.:: Sahabat Blog ::.

Wednesday, July 31, 2013

.: Jamu Ratus Warisan Plus :.

Assalamualaikum...

Curik masa sket sementara sikecik tu tido. Tak sempat nak update hari-hari. Sibuk melayan anak-anak. Sikecik tu pulak kadang meragam, biasalah budak kecikkan?. Kalau tak kembung perut tak sah. Tapi alhamdulillah bila malam tido dia nyenyak. Cuma bila area pukul 5 pagi tu dia dah start nak jaga dan takmo nak tido sampai la ke pukul 8 pagi. Aku je yang tido tak berapa nak lena. Tak tau pasal pe, sat sat jaga, sat sat jaga. Mungkin sebab dok rasa ada baby kecik, tido tak bley nak lena sangat sat-sat kene tengok baby ok ke tak. Camtu la bila dah jadi mak kan?. Tido malam mang takkan lena.

Alhamdulillah, semalam kurier dari kawan kepada kawan aku dah sampai. Aku order Jamu Ratus Warisan  Plus ni secara online, sebab tak tau nak beli jamu pe. Cam tau-tau je member aku ni yang aku tengah dok cari jamu yang sesuai. Dan dia pulak pun tengah dalam pantang. Mang sesuai sangatlah. Dia dah try, so dia suggest kat aku pulak. So, aku nak try la camana, berkesan ke tak.




Ni lah jamu dia. Dalam satu kotak tu ada 15 bungkus kecik-kecik jamu. Bukak dan makan camtu je. Nak tau mengenai Jamu Ratus Warisan Plus? dan nak tau apa khasiat dia?. Erm... banyak khasiat dia. 



Sekarang ni tak bley citer lagi la keberkesanannya sebab aku pun baru makan. Nanti aku update lain pasal jamu ni ok. Alamak.... baby dah menguek... bai semua....


Sekian....





Monday, July 29, 2013

.: Cukur Kepala Hafiy :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, selesai dah mencukur kepala dak kecik Hafiy ni... Suh mak bidan cukur je. Takde buat majlis apapun. Buat mana yang penting je dulu.



Ni la muka Hafiy pas dah cukur. Votak dah!. Hihihi...Takpe nanti tumbuh rambut baru lagi kacak kan???. Alhamdulillah, aku pun amik kesempatan gak pi berurut sekali. Dari aritu nak pi tapi mak bidan ni pi umah anak dia kat Pahang pulak, so tunggu dia balik baru pi... 

Alhamdulillah, berkat berpantang ikut cara yang betul mak bidan tu kata badan ni elok, senang nak urut. Cuma peranakan jatuh sket je, sebab tu aku rasa sengal je kat bawah ni. Biasalah dah bersalin mang camtu lah kena betul kan balik peranakan ke kedudukan yang asal. Baru tak sakit. Mak bidan tu ada tanya kat kitaorang. "Tau tak camana nak tau budak tu cerdik ke tak?". Bagitaulah kata tak tau. "Senang je nak tengok, ni ha ubun-ubun dia tinggi. Budak ni cerdik, dengar cakap, kalau belajar pun cepat tangkap". Alhamdulillah, moga-moga camtu. Mang itupun yang kami harapkan tuk anak-anak kami. Anak-anak sebelum ni aku tak sure lah ubun-ubun dia tinggi ke rendah.  Apapun doa je la yang terbaik tuk anak-anak.


Sekian, Wassalam...


Friday, July 26, 2013

.: Berpantang Ikut Cara Mak Aku:.

Assalamualaikum....

Orang tua kalau berpantang mang betul-betul pantang, serba serbi mang tak boleh. Dua-dua anak aku sebelum ni mang mak aku sendiri yang jaga masa berpantang. So, aku tau sangatlah ragam mak aku. Tapi, apapun semua tu ada baiknya kan?. Antaranya;

1. Dalam pantang tak boleh asik tido je.

2. Makan kene ikut time, makan nasik 3 kali sehari. Ambik nasik pulak, kalau anak lelaki tak boleh tambah.   Kalau nak ambik nasik biar banyak sekali. Tak abis makan pun takpe, asalkan tak bertambah.

3. Masakan yang selalu mak aku masak tuk pantang, ikan bungkus ngan daun pisang (masak tanpa minyak), sayur pulak mang sah-sah sawi.

4. Kalau nak tido bantal kena tinggi, so kena buh bantal bertingkat-tingkat smpai 2@3 bantal. Mak kata nak bagi peredaran darah elok. Kalau bantal rendah takut nanti sakit kepala.

5. Dalam tempoh berpantang tak bley buat apa-apa kerja berat, so bila aku dok kampung semua keje mang mak aku yang buat. Mandi pun mak siapkan aku tinggal mandi je. Baju pulak mak basuhkan. Anak mak mandikan. Kira semuanya maklah yang buat. Tu yang aku sayang sangat kat mak!. Terima kasih mak!.

6. Tak abis pantang tak bley keluar berjalan-jalan. Dah abis pantang baru boleh. 

7. Seminggu berpantang dah kene pi urut badan sebab nak bagi badan tak sakit n betulkan balik kedudukan peranakan.

8. Jamu kena makan, selalu mak yang belikan. Jamu bidan kampung hihihi....

9. Kalau basuh baju baby kena guna tangan je, nak perah tak bley perah kuat-kuat sangat.

10. Kalau sapa-sapa balik umah ke, mai ke umah ke, kena bagi salam pastu dok kat luar beberapa minit dulu baru masuk dalam umah. Takut nanti ada yang menumpang balik@datang. Hihihi...

Rasanya tu je kot yang aku tau sepanjang mak penah jaga aku masa dalam pantang. Semua tu sebenarnya tuk kebaikan kita jugakkan. Mak yang dulu makan garam so, mak mesti tau apa yang baik dan buruk tuk anak dia tak gitu?.

Sekian, Wassalam....

.: Peneman Setia Hafiy :.

Assalamualaikum.....



Hari-hari dok teman Muhammad Hafiy Firdaus,
Sayang betul dia dengan adik dia, tiap saatlah dok cium sayang kat adik dia,
Ialah sebelum ni kan ke dia jadi adik, so, bila dia dah ada adik makin seronoklah,
Si abang sayang gak tapi cara dia lain, mungkin dia dah pernah rasa ada adik kan,
Bayangkanlah, masa aku dok pregnant aritu, ari-ari dia tanya, "ibu bila baby ibu ni nak kuar?",
Tak sabar-sabar nak tunggu....,
Alhamdulillah... bila baby dah keluar,
semua menerima kehadiran Muhammad Hafiy Firdaus dengan hati yang gembira.
Ibu sayannngggg semua anak-anak ibu!....

Sekian, Wassalam....




Thursday, July 25, 2013

.: Kurma Makanan Terbaik Semasa Berpantang :.

Assalamualaikum....

Kenapa Kurma Makanan Terbaik Semasa Berpantang?.



Khasiat kurma memang banyak sebab kurma adalah pemberi tenaga kat kita coz kurma mengandungi gula yang cepat di ukar kepada haba yang cepat di serap. Sebab tulah wanita yang baru lepas bersalin, kehilangan banyak darah dan tidak bertenaga, kalau makan kurma mang elok sangatlah. Kurma mang makanan yang terbaik. 

Cam aku jugaklah. Baru-baru ni je baru amalkan, bley pulak terlupa nak makan kurma. Sebab aritu buh kurma tu dalam peti ais, bila dah bersalin jarang-jarang lah aku bukak peti ais. Ntah camana semalam bley teringin nak makan kurma. Tu yang amik buh kat luar, bagi dia tak sejuk baru makan. Tapi aku kalau makan tak cukup sebijik, bila makan sebijik cam nak dua bijik, bila dah dua bijik cam nak makan banyak-banyak pulak. Sebab kurma tu sedap kikiki....

Selain tu jugak, kurma mengandungi zat besi yang tinggi dan pottasium yang boleh meransang pengeluaran susu untuk di berikan kepada bayi. Jadi khasiat kurma itu sampai kepada si ibu malah terus kepada si bayi melalui penyusuan.

So, jadikanlah kurma sebagai makanan wajib kita sewaktu dalam pantang, kalau boleh hari-hari pun takpe. Kurma tu kan makanan sunnah dan kalau kita memakannya dapat jugak pahala.


oklah,

Sekian, Wassalam....


.: Sape Yang Tengah Dok Berpantang Ni? :.

Assalamualaikum....


Asal aku bangkit je, ada je yang book tempat ni. Siap main masak-masak lagi, Alahai anakku camana ibu nak berehat ni?. Kadang-kadang sampai berebut tempat ngan Fawwaz. Firas dia tak kisah sangat. Tido pun nak tido kat situ gak. Ermmm... terpakselah berimpit ngan ibu. Biasalah sebelum ni kan dok manja ngan ibu, bila dah de adik tetap nak manja gak ngan ibu. 

Mesti korang tertanya-tanya pasal pe dia main mainan masak-masak?. Saja beli kat dia sebab dia suke sangat main benda ni. Tapi, mainan lain pun dia main jugak lah. Patung-patung tu aku tak belilah, yang tu mang mainan anak-anak perempuan. Masak-masak ni laki ngan perempuan bley main jugak kan?. Mana tau besar nanti ada minat jadi chef ke... hahaha...

Sekian, Wassalam...



Wednesday, July 24, 2013

.: Tiba-Tiba Pandai Membaca??? :.

Assalamualaikum.....

Disebabkan tinggal bertiga je kat umah. So, si Fawwaz ni tak tau nak buat pe. Si adik baby dok tido lagi. Nak main takde geng, pe lagi dok beleklah buku sekolah tadika abang dia yang dah lepas tu. Tiba-tiba aku dengar dia membaca. Sejak bila pulak dia pandai membaca ni?. Aku tak tengok pun kat Fawwaz sebab kalau aku tengok apa dia buat, dan dan tu dia stop. Malulah konon!. 

Aku dengar betul-betul apa yang dia baca, pastu sajalah aku jeling buku yang dia baca tu. Ropenye apa yang dia baca tu tak sama apa yang buku tulis. Dia baca berdasarkan gambar kat dalam buku tu. Errmmm.... kikiki... apa-apa jelah asalkan tak kacau adik baby dia.



K. lah....
Sekian, Wassalam....

p/s: petang nanti br nak BW, pg ni tak sempat, dok tunggu misi nak mai umah.....



.: Tolong Abang Kapur Kasut :.

Assalamualaikum...


Tiba-tiba pulak jadi rajin, suruh si abang kapur kasut,
Adik pulak yang pi kapur kasut sekolah abang,
Hahaha.... takpelah belajar, nanti abang kasi upah kat adik ye....,


Sekian, Wassalam...





Tuesday, July 23, 2013

.: Hadiah Tupperware :.

Assalamualaikum....

Lama dah post ni dok dalam draft, tak kuar-kuar pun,
Actually tupperware ni aku beli khas tuk besday aku aritu,
Kitaorang kat opis ada collect duit tuk besday tiap-tiap bulan,
So, bulan Jun aritu kan besday aku,
Dapatlah dalam RM70, so aku top up sket tuk beli tupperware ni,
At least ada jugaklah habuan tuk besday kali ni,
Tahun lepas aku beli periuk elektrik sebagai hadiah tuk diri sendiri,
Makin bertambah koleksi tupperware aku!....




Sekian, Wassalam....


Monday, July 22, 2013

.: Hari Ke 13 Berpantang :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah sampai dah hari ke 13 berpantang, Alhamdulillah jugak Allah permudahkan urusan aku selama berpantang ni. Allah berikan aku kesihatan yang baik dan mampu tuk jaga baby Hafiy ni.  Baby Muhammad Hafiy Firdaus pun kuning dia tak tinggi. So, takdelah kena tahan wad. Sebelum ni masa Muhammad Fawwaz kena tahan sebab kuning dia cecah 300, Muhammad Firas pulak dah ari ke 21 baru kuning dia nampak, kena tahan kat wad jugak.




Kali ni aku berpantang sendiri, ingat nak balik Selangor tuk berpantang kat umah mak, tapi bila memikirkan Firas sekolah tak bley ikut balik kampung, rasa cam sayu pulak. Tak jadi balik lah. Balik kampung masa raya je nanti. 

Berbeza rupanya berpantang sendiri ngan berpantang ngan mak @ mertua. Semangat kena ada, sebab ada banyak benda gak kita kena buat. Mang lah hubby cuti seminggu tapi, takdelah semua keje aku bagi kat dia. Sikit-sikit yang aku mampu tu aku buatlah. Tu pun yang ringan-ringan je hihi..... orang kata tak bley buat keje yang berat-beratkan. So, umah mang agak serabot sketlah. Biasalah... hihi....Yang paling besh berpantang ngan mak sendirilah sebab, semua mak yang buat. Kita takyah buat apapun. Duduk diam-diam dan rehat. Sayang sungguh mak kat anak dia kan?. 

Bosan jugeks ye... dok kat umah ni berhari-hari. Masa nak tunggu masa bersalin aritu cam tak sabar-sabar nak cuti panjang. Bila dah cuti panjang... alamak!, boringggnya... taktau nak buat apa. Mang masa tuk berehat tapi jenuh jugak nak berehat lama-lama ni. rasa cam nak kuar berjalan dah. Sabor yati, sabor.....ye.

Camana korang yang dah biasa jadi surirumah sepenuh masa ye?. Mesti tak rasa bosan cam aku kan?. Sebab dah biasa. Cam aku rutin harian adalah pi kerja. So, bila tak kerja cam rasa lain je. Rasanya masa kat umah tu panjang sangat. Takpe, amik masa tuk suaikan keadaan ye.... In Shaa Allah boleh.....


Ok lah, Sekian, Wassalam....



Sunday, July 21, 2013

.: FAWWAZ vs HAFIY :.

Assalamualaikum...

Pening jugak kepala ni, nak tau pasal pe?. Dok berebut panggilan "ADIK". Bila Fawwaz dah ada adik, maka title "ADIK" yang selama ni lekat kat dia kena tukar jadi Abang Fawwaz lah. Tapi, sungguh-sungguh takmo tukar. Nak jugak title Adik Fawwaz. So, adik Hafiy tu dia kata panggil "Adik Baby". Camana tu?. Bila aku panggil Hafiy "adik".... dan dan dia betul kan, "ibu.... adik baby lah!". Ok, ok.... aishhh... payah jugak nak tukar ye... Adik baby pun, adik baby lah... sementara amik masa nak suaikan keadaan.




Sekian, Wassalam....




Wednesday, July 17, 2013

.: FIRAS dan PUASA :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah sampai Ramadhan ke 8 ye umat islam berpuasa,
Tapi bagi aku yang masih dalam tempoh berpantang, rugi pulak bila tak dapat join sekali puasa kali ni,
Apapun puasa tetap kena ganti kan.....?, 

Alhamdulillah jugak Firas dapat melaksanakan puasa dengan baik, 
Walaupun baru 7 tahun, dia dapat menahan lapar ngan dahaga tu,
Terkejut jugak aku sebenarnya, sebab tak sangka yang dia boleh jugak puasa sampai ke petang,
Adalah masa hari pertama ngan kedua tu tak sampai waktu berbuka lagi dia dah tak tahan,
So, bagi dia bukak pose area kul 7 petang tu, berdosakan paksa anak puasa kalau dia dah tak larat, lagipun baru ajar dia  puasa dengan betul-betul tahun ni.

Kagum jugak ngan hubby sebab dia dapat uruskan semuanya tanpa bantuan aku,
Bab-bab bukak puasa ngan sahur mang hubby yang handle,
Termasuk ngan juadah bukak puasa, mang ku serah abis kat dia,
Bangun tuk sahur pagi pun Firas tak liat nak bangun, bila ayah dia kejut, cepat je dia bangun,
Dia tau nak puasa kena bangun sahur. Bila dah berbuka puasa tu aku tanya kat Firas "best tak puasa?". Dia kata "best". Nampaklah kat muka dia, yag dia puas hati bila dapat bukak puasa pas sehari berpuasa.
Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya dikala aku dalam tempoh berpantang.


Sekian, Wassalam.....




Tuesday, July 16, 2013

.: Saya Kembali Bersama MUHAMMAD HAFIY FIRDAUS :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur dapat jugak kembali ke dunia blog!,
Apa khabar u all semua, rindu nak baca citer-citer korang,
Hari ni ada masa sket nak update blog ni,
Banyak sebenarnya cerita tapi aku update mana yang mampu dulu ye.....



Alhamdulillah jugak, aku selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.58kg pada 10 Julai 2013, tepat jam 11.04 malam.

Memang berkat bulan Ramadhan betul kan, tak sangka hari first Ramadhan dia keluar. Semua tu kehendak Allah jugak kan?.
Menceritakan kembali detik-detik kelahiran baby ni. Pagi masa nak sahur tu dah turun tanda sebenarnya, tapi disebabkan sakit tak berapa nak kerap so, aku bagitau hubby, takyah pi hospital lagi. Masa Fawwaz dulu pun camtu gak, sehari semalam baru dia keluar. Lambat sket nak bukak cm tu. 

Memang seperti yang aku jangkakan, siang tu tak sakit sangat pun, cuma standby siap-siap incase tiba-tiba perut ni sakit. Petang tu siap pi pasar ramadhan lagi. Ingat nak join hubby ngan anak-anak bukak pose, tapi tak sempat rupanya. Perut ni dah semakin kerap pulak dia sakit. So, area kul 7.00 petang tu hubby ajak pi hospital terus. Sampai-sampai dah bukak 4cm dah. Terus masuk labor room tuk standby bersalin. Lama jugaklah sakit. Hanya Tuhan je la yang tau. Bila time sakit tu datang ya Allah... aku hanya mampu berdoa je semoga semua berjalan dengan lancar. Tepat jam 11.04 malam, keluar jugaklah seorang baby, yang ku rasa masa tu adalah supprise. Sebab masa pregnant aku tak tau jantina baby ni. Bila misi tunjuk je jantina. Haha! sama ngan dua orang anak aku. Apapun aku tetap bersyukur sebab semuanya dah selamat dan dikurniakan anak yang cukup sifat dan sempurna. 

Bersalin kali ni tak sama ngan bersalin anak yang lepas. Hanya yang mengalami je tau betapa sakitnya time nak bersalin tu. Tapi disebalik kesakitan tu ada hikmah disebaliknya kan?. 
Bersyukur jugak sebab baby ni demam kuning dia tak teruk. Dan tak menyusahkan ibu dia dalam tempoh berpantang ni.

Ok, ku perkenalkan disini baby ku yang baru dilahirkan dan kami beri nama 
"MUHAMMAD HAFIY FIRDAUS BIN FAIZAL"

Maksud dia ;

Muhammad = Yang Terpuji, Dirahmati
Hafiy = Yang Memuliakan
Firdaus = Syurga Firdaus





Nanti bila ada masa aku update lagi ok....nak rehat jap.


Sekian, Wassalam....


Monday, July 8, 2013

.: Check up : Kencing Kotor Pulak :.

Assalamualaikum....

Semalam pi check up, tapi aku tak pi check up kat klinik kesihatan yang selalu aku pi tu, sebab nanti nak berpantang kat Seri Astana kan, so kena pi check up kat Klinik Kesihatan Bakar Arang.

Dulu check up kat klinik Tikam Batu tu sebab ingat nak berpantang kat umah mak mertua. Sudahnya mak mertua pun tak sihat dah, tak bley la nak jaga aku masa pantang. So, kali ni kena pantang sendiri dulu. In Shaa Allah kalau takde aral hubby nak anta balik Selangor, umah mak. Senang mak nak tengok-tengokkan. Hubby pun cuti seminggu je, tak bley cuti panjang-panjang.

So, semalam kena jumpa doktor sebab aku baru tukar klinik. Doktor kata hasil daripada ujian air kencing tu, dia kata air kencing aku kotor. Kena buat ujian air kencing sekali lagi. Takpela, ikut je la kata doktor. Erm... dah nak last mengandung pun ada jugak yang tak kena ye... Ingatkan dah takde apa dah. Doktor bagi antibiotik tuk dihabiskan dalam tempoh seminggu. Search gak kat internet pasal "Kencing Kotor, dan Kesannya pada Wanita Yang Hamil". Bahaya jugak sebenarnya ye kencing kotor ni baru aku tau.

Harap-harap aku sentiasa sihatlah sampai bersalin nanti In Shaa Allah.

Sekian, Wassalam....

.: Tak Boleh Nak Bukak Blog Sendiri???? :.

Assalamualaikum.....


Tak boleh bukak blog sendiri????,
Apa cerita ni???,
Boleh sign in dan update blog, tapi tak bley nak view blog,
Dia akan keluar camni....




Pasal apa ye???,
Ada sapa-sapa boleh bantu tak?,
Ke laptop ni yang problem?,
Sebab bila bukak kat ofis takde masalah pun,
Ingatkan arini nak BW kat blog kawan-kawan semua lagipun penang cuti kan arini, 
tapi nampaknya hajat tak kesampaianlah,
Nyampah betul lah!.
Tak suke, tak suke, tak suke......



Sekian, Wassalam...






.: Hantu Manggis :.

Assalamualaikum....

Hantu manggis!!!!
Mana dia????





Dapat makan manggis tak pandang kiri kanan dah,
Habis satu plastik dia makan sorang,
Tak tau la pulak dia suka makan,
Si abang tak berapa nak suke, makan sket je, takmo dah,
Dia kata lembik, tak sedap, sama cam durian jugak tak pandai nak makan,
Tak macam adik, apa kita makan dia pun nak makan,


Sekian, Wassalam.....


 

Friday, July 5, 2013

.: Wayang Oh Wayang! :.

Assalamualaikum....


Weekend lepas hubby ajak kami semua pi tengok wayang kat Village Mall, Sungai Petani,
Saja bawak anak-anak, atleast takde la jakun sangat kalau kawan-kawan dia citer,
Lagi pun diaorang dah besar-besar, takdelah susah sangat nak bawak,
Kami tengok citer karton Monster University,
 
Ok, lah dulu masa kecik Firas rajin dok layan cd Monster Inc,
Besh gak citer dia, so kali ni citer dia,
Dia imbas semula zaman kecik karton yang mata satu tu,
Sampailah dia besar.... ok gaklah lawak-lawak jugak,


 
Opss... nampak pulak perut....hihihi...
 




Anak-anak kalau bawak sini mang sangat seronoklah....,
Tak sabar-sabar nak masuk tengok wayang,
wayang start kui 5.00ptg, kui 4.30ptg dah tercongok kat sini,
Yela, nak carik parking punya susah, ramai sangat orang,
abis penuh semua parking penuh.
sampai awal takpe... jan lewat... kalut nanti nak carik tempat duduk.
Pas ada baby kecik nanti tak leh lah nak tengok-tengok wayang ni,
Tunggula baby besar sket ye....
 
 
Oklah sekian, Wassalam....
 
 
 
 


Thursday, July 4, 2013

.: Hati Gundah Gulana :.

Assalamualaikum....

Semakin dekat nak due ni, macam-macam benda bermain kat fikiran ni. Ntahlah, takut pun ada. Cemas pun ada. Camanalah bersalin kali ni, sama ke ngan yang sebelum ni???. Kalau boleh takmo sakit lama-lama. Hai... hati usahlah kau gundah gulana. Tunggu je la masa dan ketikanya. Sabar ye.....

Masa tu tetap akan tiba, cuma tak tau bila. Tak arini, esok. Tak esok, lusa. Tak lusa, tulat. Kalau boleh sebenarnya takmo dah tunggu lama-lama. Nak bagi cepat je baby ni kuar. Tak sabar jugak nak tengok muke baby yang comei loteh ni.

In Shaa Allah, Allah akan mempermudahkan segalanya. Itukan doa yang aku pohon tiap-tiap ari.

Sekian, Wassalam...



.: Durian Crepe :.

Assalamualaikum....



Baik betul jiran sebelah umah i ni, ada je dia nak bagi tuk i makan,
Aritu dia buat kuih blueberry tat, pastu bagi dorian,
Ni dia bagi pulak durian crepe,
Sedap!, pandai dia buat sendiri,
 
Bila orang dah memberi, kita pulak merasa,
Agak malu pulak kalau bagi balik bekas tanpa ada isi kan?,
So, belilah kek ekspres sebagai balasan.....,
Daripada takde kan?, Nak buat sendiri aku pun cam dah tak larat,
 

Sekian, Wassalam....
 
 

Wednesday, July 3, 2013

.: # 63 : Wordless Wednesday : Superman Power! :.

Assalamualaikum.....





Superman Power yang memakai seluar dalam kat luar!.
Kerjanya pulak memanjat....,
Seronok kot memanjat?.
 
 



Tuesday, July 2, 2013

.: Hadiah Dari IntaNBerliaN :.

Assalamualaikum....
 


Hadiah daripada IntaNBerlian @ Ina,
Terima kasih banyak-banyak ye ina,
Cantik sangat bekas pensil ni....,
Nak guna pun rasa cam sayang je,
Nak simpan je la, wat kenangan...
Hihihi....
 
 
 
Sekian, Wassalam....

Monday, July 1, 2013

.: Sambut Hari Lahir Bersama Hubby and Anak-anak :.

Assalamualaikum....

Terima kasih kepada sahabat-sahabatku yang sudi mengucapkan "Selamat Hari Lahir",
Tak kiralah kat FB atau kat blog ni,
Terima kasih banyak-banyak tau!,
Terima kasih jugak atas segala doa-doa kalian,

So, sempena besday kelmarin,
Hubby belanja makan and beli kek besday,
Terima kasih banyak sayang!,
Terima kasih jugak kat anak-anak yang pagi-pagi lagi dah wish besday siap ngan ciuman sekali,
Oh!, suwitnye.... anak-anak ibu....!,
Sayang korang semua!,




Ingatkan nak potong kek pas balik dari makan-makan tu, tapi si Fawwaz pulak tido,
Tu yang malam baru nak potong, so picture aku takde, 
sebab malas nak bersiap, dah pakai baju tido pun,
Gamba pun tak banyaklah....
Oklah, sekian dulu...

Wassalam....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari