.:: Sahabat Blog ::.

Saturday, March 30, 2013

.: SLOT ZEHRA TV3 : Sebenarnya Saya Isteri Dia! :.

Assalamualaikum....

Sape tengok Slot Zehra malam tadi pukul 9.00 malam?,
Ada cerita baru kan?,
Beshlah citer ni sebab aku dah baca novel dia,
Mang issh... beshlah....
Jan lupe tuk dok depan tv setiap Jumaat, pukul 9.00 malam.





Sememangnya perkahwinan itu sesuatu yang indah, apatah lagi jika disulami dengan sikap jujur, tanggungjawab dan saling menyayangi. Namun, bagi Syafa Aqira dan Firash Arshad yang ‘terpaksa’ berkahwin demi menjaga maruah keluarga, pelbagai dugaan menanti mereka berdua sebelum mengenali cinta dan mengecapi kebahagiaan.
Menyusuli ‘Hanya Pada Mu’, slot drama TV3 Zehra mempersembahkan sebuah drama bersiri yang diadaptasikan daripada novel popular ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ nukilan Zura Asyfar bermula 29 Mac 2013, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam.
Drama bersiri 13 episod terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular tanahair seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi. 
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. 
Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. 
Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Rania dan Raimy. Rania dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. 
Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. 
Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. 
Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.
Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang  lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. 
Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.
Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. 
Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. 
Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Rania tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul. 
Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya? 




Friday, March 29, 2013

.: Kucing Oh Kucing :.

Assalamualaikum....

Suke kucing????,
Aku suke jugak, tapi bila dahde anak ni cam kureng sket, 
sebab lagi seronok layan anak dari layan kucing,
Kikiki....

Tapi skang ni hati cam hangat je ngan kucing,
Tak tau la kucing sape yang suke dok landing kat depan umah aku,
Bukan sekor je, tapi berekor-ekor,
Nak kata kucing takde tuan, aku tengok cam bersih elok je bulu dia,

Takpe kalau nak landing saja,
Tapi hidung aku ni cam bau something je,
Cam ada ala-ala bau taik kucing ngan kencing kucing je,
Ini sudah melampau....., sudah bikin marah...

Aritu ada sekali siap pancut kencing kat langsing umah aku lagi,
Sib baiklah masa tu aku terperasan,
Isssh, anginlah aku, dahlah bau hancing,
Nak kena basuh pulak langsing, ishhh....,
Biadap punya kucing, tak bela kucing tapi umah bau macam-macam.

Mintak maaflah kepada yang suke kucing ye,
Walaupun aku geram tapi aku takdelah zalim sangat ngan kucing,
Mulut je dok potpetpotpet, tapi takdelah aku bagi kucing ngan penyapu,
Tak elok kennn....

Ok, tu je..


Sekian, Wassalam....


Thursday, March 28, 2013

.: Blogwalking :.

Assalamualaikum....


Tak sempat langsung nak BW arini,
Kebizian yang teramat,
Pastu tadi tengahari pi melawat staff ofis yang tak sihat,
So, waktu rehat tak boleh bukak blog lah,
Hihihi,

Malam ni pun sempat jenguk sat je apa yang korang update,
Tak sempat nak tinggalkan komen pun,
Sebab bizi nak layan anak-anak ngan suami pulak,
 Oklah sok aku singgah umah korang ye,
In Shaa Allah...

Sekian, Wassalam...

.: Berkat Penyusuan Susu Ibu :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berkat menyusu badan dekat Fawwaz selama dua tahun setengah, aku dapat rasa yang ikatan ibu ngan anak tu mang rapat. Sangat-sangat rapat.
 
Bila dah stop menyusu pun bila dia nak tido dia akan carik lengan kita. Sebab masa menyusu kan ke camtu. Dia dah terbiasa. Kadang-kadang tengah malam tido pun ntah kemana dah, tapi bila dia terjaga mesti dia cari lengan jugak.
 
Bantal pun share tau tak!. Bukan takde bantal tuk dia. Tapi takmo, nak tido sekali satu bantal. Romantiknya... ayah dia pun tak camtu. Hihihi... So, bila nak tido tu kena mengadap muka dia. Nanti dia belek mata, belek idung, sayang-sayang, kiss kiss.... Fawwaz akan kata "dik sayang ibu....". Alahai bahagianya.
 
Pastu tido pun siap peluk kita. Pipi bertemu pipi. Mang sangat-sangat mengeratkan ikatan ibu ngan anak.
 
Bukanlah yang tak menyusu badan sepenuhnya tak rapat ngan anak tapi ada perbezaannya. Yang nyata masa Firas mang setakat dua bulan je aku menyusu badan. Rapat tu rapat tapi tak serapat cam Fawwaz ni. Firas boleh tido sendiri tapi Fawwaz asik nak berkepit ngan ibu je.
 
 
Sekian, Wassalam...

Wednesday, March 27, 2013

.: Kenduri Kesyukuran :.

Assalamualaikum...

Semalam masa sampai je umah area kul 7.30 malam, jiran sebelah bagitau kata jiran selang 4 rumah tu ada kenduri doa selamat. Patutlah ada khemah bagai. Kenduri start pukul 9 malam pas isyak.
 
Nak tak nak kena pi jugaklah sebab jiran sejalan, setaman hihi. Takkan tak pi kot, karang diaorang kata takmo bercampur ngan orang pulak.
 
Kebetulan pulak masa kitaorang balik tu akak ipar pun sampai sebab nak anta anak-anakku ni balik. Semalam diaorang pi Taman Permainan kat Taman Jubli Sungai Petani tu. Kan ke cuti sekolah, sajala akak ipar bawak anak dia, sekali ngan anak-anak aku pi situ. So, tengok pulak si kecik ni dah lena, penat sangat kot. Aku tengok hubby, hubby tengok aku. Camne nak pi kenduri ni?.
 
Sib baiklah masa aku nak tukarkan baju tu dia terjaga. Alhamdulillah, ada chance nak pi. Lagi pun org tua-tua kata tak elok tido waktu maghrib. Mang betul pun, kalau Fawwaz tertido masa tu, dia suke dok menangis. Tak bley nak tido.
 
Kami pi la area pukul 8.50 malam, tolonglah apa-apa yang patut. Lama sangat tak bersua muka dengan jiran-jiran. Tak berkesempatan. Kalau takde majlis kenduri camni mang jarang-jarang bertemulah. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.


Sekian, Wassalam....
 
 


.: Minum Malam :.

Assalamualaikum...




 
Time nak tido bagitau pulak lapar,
Adoi!, padahal sebelum tu dah makan dah,
Tak kenyang ke?,
Ish.... sian pulak,
Karang tengah malam cacing dalam perut dok mengamuk pulak,
Buatkan la diaorang milo, pastu cicah ngan roti,
Dah kenyang, terus senyap... tido....
 
 
 
Sekian, Wassalam....
 
 


Tuesday, March 26, 2013

.: Mood Shopping Kureng :.

Assalamualaikum...



Tak tau pasal pe sejak preggy ni cam takde mood nak menyopping,
Sebelum ni kalau time gaji mesti dah pi survey kat mana ada sale hihi,
Tapi la ni, ntah cam malas je nak amik tau,
Walaupun aku tau katne ada sale,
 
Dulu rajin gak beli baju kat anak-anak walaupun bukan time nak raya,
Asal ada sale je beli, asal nak balik kampung je beli,
Sekarang ni, pakai je la apa yang ada,
Hihi sian kat anak-anak aku,
 
Tapi, barang dapur wajib beli la, kalau tak beli nak makan pe?,
Mungkin banyak shopping kat benda-benda makan kot?,
Erm tak jugak, sama je ku rasa...,
 
Ntahlah, tapi apapun selamat jugaklah duit aku kikiki...
 
Sekian, Wassalam.....
 



.: Top Post : MAK MERTUAKU :.

Assalamualaikum...
 

Diantara Top Post kat dalam Blog ni adalah entri MAK MERTUAKU,
Setiap kali aku check Top Post mesti entri ni yang femes,
Korang carik apa ye?,
Hihi, cari cara-cara nak memikat hati mak mertua ye?,
Ofkosla kan, bukan senang kan nak memikat hati diaorang,
Kalau kebetulan sekepala dengan kita alhamdulillah,
Tapi kalau jenis yang kureng sporting,
Kitalah yang kena sporting ye,
Amik ati, makan ati ni biasalah, mula-mula je,
Tapi bila dah memahami hati dia tu, rasanya ok je kot.
Cam aku jugak...hihi...
 
 
Sekian, Wassalam...
 
 
 

Monday, March 25, 2013

.: Perkembangan Firas : MEMBACA :.

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, Firas dah boleh membaca tanpa mengeja. Kalau dulu dia paling tak suka nak membaca sebab kena eja dulu baru tau perkataan apa dan cerita apa. Lastly, aku pulak yang kena baca sampai habis. 

Sekarang  ni bila dia dah pandai membaca, dia makin seronok. Lagi pulak, anak kakak ipar yang Tasha tu suka membaca, Firas pulak suka ikut, kalau Tasha tu baca buku dan dan dia pun nak pinjam buku Tasha, nak baca sekali.

Yang beshnye, bila Firas baca adik pulak ikut sekali bunyi apa yang abang baca tu. Semoga anak-anak ibu, jadi anak-anak yang  bijak ye!. Sape takmo anak yang  bijak kan?. Semua ibubapa nakkan anak yang macam tu. Sama-sama kita mendoakan kecerdasan anak-anak kita ok.

Sekian, Wassalam...

.: Perkembangan Fetus Hamil 24 minggu :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, genap 24 minggu (6 bulan) kehamilan, ada lagi 3 bulan sebelum kelahiran. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.



Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang. 


Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan. 




Sekian, Wassalam...

Sunday, March 24, 2013

.: Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 by Mak Dara :.

Assalamualaikum....


Hadiahnya cukup lumayan, rugi kalau tak join!

Satu Giveaway, 30 Penaja, 
58 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara


Syarat Penyertaan adalah seperti dibawah:

1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk "MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan ke blog Mak Dara.
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.

Tarikh Tutup adalah pada : 31 MAC 2013


Sekian, Wassalam...



Saturday, March 23, 2013

.: Check Up Lagi! :.

Assalamualaikum...

Semalam pi check tekanan darah lagi, so far ok la, tekanan normal. Ni sebab KES hari tulah. Tekanan darah  kena dipantau selama 2 minggu. So, ada seminggu lagi.

Misi tanya cara pemakanan aku. Aku bagitaulah camana aku makan, nak kata makan banyak sangat takde lah. Kadang-kadang kalau pagi aku makan bihun@ mee @ roti canai. Tengahari macam biasalah makan nasi, tu pun nasi taklah banyak sangat. Petang biasalah ada jugak makan ringan-ringan. Malam pulak, kadang makan nasi, kadang makan makanan selain dari nasi. Last sekali minum susu sebelum tido.

Tapi pelik kan napa berat badan aku naik dengan jayanya?. Misi tu pun pelik.

So, nasihat dari misi tu aku kena makan ikut time tak boleh lewat makan. Sarapan, Minum Pagi, Makan Tengahari, Minum Petang, dan Makan Malam. Last makan berat adalah pada pukul 8.30 malam. Pastu takyah makan pe dah kecuali minum susu sebelum tido.

Ok, takpe aku try dulu, tengok camana kot pasni berat maintain cam yang dikehendaki ke, mana tau. Kalau still sama jugak MINUM AIR GULA la jawapnya.


Sekian, Wassalam....


Friday, March 22, 2013

.: Hikmah Keluarga Bahagia :.

Assalamualaikum...
 
 
Salam Jumaat Semua!

Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
 
Anak-anak lebih memerlukan contoh dan keteladanan dari kedua ibu bapa mereka daripada celaan dan kekerasan.
 
Kehidupan kita akan berubah apabila dimulai dengan perubahan diri, keluarga dan persekitaran.
 
Mahkota orang tua adalah anak cucunya dan kehormatan anak-anak adalah nenek moyang mereka.
 
Apabila setiap ahli keluarga saling mencintai, menyayangi, dan saling mengalah, nescaya seluruh masyarakat akan menjadi baik, aman dan damai.
 
Keharmonian keluarga terletak pada sikap tanggungjawab dan komunikasi yang sihat di antara ahli keluarga.
 
Komunikasi dalam keluarga akan senantiasa terpelihara selama komunikasi dengan Allah pun tetap terjaga.
 
Keluarga yang dekat dengan Allah akan menjadi keluarga yang layak ditolong olehNya dalam setiap urusan.
 
 
Sekian, Wassalam....

Thursday, March 21, 2013

.: Tips Mengurangkan Sakit Belakang :.

Assalamualaikum....


Tip-tip berikut untuk mengurangkan kesakitan belakang (ni aku search kat internet)

• Berehatlah pada selang-selang masa yang tertentu. 

• Sentiasalah tukar posisi anda. 

• Elakkan daripada bersandar ke satu arah, dan sentiasalah tegakkan badan anda ketika berdiri, duduk, ataupun berjalan.

• Jika anda bekerja dalam keadaan duduk atau berdiri, menukar posisi adalah sangat penting. 

• Cuba letakkan pek ais selama 15-20 minit pada bahagian yang paling sakit.
• Pakailah kasut rata yang mudah dipakai.

 Sekian, Wassalam...





p/s: sekarang buat keje berat sikit dah sakit belakang.

.: Black Out :.

Assalamualaikum....

Ari ahad aritu area pukul 10.15 malam, tak penah-penah taman ni black out, tiba-tiba je black out. Dah la hubby masa tu takde kat umah, pi bawak mak dia berubat ngan ustaz. Tinggallah aku bertiga ngan anak-anak. Firas pulak masa tu dah tido. Terkial-kiallah aku ngan Fawwaz carik lampu picit. Bila dah gelap, carik apapun tak jumpe... dok teringat lampu picit tu dok kat mana. Jumpa jugak akhirnya. 

Bab berpeluh jan citer la, abis peluh aku menitik-nitik. Ha lah, kan ke skang ni musim panas. Sian pulak kat Firas yang dah tido, pi carik kipas pulak, nak kipas dia. Dok lah dalam bilik. Tak tau nak buat apa. Bila balck out, tiba-tiba suasana tu jadi sunyi sepi. Aku tengok Fawwaz, Fawwaz tengok aku. Pastu dia bisik kat aku, "ibuuu... ada antu.....".

Hissh! budak ni time-time ni la kau nak kata camtu. Aku jegil mata kat Fawwaz. Dia senyum... dalam dok kalut pun dan dia nak mengusik aku. 

Messege kat hubby, kata umah takde letrik kan. Tak balas-balas pun. Rupanya line telefon malam tu pun problem. Dia call pun asik engage je. Sib baiklah malam tu ustaz takde dan hubby pun balik awal. Alhamdulillah... selamat. 

Tak lama pun black out tu, area pukul 11.00 tu dahde balik letrik. Tapi tu la bila lama tak black out, jadi kelam kabut pulak. Dulu masa kat kampung, takde hal langsung. Kadang-kadang sampai 2,3 malam. Ni tak sampai sejam pun dah macam cacing kepanasan. Hangat!. Takde kipas mang tak boleh nak tido la.

Sekian, Wassalam...


Wednesday, March 20, 2013

.: # 61 : Wordless Wednesday : RAGAM ANAK-ANAK :.

Assalamualaikum...










 
Kenangan masa anak-anak kecik...
Rindu pulak saat-saat ni....

Tuesday, March 19, 2013

.: Malu :.

Assalamualaikum...

Sejak usia Fawwaz meningkat 3 tahun ni, dia dah ada perasaan malu. Kalau nak ikut aku pi sidai baju kat luar, cepat-cepat dia carik seluar. Tu pun kalau dia pakai pampers pas bangun tido. 

Kalau aku bagi pakai seluar pendek pun tak mau dah, alahai setakat nak pi umah mak chaq dia yang secoet tu pun takmau. Nak kena pakai seluar jeans jugak. Dia kata "nak pakai suar alan-alan (jalan-jalan)". Aduih..jenuh... asik nak melaram je.





Tengok pakai seluar pun terbalik...asal pakai je... dak kecik ni.


Sekian, wassalam...





Monday, March 18, 2013

.: Check Up :.

Assalamualaikum...





Semalam pi check up, berat naik banyak sket je... 67kg ke 70kg. Haha...amik kau, Alamak!, aku dah cuak dah, siap bagitau kat misi tu nak timbang lagi sekali. Tapi mang betul pun bacaan berat tu. Kalau ikut takmola minum air gula. Sadis tau!. Sib baik misi tu kata suh check tekanan darah selang sehari. Kalau dari segi makan takdelah aku makan banyak sangat. Sama je cam sebelum pregnant. Weekday pi kejepun  ari-ari dok jalan dah. Ntahlah tak tau kat mana silapnya. Apapun kita tunggu je pasni jadi camne. 

Hb pulak turun, aritu 13 kali ni jadi 11 pulak. Misi tanya badan rase letih ke?. Atau tak cukup rehat?. Mang pun, aritu kan start mak mertua tak sihat, rehat aku tak berapa nak cukup. Mang badan pun rase letih. Tu yang Hb turun kot.


Sekian, Wassalam...


Friday, March 15, 2013

.: Majalah PaMa :.

Assalamualaikum...



Kalau rajin beli, kalau tak rajin tak beli,
Hahaha!,
Bukan pe kadang-kadang terlupa,
Tapi info kat dalam majalah ni mang the best la!,
Aku try beli majalah lain mengenai ibu dan bayi jugak,
Tapi still tak sama isi dia ngan majalah Pa&Ma ni,
Tak seseronok cam aku baca majalah ni,


Sekian, Wassalam....



.: Games Saja! :.

Assalamualaikum...

Selagi tak betul-betul mengantuk, selagi tu la takmo tido,
Keje dok main game je...,
Time ni abang dia dah tido, so takde lah share-share nak main.




Kadang-kadang kita dah tertido, dia tak tido lagi.
Yela dok tunggu tak tido-tido lastly kita pulak yang tido.

Musim panas tu yang tido pakai pampers je,
Umah takde aircond, so kalau pakaikan baju pun abis basah lencun.




Thursday, March 14, 2013

.: Perkembangan Fetus 22 Minggu :.

Assalamualaikum....





Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. 


Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul. 

http://www.babycenter.com.my/a1044279/perkembangan-fetus---hamil-22-minggu#ixzz2NQYradQD


 

Seronok bila dapat rase sendiri pergerakan baby dalam kandungan. Satu pengalaman yang amat-amat tak ternilai. Rase cam dia dok bermain-main kat dalam perut ni. Anak ibu aktif ye...Semoga anak ibu sentiasa sihat ye!. 





.: Ragam Fawwaz :.

Assalamualaikum....



Asal aku pakai kain batik je, dia suke nak dok dalam ni.
Konon-konon cam buai lah. Dok dodoi-dodoi dia.
Dahlah badan tu makin besar, kaki pulak dah makin panjang,
Kalau kecik lagi tu tak pe gak.
Jenuh kaki aku nak bergoyang.


Wednesday, March 13, 2013

.: Perkembangan Firas :.


Assalamualaikum...

Alhamdulillah sejak Firas tukar ke sekolah baru ni. Hubby dah mula bagi duit belanja. Dulu cam payah sket sebab kawan-kawan dia tak makan masa rehat tapi asik dok pi koperasi beli alat tulis. So, hubby takmo bagilah, better bawakkan dia roti atau biskut. Tapi, tak penahnya dia makan.
 
Sekolah baru ni area bandar so, mungkin pemikiran budak-budak ni lain sket, berbanding dengan sekolah dulu tu. Time rehat mang pi makan. Pandai beli sendiri dah. Balance duit belanja simpan masuk tabung.
 
Sekolah ni pun aktif jugak sebab banyak buku latihan yang perlu dibeli. Hubby tanya ngan abang dia yang jadi cikgu tu. Awat banyak buku latihan yang nak kena beli?. Tak sama ke dengan sekolah lama. Abang hubby kata, lain sekolah lain buku latihan dia. Kalau sekolah area bandar majoriti tak kisah sangat dengan duit ni asalkan anak dia diberi pendidikan yang secukupnya. Oh! camtu ke?, baru ku tau, yela first time ada anak sekolah rendah so, banyak benda yang kena amik tau.
 
 
Sekian, Wassalam...
 
 


.: Bersosial Dengan Anak-Anak :.

Assalamulaikum....
 
Disebabkan lama tak bersosial ngan anak-anak,
maka last weekend bawak jugaklah anak-anak keluar berjalan-jalan sambil membeli barang dapur.
Sian, gak sejak tok dia sakit, rutin harian kami dah berubah.
Sebab dok jaga mak mertua n bawak pi berubat ke merata tempat.
 
Minggu lepas je, pukul 12.00-1.00 pagi baru boleh nak tido,
Anak-anak pun camtu jugak.



So, bagi masa kat anak-anak nak cuci-cuci mata, jalan-jalan.
Bagi hilang sket bosan tu.
 
 
Sekian, Wassalam
 



Tuesday, March 12, 2013

.: Apa Itu KSSR? :.


Assalamualaikum...

Apa itu KSSR?
KSSR adalah Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Prinsip KSSR
Pendekatan Bersepadu
Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid
Pendidikan Seumur Hidup








Kiranya ini adalah penambahbaikan dari skim yang lama.

Haryati : Bila dah de anak sekolah ni, kena amik tau semua perkara ni. Dulu buat derk je hihi....
 
Sekian, Wassalam


Monday, March 11, 2013

.: Penjawat Awam Dapat 1 Kenaikan Gaji Tahunan :.

Assalamualaikum....


PUTRAJAYA — Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
“Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020′, di sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.
Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (SST). Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.
“Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.
“Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara,” katanya.
Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.
Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan.
Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menambah baik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.
“Ia akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak. Kriteria penilaian kecemerlangan penjawat awam yang menjadi asas pertimbangan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat itu akan dimuktamadkan bersama dengan semua pihak berkepentingan,” katanya.
Beliau berkata kerajaan secara prinsipnya turut bersetuju bagi melunaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.
“Kaedah pelaksanaannya termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru tersebut akan diperincikan sebelum dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah mula mengadakan perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan yang terlibat bagi penambahbaikan 22 skim perkhidmatan yang berkaitan daripada segi perluasan skop, fungsi dan tugas sewajarnya.
“Skim perkhidmatan dalam kelompok gred jawatan dan gred gaji satu hingga sepuluh akan dinaik taraf ke gred jawatan atau gred gaji yang setaraf dengan kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.
Skim perkhidmatan yang terlibat antaranya ialah Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan dan Tukang K3.
“Dengan penambahbaikan skim perkhidmatan yang dijangka selesai akhir tahun ini, daripada segi jangka panjang seramai 166,541 penyandang akan menerima manfaat dari segi laluan kerjaya lebih baik dan peningkatan gred gaji,” katanya.
Sementara itu, 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirundingkan semula dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan, melibatkan antaranya skim perkhidmatan Bakat, skim perkhidmatan Juruteknik, skim perkhidmatan Pegawai atau Penolong pegawai dan Pembantu Galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2. — BERNAMA

p/s : Alhamdulillah syukur di atas segala rezekiMu Ya Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari