah Al Kautsar
Mencegah permusuhan
 
Surah Al Kafirun
Mencegah kekufuran ketika dicabut roh
 
Surah Al Ikhlas
Mencegah kemunafikan
 
Surah Al Falaq
Mencegah iri hati seseorang
 
Surah An Nas
Mencegah was-was
 
 
haryatifaizal : jangan lupa untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan sahabat-sahabat kita yang masih berduka dengan bencana banjir. Semoga mereka semua tabah menghadapi ujianNya. Amin
 
 
Sekian, Wassalam...
 
 

Thursday, December 5, 2013

.: Perkembangan Hafiy : MENIARAP :.

Assalamualaikum...




Sejak baby Hafiy pandai dok meniarap ni, pantang celik. Asal celik je terus pusingkan badan, terus meniarap. Pesen pulak meniarap gostan ke belakang. Kalau kat hall tu abis semua penjuru dia tawaf.
 
Ha lah skang ni dok gian angkat- angkat badan ngan punggung, sebab tengok abang-abang dia bley berjalan, berlari. Naluri kecik dia tu tak sabar dah. Kalau bley nak join sekali. Kadang-kadang dia dok bebai gaklah.
 
Kat dalam kete pun dia nak meniarap tau tak. Aritu masa balik dari tengok wayang, dalam kete dok tak diam, pastu bagi dia meniarap. Dan dan ok.
 
Sket ari lagi confirm bley merangkak, ari-ari dok training sampai terjerit- jerit. Bila anak dah makin aktif maka ibu pun kena sentiasa alert lah. Ye tak???. Tak sabar nak tengok setiap perkembangan Hafiy. Seronok tau bila tengok anak membesar depan mata. Setiap hari ada je sesuatu yang baru.
 
Sekian, Wassalam..





Wednesday, December 4, 2013

.: Review Bersama Blog HT .

Assalamualaikum...
 
Jom join Review Bersama Blog HT,

http://herba-tihara.blogspot.com/2013/11/review-bersama-blog-ht.html

Syarat-syarat penyertaan mudah je, tak susah pun:

1. Terbuka kepada semua pemilik blog Personal sahaja.
2. Masukkan blog http://herba-tihara.blogspot.com/ ke dalam bloglist anda.
3. Buat satu entry bertajuk "Review Bersama Blog HT"
4. Letak banner di atas dan link back to this entry.
5. Tinggalkan link entry anda pada kotak komen beliau.

Tu je, senang kan??

Sekian, wassalam...

.: Nak Henpon ??? :.

Assalamualaikum....
 
Masa dok tunggu WAYANG nak start aritu, hubby saja bawak anak-anak cuci mata kat kedai phone floor yang sama.
 
 
Lepa semua dah biasa dok touch tab kan, so tangan mang laju lah.
"ibu...ibu beli lah kat fawwaz yang ni...". (tu yang kat atas tu)
 
Hohoho #pengsanibu.... anak oi... tak mampu ibu nak beli yang semahal ni ye. Yang ada ni pun beli time ada less.



Kalau si abang (Firas) dia cerdik dah. "Adik tak boleh beli yang tu. Mahal."
 
Dia tau dah yang mana dia bley request tuk beli dan yang mana yang tak bley request tuk tak beli.
 
Sebab selalu aku pesan kalau yang mahal-mahal ibu tak mampu beli. Kalau RM20 ke bawah tu tak pe lagi. So, abang ni sentiasa ingat. Mang kene bagi tau siap-siap u all, kalau tak dia akan selalu ingat mak ayah ni bley je beli apa yang diaorang nak. Kopak duit wei....
 



Sekian, Wassalam...
 
haryatifaizal: mintak maaf banyak-banyak kalau ada sape yang komen dan aku tak sempat nak jejak blog korang...kalau ada free nanti aku terjah ok..

 


Tuesday, December 3, 2013

.: World Children's Day : Free Screening Of PLANES :.

Assalamualaikum....


Last Saturday dapat pi tengok wayang FREE!. Ofis bagi sebab ada lebih, actually tiket tu untuk institusi di bawah JKM sahaja, tapi bila ada lebih dia bagi je kat staff n family. So, alhamdulillah dapat jugak bawak anak-anak pi tengok PLANES, walaupun filem ni dah lepas waktu tayangan dia kan?. Apapun yang penting anak-anak hepi. 

Sebelum layan wayang, singgah breakfast dulu kat Nasi Kandar Subaidah, Taman Sejati. Lama dah aku request nak breakfast sama-sama. Sebab jarang sekali nak breakfast kat luar. Selalu asik makan kat umah je. Boring jugeks kan!. Hihi sekali sekala kens.... Perut kena kenyang sementara nak tunggu wayang yang akan start area kui 10.30 pagi.




Fawwaz still malu lagi bila nak amik gamba, sebab rambut dia tu lah!. Dia kata tak comei... Selalu kalau amik gamba mang dialah yang first sekali. 


My feberet adalah tosei telur!. Ermmm... dapdapnye!. Hafiy jadi tukang tengok je. Terliur dia bila tengok orang lain makan. Nak buat camano nak, kamu tak bley nak makan lagi. Kalau suap confirm dia mau punya.


Hubby ngan Fawwaz order roti bakar + telur separuh masak. Sorang satu set ye, lastly hubby yang kena telan semua. Fawwaz makan sket je. Bertuah punya anak. Selalu bila oder telur separuh masak satu set je, tak cukup. Bila order lebih tak abis pulak. Hubby suh tolong perabis... Hohoho... sori yek, kalau telur goreng atau telur rebus aku bley lagi nak telan. Tapi bab telur separuh masak ni cam kembang je tekak nak telan. 


Inilah adalah antara anak-anak yang turut serta menjayakan program ni. Termasuk anak aku. Fawwaz takmo amik gamba "malu".

Firstly, tu cam takmo pi sebab Hafiy kan kecik lagi, takut pulak dia tak selesa dan mengganggu penonton lain. Tapi, rasa rugi pulak kalau tak pi. Lastly, tawakkal je la dan alhamdulillah baby Hafiy tak wat hal pun. Baik je dia, makan nenen pastu tido. Ada jugaklah dia bangun sat tengok citer Planes tu.
Apapun mang enjoy la!

Sekian, Wassalam...





Monday, December 2, 2013

.: Baby Kembar :.

Assalamualaikum....


 
Jumaat aritu kan rehat panjang so, kawan-kawan request kat bos unit kami tuk pi menziarah anak member kat opis ni Saiful Adli aka blogger Staibaqhang . Wife dia bersalin baby kembar, dua-dua boy. Anak sebelum ni pun boy jugak, so dah ada empat orang boy. Ramainya kan. Alhamdulillah, syukur di atas rezeki kurniaan Allah.
 
Nama baby ni Adam Khairi dan Adam Firdaus. Jenuh jugak nak belek baby ni ye sebab kembar seiras. Kena tau camana nak bezakan. Takut tertukar antara satu sama lain. Tapi, kalau dah kata ibu, mang dia akan cam sapa abang dan sapa adik.
 
Sekian, Wassalam...
 
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari