.:: Sahabat Blog ::.

Tuesday, April 30, 2013

.: Kuih DonutKu :.

Assalamualaikum....

Yeay!, Alhamdulillah jadi jugak kuih donut aku,
Asal citer dia sebenarnya baca kat entri blog INA @ IntaNBerliaN,
Bila tengok dia buat cam sedaplah pulak,
Cara nak buat pun senang, bahan pun tak susah nak carik,
So, resepi i amik dari blog INA @ IntaNBerliaN,
Boleh kan Ina???? Hihihi....


Inilah hasilnya selepas diuli dah dibentukkan seperti donut.


Disebabkan Firas sekolah, maka Fawwazlah jadi assistant aku,
Seronok pulak dia buat donut,
Ajar dia camana nak buat bulat-bulat, pastu buh lubang kat tengah, so jadilah donut,



Ni hasil donut yang dibuat oleh Fawwaz, walaupun tak comei, tapi jadik jugaklah hihihi...


Bila donut dah kembang bolehlah panaskan minyak dan goreng....


Siap!!!!, boleh makan dah...! Abis hilang lubang donut tu, hahaha!


Ni pulak donut yang Fawwaz buat....,
"Ermmm, sedap donut ni....".Fawwaz yang kata ye...kahkahkah...

Sekian, Wassalam....


.: CPUV :.

Assalamualaikum....

Semalam check akaun Nuffnang,
Betul ke dapat CPUV yang pertama????,
Selama ni kan tak penah dapat,

Cam tak caya je, Pasal pe aku tak tau,
Tau-tau je dah 'credited',
Ye ke???,
Ke En. Nuffnang salah bagi???,


Apapun, tak kisahlah...Tq En. Nuffnang!,
Muah! Muah! Muah!....


Sekian, Wassalam....

Monday, April 29, 2013

.: Checkup : 28 Minggu :.

Assalamualaikum....

Semalam pi check perut, berat turun pulak,
Ishh, misi tu siap suh timbang 2 kali lagi, takut bacaan tu salah,
Tapi, mang betul pun turun 0.5kg,
Dari 72 kg ke 71.5 kg.


Aritu sampai terlebih-lebih kg, siap kena minum air gula bagai,
Kali ni terkurang pulak.
Takkan cirit-birit aritu effect kat berat badan???,
Mungkin jugak ye....

Apappun mintak-mintak baby sentiasa sihat.
So, arini nak kena pi klinik lagi, sebab ada appoinment ngan doktor,
Mungkin scan baby kot..... 
erm... berdebar pun ada gak sebab doktor mesti bagitau jantina baby, boy or girl kan?,
boy or girl.....
boy or girl....
boy or girl....

Tak kisahlah... yang mana pun,
Asalkan yang lahir nanti baby yang sihat dan cukup sifat.
Tapi mang betul pun masa bersalinkan kedua-dua anak lelaki sebelum ni,
First yang aku suh hubby tengok adalah, kaki ngan tangan dia cukup tak???,
Hihihi...itu mang penting....

Apapun tunggu je la ye....



Friday, April 26, 2013

.: Program 1Karisma :.

Assalamualaikum...

Semalam ada Pelancaran Program 1Karisma kat Sekolah Tunas Bakti,
So, aku terlibat sekali dalam program ni,
Macam unit aku terlibat ngan koir,
Nyanyi lagu Negaraku je pun,
Sebab majlis ni ringkas je, area pukul 2 petang dah selesai.


 Sebahagian dari rakan-rakan yang terlibat ngan koir, tapi jejaka yang tengah tu tak terlibat hahaha! jejaka sangat lah tuuuu.....
 tu bos kewangan saja kitaorg panggil tuk inteprem....
Dia mang sporting....



Yang ni sahabat baik aku masa mula-mula tukar ke jabatan yang sekarang ni,
Sejak dari tu kitaorang mang rapat, makan sekali, balik pun sekali, senang citer kemana-mana pun sekalilah.
Tapi sekarang ni dia dah tukar ke daerah, so jarang-jarang dapat berjumpa kecuali kalau ada program jabatan atau kursus.


Thursday, April 25, 2013

.: Hadiah Dari Ejulz :.

Assalamualaikum....



Alhamdulillah, hadiah dari Ejulz @ kampung-kamek.blogspot.com selamat sudah diterima,
Aritu ada join SEGMEN yang dianjurkan,
So, terima kasih banyak-banyak ye Ejulz,
Nanti buat segmen lagi ok...hihi.



Wednesday, April 24, 2013

.: # 15 : Jom Baca Novel : The Wedding Breaker :.

Assalamualaikum....

Nak  share ngan korang Novel "THE WEDDING BREAKER".



Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil

Komen Aku : Novel ni mang besh sangat-sangat, kalau baca sikit cam nak abiskan terus je. Romantik kau Adam Kamil tu....

sumber SINI





Tuesday, April 23, 2013

.: Memey Bertudung? :.

Assalamualaikum...



 
sumber gambar dr en.google...
 
Comeikan Memey bertudung?,
Kalau mang niat tuk bertudung berterusan, Alhamdulillah... suke sangat!,
Lagipun hubungan Memey ngan Abby pun dah semakin baik,
Nampak sangat perubahan yang berlaku,
Setiap apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya kan?,
Allah itu Maha Berkuasa....

.: Best Friend Forever :.


Assalamualaikum....

Last Friday adalah hari terakhir bagi sahabat baik aku kerja kat ofis ni, sebab dia dah dapat tukar ke Politeknik. Waaa... jelesnya aku!


Nama dia Farah Nadya. Mengenali dia sejak tahun 2009. Seorang yang hepi go lucky!. Tak rugi kawan ngan dia. Masa mula-mula dia bertukar masuk kat ofis aku, nampak muka cam sombong je. Tapi bila dah lama kenal tu, takdenya pun dia sombong. Terlebih peramah adalah. Hahaha!


Kenangan bersama ngan staff yang ada.


Yang beshnye, kitaorang kebetulan pregnant sama-sama. Ni adalah kali kedua, cuma beza berapa bulan je. Tak nampak sangatkan perut aku. Kalau ikut mang plan pun nak ada baby lagi, sebab yang last pun dah umur 3tahun, so mang sesuailah tuk tambah anak.


Okey, ni aku imbas balik masa kitaorang sama-sama kursus induksi kat Kluang Johor.


Walaupun dah bertukar keje kat tempat lain, tapi ikatan persahabatan tu takkan putus.
Itu yang aku tanamkan dalam hati.

Penah dulu masa aku dapat tukar keje kat Penang, best friend lama aku kata, "saya tak nak ucapkan salam perpisahan, sebab kalau saya ucapkan jugak bermakna saya takkan jumpa lagi dengan awak". 

Apa yang aku harapkan semoga Farah success di tempat keje baru. Semoga ikatan persahabatan yang kita bina selama ni akan berkekalan hendaknya. Amin... 

Apapun i akan follow u satu hari nanti!





Monday, April 22, 2013

.: Kasut Sekolah :.

Assalamualaikum....


Kasut sekolah dah cam kasut pi kebun,
Aku rase kasut pi kebun lagi cantik pe,
Baru sehari sekolah kasut dah itam legam (kedah ari ahad sekolah),
Pesan banyak kali dah, pi sekolah tuk belajar bukan main je,
Ni tak asal rehat je, dok berkejaran. Melompat sana, melompat sini.
Tu pun aku yang tanya pasal pe kasut kotor sangat.

Balik je sekolah semalam, Firas bagitau "ibu arini kasut Firas tak kotor sangat...",
Yelah tu...  aku rase sama je....

Normallah kot bagi budak-budak yang baru masuk darjah satu.
Aku tak marah pun sebab, diorang ni pun kadang-kadang masih belum boleh berfikir sangat.
Mungkin bila dah naik darjah 2-6 tu ok sket kot.




Friday, April 19, 2013

.: JENIS-JENIS MAKANAN SEMASA BERPANTANG :.

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua, hari ni nak share ngan korang pasal Jenis-jenis Makanan Semasa Berpantang. Kadang-kadang ada benda yang kita tak boleh dan boleh makan masa berpantang. Susah jugak kan?.

Makanan selepas bersalin terbahagi kepada empat iaitu :

• Jenis ikan
• Ulam-ulaman
• Sayur dan buah-buahan
• Jenis ayam dan burung



JENIS IKAN

Ibu selepas bersalin tidak digalakkan makan ikan masin atau ikan kering. Ibu didalam pantang disyorkan memakan ikan segar dan mengelakkan daripada memakan ikan yang berbisa seperti bawal, ikan terubuk, ikan pari serta ikan sembilang. Hal ini kerana boleh menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. 
Mengikut petua melayu, ikan haruan dan yu baik untuk orang lepas bersalin, ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan dapat menyembuh luka. Manakala ikan yu dapat membanyakkan susu ibu.

ULAM-ULAMAN


Ulam-ulaman yang baik untuk ibu selepas bersalin seperti serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, pegaga, ulam raja dan lain-lain. Ulam ini baik untuk ibu dalam pantang kerana ia mengandungi fiber, zat galian (mineral), dan pelbagai vitamin termasuklah vitamin A, C, dan E bersifat antioksidan.

SAYUR DAN BUAH-BUAHAN


Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran yang menjalar, sejuk, serta berangin. Contohnya air tebu, cincau, kelapa muda, nenas, jambu, belimbing, durian belanda dan lain-lain. Hal ini kerana akan mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi.

JENIS AYAM DAN BURUNG


Ibu dalam berpantang digalakkan makan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam dan madu lebah. Hal ini kerana dapat mengembalikan ketahanan tubuh. Manakala burung puyuh dan merpati baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.


p/s : Info ni tuk diri sendiri jugak sebenarnya.

Info ni aku amik kat SINI


Thursday, April 18, 2013

.: Motor Cubprix Batu Kawan, Pulau Pinang :.

Assalamualaikum...

Baru nak kuar entri ni, seminggu lebih dah aku peram... hihihi.
Nak buat camne, tak larat.

Nilah 1st time bawak anak-anak pi tengok Motor Cubprix, sebab sebelum ni kan hubby jadi krew Cubprix, so tak bley nak bawak pi lah. Kebetulan pulak tahun ni hubby tak join atas sebab-sebab tertentu. Erm, tu yang hubby ajak pi tengok. Lagi pun dekat je kat Batu Kawan. Tapi bersyukur jugak sebab hubby tak join. Hihihi... bukan pe, tahun ni kan ada macam-macam kisah suka duka. Jadi bila hubby sentiasa ada disisi cam senang je hati ni. Takdelah aku cover sorang-sorang.


Apesal muke aku camtu?. Panas wei, walaupun masa pi tu hujan renyai-renyai. Bahang panas tu tetap adooo...
Masa kami pi ni ari sabtu, so penonton tak ramai sangat. Sabtu tuk ujian saringan. Hari ahad baru pusingan penentuan. Hari ahad tak bley pi sebab Firas sekolah.


Peace!, masa ni nak balik dah sebab dah abis ujian saringan. Bagi anak-anak isi perut dulu, kalau tak satgi menyanyi pulak dalam kereta, sapa nak jawab?.

Sekian, Wassalam...


Wednesday, April 17, 2013

.: Pak Tunku :.

Assalamualaikum....


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak makan Pak Tunku ni,
Lama dah nak makan tapi, pi carik kat pasar malam dan dan takde,
Hampeh betull!, Bila orang takmo ada je, tapi bila tiba-tiba terasa nak makan,
Time tu la dia takde.

Bila dapat makan tu kan.... ermmmm.... dap, dapnye!,
Nikmat sangat, ceh!, sebenarnya nilah 1st time aku makan Pak Tunku,
Cam tak caya kan?. Betul! aku tak tipu. Sebelum ni pun mang ada jual tapi tekak ni takmo.
So, tak penah nak beli lah. Hihihi....


Sekian, Wassalam...






Tuesday, April 16, 2013

.: Oh! Kuih Koci :.

Assalamualaikum.....


 
pinjam gamba en.google
 
 
Pasal pe lah kau tiba-tiba menjelma dan terbayang-bayang kat mata ni wahai kuih koci?,
Tak pasal-pasal aku teringin nak makan kau,
 
Lama sangat tak makan kuih koci, kalau kat kampung tiap kali ada kenduri mesti ada kuih ni,
Sekarang ni dok sini jaranglah jumpe kuih koci,
Ada kot ke aku yang tak perasan?
Mana aku nak carik kau ye???
 
 
 


.: Pengomen Setia Bulan Januari : Inilah Realiti Bukan Fantasi :.

Assalamualaikum....



Alhamdulillah dah selamat sampai ke tangan hadiah ni.
Terima kasih banyak-banyak ye ROS @ Blog Inilah Realiti Bukan Fantasi.
Susah-susah je.
Hadiah ni Ros bagi sempena Pengomen Setia bagi Bulan Januari.
Tak sangka pulak, dapat jadi pengomen setia hihihi....



Monday, April 15, 2013

.: Keputusan Ujian Air Gula :.

Assalamualaikum....

Semalam pi check up kat Klinik Kesihatan. Aritu kan aku ada citer yang kena MINUM AIR GULA sebab berat badan naik mendadak. Alhamdulillah keputusan daripada ujian tu aku adalah bebas dari kencing manis.


Ujian darah sebelum minum air gula adalah 4.6, dan selepas minum air gula adalah 5.8. Syukur sangat-sangat. Tapi misi tu kata jan suke sangat sebab takut jadi balik cam aritu. Makan kena jaga. Selagi tak sampai due selagi tu lah kena jaga pemakanan. Kalau jadi jugak cam aritu maknanya aku kena check lagi tekanan darah selang sehari. Isshh, takmolah penatlah asik check tekanan je. Kalau ikut takde apapun. Aku pun tak tau camana bley naik banyak. Nak kata makan banyak sangat, aku rasa sama je cam sebelum aku pregnant. 

Masa pregnant yang 2nd tu senang je, takde masalah apapun, semua maintain. Yang 1st ngan 3rd ni yang kene banyak control. Takpelah asalkan baby dalam perut ni sihat sudahlah kan?. Apapun untuk kebaikan sendiri jugak kan?.

Pasni, kena check up setiap 2 minggu sekali, sebab dah masuk 28 minggu!.



Friday, April 12, 2013

.: Tips Untuk Gembira Sepanjang Hari :.

Assalamualaikum....
 
Salam Jumaat semua,
Lambat sket bersiaran arini,
Minggu ni mang tak sempat nak buat autopublish kat umah,
Balik keje je dah sibuk melayan anak-anak kat umah.
Waktu tuk bersama anak-anak waktu malam terlalu singkat, so kena gunakan setiap saat yang ada tuk bersama diaorang.

Nak share ngan korang tips ni:

1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.

(Alhamdulillah, mang sentiasa bersyukur tiap kali bangun daripada tido.)
 
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

(Alamak!, tiap kali masuk ofis mang bukak internet dulu, check email, baca berita terkini, bukak blog kwn2 sat...hihi)
 
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.

(Yang ni aku setuju...)
 
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
 
 (Alhamdulillah, mang diamalkan setiap kali nak start buat keje)


5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

(Selalunya sebelum tido waktu malam, aku dah set kat kepala ni, sok nak buat pe, apa yang tak settle lagi. Kena plan siap-siap. So bila datang je keje sok ari, aku tau dah apa yang nak dibuat. Yang ni bos lama aku yang ajar masa keje swasta dulu, mang aku buat sampai sekarang)



6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
 
(Buat tu buat, tapi kadang-kadang terlupa... hihi. Yang ni sahabat baik aku dulu selalu pesan. Setiap kali tido jan ada sikit pun dendam ngan orang. Adalah baik kalau kita maafkan semua orang. Tak rugi pun)
 
 
kredit dari SINI
 

Thursday, April 11, 2013

.: MAKANAN IBU SEMASA BERPANTANG :.

Assalamualaikum....
 
Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang tidak boleh dijamah oleh ibu. Namun, makanan tersebut perlu diganti dengan makanan yang mengandungi zat yang sama supaya para ibu mendapat diet yang seimbang.
Wanita yang bergelar ibu dinasihatkan supaya mungkin dinasihatkan untuk mengambil makanan berkhasiat terutama yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging tanpa lemak, daging lembu, ayam dan telur.
Perlu diingatkan bahawa telur mentah atau kurang masak seperti telur separuh masak yang sangat digemari di negara kita mesti dielakkan kerana ia mungkin mengandungi bakteria salmonela. Bukan itu sahaja daging perlulah dipastikan betul-betul masak dan tiada bahagian yang berwarna merah jambu atau merah. Pastikan airnya jernih, terutama apabila dipanggang atau menjadi sebahagian daripada makanan yang sedia dihidangkan manakala ketika berada di restoran, pesan supaya daging dimasak sepenuhnya dan elakkan ikan dan daging mentah seperti sushi dan ‘yee sang’.
 
DIET KHAS
Diet masyarakat Cina – Anda perlu makan pelbagai makanan yang ‘memanaskan’ badan. Ini termasuklah halia dan tonik tradisional yang dimasak dengan herba. Makanan yang disediakan dengan bahan itu dipercayai dapat memperbaiki pengaliran darah dan menguatkan sendi.
Diet masyarakat Melayu – Anda akan digalakkan memakan ikan segar seperti ikan haruan untuk menyembuhkan bahagian dalaman badan. Sesetengah ikan seperti ikan kembung dan lain-lain makanan laut seperti kerang, udang dan kerang mesti dielakkan kerana ia boleh menyebabkan alahan dan kegatalan.
Diet masyarakat India – Sesetengah sayuran jenis labu seperti lauki dan tori dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu. Daun sirih juga dapat membantu dalam penyusuan.


MAKANAN BERKHASIAT

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang semasa makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah memakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok untuk dimakan. Menurut pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.Tetapi sejauh mana kebenaran hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Namun perkara yang jelas ialah mengamalkan pantang semasa makan selepas bersalin akan membuatkan kaum ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu untuk ibu-ibu bersalin, antaranya dengan cara pemasakan yang berbeza, misalnya dipanggang, direbus atau dikukus.

Sementara itu lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah perisa-perisa yang dapat membangkitkan selera makan kaum ibu. Selain itu, ulam-ulaman seperti pegaga (Centella Asiatica), kunyit (Curcuma Domestica), halia (Zingiber Officinale), cekur (Kaempferia Galanga), mengkudu (Morinda Citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan mereka di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang-orang tua, buah mengkudu (Morinda Citrifolia) jika dimakan mentah-mentah ianya mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara memakannya ialah dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.
 
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya 'Flatulence' boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang berasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu dengan individu yang lain.

Info ni aku amik kat SINI.
 


Wednesday, April 10, 2013

.: Minta Maaf Kat Zie :.

Assalamualaikum...
 
Firstly, nak mintak maaf sangat-sangat dekat Zie sebab aritu dia ada invite ke kenduri umah MIL dia kat Bandar Perdana. Dah dekat sangatlah dengan umah. Mang hajat dihati tu nak pi, pagi tu hubby ajak pi tengok moto cubprix kat Batu Kawan. Takpela, pi la sat je area pukul 1 petang tu dah balik dah. Ingatkan balik tu bley singgah.
 
Balik-balik dari moto cubprix tu perut ni dah mual-mual, sepanjang perjalanan balik tu pun dah tak bley nak bukak mata. Tido je. Sian kat hubby. Pastu singgah umah mak mertua sat amik barang. Tak dan pi toilet abis semua isi perut terkeluar. Lembik terus. Mang seharian keje tido je. Hubby kata keracunan makanan kot sebab sekali ngan cirit-birit.
 
Sori ye Zie, mungkin next time kita bley jumpa k.
 
 
Sekian, Wassalam...

.: # 14 : Jom Baca Novel : BILA BLOGGER JADI MAID :.

Assalamualaikum....





Komen Aku : Ok jugak novel ni,tak berat sangat dah bahasa dia pun mudah difahami dan dihayati. Ceh! ceh! ceh! jadi pengomen novel pulak ye... takdelah just share ngan orang lain apa yang kita dah baca. Tak salah kan....

Sekian, Wassalam...




Tuesday, April 9, 2013

.: Perkembangan Terkini :.

Assalamualaikum.... 




Perkembangan terkini!,
Berat dah cecah 70kg, hihihi.... Dah 26 minggu pregnant,
Aritu kan aku ada bagitau, yang kene pi check tekanan darah setiap selang sehari,
So, lastly doktor suh minum air gula jugak,
Wahhhhh, perit tekak-tekak ni... nak menelan,
Masa 2nd pregnant je aku tak kena minum air gula,
Sebab berat maintain je,

Keputusannya kene tunggu 14hb ni, tak taulah samada kene teruskan minum air gula atau tak,
Mintak-mintak tak kena lah, takmolah....


Sekian, Wassalam....



Monday, April 8, 2013

.: Conteng Dinding :.

Assalamualaikum...




Punya banyak si kecik Fawwaz ni conteng,
Ntah masa bila dia wat keje,
Aku pun tak terperasan,
Tengok-tengok je, ada dah kat dinding,
Bila aku tanya Fawwaz "adik lukis pe?",
Dia jawab, "dik lukis denesor".
Ha...yelah tu,

Erm... nak buat camne?,
Tunggu jelah hubby rajin nak cat balik,
Normal lah bila ada anak-anak ni, mang dinding takkan cantik,
Bukan takde kertas nak tulis, saja seronok.... conteng dinding...


Sekian, Wassalam...



Sunday, April 7, 2013

.: MooD Ntah Kemana :.

Assalamualaikum...

MOOD agak ke laut beberapa hari ni.
Nak bukak blog pun malas.
Dengan perut tak berapa nak sihat.
Last friday kan pi Putrajaya, teman bos pi meeting,
Balik-balik tu, sok paginya perut meragam pulak, tak taulah angin kot.
Nak kata makan tak ikut time, elok je aku makan.
Tapi mungkin ada something kot biasalah makan kat RnR.
Mungkin perut ni tak berapa nak serasi.

Meloya nak muntah, makan sket je keluar balik.
So, lastly takde selera nak makan.
Bila badan tak berapa nak sihat, asik nak tido je. Tak larat.
Tapi tak bley nak layan sangat, keje kat umah ni banyak sangat.
Kalau tak buat bila lagi nak buat, terpakse gagahkan diri jugaklah.


Thursday, April 4, 2013

.: Cik Anon :.

Assalamualaikum....
 
Korang selalu tak dapat komen dari Cik Anon ni?,
Aku selalu sangatlah dapat,
Jenuh nak delete, banyak pulak tu,
Tiap-tiap hari.
Masa mula-mula dulu jaranglah ada,
Tapi bila dah bertukar tahun ni berpuluh-puluh pulak komennya,


 
Sekian, Wassalam....
 
 
 
 

Wednesday, April 3, 2013

.: Adik Yang Kuat Merajuk :.

Assalamualaikum....

Sejak Fawwaz dah cerdik sikit ni, pantang salah cakap sikit je dah merajuk,
Tak pun kena marah sikit je dah muncung pastu siap peluk tubuh,
Dok jauh-jauh, takmo kawanlah kononnya,



Bila dah merajuk nak pujuk bukan main susah, kalau kita buat tak tau je, nanti dia pandailah buat macam-macam nak suh kita bagi perhatian kat dia,
Lain sangat ngan Firas, Firas kalau merajuk, sat je nak elok,
Si adik ni, kene pujuk sayang-sayang, baru boleh nak elok,
Alahai.... blaja ngan sape tahlah merajuk camtu,
Bila dah ok tu, mintak buatkan susu suara cam nak carik gaduh je,
Amboi takut ibuuu.....

Sekian, Wassalam....





Tuesday, April 2, 2013

.: Panassss! :.

 Assalamualaikum....

Apa yang panas???,
Ada citer panas ke???,
Takdelah, 
Cuaca ni yang panas,


Hari-hari dok berbahang, asal malam je nak tido kena lap badan,
Anak-anak pun camtu gak,
Tengah malam kalau terjaga pun abis berpeluh badan-badan,

(gamba pinjam en.google)
 
Dahlah umah takde ekon, harapkan kipas je lah,
Tu lah dok bagi hint kat hubby gak suh beli ekon yang murah tu,
Hihihi... dah survey dah, tapi tu la tak pi beli-beli lagi,
Tak kiralah kena pi carik jugaklah,
Tak tahanlah

(gamba pinjam en.google)

 
Sekian, Wassalam....



.: Giveaway Lestari April :.

 
Assalamualaikum....



 
Pagi-pagi dah join GA!, Hahaha!
Sempat BW tadi, so jom join GA Blog Kasih Lestari Abadi,
Untuk tengok syarat klik kat banner tu ye...
 
Tempoh GA : 2 April hingga 22 April 2013
 
 


Monday, April 1, 2013

.: Kucing Membawa Rezeki :.

Assalamualaikum.....

Susulan dari enti aku pasal KUCING OH KUCING,
Bila aku terbaca komen dari WANTIE ni, 
baru ku tau ada kelebihan dia bila kucing datang ke rumah,
Camtu ke???,


Terima kasih wantie sebab beri nasihat, bila fikir balik mungkin ada betulnya jugak,
apa yang wantie kata tu, sebab rezeki Allah tu boleh datang dengan pelbagai cara,
Cuma geram sebab aritu dia kencing kat langsir umah,
So, pasni takmo marah-marah lagi lah.... hihihi....


Sekian, Wassalam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari