.:: Sahabat Blog ::.

Saturday, June 29, 2013

.: Today Is My Birthday! :.


Assalamualaikum....



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usiaku,
Dan diberi peluang lagi untuk bernafas di muka bumi mu ini Ya Allah,
Terima kasih kepadaMu Ya Allah,

Terima kasih jugak kepada hubby yang wish besday malam tadi,
Tq and i love u so much dear!,
Hadiah besday tahun ni mang sangat-sangat tak ternilai harganya,
Terima kasih atas pemberianMu Ya Allah.....
Amin....


Sekian, Wassalam.....



p/s: bila bertambah usia, maka semakin dekatlah kita kepada Allah.... jangan lupa untuk beramal ibadah....



Friday, June 28, 2013

.: Mutiara Kata :.

Assalamualaikum.....
 
Salam Jumaat!....
 




Sekian, Wassalam...
 
sumber : google!
 
 
p/s: rindu nak terjah blog korang semua, In shaa Allah kalau ada masa nak terjah gak arini...
 
 
 
 


Wednesday, June 26, 2013

.: Peperiksaan KPSL Gred N27 :.

Assalamualaikum...



Doakan saya lulus tuk peperiksaan ni ye kawan-kawan....
Terima kasih!....
 
 
Sekian, Wassalam....
 
 


Monday, June 24, 2013

.: Pemberian Pemindahan Gaji :.

Assalamualaikum....


 
Bila Pekeliling dah keluar, maka agak bizi jugaklah keje kami,
Sebab dah melibatkan bab-bab gaji ni,
Kalau salah kira mau mengamuk diaorang,
Tapi kalau terlebih kira sonyapppp je.....,
kikiki... biasalah tu....kan manusia....,
 
Ok lah, nanti ada masa aku update citer aku,
buat masa ni terlalu padat ngan macam-macam keje,
sebab nak kejar masa sebelum due bersalin.
Banyak benda yang aku nak share tapi tak sempat....ok,
 
Sekian, Wassalam....
 
 


Friday, June 21, 2013

.: Berkatalah Yang Baik-Baik Kepada Anak-Anak :.

Assalamualaikum....

"Sebagai ayah, dilarang sama sekali untuk mengeluarkan kata-kata berunsur negatif terhadap anak-anak, kerana apa yang diperkatakan itu adalah satu doa..."
- Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
 
Ini yang aku dengar kat radio masa otw nak mai ofis tadi, bukan saja kata-kata ibu tu satu doa, tapi kata-kata ayah jugak satu doa. So, berkatalah dengan perkataan yang baik pada anak-anak korang. Walaupun segeram mana sekalipun kita rasa kat anak kita tapi, jagalah mulut jangan sampai mengeluarkan kata-kata yang tak elok.
 
 
 
Sekian, Wassalam...
 
p/s: sebagai renungan tuk diri sendiri jugak.....

Thursday, June 20, 2013

.: Candy Crush Saga :.

Assalamualaikum.....


 
Adoi.... sakit ati betul main CCS ni,
Awatlah asik tak berjaya!!!,
Asik dok level 65 je,
Bila nak naik level ni,
Tengok orang lain main sat je dah naik level,
Hari-hari main pun tak lepas.....,
Meluat-meluat pun kalau sehari tak main CCS ni cam tak sah pulak.... hihihi...
Donia...donia......




 


Wednesday, June 19, 2013

.: Hati Mudah Terasa? :.

Assalamualaikum....

Tak tau la pasal pe, sejak akhir-akhir ni hati mudah sensitif,
Asal balik rumah je, automatik perasaan tu jadi lain,
Ngan anak-anak pun aku nak terasa, bila diaorang takmo nak dengar cakap mulalah mulut ni nak potpetpotpet tanpa henti,
Bila dah marah-marah, hati mulalah sebak, nak menangis,
Aisshhhh... pasal pe pulak jadi camni????, pelik jugak,
Sebelum ni ok je,

Selalu bila jadi camtu aku terus amik wuduk, solat isyak terus....,
Bagi hati ni tenang sket.... Alhamdulillah ok,
Kadang-kadang kesian gak kat anak-anak, dahlah malam je ada masa ngan diaorang,
Ibu dia pulak buat hal, tapi hubby dah paham dah, selalu dia buat diam je,
Bila tengok wife dia dah ok baru dia sembang....,
Tak tau la sampai bila... nak macam ni....

Sekian, Wassalam....

Tuesday, June 18, 2013

.: Perkembangan Fetus 36 Minggu :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur dah sampai ke bulan terakhir pregnant,
Doakan semoga yati sihat dan kuat tuk melahirkan baby,
Last sunday pi jumpa doktor pakar, sebab pernah ada sejarah czer,
So, misi suh jumpa doktor pakar tuk pastikan yang takde masalah tuk bersalin normal,
Alhamdulillah takde pe pun sebab yang 2nd pun bersalin normal,
Kepala baby pun dah dok kat bawah, cuma menunggu masa yang sesuai je tuk dia keluar,
 
 



Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan
panduan makanan sempurna kami.

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

 sumber: babycenter
 
 
p/s: tak sabar rasanye nak tunggu baby ni kuar sebab tak tau lagi jantina lelaki or perempuan... hihihi.....

 

Saturday, June 15, 2013

.: Simple Giveaway by Suelynnda & TeratakVitamin :.

Assalamualaikum.....

Selamat berhari minggu ye kawan-kawan.
Jom join GA ni, cam besh je,

Syarat dia senang je, tak susah pun.... just KLik kat banner tu bley terus link kat blog Suelynnda!.



Sekian, Wassalam....





Friday, June 14, 2013

.: Camana Nak Buat Bila Anak-Anak Bergaduh? :.

Assalamualaikum....

Lumrahlah kalau anak-anak dok bergaduh sesama diaorang kan?. Anak sape yang tak bergaduh?. Kita pun masa kecik-kecik dulu pun tak sah kalau tak bergaduh sesama adik beradik. Gaduh pun pastu elok balik. Takdelah sampai nak masam muka. Budak-budak. Camtulah yang aku alami sekarang. Tak tau nak kata, fasa perubahan ke dalam mendidik anak ke?. 

Bila anak-anak dah menginjak sket umur, so cabaran kita sebenarnya semakin besar. Dulu masa si adik (Fawwaz) kecik lagi, dia tak pandai sangat bergaduh ngan abang dia (Firas). Tapi bila Fawwaz dan umur 3 tahun, abang pulak 7 tahun. Mak aiii!, ari-ari dok bergaduh. Si adik pulak suka menyakat si abang. Abang pulak antibodi melawan kureng sket. Asik nak nangis je, bila adik buat. Maka adik ni cam bermaharajalela lah. Seronok tengok abang menangis. Dan kadang-kadang hilang jugak tahap kesabaran aku. Hihi biasalah, sound sekali tak dengar, sound dua kali pun tak dengar. Kali ketiga mang takde maap bagimu lah!. 

Kalau masa tu turn aku jaga mak mertua kat umah. Mang tak bley nak buat pe la, mang dia bela betul-betul Firas. Sebab Firas mak mertua aku jaga dia dari umur 2 bulan, masa tu kan aku PJJ ngan hubby n Firas (KL-Kedah). So, kuasa menjaga adalah banyak kepada mak mertua aku. Dan itu la cucu yang paling dia sayang. Tak bley cuit sket. Kalau marah hanya nasihat je bley okey!. Tapi, Firas takdelah manja sangat dengan tok dia cuma, tok dia yang memanjakan dia. Bila gaduh ngan adik dia, adik pulak takmo kawan ngan dia, mak mertua pulak salahkan si adik "pasal pe adik tu takmo kawan ngan abang?". Ishh, biasalah budak-budak, aku tak kisah sangat. Tapi mak mertua aku ni terlalu kisah pulak. Adoiiii.... pening kepala jugak. 

Bagi aku sape yang salah dan mulakan dulu mang dia yang kena. Tak kiralah abang ke adik ke, takpun dua-dua sekali aku bagi. Senang dan adil. Mang sejak kebelakangan ni si adik banyak nau ragam dia, tak tau la pasal pe?. Kot sebab nak dapat adik lagi ke?. Atau mang perubahan sikap dia selaras ngan umur dia. Tu aku tak berapa nak pasti. Tapi, cara aku hukum anak-anak bukan main bedal je ye. Tak elok sebenarnya. Sebagai ibu kadang-kadang mulut ni je yang pungpangpungpang marah. Tapi tangan tak jalan. Cuma kalau tahap kesabaran tu dah ilang jalan jugak tangan ni... hihi. Nak bagi ingat je supaya jan buat lagi. Yang pasti kena tau "punca" gaduh tu dari mana dan sapa yang mulakan dulu. Tu je. 

Apapun sebenarnya itu adalah fasa tumbesaran anak-anak. Pasni banyak lagi cabaran dia. Tunggu dan lihat je lah, betul tak?. Yang besar yang kecik, semua ada.... Kita sebagai ibubapa kena standby ngan semua tu. 

Sekian, Wassalam....


p/s: sangat-sangat bizi bulan ni, sebab bulan depan nak cuti panjang dah In Shaa Allah, sori kalau tak sempat nak singgah n jejak balik blog korang ye.




Wednesday, June 12, 2013

.: Petua Kulit Bayi Bersih :.

Assalamualaikum...

kulit

Amalan yang patut dikongsikan bersama, nak kulit baby bersih dan mulus??. amalkanlah minum air kepala muda, masa mengandung, sebab ni adalah amalan tradisional.

 
Amalan minum air kelapa ketika kandungan memasuki trimester ketiga amatlah digalakkan. Amalkan minum air kelapa seminggu sekali. Air kelapa dikatakan berkhasiat untuk membersihkan kulit bayi. Dengan itu apabila bayi dilahirkan, dia akan memiliki kulit bersih tanpa kesan yang biasa dialami oleh bayi lain yang baru lahir. In Shaa Allah sepanjang usia bayinya, anak jarang menghadapi masalah berkaitan kulit.
 
Sekian, Wassalam...
 
 
sumber:PAMA
 
 
 

Monday, June 10, 2013

.: Cara untuk Free Diapers : Fawwaz :.

Assalamualaikum....


gambar sekadar hiasan.....hihi


Alhamdulillah, Fawwaz dah tak pakai diapers dah. Hihihi. Aku buat camana?. Firstly, bila diapers tu dah abis. Aku tunjukkan plastik diapers tu kat dia. "Adik, pampers adik abis dah tau....". So, dia tau dah la yang ibu dia tak beli pampers lagi. 

Pastu bila tiap kali dia minum nenen, dia mesti suh aku buh diapers kat dia. Bila dia kata je "ibu dik nak pakai pampers la....". Aku pun pura-pura terkejut. "Alamak, ibu lupa lah nak beli pampers, awat adik tak peringat kat ibu?". "Alaaa.... dik pun lupalah". Janjilah tipu-tipu ngan dia, bagitau, "sok je lah kita pi beli ye....". 

So, sampai ke hari ni dia dah lupa dengan "DIAPERS" dia tu. Malam pun tak pakai dah. Ada gak satu malam tu dia terlajak kencing kat tilam. Takpe, baru nak belajar kan. Ibu ngan ayah tak marahlah!. Dia pun lupa kot yang dia hanya pakai seluar je. 

Pas dari hari tu tiap kali tido malam kalau dia terjaga, aku mesti tanya, samada dia nak kencing atau tak. Kalau dia dok mengamuk tak bley tido tu, aku tau dah dia mesti nak kencing. Mang remeh sket dan tido kita pun terganggu tapi demi tuk ajar dia free diapers kena usahalah. Kalau tak sampai bila nak ajar dia. 

Kuar berjalan pun tak pakai diapers jugak, ada satu aritu aku bley lupa pulak yang dia tak pakai diapers dah. Lupa nak tanya, dia nak kencing ke tak?. Bila dah ralit main ngan sepupu-sepupu dia. Terkencing dalam seluar pulak. Hihihi..... yang dia ni pun jenis kalau dah main tak ingat apa dah. Tu yang payah.

Masa abang dia dulu (Firas). Sangat-sangat senang ajar tuk free diapers. Masa tu Firas umur 3 tahun gak. Setakat dia free diapers tu, tak pernah pulak dia kencing kat tilam. Kalau dia nak kencing dia mesti kejut aku bangun. Tu lah lain anak, lain pulak caranya ye....

Sekian, Wassalam....


Friday, June 7, 2013

.: Kek Coklat Strawberry :.

Assalamualaikum....


ihsan google.


Dua tiga hari ni, si kecik Fawwaz ni asik teringin nak makan kek coklat je,
Aku ingat dia saja-saja je,
Tapi, asik dok bagitau kat aku je, 

Fawwaz : "ibu lama dik tak makan kuih sedap".
Ibu : "Kuih sedap???, kuih apa?".
Fawwaz : "Alaaa....kuihlah, kek yang ada banyak strawberry tu".

Adoiii.... mengidam ke sayang oiii.... ibu yang pregnant hang pulak yang mengidam.
Takpe satgi petang pas ayah balik keje kita pi carik ye.... sian pulak.


Sekian, Wassalam....


.: Doa Minum Air Zam-Zam :.

Assalamualaikum....

Salam jumaat semua,
Nak share sket pasal doa tuk minum air zam zam,
Banyak khasiat dia kan?


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Maksudnya ;
Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit

Sekian, Wassalam....


Thursday, June 6, 2013

.: Jeli Segera :.

Assalamualaikum....

Tiba-tiba pulak teringin nak buat jeli ni,
Masa pi tesco aritulah, nampak pack jeli ni,
Ishhh, senang je nak buat... so, belilah satu,





Taddaaaa... dapatlah dua bekas kecik ni.....,
Lega anak tekak ni.... hihihi....

Sekian, Wassalam....






Wednesday, June 5, 2013

.: # 63 : WW : Sebab Nakal :.

Assalamualaikum.....


Ni la padahnya bila terlalu nakal.....


Sekian, Wassalam....





Tuesday, June 4, 2013

.: Kesakitan Pada Bahagian Bawah Abdomen Ketika Hamil :.


Assalamualaikum...

Tiba-tiba rasa sakit kat bahagian bawah perut ni. Cam mencucuk-cucuk gitu. Tak tau pasal pe. Oleh kerana risau sangat so, aku search lah kat google manatau kalau ada info pasal masalah ni. Memang ada pun.....


Sebenarnya kesakitan pada bahagian bawah abdomen agak biasa berlaku semasa hamil. Tidak seperti kekejangan, kesakitan ini disebabkan oleh penegangan otot-otot dan ligamen (tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda) yang menyokong uterus (rahim). Kesakitan ini biasanya dipanggil round ligament pain

Hormon-hormon yang dihasilkan oleh badan anda semasa hamil menyebabkan penegangan ini. Anda mungkin merasanya apabila anda bangun daripada katil atau kerusi, apabila anda batuk atau keluar daripada bilik mandi. 

Ia juga mungkin menjadi masalah apabila kepala bayi mula turun pada fasa akhir kehamilan. Masalah ini dikatakan lebih kerap berlaku dalam kehamilan kedua atau seterusnya



sumber : SINI 

p/s : sabar baby ye... kuar ikut due tau... jan kuar awal sangat.....

Sekian, Wassalam....

.: Kucing Oh Kucing :.

Assalamualaikum....





Seronok bila tengok anak-anak dok main ngan kucing,
Kucing tu saja je singgah jap kot, tak tau kucing sapa, tiba-tiba je ada depan pintu umah,
Mula-mula budak-budak ni takut gak nak usap bulu dia,
Bila kucing tu mai je, dua-dua melompat, takut!,
Hahaha! nak tergelak pun ada.....

Pastu aku kata kat diaorang ni, "kucing ni tak gigit oranglah, dia baik",
Aku pun pegang tangan diaorang suh usap-usap,
Barulah tak takut, 
Almaklumlah, tak pernah bela kucing camtulah jadinya,
Nak pegang tapi takutttt.....

Sekian, Wassalam....


Monday, June 3, 2013

.: Khasiat Akar Fatimah :.

Assalamualaikum....

Korang penah tengok Akar Fatimah???,



Khasiat Akar Fatimah :

Info ni aku amik dari google, sebab aku pun tak berapa nak tau pasal khasiat akar fatimah ni. So, aku search  tuk tau lebih lanjut camana nak buat. Akar Fatimah ni aku dapat dari sorang akak yang baru balik dari umrah aritu. Pesan kat dia suh beli, tapi dia bagi ngan ikhlas hati. Alhamdulillah, terima kasih kak ani. 

***

Akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.
Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.

Cara nak minum:

1) Rendam masa dah dekat bersalin...jangan rendam awal sangat....tapi ada juga petua orang tua2 suruh minum masa kandungan masuk 7 bulan ke atas...

2) Ambik air rendam tue masukkan dalam botol untuk korang senang nak bawa pi hospital

3) Bila rasa nak bersalin minum la air tue ye...


KHASIAT AIR INI:

-Bagi mudah bersalin...dengan izin Allah juga...amin


Komen yang aku amik dari satu blog : 
As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Sekian, Wassalam....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari