.:: Sahabat Blog ::.

Friday, November 29, 2013

.: Renungan :.

Assalamualaikum...

 
"Tulislah yang baik-baik,
walaupun diri belum baik,
sekurang-kurangnya itu sudah menyelamatkan kita daripada menulis yang buruk-buruk"




 

Sekian, Wassalam...

 

Thursday, November 28, 2013

.: Satu Barang Satu Ringgit :.

Assalamualaikum....



Asal pi pasar malam je si Fawwaz ni dok aim satu gerai ni,"satu barang satu ringgit".
Barang dia semuanya seringgit. Macam-macam ada. Seronok jugak sebab murah. Macam Fawwaz dia suka sangat nak beli buku kaler. Kalernya idak, dok keje beli je. Kalau aku kata "takyah beli". Mulalah dia buat drama air mata. Adooiiii..... dok tarik-tarik kaki aku. Takut gak tarik-tarik kang tertungging pulak aku. Ha lah kuat tau dia tarik kaki aku. Dok pujuk aku suh beli jugak, lama-lama aku cair gak. Erm, beli jugaklah sib baik singgit je. 

Sekian, Wassalam...




Wednesday, November 27, 2013

.: Ulangtahun Perkahwinan :.

Assalamualaikum....


27.11.2005 - 27.11.2013

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kepadaMu Ya Allah, kerana telah mempertemukan jodohku dengan suami tercinta Encik Faizal Othman. 

Terima kasih juga kerana mengurniakan aku seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang, penyabar, romantik yang pastinya memang yang TERBAIK untukku.

Terima kasih kepada suamiku yang tercinta kerana sudi untuk mencintai, menyayangi dan menikahi insan yang bernama Haryati Hamzah.

Terima kasih kerana sudi untuk bersama-sama mengharungi suka duka kehidupan selama 8 tahun ini. Sama-sama memberikan kasih sayang yang sempurna kepada ketiga-tiga putera, Muhammad Firas Firdaus, Muhammad Fawwaz Firdaus dan Muhammad Hafiy Firdaus.

Tiada apa yang dapat ku lafazkan melainkan sentiasa berdoa semoga ikatan akad antara kami akan terus kekal hingga ke jannah, berikanlah kami kebahagian di dunia dan juga di akhirat.
AMIN.


Sekian, Wassalam...





Tuesday, November 26, 2013

.: Hafiy : Terjun Katil :.

Assalamualaikum....




Budak kecik yang comei lotey ni last friday terjun katil. Hahaha!, cian dia. Memang tak disangka, pagi tu aku baru je nak bersiap pi keje. Dok mekap lah, yang Hafiy pulak bangun awal. Biasalah asal aku bangun je, dia pun bangun sekali. Tido pun bawah ketiak mak.

Kan ke dia dah pandai meniarap. Takpelah, sambil aku dok bersiap tu, dia dok main sorang-sorang. Kalih tengok dia. Ok je, meniarap. Bila aku nak pakai tudung je tiba-tiba dengar ada benda jatuh. Hafiy!!!!. Terus jadi gelabah. Ya Rabbi!, camne bley jatuh????. 

Hafiy, Hafiy.... Sib baik dia jatuh kat atas tilam abang dia. Fuuhhhhh.... syukur sangat. Cuma dia nangis sat je, maybe terkejut kot. Tak sangka pulak dia bley mengesot maju ke depan. Anak lelaki, kalau tak jatuh tak sah ye... apapun jadikan ia sebagai pengajaran ye..hihihi.

Sekian, Wassalam...

 

Monday, November 25, 2013

.: Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda :.

Assalamualaikum....
 
 
Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.


Jom dapatkannya sekarang...



Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.


Sekian, Wassalam...
 


.: Nak pi Mana Cuti-Cuti Ni??? :.

Asslamualaikum....

Kemana u all time anak-anak cuti sekolah ni?. Ada plan?. Ntahlah aku ni, plan tak berapa nak muncul lagi dalam benak fikiran. Cuma yang agak pasti cuti sekolah ni memang nak balik kampung. Nak tengok anak buah baru. Anak first perempuan kakak aku. Tak sabar nak pi tengok.

Ada soalan dari Fawwaz mengenai anak perempuan. Haha!. Nak tau apa soalan dia?.
"ibu... bila ibu nak ada anak pompuan pulak, cian kat afy takde kawan....".
Hamboi-hamboi...soalan tak bley blah!. "Abis tu ampa dua orang ni bukan kawan Hafiy ke?". 
Hafiy baru 4 bulan ampa dah nak suruh ibu mengandung lagi. Adoiii... pengsan!. Tunggulah Hafiy ni cecah setahun. Tu pun kalau ada rezeki lagi. Sabar sat na...bagi ibu bernafas dulu k.

Tak sabar nak balik kampung, nak jumpa mak!, rindu sangat kat mak!. Mak tunggu ye kami balik.




Haryatifaizal: masih banyak utang i kat u all semua hihi... tak sempat nk BW lg.... in sha Allah aku akan terjah blog u all pelan2 ok....tq sape singgah n tinggalkan komen ye...

Friday, November 22, 2013

.: Bicara Hati :.

Assalamualaikum....


YA ALLAH...

Kau Pancarkan Cahaya PetunjukMu Ya Nur,

Ya Hadi agar daku sentiasa di dalam jalan kebenaran.


YA ALLAH...

Alirkan CintaMu Ya Wadud Ke dalam Hatiku YA ALLAH,

Agar daku hanya MencintaiMu melebihi Cintaku pada sekelian makhlukMu...


YA ALLAH,

Alirkan sifat kasih sayangMu Ya Rahman Ya Rahim ke dalam diriku agar daku mampu mengasihi antara satu sama lain mengikut syariatMu.

Terima Kasih Ya Allah Ya Syakur,

Di atas segala nikmat kurniaanMu yang tidak terhitung YA ALLAH.


Sekian, Wassalam....


Thursday, November 21, 2013

.: Hafiy Pun Nak Join Jugak :.

Assalamualaikum....



Dak tecik ni ada respon jugak bila abang-abang dia main game depan dia. Dok melonjak-lonjak cam nak join sama. Abislah korang nanti dah besar sket takde peluang le nak main. Hihihi. Masa ni dia boleh tengok je lah. Sebab tak reti lagi nak buat camana kan. Sok lusa tulat tungging pandailah dia. Tunggukan je lah!.


Ini budak memang banyak cerdik pandai!


Sekian, Wassalam...


Wednesday, November 20, 2013

.: Main Vs Gaduh :.

Assalamualaikum....


Mula-mula main sesama, pastu bila berbalah, tak setuju pendapat mulalah nak bergaduh.


See sorang dah kalih kot sana, tak kawan lah tu. Majuk, takmo dah main sama-sama.

Sekian, Wassalam...


Tuesday, November 19, 2013

.: Penyedut Hingus :.

Assalamualaikum...


Aritu masa pi kedai Manjaku sempat gak beli penyedut hingus baby ni. Yelah kesian kat Hafiy dok selsema tak abis lagi. Kahak tu dok melekat kat kerongkong je. Takut gak kalau jadi benda yang tak elok. Tu yang setiap malam tido pun tak lena. Sat sat jaga, Hafiy pun camtu gak. Tido dia pun tak lena sebab tak selesa nak bernafas. Atleast kalau ada benda ni bley gak sedut hingus dia yang meleleh tu.


Try gak amalkan petua yang wantie bagi ni. Manatau bley sembuh. Yelah kena usaha gak nak bagi baik. Kalau ada anak-anak u all yang terkena selsema ngan batuk bley la try petua ni gak.


Sekian, wassalam...



.: Jalan-Jalan ke Manjaku :.

Assalamualaikum....

Hujung minggu kemana ye?. Ekceli nak beli pampers si kecik ni lah. Beli kat Manjaku memang murah. Si kecik ni pakai Fitti je. Mang tak ajar pun pampers mahal-mahal. Setakat ni tak penah pun kena ruam kat punggung dia. Camtu gak ngan susu, minum susu dutch lady je. Ok, Fitti kat Manjaku RM 22.90 je. Jauh lebih murah dari kat tesco atau kedai biasa, kalau tesco mau gak cecah RM 28++. So, bila dah tau ada yang murah mang terus tuju kat situ jelah.



Dah pi kat situ, kalau tak beli mainan mang tak sah, dari aritu pun nak beli tapi tak beli-beli. Dok tengok saja, kesian pulak. Yang pasti kalau beli mainan mahal sket, pas main mang kena simpan balik. Fawwaz tu dia malu keluar umah rambut takde, sebab tu dia pakai cap. Bukan botak terus pun cuma rambut nipis je. Tapi nak pakai cap jugak. Ikutkan je lah.


Gamba yang ni pun muka terpaksa, kalau ikutkan dia, dia takmo amik gamba. Malu!.




Ni lah hasilnya daripada mainan lego tu. Hubby tolong pasangkan. Kalau nak suruh budak-budak ni mang pakai tak siaplah. Sekali sekala buat anak-anak hepi, apa salahnya.


Sekian, Wassalam...




Monday, November 18, 2013

.: Hafiy : Pemeriksaan Bulanan :.

Assalamualaikum...



Ahad lepas bawak hafiy pi klinik untuk buat pemeriksaan bulanan. Sepatutnya ahad sebelumnya tu dah kena pi tapi ada perkara yang tak dapat dielakkan. So, pospone ke hari lain. Sampai klinik area kui 8 pagi. Mang dah ramai orang dah pun. Tapi nasib baik misi kat situ dia asingkan pemeriksaan baby ngan ibu mengandung so, tak lama la nak tunggu. 

Ulasan misi mengenai perkembangan Hafiy setakat usia dia 4 bulan ni. Misi kata 4 bulan dah pandai meniarap dikira sebagai satu perkembagan yang sangat cepat. Baby yang menyusu susu badan memang perkembangan fizikal dan otak dia cepat berbanding yang menyusu susu formula. Alhamdulillah. Syukur. Kebetulan masa pi klinik ni Hafiy dok selsema ngan batuk lagi, so misi pun ada bagitau yang baby bawah setahun mang takde ubat tuk batuk n selsema. Memang betul apa yang kawan-kawan kata aritu.

Sekian, Wassalam...


Friday, November 15, 2013

.: Dan Botak Dah! :.

Assalamualaikum...


Apa dah jadi ni anak oiiii!!!. Petang semalam masa nak pick up anak-anak dari umah pengasuh, terkejut tengok rambut Fawwaz ni. Dari jauh tengok cam rambut dia disepit kebelakang. Aii, ati dah rasa lain macam je. Macam pelik je, macam aneh je....

Bila datang dekat kat dia, Ya Rabbi, anak ibu... apa dah jadi ni? Kau buat apa ngan rambut ni?. Ni mesti edisi main gunting ni. Bila tanya kat kakak ipar memang ye pun, dia buat keje secara senyap. Aku mang tak tahan bila tengok je muka fawwaz aku dah gelak terbahak-bahak. Lucu tu. Dia pun macam malu bila orang gelakkan dia. Tau pun malu, masa gunting sendiri rambut tu tak malu pun.


Sudahnya semalam ayah dia terpakse vottakkan rambut dia. Nak tak nak terpakse jugak lah. Rambut dah tobek. Masa vottakkan tu tak bagitau pun cuma kata kat dia, ayah nak repair rambut sket. Bila dah sudah tu dia tengok kat cermin. "ibuuuu adik takmo botak....". Dok ulang yang tu la sampai nak tido. Tu la lain kali jan main gunting-gunting rambut. Kan dah kena botak. Takpelah sok-sok tumbuh baliklah rambut tu.

Sekian, Wassalam...

 


.: Menang Teka Teki kat Blog Corat-Coret Pink Ummi :.

Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah, dapat teka dengan betul kat segmen Teka Teki by Corat-Coret Pink Ummi.



 
Terima kasih mimie!
 
 
Sekian, Wassalam...
 


Thursday, November 14, 2013

.: Ubat Selsema dan Batuk :.

Assalamualaikum...
 



 
Tau tau pun yang baby bawah satu tahun tak bley diberi ubat selsema atau batuk. Sebabnya anak-anak yang sebelum ni tak penah pulak terkena jangkitan selsema atau batuk masa baby. Cuma kali ni Hafiy pulak yang terkena jangkitan, so tak penah alaminya lagi. Terkejut jugak bila asyifa kata camtu dan cara ina komen pun cam merujuk kepada apa yang asyifa komen tu.
 
Sebenarnya yati tak beli lagi pun ubat batuk ngan selsema tu semalam.
 
Sib baik kawan-kawan remind, terima kasih ye. Kadang-kadang walaupun kita dah ada dua tiga orang anak tak semua perkara kita tau. Ada jugak yang kita ter'missed'.
 
 
Sekian, Wassalam...
 
 


.: Tips Untuk Menangani Adik-Beradik Yang Bergaduh :.

Assalamualaikum....

Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak pasti bersetuju masalah gaduh di kalangan anak-anak adalah perkara normal. Sepanjang tumbesaran, bergaduh adalah sebahagian daripada proses mereka membesar.

Memang setuju sangat, kadang elok, kadang tak elok. Kalau dah bergaduh tu nanti mulalah dok tumbuk-tumbuk, tarik rambut (hero dua-dua biasalah). Pastu satgi dua-dua nangis terjerit-jerit. Adoyaiiii....poning omak kau ni...
 
Pendek kata memang pening kepala papa dan mama dengan kerenah bergaduh anak-anak. Tetapi bila datang angin baik, macam tidak boleh berenggang mereka bersama-sama. Apa kata kita, kaji apa punca anak-anak suka bergaduh.

Kalau angin elok memang bley pulak sama-sama main, sama-sama baca buku, kaler buku. Berlakon jadi ayah ngan anak.

 
Mengapa bergaduh?

Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian seperti mana adik-beradik lain.

Anak berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik-beradik lain.

Fasa pembesaran mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain.

Anak-anak berasa bosan, penat atau lapar dan menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

 
Bagaimana tangani pergaduhan

Jangan memihak dan terbabit dalam pergaduhan anak-anak kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal.

Selalu apa yang aku buat mang dua-dua kena bubuh (nasihat). Tak kiralah sapa yang mula dulu. Tak adil kalau memihak pada sorang je, seolah-olah yang sorang lagi tu dah rasa cam dia menang dalam pergaduhan tu. Rasa puas ati, bila yang sorang ni kena marah atau nasihat.
 
Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin apa yang diadunya betul atau tidak. Mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap sahaja sebelum mereka bergaduh semula.

Betul kena dengar dari kedua-dua belah pihak.
 
Jangan buat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

Setuju, selalu aku akan kata, "abang ngan adik kan budak baik, tak bley lah gaduh-gaduh nanti ibu tak sayang".

Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak.

Yang ni bley rapatkan lagi ikatan antara kita ngan anak-anak kita, kadang-kadang diaorang pun nak perhatian yang lebih gak.

Ajar anak saling bermaafan selepas bergaduh.

Dah ajar lama dah kat anak-anak, selalu kalau nak main sama-sama balik, mesti kena mintak maaf balik. Kalau gaduh pun tak lama mana berapa minit je, pastu ok balik.

Nasihat dengan baik mengapa tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika bergaduh. Jika anak-anak bergaduh, cuba leraikan dengan baik, jangan tengking atau membebel. 

Selalu dok nasihat sebab kadang-kadang diaorang ni cepat lupa. Berbuih pun berbuihlah mulut ni asalkan lama-lama nanti semua nasihat tu lekat dalam ingatan diaorang.


Sekian, Wassalam...


sumber : PAMA

 

Wednesday, November 13, 2013

.: Hafiy : Batuk dan Selsema :.


Assalamualaikum...


Cian kat baby Hafiy ni, semalam aku balik keje tengok idung dia berair je. Pastu siap batuk-batuk kecik. Alahai siannya anak ibu ni. Mata pun dok berair je. Kalau ikut kami semua takdelah pulak yang kena selsema or batuk. Tapi tu lah dah dok kat umah pengasuh, join pulak ngan dua tiga orang budak lagi yang akak ipar aku jaga. Berjangkit jugaklah.
 
Sib baik malam tadi dia bley tido ngan lena. Kiranya tak batuk dan idung pun tak sumbat. Sebelum tido tu mang dah buh vick siap-siap. Bagi pernafasan dia lancar. Cuma masa nak tidokan tu je dia cam bebai sket, mungkin tak selesa kot ngan keadaan dia tu. Yelah first time kena jangkitan selsema n batuk.
 
Pagi tadi dah remind kat hubby balik keje ni nak kena beli gak ubat selsema ngan batuk.
 
Sekian, Wassalam.
 
 


Tuesday, November 12, 2013

.: Fawwaz : Suka Mengigau :.

Assalamualaikum.....
 

Anak-anak u all suka mengigau tak kalau tido?. Anak aku yang 2nd Fawwaz tu selalu camtu. Mengigau pulak pesen yang berjalan dalam tido tu pastu siap raba-raba, macam dok mencari sesuatu. Banyak kali jugaklah.
 
Kalau malam tu dengar dia dok merengek kat luar tu mang kena panggil takpun aku kena dukung dia bawak masuk bilik semula. Sebelum tido mang dah basuh kaki pun, siap doa bagai tapi tak tau la, mungkin penat main disiang hari kot.
 
***
 
Mengapa orang mengigau?
Menurut pakar psikiatrik dari Universiti Hassanudin, Dr. Erlyn Limoa, mengigau adalah sebahagian daripada mimpi. Secara teori, mimpi adalah sesuatu yang dipendam dalam minda di bawah sedar. Kadang-kadang, apa yang dibicarakan sebelum tidur juga masuk ke dalam minda bawah sedar. Dalam keadaan bermimpi itulah, seseorang boleh tiba-tiba bercakap atau menggumam.
 
 
Sumber SINI
 
Sekian, Wassalam....
 
 
 













Monday, November 11, 2013

.: Perkembangan Terkini Hafiy : 4 Bulan :.

Assalamualaikum...
 
10 Julai - 10 November 2013, baby Hafiy dan genap 4 bulan. Jap je kan, pejam celik nanti dah setahun. Perkembangan terkini Hafiy setakat ni, ofkoslah dah pandai pusingkan badan, nak meniarap dah. Yang syoknya dia akan menjerit-jerit bila dah try banyak kali meniarap tapi still tak bley. Bila dah bley tu, wahhhhwahhhh... muka banyak puas ati oooo..... mungkin dia kata "yeay! dah berjaya!!".

 
Korang layankan je la ye gamba ni...
 






Fawwaz yang tak bley nak berenggang ngan adik dia....
 

Asalnya nak amik gamba baby Hafiy ni yang dok try nak meniarap, sudahnya si abang pun nak join sama. Pantang tengok ibu dia amik gamba adik dia dan, dan nak celah masuk jugak.
 
 
 
 
Sekian, Wassalam...
 
 


.: Kek Oren :.

Assalamualaikum....

Aritu masa dok BW terjumpa resepi kek ni, tapi aku lupa blog sapa tah yang aku masuk. Cumanya aku snap resepi kat handset je, sebab malas nak copy resepi. Resepi kek dia simple je dan senang nak buat.


Jom share resepi....

Bahan-Bahan :

1 cawan majerin
1 cawan gula icing
5 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb parutan kulit lemon ( aku tak buh pun )
2 sb air perahan jus lemon ( aku buh limau sankis je)
5 sb jus sunquick

Cara Nak Buat Kek :

Pukul majerin dengan gula icing sampai gula tu betul-betul hancur dan majerin pun putih atau kembang.
Masukkan esen vanilla dan masukkan telur sebijik-sebijik sampai abis.
Masukkan tepung-tepung tadi yang telah diayak dengan baking powder ke dalam adunan.
Masukkan jus sankis dan jus sunquick , pukul adunan sehingga sekata.
Bakar dalam suhu 150 darjah celsius selama 45 minit ataupun sampai betul-betul masak.
Siap!


Sekian, Wassalam...


Saturday, November 9, 2013

.: Iklan Jawatan Kosong :.

Assalamualaikum....

Salam hujung minggu.....


Bila selak surat khabar dan tiba dibahagian iklan jawatan kosong teringat pulak masa zaman bujang-bujang dulu. Page ni la yang mula-mula dicarik bila beli surat khabar. Yelah!, baru abis belajar tak tau nak buat apa, keje takde, "kalau aku kaya" mang takyah koje lah. Dok umah je goyang kaki. 

Masa tu mang susah nak dapat keje. Anta resume dah berpuluh-puluh. Tapi tak satu pun sangkut. Baik swasta mahupun kerajaan. Sedih gak, takkan nak harapkan duit mak abah je. Lastly dapat jugak keje tu pun atas bantuan kawan-kawan. Kena guna kabel jugak, takde kabel payah nak dapat. Camtu ke???. Erm.. sib baik masa dapat keje kerajaan ni aku tak guna mana-mana kabel, semua atas usaha sendiri dan rezeki dari Allah.


Sekian, Wassalam...

haryatifaizal : sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.


Friday, November 8, 2013

.: Renungan Jumaat :.

Assalamualaikum....
 
 
Sebagai renungan bersama di pagi yang mulia ini iaitu pagi Jumaat.
 
Sekian, Wassalam...
 
 

Thursday, November 7, 2013

.: Lirik Lagu : Kalau Aku Kaya :.

Assalamualaikum....
 
 
Lagu ni rupanya yang Fawwaz dok nyanyi. Ingatkan saja-saja je, rupanya mang ada lagu "Kalau Aku Kaya". Mula-mula dengar tu cam lucu gak. Aku suh dia ulang banyak kali. Hahaha, mang tak up to date betullah. Anak lagi cerdik. Camana tu???.




Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga

Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku


Sekian, Wassalam...

sumber SINI

Wednesday, November 6, 2013

.: Terlupa..... :.

Assalamualaikum...

Boleh pulak semalam keluar tanpa lipstick!,
Si Fawwaz punya hal lah tu, masa aku dok siap tu dia kalut nak buang air besar. Pi lah satgi dah keluar kalut pulak nak cari toilet. Tengah dok bersiap tu dia dok panggil-panggil, "ibuuuu dahhhh...!". Dok ulang yang tu lah banyak-banyak kali. Aih...sabo-sabo...
Tak dan aku nak abis mekap. Pi jugaklah kat dia.. bukan tak bley nak basuh sendiri tapi kadang-kadang tu mengada-ngada je yang lebih. Lepas tu aku dah lupa, nak abiskan mekap, terus kemas barang sikecik, switch off apa yang patut, kunci umah dan keluar.......

Sudahnya ibumu keluar tanpa bibir merah...ahhhh!, sabo je le... yang perasan tu bila nak amik gamba la. Aik pasal pe lain je...oh bibirku pucat... erm... hubby dok nyakat "tak lawo...tak lawoo....".



Sekian, Wassalam...
 
 


.: Kuih Inti Sardin :.

Assalamualaikum....


Jom ke dapur lagi!!!.
Asik main masak-masak je ye, nak buat camana mang dah orang dapur so kejenya memang ke dapur le. 
Aku tak tau nak buh nama pe kuih yang aku buat ni, so aku buh je "KUIH INTI SARDIN". Bleykan?, belasah je lah.

Bahan-bahan dia :

1 Paket mauripan (campur air suam dan kacau, tunggu sampai berbuih)
Tepung (yang ni aku agak-agak lebih kurang setengah kg tepung)
2 sdb majerin
Gula (ikut suka)
Garam (ikut suka)

Bahan inti dia :
Sardin tu korang masak macam biasa je pastu amik seketul dua hancurkan.

Cara nak buat sama je cam nak buat doh donut tu :

Gaulkan tepung ngan majerin sampai rata, pastu masukkan mauripan dan gaul lagi. Campurkan air sejuk (dari peti ais tau) dan uli sehingga jadi doh. Tutup sebentar doh tadi dengan plastik. Aku biarkan sampai 15 minit je.

Pastu bolehlah buat bulat-bulat dan penyekkan doh tadi tuk buh inti sardin.



Dah sudah tu biarkan jap, bagi dia kembang. Pastu bolehlah goreng. Memang sedap...! hihihi.

First time buat dan mendapat sambutan dari anak-anak dan hubby. Yeay! boleh buat lagi.
Nak try inti lain pulak...

Sekian, Wassalam...


Tuesday, November 5, 2013

.: Hafiy : Suka Gigit Jari :.

Assalamualaikum...

Sejak dak tecik ni dok kat umah pengasuh, rajin pulak dia isap ibu jari. Asal nak tido je dia chupchapchupchap...isap jari. Pastu dia lena.

Tak pun dok saja-saja tu dia isap jugak. Budak tecik ni baik sangat sampai aku kadang-kadang tak tau masa bila dia lapar susu. 




Dapnya isap jari sendiri....


Sekian, Wassalam...



.: Fawwaz : Gunting Rambut :.

Assalamualaikum....

Haha, first time hubby nak gunting rambut anak dia sendiri. Sebelum ni tak penah pun just bawak kat kedai je. Kenalah dalam RM6. So, weekend tu sajalah pi beli perkakas tuk gunting rambut. Konon nak belajar gunting rambutlah.


Sebagai permulaan rambut Fawwaz yang jadi mangsa kikiki.... lagipun rambut dia memang dah panjang pun. Rambut lurus sangat cam pompuan. Rambut depan dia sampai dah tutup mata.


Belum siap lagi, baru nak potong bahagian bawah rambut.


Akhirnya siap jugak, walaupun pada mulanya aku gelakkan hubby sebab dia gunting rambut Fawwaz jadi cam tempurung kepala kukuikui. Takpe, percubaan pertama. Lama-lama nanti oklah tu. Pasni kalau dah teror ermm...toksah pi kedai lah, gunting sendiri lagi jimat.


Ok lah, sekian, Wassalam...


Monday, November 4, 2013

.: Terima Kasih :.

Assalamualaikum...

Terima kasih aku ucapkan kepada semua kawan-kawan, sahabat-sahabat yang sudi mengikuti blog ni hari-hari, sudi mem'follow' blog yang tak seberapa ni. Bermula dari takde langsung follower sehinggalah kini dah cecah 523 orang. 



Tak sangka jugak. Syukur alhamdulillah, berkat dari sudi tuk saling follow mem'follow'. I follow u, u follow i. Begitu jugak sebaliknya. Tak salah pun, lagi syok bila kita ada ramai kawan. Bermacam-macam cerita yang kita boleh share bersama. Dari hanya meninggalkan satu jejak komen, terus melekat berkomen-komen sampai sekarang. Rasa rugi bila BW tapi tak komen langsung. Tak lupa juga kepada yang silent reader ye... yang banyak menyumbangkan traffic blog.

Semoga ikatan yang terjalin di alam maya ni akan terus berkekalan selamnya... ameen....

Sekian, Wassalam...




.: Puding Roti Coklat :.

Assalamualaikum....

Jom main masak-masak lagi!.
Mood tengah rajin sebab kesian kat roti yang dah nak expired.
Amik resepi dari Ana Suzana.


Bahan-bahan A :
Roti ikut suka berapa banyak (korang agak-gaklah ngan adunan ni)
Susu cair (aku guna satu tin)

Bahan-Bahan B :
1 tutup esen vanila
3 sdb majerin (cairkan dulu)
3 biji telur
3 sdb serbuk koko (satukan sekali ngan 3 sdb air panas)
1 sudu tepung jagung
1/2 cawan gula

Cara nak buat, mula-mula koyakkan roti ikut suka hati korang. Hero-hero aku dok kalut nak tolong main masak-masak sekali.


So, aku suh diaorang koyakkan roti ni.


Adik yang sibuk nak posing, senyum sampai ke telinga.




Dah sudah tu tuangkan susu cair rata-rata. Tekan roti tu sket bagi susu tu meresap sampai ke bawah. Pastu biarkan. Buat pulak tuk bahan-bahan B.



Pukul telur dengan gula, sampai keluar buih.


Masukkan esen vanila, majerin cair dan serbuk koko tadi.


Kacau sampai sekata.


Tuang kedalam bekas roti tadi. Siap untuk dibakar.
Bakar dalam masa 40-45 minit. Suhu 180 celsius


Nilah hasilnya, mula-mula masa masak tu bukan main tinggi lagi. Dah sejuk sket jadi camni pulak.
Macam hangit kan????. Mang kaler dia camtulah.


Ok selamat mencuba.

Sekian, Wassalam...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari