Monday, June 3, 2013

.: Khasiat Akar Fatimah :.

Assalamualaikum....

Korang penah tengok Akar Fatimah???,



Khasiat Akar Fatimah :

Info ni aku amik dari google, sebab aku pun tak berapa nak tau pasal khasiat akar fatimah ni. So, aku search  tuk tau lebih lanjut camana nak buat. Akar Fatimah ni aku dapat dari sorang akak yang baru balik dari umrah aritu. Pesan kat dia suh beli, tapi dia bagi ngan ikhlas hati. Alhamdulillah, terima kasih kak ani. 

***

Akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.
Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.

Cara nak minum:

1) Rendam masa dah dekat bersalin...jangan rendam awal sangat....tapi ada juga petua orang tua2 suruh minum masa kandungan masuk 7 bulan ke atas...

2) Ambik air rendam tue masukkan dalam botol untuk korang senang nak bawa pi hospital

3) Bila rasa nak bersalin minum la air tue ye...


KHASIAT AIR INI:

-Bagi mudah bersalin...dengan izin Allah juga...amin


Komen yang aku amik dari satu blog : 
As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Sekian, Wassalam....


9 comments:

  1. salam
    selamat pagi
    singgah pagi

    ReplyDelete
  2. wah byk betul khasiatnyer yer

    ReplyDelete
  3. Bagus ni ..semoga dipermudahkan.. emm makin berdebarkan...
    itulah Yati.. masa sekarang cukup cepat berlalu

    ReplyDelete
  4. Sy pernah tgk n dh pnh minum air die

    ReplyDelete
  5. Mak fiqah pun penah cakap akar fatimah ni bagus..mak siap ade simpan lagi yg mak minum masa nak bersalin dlu..huhuuu..

    ReplyDelete
  6. saya panggil " Genggam Fatimah". bila time dah dekat nak bersalin, memang asyik dok minuma ir rendaman dia je la..

    ReplyDelete
  7. penah gak dapat akar ni yati. tp nama tak tau pun.hehe. Penah guna gitu2 je la..

    ReplyDelete
  8. pernah dgr tentan akar ni. tapi tak pernah tgk live.hehe

    ReplyDelete

.: Terima Kasih Diatas Segala Komen-Komen U All! :-) :.
.: Jangan Lupe Singgah Dan Komen Lagi tau! :.
.: Nanti Saya Jejak U All Pulak, OK! :.