Thursday, November 14, 2013

.: Tips Untuk Menangani Adik-Beradik Yang Bergaduh :.

Assalamualaikum....

Ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak pasti bersetuju masalah gaduh di kalangan anak-anak adalah perkara normal. Sepanjang tumbesaran, bergaduh adalah sebahagian daripada proses mereka membesar.

Memang setuju sangat, kadang elok, kadang tak elok. Kalau dah bergaduh tu nanti mulalah dok tumbuk-tumbuk, tarik rambut (hero dua-dua biasalah). Pastu satgi dua-dua nangis terjerit-jerit. Adoyaiiii....poning omak kau ni...
 
Pendek kata memang pening kepala papa dan mama dengan kerenah bergaduh anak-anak. Tetapi bila datang angin baik, macam tidak boleh berenggang mereka bersama-sama. Apa kata kita, kaji apa punca anak-anak suka bergaduh.

Kalau angin elok memang bley pulak sama-sama main, sama-sama baca buku, kaler buku. Berlakon jadi ayah ngan anak.

 
Mengapa bergaduh?

Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian seperti mana adik-beradik lain.

Anak berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik-beradik lain.

Fasa pembesaran mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain.

Anak-anak berasa bosan, penat atau lapar dan menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

 
Bagaimana tangani pergaduhan

Jangan memihak dan terbabit dalam pergaduhan anak-anak kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal.

Selalu apa yang aku buat mang dua-dua kena bubuh (nasihat). Tak kiralah sapa yang mula dulu. Tak adil kalau memihak pada sorang je, seolah-olah yang sorang lagi tu dah rasa cam dia menang dalam pergaduhan tu. Rasa puas ati, bila yang sorang ni kena marah atau nasihat.
 
Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin apa yang diadunya betul atau tidak. Mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap sahaja sebelum mereka bergaduh semula.

Betul kena dengar dari kedua-dua belah pihak.
 
Jangan buat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

Setuju, selalu aku akan kata, "abang ngan adik kan budak baik, tak bley lah gaduh-gaduh nanti ibu tak sayang".

Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak.

Yang ni bley rapatkan lagi ikatan antara kita ngan anak-anak kita, kadang-kadang diaorang pun nak perhatian yang lebih gak.

Ajar anak saling bermaafan selepas bergaduh.

Dah ajar lama dah kat anak-anak, selalu kalau nak main sama-sama balik, mesti kena mintak maaf balik. Kalau gaduh pun tak lama mana berapa minit je, pastu ok balik.

Nasihat dengan baik mengapa tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika bergaduh. Jika anak-anak bergaduh, cuba leraikan dengan baik, jangan tengking atau membebel. 

Selalu dok nasihat sebab kadang-kadang diaorang ni cepat lupa. Berbuih pun berbuihlah mulut ni asalkan lama-lama nanti semua nasihat tu lekat dalam ingatan diaorang.


Sekian, Wassalam...


sumber : PAMA

 

11 comments:

  1. tips bagus nih...ank2 sy memg suke gado..time bik kemain lg

    ReplyDelete
  2. nice info...kadang nasihat pun x jalan...sabar je lah..

    smpi thap malas nak layan...ko gaduh la...kang kjap nnti...baik lah diaorng...hehehe...penat kadang nak layan kan...

    ReplyDelete
  3. ya memang betul. kalau dah bergaduh semua kena. sama la macam mak wantie dulu ni. sorang start semua kena tibai. so lepas tu ingat la kejap kan. tak de la bergaduh. ps lelama lupa bergaduh lagi. hahahaha...


    ReplyDelete
  4. thanks kongsi pasal ni... blh guna ni :)

    ReplyDelete
  5. bab ni memang menguji diri kita kan..

    ReplyDelete
  6. gud parenting tips! lg2 kalau anak2 semua lelaki.. lg haru... hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam kak.. iklan kat tengah?.. kesilapan teknikal . nak ubah header tadi, last-last terdelete.. hikhik

    ReplyDelete
  8. Betul tu HF ....sama le ...anak okje yg pompuan ni pun sama, asyik bergaduh memanjang ...
    Bagus jugak tips awak tu HF

    ReplyDelete
  9. tq for sharing..

    asya xde adik beradik..jd klo bgaduh pon dgn mamapapa dia je la

    ReplyDelete
  10. tips yang baik ni. boleh apply kat anak2 yea.

    ReplyDelete

.: Terima Kasih Diatas Segala Komen-Komen U All! :-) :.
.: Jangan Lupe Singgah Dan Komen Lagi tau! :.
.: Nanti Saya Jejak U All Pulak, OK! :.