.:: Sahabat Blog ::.

Friday, May 31, 2013

.: Bersangka Baik :.

Assalamualaikum....
 
Salam Jumaat semua!,
Renungan untuk diri sendiri dan juga rakan-rakan,
Apa yang baik kita kongsikan bersama....
 

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."(Surah al-Hujurat, ayat 12)
 
Sekian, Wassalam...
 
 

Thursday, May 30, 2013

.: Pemilihan Nama Anak :.

Assalamualaikum...



Abu Darda ada meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ القِيامَةِ بأسْمائكُمْ وأسماءِ آبائِكُمْ فأحْسِنُوا أسْماءَكُمْ


“Sesungguhnya kamu akan diseru/dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
(Riwayat Imam Abu Daud dari Abu Dardak r.a.)


Adalah menjadi hak anak dan kewajipan yang mesti dipenuhi oleh ibubapa memberikan nama yang baik kepada bayi yang baru dilahirkan. Memberikan seseorang nama-nama yang baik dan elok menjadi tuntutan Islam dan budaya Melayu.


Rasanya dah sampai waktu dan ketikanya tuk memikirkan nama yang baik tuk anak yang bakal lahir. Nanti bila dah lahir takdelah kalut sangat nak carik nama anak. Standby siap-siap nama anak lelaki dan perempuan, sebab tak tau lagi jantina apa... hihihi...
 
 
Sekian, Wassalam....
 
p/s : minggu akhir bulan ni tersangat-sangatlah bizinya, tak sempat nak melawat kwn2 semua, mana yang sempat je aku singgah...
 
 
 
 


Wednesday, May 29, 2013

.: Misteri Surah Al Fatihah :.

Assalamualaikum....

Apa yang baik kita kongsi bersama, In Shaa Allah kita sama-sama akan mendapat manfaatnya jugak.
 


AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman

AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental

AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan ...baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan

AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.
 
Sekian, Wassalam...
 
 
sumber: facebook
 
 
 

Tuesday, May 28, 2013

.: Salah Kad Pulak! :.

Assalamualaikum...

Last week kan sape keje gomen kan dah dapat gaji,
So, cam biasalah weekend mesti kuar pi beli barang dapur sket,
Nak harap gaji hubby minggu ni baru dapat gaji,
Takpelah, sebab lama tak kuar beli barang dapur kan?,
Last week tak masak sebab kena pi kursus sabtu ngan ahad,

Sebelum berbelanja for sure la kena tekan duit dulu,
Sebelum aku ada sorang laki dok tekan duit,
Aku pun bukak purse standby amik kad siap-siap,
Sampai turn aku,
Baru je nak masukkan kad ATM kat mesin,
"Alamak!!!!",
"Awat yang aku pi amik kad bonuslink?????",
Malunya....
Bengong betul!, 


Almaklumlah kaler dah dekat nak sama ngan kad ATM RHB,
Tu yang tersalah amik tu.... hihihi..... sib baik masa tu aku belum jolok kad tu masuk lagi,


Sekian, Wassalam....



Monday, May 27, 2013

.: Perkembangan Terkini 33 Minggu (8 Bulan) :.

Assalamualaikum...


Ni la perkembangan aku terkini. Mengembang kan???. Kahkahkah!... Ok, sekarang ni dah masuk 33 minggu (8 bulan). So, ada lagi 49 hari (sebulan lebih) nak sampai ke due bersalin. Jap je kan masa berlalu, tau-tau je dah nak bersalin dah.

Hari ni pi check up sekali ngan appoinment doktor. Sebab semalam kedah cuti kan, kalau tak semalam pi check up, hari ni appoinment ngan doctor so, cepat sketlah. Sempatlah aku nak balik ofis. 

So far perkembangan baby dalam perut ok, berat aku pun ok. Takde apa yang merisaukan. Makan still kena jaga lagi. Selebihnya tunggu jelah sakit nak bersalin. Jantina baby????. Ermm... tak nampak pun, asik dok kepit je kaki dia. Doktor chinese tu kata "alamakkkk... baby u arini tak bukak kedai lagi lah!". Tak dapeklah ku tau boy or girl. Takpelah... kita tunggu jelah masa dan ketikanya. Kalau ikut arini adalah last scan perut ngan appoinment doktor. Pasni checkup biasa je.



Budak yang terdampar pas balik dari ikut ibu pi check perut. Mengantuk sebab kena bangun awal.... Hihihi

Sekian, Wassalam....




Sunday, May 26, 2013

.: 'Simple Giveaway by Lollyshoppe' :.

Assalamualaikum....

Lama dah aku tak join GA camni,
Hihi....tak tau pasal pe... cam malas je,
So, ni nak join balik dah.... sebab RAJIN dah mai....



Untuk join KLIK je kat banner tu.
GA yang mudah!!!!


Sekian, Wassalam...




Friday, May 24, 2013

.: Doa Bahagia Suami Isteri :.

Assalamualaikum....

Salam Jumaat semua,
Apa yang baik dan elok kita share bersama ye,
In Shaa Allah akan mendapat keberkatan,

Semoga ikatan antara suami dan isteri akan sentiasa kekal erat selamanya,
Bahagia sentiasa, memang itulah yang diharapkan,
Sape yang nak hubungan putus ditengah jalan kan?,
Tapi, semua tu kan ketentuan Allah,
Kita hanya merancang, tapi kalau dah bukan jodoh kita nak buat camana?
Apapun jom kita amalkan doa ni sama-sama....




Sekian, Wassalam....


sumber: facebook


Thursday, May 23, 2013

.: Doa Ketika Hendak Bersalin :.

Assalamualaikum....

Bila dah sakit nak bersalin bolehlah amalkan baca doa ni. Doa yang dibaca oleh nabi nuh ketika dalam perut ikan paus. In Shaa Allah, Allah akan mempermudahkan semuanya. Bersalin yang sebelum ni pun aku amalkan baca doa ni jugak.
 
 
 
 
Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.


Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
Sekian, Wassalam.
 
 
 

Wednesday, May 22, 2013

.: Tips Cairkan Susu Perahan :.

Assalamualaikum....

Panduan kepada ibu yang memerah susu tuk baby. Tip yang boleh di 'share' dengan kawan-kawan, sebab sebelum ni pun aku tak penah buat. Bila tengok kawan-kawan dok buat camtu cam teringin pulak nak join nanti, In Shaa Allah....
 
Ok, apa yang perlu dibuat:
 
1. Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.
2. Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
3. Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.
4. Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).
5. Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran.
6. Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan merosakkan hasiat susu ibu.
7. Jangan carikan susu beku dalam suhu bilik.
8. Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).
9. Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
10. Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.
11. Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
12. Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu kene pandai mengagak kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan tidak membazir.
13. Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
 
 
Tip Penyimpanan Susu Perahan
 
a. Di tempat kerja
 
Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais, jangan dibekukkan (jika ada peti sejuk). Jika tiada, simpan sahaja dalam beg penyejuk susu ibu yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.
 
b. Sampai di rumah
 
Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.
 
c. Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama bayi, tarikh dan masa pemerahan sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang awal terlebih dahulu.
 
d. Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan.
 
e. Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori pengepam.
 
 
 
Sekian, Wassalam...
 
 
sumber : pama
 

 

Tuesday, May 21, 2013

.: Rindunya nak BW :.

Assalamualaikum...
 
Rindunya nak terjah blog korang,
Berapa ari tak jenguk,
Tapi masa tu cam takde sangat, banyak sangat keje yang perlu diselesaikan,
Macam tak cukup tangan, agggghhhh!!!, pinjam tangan korang bley???
 
Balik kursus semalam, hari ni terus keje,
Adoiii..., kepala pun cam bengong-bengong jugaklah,
Tapi dok pikir keje, terpaksa gagah jugaklah mai keje,
Kalau ikut ati mau jugak aku amik e.l,
 
Ok lah, nanti petang-petang sket i terjah blog u all k....
 
Sekian, Wassalam.....
 
 
 

.: Demam Rindu :.

Assalamualaikum....



Sian, sampai demam-demam sebab ibu tinggal Fawwaz pi kursus,
Siap selimut ngan kain batik ibu lagi,
Masa hari Jumaat tu elok je takde pape,
Tiba-tiba ari sabtu petang tu badan dah panas,
Hubby bagitau, kata Fawwaz demam,
Alahai, tak sampai hatinya... nak buat camana,
Dok tengah kursus, takkan nak lari balik,

Takpelah i mang serahkan 100% kat hubby tuk jaga,
Alhamdulillah hubby boleh handle anak-anak,
i respect betul-betul kat my hubby!,
Thank you dear!,
Love u so much!,
Bukan senang nak handle anak-anak dalam keadaan tu,
Tapi, dia cuba jugak....,
So, takdelah risau sangat, siap masak tuk anak-anak makan lagi,
Alhamdulillah.... anak-anak pun taklah nakal sangat bila ibu dia takde,
Cam paham-paham je kan,
Kalu ibu dia ada, ari-ari jadi  tarzan... hahaha!.

Ok, lah sekian je...




Monday, May 20, 2013

.: Rumahku Syurgaku :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...selamat sampai dah kat umah petang tadi. Kursus habis area pukul 12.30 tengahari tadi. Walaupun ada halangan yang tak terduga. Tiba-tiba je tayar van yang kitaorang naik pancit pulak. Sib baik masa turun bukit kat Pagoda, Penang tu tak apa-apa, dah sampai bawah baru rasa tayar dok bunyi-bunyi.

Tak sabar nak jumpa anak-anak yang dah ditinggalkan selama 4 hari 3 malam. Balik-balik je terus amik diaorang kat umah kakak ipar. Melompat-lompat diaorang bila tengok muka ibu dia.

Hilang rasa rindu bila tengok muka diaorang. Puas sangat-sangat. Terhibur ngan celoteh diaorang, walaupun penat tak rase apapun... hilang segala penat lelah. Tanya kat Fawwaz "adik rindu kat ibu tak???". Senyum je, sambil kata "rinddduuuuu...".


Sekian, wassalam...

Friday, May 17, 2013

.: Persiapan Menyambut Bayi Baru :.

Assalamualaikum....


Bagi ibu-ibu yang dah masuk ke trimester ketiga ni dah kena ada preparation tuk menyambut kehadiran orang baru, so banyak benda yang perlu dilengkapkan terutama sekali yang menyambut first baby, kalau dah second or third tu biasanya akan beli tuk tambahan je lah, kebanyakan barang mang dah sedia ada cam aku lah... top up mana yang kurang je, so agak jimat jugak lah...

So,, ni ada checklist tuk bakal ibu;

Pakaian Bayi

Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.

Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
Lampin

Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif. Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Set mandian

Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Set penjagaan bayi

Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Tidur

Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Penyusuan

Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu
Sumber : Majalah PAMA
Sekian, Wassalam....


.: Entri Femes 6 Mei 2013 :.

Assalamualaikum...

Walaupun citer ni dah berlalu berminggu-minggu tapi aku nak buh jugak,
Entri yang paling banyak pageview adalah "6 Mei 2013 Cuti Umum Bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang",
Tak sangka entri ni ramai orang view,
Dan tak penah-penah pun mencapai sampai beratus-ratus view,
Hihihi, blog pun tak femes kennn....,
Lainlah korang sehari beribu view,
Mesti beshkan???



Betul macam En. Hanif kata, Tajuk entri memainkan peranan penting,
Kalau nak banyak orang view tajuk kena power,
Tapi aku tak reti sangat bab-bab ni,
Tu yang kadang-kadang ikut suka hati jelah,
Asalkan hepi...
Oklah, tu je....


Sekian, Wassalam....

p/s: Hari ni Jumaat sampai hari Isnin ada kursus HRMIS so, weekend ni tak dapatla nak bersama-sama ngan famili waaaaaaa!!!!
cedih kena tinggalkan anak-anak n hubby....




Thursday, May 16, 2013

.: Semoga Arwah Abah Tenang Di Sana :.

Assalamualaikum....
 
15 Mei 2001 - 15 Mei 2013,
Genap 12 tahun dah arwah abah tinggalkan kami semua,
Rasanya baru semalam je abah pergi,
Masih terbayang-bayang wajah abah,
Seperti masih ada bersama-sama dengan kami,
Allah memang lebih menyayangi abah,
Abah pergi masa umur dia 50 tahun, muda lagi kan?
Tapi tulah janji Allah.
Abah tak sempat nak tengok anak-anak dia berjaya dan ada keluarga sendiri,
Cucu pun tak sempat nak tengok,
Tapi apapun doa anak-anak sentiasa mengiringi abah.
Semoga abah tenang disana.
 
 
Sekian, Wassalam

.: Senarai Barisan Kabinet Persekutuan 2013 :.


Assalamualaikum....
 
Senarai Barisan Kebinet Persekutuan yang baru....
 

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Sumber - BERNAMA

Wednesday, May 15, 2013

.: # 62 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum....



Hadiah penghargaan untuk diri sendiri......
 


Sekian, Wassalam....
 


Tuesday, May 14, 2013

.: Buah Kurma :.

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, beli dah buah kurma, hihihi... Orang kata kurma baik tuk ibu yang mengandung dan juga anak dalam kandungan. So, ingat nak amalkan sampai due bersalin nanti, ni pun dah dikira lambat sebab seeloknya masa mulal-mula mengandung aritu dah kena amalkan ni dah masuk trimester ketiga dah baru nak amalkan hihihi... takpe lah tak kisahlah, sebab aritu ada terbaca kat internet bahawa ;

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”


“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Selain tu jugak amalan memakan buah kurma juga boleh memudahkan proses bersalin, In Shaa Allah, dengan izin Allah. sebab buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan jugak selepas bersalin. Selepas bersalin ni banyak tuk beri kekuatan balik kat badan yang lemah masa tempoh bersalin tu.

Selamat beramal!

Sekian, Wassalam...


Monday, May 13, 2013

.: Amalan Meminum Air Zam Zam :.

Assalamualaikum.....


Antaranya, amalan meminum Air Zam-Zam dapat membantu mempermudahkan proses bersalin. Juga, elok jika dapat dititiskan ke dalam mulut bayi yang baru dilahirkan.

Sebelum minum Air Zam-Zam jangan lupa doa/selawat berikut;
أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا 

(ALLOHUMMA INNII AS'ALUKA ILMAN NAAFI'AN) 
Ya Allah, Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat

وَرِزْقًا وَاسِعًا
(WARIZQON WAASI'AN)
rezeki yang luas

وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ
(WASYIFA'AN MINKULLI DAA-IN)
ubat dari segala penyakit

اللهم إني أشربه مستشفيا به فاشفني
(ALLOHUMMA INNII ASYROBUHU MUSTASYFIYAN BIHI FASYFINII)
Ya Allah, sesungguhnya saya minum air zam-zam dengan harapan mendapat kesembuhan, maka berikanlah kesembuhan kepadaku.
Selepas doa/selawat, sebutkan hajat dan niat (agar mudah bersalin, bayi dan ibu sihat, dsb.)

Kemudian, minum lah air zam-zam tersebut. InsyaAllah selepas berusaha, tawakkal kepada Allah adalah yang terbaik.




Sumber : Google. 

Sekian, Wassalam...


Sunday, May 12, 2013

.: Baru Sempat Nak Bukak Blog :.

Assalamualaikum....

Hihihi, bizi yang amat kalau weekend,
Dah petang Ahad baru sempat nak bukak blog,
Penuh sangat jadual hari minggu,
Ada jugak sebenarnya masa, tapi aku lebihkan tuk rehat secukupnya,
Almaklumlah weekday kan balik pun dah malam,
So, weekend ku gunakan tuk rehat sepuasnya!!!!,

Minggu lepas mak mertua mai umah, 
kan ke mak mertua dah tak bley nak uruskan diri sendiri sepenuhnya, 
jadi kena bantu mana yang patut,
Kalau ikut jadual setiap 2 minggu sekali kitaorang gilir-gilir amik mak mertua tuk jaga,
Minggu ni tak amiklah, Hihihi.....

Sekian, Wassalam....




Friday, May 10, 2013

.: Pantang Jumpa Pensil :.

Assalamualaikum....
 
Salam Jumaat semua, syukur alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah tuk menikmati kehidupan ini.



Ada satu malam aritu Fawwaz jumpa pensil kontot abang dia, dan dan carik buku nak tulis. Tapi biasalah tulis apapun tak tau. Buku yang sepatutnya di kaler tapi, diconteng ngan pensil. Erm.... takpelah tak kisah jan conteng dinding umah ibu sudah, jenuh nak tunggu ayah nak cat balik. Tak tau tahun bila. 


Sekian, Wassalam....





Thursday, May 9, 2013

.: Kawalan Komuniti :.

Assalamualaikum....


Kami dah join Kawalan Komuniti kat taman yang kitaorang duduk ni.
Banyak kelebihan dia.
Salah satunya, kalau kita nak balik kampung atau ke mana-mana luar dari kawasan, bolehlah tinggalkan no. fon dan alamat rumah. In Shaa Allah, AJK kawalan komuniti ni akan membuat rondaan, sepanjang ketiadaan  tuan rumah. Sebab kat  taman ni pun ada banyak kes pecah masuk gak, tu yang takut. So, amalan berjaga-jaga tu penting jugak kan.

Oh ya! kad ahli tu diaorang buh kat pintu pagar rumah supaya senang AJK nak membuat rondaan. Macam hubby aritu dia pi daftar malam tu masa ada mesyuarat, sok pagi tu diaorang dah buh kat pagar. Cepat!

Sekian, Wassalam...




Wednesday, May 8, 2013

.: Al Kisahnya :.

Assalamualaikum....

Arini aku cuti sebab, kena pi amik darah ngan minum air gula lagi. Atleast kena minum air gula dua kali dalam tempoh 9 bulan, itupun kalau tak suspect kencing manis.

Appoinment pukul 8.00 pagi. Sampai je kat klinik mak aih! ramainya orang padahal tak pukul 8.00 pagi lagi.  Sib baik bagitau kat bos nak cuti arini. Tak tau nak abis pukul berapa. Kalau nak pi ofis balik maunya pukul 1.00 petang baru sampai. Ha lah!, nak pi jeti lagi, nak naik feri lagi, pastu nak ligan bas lagi... mau basah jugak ketiak-ketiak aku ngan peluh.

So, arini aku angkut sekali Fawwaz pi klinik, malas nak suh kakak ipar jaga. Lagipun tak susah mana pun kalau bawak dia.

Setakat ni kalau kuar pi mana-mana aku still pakaikan pampers kat Fawwaz sebab tak tau lagi nak budget setakat mana dia bley tahan kencing sebelum sampai ke tempat yang sepatutnya.

Ntah camana arini dia kencing banyaklah pulak kat pampers. Sampai tembus kat seluar, dahlah aku tak bawak seluar spare, aku cuma bawak pampers satu je. Sebab selama ni pun tak penah pulak camni. Tak tersangkalah pulak. Issh, sudahnya si Fawwaz ni pakai baju ngan pampers je lah!.

Malu tak malu ko kena pakai jugaklah, dah takde pilihan lain. sebab ibu kena ada kat klinik ni sampai pukul 10.30pagi. Kan ke kena amik darah sebelum dan selepas minum air gula. 



Pastu bila masuk je kat dalam kete tak bley duduklah sebab seat tu kan panas, kena cahaya matahari. Dia pulak pakai pampers je. Berdirilah sampai ke rumah, suh dok belakang takmo.

Sekian, Wassalam.... 



.: Fawwaz dan Buku :.

Assalamualaikum...

Pantang kalau hubby suh si abang baca buku,
Dan dan si adik pun kalut nak baca buku abang,
Sibuk gak carik buku mana yang dia nak baca,



Bila dah dapat senyap terus,
Konon-konon baca bukulah, padahal tak tau pun apa yang dia baca,
Apapun tak kisahlah, asalkan dia tak kacau abang dia baca buku sudah,

Sekian, Wasaalam...



Tuesday, May 7, 2013

.: Persiapan Baby :.

Assalamualaikum...

Persiapan tuk baby dah dibuat sikit-sikit. Yelah beli mana yang perlu je, sebab macam baju tu baju abang-abang dia ada yang masih elok dan boleh dipakai lagi. Cuma keperluan lain kena belilah. Aritu masa pi check up misi ada tanya, "persiapan tuk bersalin dah buat ke?". Hihihi... aku senyum..." belum lagi lah misi". Misi tu kata "mana boleh, kena standby dah sekarang ni sebab dah cecah 7 bulan, kadang-kadang 7 bulan pun boleh bersalin".



Selepas diberi nasihat oleh misi, baru rase cam excited nak buat persiapan bersalin. Hahaha! bley cenggitu???. Tapi apapun sebelum tu kena buat checklist dulu, mana bley main sambar beli je. Confirm nanti ada yang tak terbeli punya. 

Pasal pe aku beli baju kaler hijau???. 
Hihihi... sebab tak sure boy or girl, bak kata Firas "kaler hijau dua-dua bley pakai, baby perempuan bley pakai, baby lelaki pun bley pakai".
Langkah selamat sebenarnya. Betul tak?


Ok, sekian je... nanti aku update lagi k.
Wassalam....


Monday, May 6, 2013

.: Perkembangan Fetus - Hamil 30 Minggu :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, perkembangan terkini kehamilan dah cecah ke 30 minggu, alhamdulillah jugak setakat ni takde apa-apa yang berlaku, body pun ok, masih kuat lagi. Cuma tak boleh nak berdiri lama-lama sangat, lutut ni tak kuat dah hihi...

Pemeriksaan kesihatan pun dah kena pi 2 minggu sekali. Carta gerak anak pun nak kena start kira dah, dari pukul 9 pagi ke 10 malam. Sebab takut jadi apa-apa kat baby dalam kandungan. In case tak bergerak kena pi hospital terus.




Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan gambaran perkembangan ini, bayi anda sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata. 

Lebih kurang satu setengah pain / sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi volum ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Di 34 minggu kehamilan (atau sejenak sebelum pelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasukki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 



SUMBER SINI


Sunday, May 5, 2013

.: 6 Mei 2013 Cuti Umum Bagi Kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang :.

Assalamualaikum....

Yeah! Sok cuti!,
Dapat info dari kawan-kawan,
6 Mei 2013 adalah cuti umum!
Nak bukak email penang tak bley pulak, so aku buh info ni je lah!


Terima kasih kepada Dato' SUK Negeri Pulau Pinang yang mengisytiharkan 6 Mei 2013 sebagai cuti umum.
Alhamdulillah syukur.....



p/s : dok depan TV tunggu keputusan rasmi pilihanraya 2013 hihihi....


Friday, May 3, 2013

.: Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung :.

Assalamualaikum....
 

Bagi ibu-ibu mengandung, adalah digalakkkan untuk mengambil kurma dalam diet harian mereka. Di dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini. Ayat ini merujuk kepada peristiwa ketika Maryam mengandung Nabi Isa a.s sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
...
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini karena dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.
 
p/s: Alhamdulillah sedang mengamalkan pengambilan buah kurma.


Thursday, May 2, 2013

.: Lantai Pulak Yang Jadi Mangsa :.

Assalamualaikum....



Kali ni lantai umah pulak jadi mangsa.
Aritu DINDING,
Aduihhhh... nak jadi apa tah ngan umah ibu ni,
Pantang lepa, pantang jumpa pensil ngan kaler pensil, abis semua dicontengnya,
Takde orang lain punye keje, melainkan keje si Fawwaz.
Sib baik kat lantai ni bley cuci, kalau kat dinding tu ermmm... tunggu je la nak cat lain...

Sekian, Wassalam....


Wednesday, May 1, 2013

.: Lanjutan Dari Check up 28 Minggu :.

Assalamualaikum....

Mesti korang nak tau kan hasil daripada CHECK UP aritu?,
Hihihi.... Masa aku masuk jumpa doktor tu,

Doktor kata "awat perut u kecik je, tak macam 28 minggu je?".
Doktor tu perempuan dan berbangsa Cina, so biasalah cara cakap camana kan?,
Aku kata "Ntahlah doktor, mang dah camni, nak buat camna?".
Tapi bila doktor tu scan semua, so far besar baby dalam perut sama ngan minggu kehamilan,
Takde apa yang perlu dirisaukan.

Ok, masuk bab jantina pulak....,
Scan punye scan, tak nampak apapun.
Malu kot sebab dia kepit kaki,
So, kita tunggu next time punye checkup lah ye....,
Doktor sendiri pun tak sure, nak tentukan boy or girl,

Takpelah aku pun tak kisah,
Kalau boleh aku sebenarnya takmo tau jantina baby tu boy or girl,
Biarlah dah bersalin nanti baru tau, kan ke lagi supprise???,
Yang penting baby sihat dan sempurna,
Bersyukur dan redha ngan rezeki yang Allah kurniakan,
Ok.

Sekian, Wassalam...





.: Saya Suka Susu Dutch Lady :.

Assalamualaikum...



Nama saya Fawwaz,
Saya suka minum susu,
Ibu dan ayah selalu beli susu Dutch Lady 123 (Coklat) kat saya,
Rasa dia sangat sedaaaappppp,
Nak ke???,


Ni abang saya Firas, 
Dia merajuk sebab tu muka dia masam cam cuka,
Dia nak amik gambar sama-sama tapi dia takmo pakai baju,
Dia tak malu,
Ok, tu je cerita saya.


p/s: Selamat Hari Pekerja.

Sekian, Wassalam....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari