Wednesday, October 30, 2013

.: Pemenang Mini GA Bulan Oktober :.

Assalamualaikum....


Alhamdulillah....dapat dah hadiah bagi pemenang bertuah Mini GA bulan Oktober yang dianjurkan oleh blogger Mimie aka Corat-coret Pink Ummi. Tq mimie.... cantik kain tu.

 
Sekian, Wassalam...
 
 


.: Vita-Lea : SHAKLEE :.

Assalamualaikum....




Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee




Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.
Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea. selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang.

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.



**********

Secara jujurnya memang aku akan mengalami pening kepala yang kerap, keguguran rambut dan keletihan dalam tempoh menyusukan anak. Masa anak yang kedua dulu camtu gak, tak amik apa-apa supplement pun. Memang kerap pening kepala, sampai kadang-kadang langsung tak bley nak buat apa-apa. Bila jumpa doktor, doktor kata aku kurang zat mineral dalam badan. Semua zat-zat aku pi kat anak aku. Anak sihat, tapi ibu yang kiokkk...
So, kali ni aku takmau jadi cam yang lepas lagi, sengsara wei... tu yang nak tak nak kena amik supplement jugak. Blogger Myra cadangkan suh aku amik Vita-Lea ni ni dulu. So, kita tengok ada ke tak perubahan setelah amik Vita-Lea ni...nanti aku update lain ok bai....
sumber info dari SINI


p/s: beli shaklee ngan blogger Myra aka Celoteh MJ.

Tuesday, October 29, 2013

.: Romper ONLINE :.

Assalamualaikum...



Beli online lagi murah ke????.
Aritu ada jual jugak kat tingkat tiga komtar romper ni diaorang buat jualan tuk kelab apa tah.
Tanya harga dia kata RM40. Erm... cam mahal pulak. Kat online RM29 + postage RM6. Aku beli dua satu tuk 6 bulan, satu lagi tuk 12 bulan. Kalau beli banyak lagi murah. So, baik aku beli yang online jimat RM5. 

haryatifaizal : beli kat facebook romper dan cloth diaper murah


Sekian, Wassalam...


Monday, October 28, 2013

.: Sambut Hari Lahir Firas :.

Assalamualaikum....

Semalam sambut besday Firas ala kadar je. Buat tuk famili je. Tak jemput sapa-sapa pun. Saja seronok-seronok, tuk hiburkan hati anak-anak. Ok, pas Firas pi sekolah tu aku prepare terus tuk masak makan tengahari sebab area pukul 9.30 pagi nak kuar pi carik hadiah ngan kek. So, tuk hari istimewa Firas ni aku masak Nasi Ayam Goreng cam aritu ngan Ayam Masak Merah. Cukuplah tu tu makan satu famili.




Area pukul 1.45 petang tu dah standby siap-siap sebab Firas balik time ni. Saja nak tengok reaksi dia hihihi.... Bukak je pintu gril dia dah confuse, muka ada senyum punya.... sebab nampak kek ngan hadiah kat atas meja. Adik fawwaz dah bocor rahsia, siap bagitau kata besday abang. Hahahaha....

Senyum je Firas bila tau hari tu adalah besday dia. Ibu ngan ayah pun seronok sebab dapat hepikan anak-anak.


Abaikan je pemandangan kat belakang tu sebab asik ujan je baju aku tak kering-kering. Bau hapak kalau jemur kat luar!. 

Hadiah yang kami bagi kat Firas adalah alatulis yang boleh dia guna tuk bukak sekolah tahun depan. Rasanya yang tu lagi berfaedah daripada beli mainan.


Fawwaz pun nak tumpang sekaki gak, terlebih excited!. Opss! nampak penyut ayah pulak, sori ayah, malas nak edit banyak-banyak....huhuhu...

Sekian, Wassalam...


Sunday, October 27, 2013

.: Hari Lahir MUHAMMAD FIRAS FIRDAUS :.

Assalamualaikum....



27.10.2006 - 27.10.2013,
Firas dah genap 7 Tahun!,

Alhamdulillah, ku panjatkan syukur kepadaMu Ya Allah,
Di atas putera kurniaanMu ini,




Doa ibu dah ayah semoga anak ibu Muhammad Firas Firdaus menjadi anak yang baik, yang soleh dan sentiasa membahagiakan ibu ngan ayah di dunia dan di akhirat.
AMIN...

Sekian, Wassalam....

haryatifaizal: nak buat supprise kat Firas, dia pi sekolah arini so, dan lah nak beli kek besday tuk dia...

Friday, October 25, 2013

.: Baby G.I.R.L :.

Assalamualaikum....
 
 

Alhamdulillah....,
Akhirnya pada 24.10.2013 dapat jugak mak aku cucu perempuan buat pertama kalinya.
Wahahaha... sebelum ni cucu dia semuanya lelaki, ada 7 orang semuanya,
bagi aku ramailah tu....
 
Baby girl ni anak ketiga kakak aku, sebelum ni dia dah ada dua orang anak lelaki.
Ok lah tu... dapat rasa pulak jaga baby girl..
Tak sabar nak balik kampung nak pi tengok baby ni.... cumilllnya!!!!,
 
Semalam bagitau kat Firas n Fawwaz, "ummi (panggilan anak-anak aku kat kakak aku) dapat baby perempuan".
Dan dan Fawwaz kata "bila kita nak balik kampung ibu... adik rasa adik tak sabar nak tengok baby perempuan tu....". Kahkahkah!...
 
Wahai anakku sabarlah dikau, ibumu ini baru je start kerja, so tunggu bulan 12 nanti ye. Waktu tu cam dah sesuai sket kalau nak amik cuti. Cuti pun ada balance 11 ari lagi....
 
 
Sekian, Wassalam....
 
 
 
 


.: Mutiara Kata :.


Assalamualaikum....
 
 
Sebagai renungan bersama di pagi hari Jumaat....
 
 

 
sumber : google

Sekian, Wassalam...
 
 


Thursday, October 24, 2013

.: Pemenang Bertuah Mini GA #1 Bulan Okt :.

Assalamualaikum...


Yeye menang Mini GA #1 Bulan Okt!,
Terima kasih kepada puan penganjur Mini GA ni, sapa lagi kalau bukan MIMIE a.k.a CORAT CORET PINK UMMI.
 
 
Alhamdulillah, sebab selalu join tak penah dapat pun hihihi... kali ni bertuah pulak ye!.
 
 
Sekian, Wassalam...
 


.: Kek Coklat Lagi! :.

Assalamualaikum...


Disebabkan anak aku yang 2nd tu gila sangat ngan kek coklat makanya, kena kerap buatlah. Bahan-bahan kena sentiasa ada kat umah. Sebab kadang-kadang tu on the spot je dia mintak. Pastu tak bley pulak nak 'esok-esok'. Nak kena buat masa tu jugak. Macam masa raya haji aritu mang pagi raya tu aku buat sebab nak bawak pi umah abang ipar. Raya kat sana, sebab mak mertua dok sana. Petang tu pas balik dari umah abang ipar bley pulak dia teringat nak makan kek coklat. Aduiii... nak pulak masa tu jugak, sib baiklah ada lagi extra bahan nak buat kek tu. Buat jugaklah tuk dia. Sanggup tunggu kat dapur sampai siap. Pastu asik dok tanya je, "dah siap ke ibu kek tu...".

BAHAN A :1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dkacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BAHAN B:3/4cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BAHAN C:4 biji telur - pukul dgn whisk atau blend

CARA :satukan BAHAN B dan BAHAN C ke dlm BAHAN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk
tuangkan adunan ke dlm loyang

bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hingga masak atau 
kukus pun boleh area satu jam setengah

Resepi dari SINI


Sekian, Wassalam...


Wednesday, October 23, 2013

.: Giveaway Jom Menang :.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013


Sekian Wassalam...
 


.: HAFIY | Cerdik Ke Tak Cerdik? :.

Assalamualaikum...

Budak tecik ni semakin hari semakin akif. Gaya dia dah macam enam, tujuh bulan. Padahal empat bulan pun tak lepas lagi. Asal bangun tido je kena angkat. Sebab utama dia ialah nak tengok abang-abang dia main. Tengok secara baring adalah tidak puas bagi dia. So, bila kita angkat je, amboi....amboi...seronok sangat le. Dari gerak mata tu cam nak join sekali abang dia main. Selalu aku pangku dia kalau dia nak duduk, sebab tak bley nak duduk sendiri lagi kan. Dia tak kisah pun lama mana duduk camtu. Dia lagi suka.

Tapi bila aku nak buat keje aku kena bagi dia duk kat seat ni. Seat ni turun temurun dari Firas dulu. Tapi apa yang BERLAKU???






Cerdik ke tak cerdik????,
Wah...hebat kau Hafiy.... memang cerdik anak ibu ni ye. Tak tau apa motif dia buat camtu?. Kalau kau turun pun bukan bley nak duduk sendiri pun... saja je dak ni ye...


Sekian, Wassalam...




Tuesday, October 22, 2013

.: Nasi Ayam Goreng :.

Assalamualaikum....

Weekend aritu sempat google resepi yang simple dan mudah tuk buat Nasi Ayam Goreng. Sebenarnya dah tak tau nak masak pe ngan ayam yang ada dalam peti ais. Balik-balik masak kicap, gulai, goreng kunyit. Jemu jugak. So, nak share ngan u all cara tuk buat Nasi Ayam Goreng ni. Resepi aku amik kat SINI.


Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul (aku buat ikut berapa ketul yang ada dalam peti ais)
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa..

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (aku guna beras biasa je 5 cawan).
4 1/2 cwn air (air pun aku tambah kepada 51/2 cawan)
1/2 cwn susu cair




Goreng ayam yang dah diperap tadi tapi jang garing sangat, sebab nanti nak masukkan sekali ke dalam nasi.


Cara-Cara Untuk Memasak Nasi:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.



Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.


Dah siap!, jap je....jadi jugak akhirnya....

Sambal merah 

Cili merah 5 biji
Bawang putih 1 ulas
limau nipis 3 biji
gula 1 sd kecil
garam 1 sd kecil

Tumbuk semua bahan.perasakan garamnya.. 

Macam yang aku buat, aku tambah ngan sup ayam sekali sebab bila makan tak berkuah cam tak berapa nak sedap pulak. Bila ada sup cam segar sket.


Sekian, Wassalam....


Monday, October 21, 2013

.: Electric Multifunction Pressure Cooker :.

Assalamualaikum....


Akhirnya "Electric Multifunction Pressure Cooker" menjadi milik aku. Aku pernah post entri ni tahun lepas. Kalau nak baca klik SINI. Sebenarnya dapat lama dah, cuma dok kat ofis je, tak bawak balik lagi. Sebabnya taktau nak bawak balik naik apa. Kikiki... kebetulan pulak adik kat ofis tu nak anta hadiah Hafiy so aku tumpang sekali suh bawak periuk ni. 

Periuk ni aku bayar secara ansuran ye... tak mampu den nak bayar cash!. Mahal. Takpe mahal sket pun tapi banyak kegunaan dia. Tahan lama pulak tu. So, dah beli kena test masak le... hihihi.. nak masak pe ye. Oppsss, lupa ada disertakan resepi. Nanti dah try test aku share ngan u all apa yang aku masak k, menjadi ke tak menjadi... tapi selalunya bab-bab elektrik ni aku ada assistant. Sape lagi kalau tak my hubby sebab bab-bab ni dia lagi cerdik dari aku. Aku biasalah 'blur' sket. kuikuikui.... ok bai!.

Sekian, wassalam...








.: HAFIY Dapat Hadiah :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur last Friday, baby Hafiy dapat hadiah sumbangan daripada TAKIP JKMN Pulau Pinang. Disebabkan benda ni besar terpaksalah aku mintak tolong adik kat ofis ni tuk bawakkan balik. Kebetulan pulak dia mang nak balik SP, ermm.... boleh sangatlah. Aku kan tinggal kete kat jeti butterworth, segan pulak nak mengusung naik bas ngan feri.


Sangat suke, sebab colourful. Amboi ibu dia pulak yang terlebih seronok!. Nampak cantik je kan?. Hafiy pun suke, bila letak je dia kat bawah tu bukan main seronok, macam-macam bunyik keluar dari mulut dia. Si abang-abang dia pun tumpang sekaki, tak penah dapat benda ni masa diaorang kecik. Jakun sikitlah.



Alolo.... tu dia...punye sakan gelak sebab abang dia dok main sekali masa tu.




Sekian, Wassalam...


Sunday, October 20, 2013

.: Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com :.

Assalamualaikum....

Jom join GA ni, macam meriah je hadiah dia hihihi.
GA ni anjuran www.nabilabiela.com ye...


SYARAT-SYARAT

1) Like pages RED DELIMA & share di FB korang
2) Follow blog dan like pages blog Nabilabiela.com
3) Buat satu entry bertajuk "Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com"
4) Copy paste coding yang telah disediakan ke ruangan HTML dan Publish entry.
5) Tinggalkan URL entry di ruangan komen entry ini.
6) Pemenang dipilih random dan top reffral. (Top reffral boleh pilih dua hadiah yang dia mahu)
7) Giveaway untuk kategori pertama ini berlangsung selama dua minggu (15/10-29/10)


SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."



Sekian, Wassalam...



.: FIRAS | Peperiksaan Akhir Tahun :.

Assalamualaikum....



Hari ni anak ibu akan menghadapi peperiksaan akhir tahun bagi tahun satu, untuk subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Semoga anak ibu dapat menjawab semua soalan dengan tenang hati ye!.
Semoga Berjaya!...

Sebelum pi sekolah dah pesan macam-macam ngan Firas ekekeke.... yelah first time anak amik periksa sebab masa pertengahan tahun tu takde periksa. Aku pun pelik ngan sistem pembelajaran sekarang ni. Macam tak berapa nak sistematik. Oppssss!. Kalau dulu tau dah kan, setiap tahun ada 2 kali periksa. Takpelah kita ikut jelah, yang penting anak-anak boleh mengikuti sesi pembelajaran dengan baik.

Sekian, Wassalam...





Friday, October 18, 2013

.: Penjimatan MINYAK :.

Assalamualaikum...


Disebabkan harga MINYAK dah naik, so kena ada alternatif lain tuk bagi minyak tak cepat abis,
jangan bukak aircond masa naik kete,
kikiki... mengamalkan bukak tingkap masa pegi keje dan balik keje, 
kecuali time ujan tu kena jugaklah bukak aircond, kalau tak maunya tempias ngan air ujan,
Berkesan ke tak???,
Setakat minggu lepas aku buat camtu, ok jugaklah, bley tahan lama sikitlah minyak tu,
Kalau selalu isi penuh 2 hari tu dah kena isi lain, kali ni lebih 2 ari sket baru isi minyak...,
Takpelah hangat sket je... tak larat wei ulang alik tetiap ari mau kopak duit nak isi minyak je....,
Kene berjimat cermat sket....


Sekian, Wassalam...

 

.: Hafiy Demam :.

Assalamualaikum....



Baru nak update, demam dah baik dah hihihi...,
Budak ni demam sat pas kene cucuk aritu,
Hari Rabu tu kan aku keje hubby cuti so, hubby lah yang tolong jaga anak-anak kat umah,
Malas nak pi anta anak-anak kat umah kakak dia,
Hubby kata sikecik ni tak banyak ragam so, dia bley handle, yang dua orang tu pun dah besar,
Aku pulak mang tak bley nak cuti,
Sib baik balik keje petang tu Hafiy dah ok, tak demam dah.


Sekian, Wassalam...


Thursday, October 17, 2013

.: Giveaway Me & My Family 2013 :.

Assalamualaikum...
 
BW kat blog Kesuma Angsana tadi, dia join GA ni pulak,
Tetiba nak join... jom!



Syarat - syarat GA ni

1. Follower blog ini ME & MY FAMILY
2. Letakkan banner diatas dalam entri anda dengan tajuk Giveaway Me & My Family 2013 dan link kan ke ME & MY FAMILY
3. Letakkan link penyertaan anda dalam ruangan komen
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 November .2013

3 hadiah utama dan 3 hadiah saguhati akan diberikan (shawl , fridge magnet , novel ...)
 
Pemilihan pemenang akan ditentukan daripada en random .org ;)
 
Sekian, Wassalam...

.: CHEESEKUT :.

Assalamualaikum...

Pas baca kisah ciskut ni kat blog IntaNBerliaN, tiba-tiba rasa cam nak buat sendiri pulak. Sebab bahan-bahan dia pun tak susah sangat nak carik. Nak buatnya pun senang, cam ala-ala buat Tiramisu gitu. 


Ok bahan-bahan dia senang je,
Cream Cheese
Susu Pekat Manis
Susu Segar
Biskut Cream Crakers

Cara nak membuatnya ;

Aku blend semua bahan-bahan ni  (cream cheese, susu pekat manis dan susu segar). Korang agak-agak je nak buh banyak mana susu pekat ngan susu segar tu, tapi jan cair sangat.
Blend sampai betul-betul sebati, jap je...agak-agak dia dan sekata tu stoplah.



Pastu buh cream tadi kat dalam bekas, aku buh kat loyang kek je, senang. Buh selapis pastu selang-seli ngan biskut cream crakers yang dah dicelup ngan susu segar. Buatlah sampai cream tu abis. Ikut suka nak berapa lapis pun.


Dah siap semua, simpan dalam peti ais untuk seketika, kalau dah agak-agak keras tu bleylah makan. Tapi yang aku buat tu baru simpan sat je dalam peti ais si Fawwaz ni dah dok menyanyi nak makan kek, adoiyaiiii...nak tak nak potongkanlah jugak kat dia.


Masih cair lagi cream dia. Sedap memang sedap....bley buat lagi pasni...


Sekian, Wassalam...


.: CPUV Kedua Tahun 2013:.

Assalamualaikum....




Wah wah, wah....!, #moodhappy
Alhamdulillah, syukur dapat jugak CPUV yang dinanti-nantikan selama ni,
Baru dua kali u all tau, sian kat aku kan,
Terima kasih banyak-banyak ye kepada  En. Nuffnang, 
Suke, suke, suke...!,
Semoga akan terus berkekalan selepas ni ye....,


Sekian, Wassalam....


Wednesday, October 16, 2013

.: Baby HAFIY Dah Tiga Bulan Enam Hari :.

Assalamualaikum....
 
 
 

Besar dah ye anak ibu!,
Setakat tiga bulan ni banyak jugak perkembangan baby Hafiy yang aku nampak,
Ofkos lah setiap hari ada saja perubahan yang berlaku,
Seronok bila tengok anak membesar depan mata,

Anak ibu ni dah pandai nak sembang dah,
Selalunya hubbylah yang rajin layan dia sembang,
Asal bangun je tido takmo baring dah, nak cepat-cepat orang angkat,
Pandai tengok bila abang-abang dia dok main, mata tu dok perati je macam nak join sekali,
Belum boleh lagi ye sayang....tunggu dua tiga bulan lagi ye.... sabar....

Sekian, Wassalam...

 
 
 




Monday, October 14, 2013

.: HAFIY Cucuk Tiga Bulan :.

Assalamualaikum....


Semalam bawak baby Hafiy pi klinik untuk cucuk tiga bulan,
Sat je dah besar anak ibu, 6.8kg dah berat dia,
Bambam dah, nak dukung pun bley tahan jugak lah,
Tak banyak ragam pun bila dok tunggu lama, yelah orang ramai,
Mai pulak lewat, kikiki terlewat bangun sebenarnya, sedar-sedar dah pukul 6.30pagi,
Firas pulak sekolah, mau tak jadi calicaplin nak siapkan dia,
Hubby kena anta pi sekolahlah sebab dah terlewat pak chaq dah pi dulu,
 
Masalah teknikal yang tak bley dielakkan, JAM tak bunyik sebab aku salah set time....
Ok, berbalik pada baby Hafiy, pas kene cucuk tu lelap terus mata dia,
Sian... petang tu dia dok merap sket, badan pun cam panas, so bagi dia ubat demamlah,
Pagi tadi pun cam panas jugak, standby bagi kat kakak ipar, manatau nanti makin panas pulak atleast ada jugak ubat nak bagi kat baby Hafiy,
 
Ok sekian je...!
Wassalam....bai
 
 


Saturday, October 12, 2013

.: Cerita Sepanjang Minggu :.

Assalamualaikum....

Salam sabtu semua.
Syokkan cuti, ditambah pulak kalau ada yang sambung cuti sampai Raya Haji, lagi syok. Aku???, mana bley nak amik cuti lagi, baru je masuk keje, ishhh...melampau la kalau camtu, bos aku awal-awal dah tanya "ang amik cuti raya dak?". "tak amik pun kan ke baru masuk keja". "ha tau pun kalau ang amik cuti jan harap aku nak sign". Bos aku ni walaupun mulut dia camtu tapi hati dia baik... Dia stail melawak kasar sket, kami semua dah paham sangat sebab selalu je dok  melawan cakap dia kikiko....tapi apa yang dia suruh buat kami buat. Tu yang dia sayang kat anak buah dia kot...kuikuikui... Aku cuti time raya haji tu je, sehari je.

Ok, perkembangan aku selama 4 hari keje...walaweiii... penat sangat. Tak tau la mungkin dah lama tak pi keja jadi lagu tu la. Badan ni jadi manja la pulak, kaki sakitlah, pinggang sakitlah, kepala sakitlah. Aih, macam-macamlah. Siap suh hubby urut kaki, lenguh bagai nak rak. Nak dok tahyat masa solat pun terkial-kiat. Takpe, perkara biasalah tu. In shaa Allah next week makin ok kot.


Alhamdulillah hasil mengepam pun amat memberangsangkan sepanjang minggu ni. Sehari keje dapatlah tiga botol bersamaan dengan 15oz. Kenyang baby Hafiy. Nampaknya macam nak kena upgrade je pam susu tu..kuikuikui...#bleytakhubby???.  Hafiy yang aku tinggalkan dengan kakak ipar aku pun tak buat masalah. Ok je, asal kenyang je dia tido. Pastu bangun  tido main sat, minum susu, dia tido balik. Hati pun tak risau sangat sebab yang mengasuh tu adalah daripada keluarga sendiri jugak. Takut jugak, sebab sekarang ni kan banyak kes pasal baby kat pusat jagaan kanak-kanak.

Ok, satu lagi bab, sepanjang minggu aku keje ni memang tak sempat langsung nak singgah kat blog korang. Masa tu cam padat sangat-sangat. Kat ofis pun hanya sempat nak jenguk sat je. Balik umah pulak dah pukul 7.30 malam, amik anak balik. Pastu siapkan makan malam. Selalunya beli je. Bagi makan siap-siap. Baru aku pulak bersiap nak mandi ke nak solat ke. Kalau tak buat macam tu kelaparanlah anak-anak aku. Tak pun abis dua-dua terlentok depan tv tanpa makan. Siap semua dah pukul 9 malam, barulah ada masa nak luangkan masa ngan anak-anak. Tu pun aku selit-selit gak ngan buat keje, tu nak prepare baju tuk bawak ke umah pengasuh soknya. So, kesimpulannya mungkin hanya weekend je aku bley jejak balik komen-komen korang.

Oklah, nanti kita sembang lagi. Nak siapkan anak-anak ni. Nak kuar jap...ermmm...ingat arini nak buat cheesekut ala-ala IntaNBerliaN tu...kikiko...

Sekian, Wassalam....


Friday, October 11, 2013

.: Manja Hafiy :.

Assalamualaikum...


Bila dia bangun je dari tido, takmo baring dah....
Nak suh orang angkat, dukung.... baru muka dia nampak PUAS,
Kalau tak, dok okekokek...situ lah....
Kadang-kadang time nak masak pun kena bawak pi dapur jugak,
 
Sekian, Wassalam....

 
p/s: masih belum sempat nak singgah BW kat blog kawan-kawan.... 
 
 
 


Thursday, October 10, 2013

.: Rajin Nau..... :.

Assalamualaikum.....





Kalau mai mood rajin camtulah, abis semua habuk dia lap,
memang bersihlah,
ringan sket keje ibu ye...kikiki...
pastu siap puji diri sendiri "adik rajinkan ibu, kengok (tengok) ni bersihkan?",
dia pelat "t",
ermmm...memang rajin, memang kena puji sebab sok-sok confirm dia akan lap lagi,
Haha!
 
Oklah bai,
 
Sekian, Wassalam...
 
 


Wednesday, October 9, 2013

.: Hari First Keje :.

Assalamualaikum....



Hari pertama keje - Apapun tak boleh!,
Pc rosak!, 
Melampau betul, kita cuti tiga bulan, dan dan dia merajuk,
Sakit terus.... erm, kita mai keje dia pulak masuk workshop,
Ermmm.... nasib badan, so kenalah tunggu adik-adik IT ni perbaik,
Nampaknya minggu ni mang jadi minggu suai kenallah ye, kikiki....

Hari ni hari kedua keje,
kena mintak gak laptop kat unit IT, sebab ada keje yang perlu aku buat,
Tak sabar dah nak tunggu IT perbaik, susah ati bila dok saja,

Oklah, babai tak dapat nak citer panjang-panjang,
Penat....tak ilang lagi ni.


Sekian, Wassalam....



p/s: sakit toi kaki ni, sebab lama tak ligan feri ngan bas.


Monday, October 7, 2013

.: Manjaku Baby Centre :.

Assalamualaikum...

Petang semalam, pi mencari breastpump kat Manjaku Baby Centre, Sungai Petani. First time masuk kat kedai ni... Ya Allah semuanya ada, rambang mata kau... tengok tu nak beli, tengok ni pun nak beli. Hai, mata.... tak bley, tak bley... sabar dulu. Ingat mai sini nak carik apa???. Kikiki, udah nak masuk keje baru kelam kelibut nak mencari benda ni. 


Manual Breastpump + 3 Ice pack + 4 biji botol + Cooler bag + bag autumnz

Ada je sebenarnya kat umah tapi, pump dia je, eksesori lain takde. Aku try amik yang satu set yang manual ni je. Nak ambik yang elektrik cam takut membazir pulak. Yela, takut hangat-hangat taik ayam je nak pump susu ni. Sebab masa yang 2nd baby pun aku tak penah pump susu tuk buat stok. Pi keje cam biasa, balik tu baru susukan. Tapi Ya Rabbi... nak sampai ke petang tu bley tahan jugaklah nak menanggungnya. Tangki susu penuh!. Yang baby pulak bila menyusu sampai tercungap-cungap. Banyak sangat susu yang kuar.

Kali ni ntahlah, in shaa Allah kot nak pump selalu. Takpe kita tengok dulu perkembangan minggu pertama keje ni. Kalau kata memerangsangkan maka akan request kat hubby tuk upgrade breastpump ni...ekekeke...
#bolehkansayang


Budak kecik ni asal pi berjalan je, mata dia celik elok je. Seronok sangat orang dukung dia pi merata. Ditambah pulak dengan riuh rendah si abang-abang dia ni. 

Disebabkan keluar pun dah pas asar, tu pun kena tunggu hubby abis tengok motor cubprix live kat tv. Nak pi pagi Firas sekolah pulak, sian nak tinggal dia pi berjalan. Dibuatnya pulak hujan lebat mencurah-curah, perut pun dok kreokkreok.... mintak diisi so, ke KFC la kita. Feberet anak-anak.



Baby Hafiy ni asik dok ushar chezy wedges je. Awat teringin ke?. Tak bley lagilah sayang, kamu kena minum susu je dulu. Tunggu besar sket nanti ibu bagi rasa ok... Teringat dulu masa mengandungkan dia chezy wedges nilah feberet aku....


Budak Fawwaz ni, letak-letak je pinggan ayam, terus dia ngap!. Tak toleh kiri kanan dah. 



Aip! tak bley makan lagilah... Susu cap ibu lagi sedap.


Sekian, Wassalam....