Thursday, April 11, 2013

.: MAKANAN IBU SEMASA BERPANTANG :.

Assalamualaikum....
 
Semasa berpantang, ada sesetengah makanan yang tidak boleh dijamah oleh ibu. Namun, makanan tersebut perlu diganti dengan makanan yang mengandungi zat yang sama supaya para ibu mendapat diet yang seimbang.
Wanita yang bergelar ibu dinasihatkan supaya mungkin dinasihatkan untuk mengambil makanan berkhasiat terutama yang mengandungi protein dan zat besi seperti daging tanpa lemak, daging lembu, ayam dan telur.
Perlu diingatkan bahawa telur mentah atau kurang masak seperti telur separuh masak yang sangat digemari di negara kita mesti dielakkan kerana ia mungkin mengandungi bakteria salmonela. Bukan itu sahaja daging perlulah dipastikan betul-betul masak dan tiada bahagian yang berwarna merah jambu atau merah. Pastikan airnya jernih, terutama apabila dipanggang atau menjadi sebahagian daripada makanan yang sedia dihidangkan manakala ketika berada di restoran, pesan supaya daging dimasak sepenuhnya dan elakkan ikan dan daging mentah seperti sushi dan ‘yee sang’.
 
DIET KHAS
Diet masyarakat Cina – Anda perlu makan pelbagai makanan yang ‘memanaskan’ badan. Ini termasuklah halia dan tonik tradisional yang dimasak dengan herba. Makanan yang disediakan dengan bahan itu dipercayai dapat memperbaiki pengaliran darah dan menguatkan sendi.
Diet masyarakat Melayu – Anda akan digalakkan memakan ikan segar seperti ikan haruan untuk menyembuhkan bahagian dalaman badan. Sesetengah ikan seperti ikan kembung dan lain-lain makanan laut seperti kerang, udang dan kerang mesti dielakkan kerana ia boleh menyebabkan alahan dan kegatalan.
Diet masyarakat India – Sesetengah sayuran jenis labu seperti lauki dan tori dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran susu. Daun sirih juga dapat membantu dalam penyusuan.


MAKANAN BERKHASIAT

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang semasa makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah memakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok untuk dimakan. Menurut pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang.Tetapi sejauh mana kebenaran hal ini masih belum dapat dipastikan lagi. Namun perkara yang jelas ialah mengamalkan pantang semasa makan selepas bersalin akan membuatkan kaum ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu untuk ibu-ibu bersalin, antaranya dengan cara pemasakan yang berbeza, misalnya dipanggang, direbus atau dikukus.

Sementara itu lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah perisa-perisa yang dapat membangkitkan selera makan kaum ibu. Selain itu, ulam-ulaman seperti pegaga (Centella Asiatica), kunyit (Curcuma Domestica), halia (Zingiber Officinale), cekur (Kaempferia Galanga), mengkudu (Morinda Citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan mereka di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang-orang tua, buah mengkudu (Morinda Citrifolia) jika dimakan mentah-mentah ianya mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara memakannya ialah dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar.
 
Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya 'Flatulence' boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang berasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Institut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu dengan individu yang lain.

Info ni aku amik kat SINI.
 


17 comments:

  1. betul tu, very gd sharing !

    ReplyDelete
  2. kalau wantie kan, memang extreme. memang tak de tolak ansur punya. kalau dia kata yang tu yang tu la. jgn nak ngelat bagai. hahahaha..

    ulam cekur tu saya suka. kalau tak dalam pantang pun saya balun.

    ReplyDelete
  3. Pada kakak lebih baik berpantang. Makanan org berpantang pun sedap apa lagi macam ikanbakar, sup, cekur dan sebagainya tu..

    ReplyDelete
  4. bersedia dari awal yati. pantang kat ne nnt?

    ReplyDelete
  5. info yg sgt2 berguna.boleh dijadikan rujukan nie :) thanks yati atas perkongsian ini :))

    ReplyDelete
  6. dalam pantang ni memang kena jaga rapi, nama pun pantang :)

    ReplyDelete
  7. lps bsalin la waktu y penting bg pompuan..sbb tu kna bpntang..klo nk bntuk body pon, time ni la

    ReplyDelete
  8. SEKSA MS BERPANTANG SBB BYK MAKANAN TAKLEH MAKAN..HARI2 MAKAN,SUP AYAM,IKAN BILIS DGN HALIA JER..HUHU

    ReplyDelete
  9. teringat pulak masa berpantang dulu..

    ReplyDelete
  10. bagus ni.... memang wajib pantang untuk kesihatan diri sendiri... huhuuu

    ReplyDelete
  11. insyaallah akan meraSAI suatu hari nanti..hihi

    ReplyDelete
  12. perlu pantang la kan. untuk kesihatan diri sendiri jugakkan

    ReplyDelete
  13. orang cina pun nak jaga kesihatan dia jugak..

    ReplyDelete
  14. anak yang first, mak tak galakkan sangat berpantang...suruh cuba semua...

    ReplyDelete

.: Terima Kasih Diatas Segala Komen-Komen U All! :-) :.
.: Jangan Lupe Singgah Dan Komen Lagi tau! :.
.: Nanti Saya Jejak U All Pulak, OK! :.