Thursday, January 31, 2013

.: Fawwaz : Free Diapers :.

Assalamualaikum....

Perkembangan Fawwaz setelah umur dia mencecah 3 tahun. Sudah semestinya mulutnya semakin becok. Orang kata 'A' dia dah bley jawab 'A, B, C......'. Tanya soklan jan katalah, agak penat jugaklah nak menjawabnya. Kadang-kadang tanya tu berulang kali, nak tak nak kena jawab jugaklah. Sampaikan tok mie dia pun tak larat nak menjawab. Terlebih akal pulak.

Sekarang ni tengah ajar dia tuk 'free diapers'. Dah pandai cakap so, kena latih dia tuk bagitau bila dia nak kencing atau buang air besar. Setakat ni alhamdulillah, dia dah pandai bagitau dah tahan kencing sebelum sampai ke bilik air.

Mula-mula tu agak kerap jugaklah pi bilik air. Sat sat nak kencing, sat sat nak kencing. Padahal sikit je pun kencing dia yang keluar. Takpe yang penting dia pandai nak bagitau. Pakai diapers pun hanya waktu dia tido je, takut terkencing kat tilam.

Cume ada satu malam tu dia kata nak tido so, dia kata "buu... nak kai pers (pampers)". Aku kata kat dia takpe tidolah dulu nanti ibu tukar. Dah tido tu, bley pulak aku terlupa. Nampak dia tido tertonggeng. Ingatkan takde pe. Bila kalih je, "Ya Allah! adik kencing!". Sib baik lah dia tido kat tilam baby dia masa kecik-kecik dulu. Selamat!, tapi jenuh jugaklah nak mencuci malam-malam. 




"saya tak pakai pempers dah!".


.: Salindah :.

Assalamualaikum.....

Korang penah dengar tak produk SALINDAH ni?,
Sebenarnya, aku dah try amalkan start pregnant anak pertama lagi,
Tu pun dapat info dari kawan. Dia bagitau produk ni ok,

Bila dah try, ermm, so far ok lah. Bila kita makan set ni, badan tak rasa letih, sentiasa bertenaga, sakit-sakit belakang pun kurang, kurang loya-loya ngan muntah, 

picture amik dr salindah.com.my.

Yang ni set dia dari pregnant sampai bersalin. Masa first mengandung aku beli satu set, tapi tak abis guna pun sebab masa tu aku kan bersalin operate.

So, second time pregnant aku beli satu-satu je, sebab takut operate lagi, tapi alhamdulillah bley bersalin normal ngan jayanya! hihi...

Aku bukan nak promote produk ni ye, cuma suke-suke nak share apa yang aku penah amalkan masa pregnant.

Ok, ni kelebihan setiap produk Salindah sepanjang pregnant sampailah bersalin;









Kalau korang nak tau info yang lebih lanjut bley lah search kat web SALINDAH



Sekian, Wassalam....

Wednesday, January 30, 2013

.: # 55 : Wordless Wednesday : Ada Hantu! :.

Assalamualaikum....

Ada Hantu????
Ye ke???
Mana dia???
Tuuuuu!!!!


Hantu Selubung!




Sayalah hantu tu aka Muhd Fawwaz!
Kahkahkah!


Sekian je!





.: # 54 : Wordless Wednesday : Nasi Kerabu :.

Assalamualaikum...



Alhamdulilah, dapat jugak makan Nasi Kerabu,
Hihi, asik tengok kat blog orang pasal nasi kerabu je, Terliur pulak,
Sib baik carik kat pasar malam ada,
Selamat lah kau tekak!



Tuesday, January 29, 2013

.: Pemenang Pengundi Bertuah Kategori Saguhati

Assalamualaikum...

Dapat hadiah lagi!,
Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan pada Myra,
Hadiah dah selamat diterima pada hari ahad,
Dapat hadiah sebab aritu tolong vote kat dia,
Dia ada join satu contest,




Dapat lipstik dan mask, so pasni bley guna!,
Beshnye! Tq sekali lagi Myra!.

Sekian je!, Wassalam....


.: Ladang Anggur, Beris :.

Assalamualaikum....

Aritu masa pi jalan-jalan kat Sik, Kedah, kakak ipar ajak pi Beris Lake Vineyard (Ladang Anggur Beris). Saja jalan-jalan cuti mata. 

Besar jugak ladang dia, tapi tak masuk dalam pun, just ronda-ronda kat luar tu. Time kami pi tu panas yang amat. Terik betullah, masa tu area pukul 3.00 petang kot.




Belakang tu adalah Tasik Beris, siap bley naik bot tau kat situ. Luas jugak tasik dia. Masa kami pi tu ada 2, 3 bas sekolah, maybe rombongan sekolah la tu. Awal-awal tahun pun dah buat program kat luar ye, aktif betul.


Anak-anak aku pantang jumpa playground, mang tempat tu yang first dituju. Gila main!. Main punya main si Firas ni pulak terlebih main, orang main kat atas, dia dok main kat bawah tempat mainan ni, sekali silap bangun kepala dah terantuk kat besi. Menangislah, sakit!. Tengok kat kepala dia ada segaris luka. Sib baik tak kuar darah yang banyak. Tu pun jenuh nak pujuk. Asik dok merengek je. Yela sepagi dah melompat kat kebun buah. Penat lah. Time kena pulak matahari tengah terik pastu ngan peluh lagi, pedihlah luka dia tu.


Tengoklah muka Firas, dok merengek tahan sakit. Asik dok berkepit je ngan aku, takmo main dah. Lastly balik je la.

In Shaa Allah lain kali kalau ada masa nak pi lagi. Tak puas pulak jalan-jalan kat sini.

Sekian, Wassalam.




Monday, January 28, 2013

.: FELINNA :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah beli dah FELINNA,
Sebelum ni dok dengar orang pakai berkesan kan?,
So, teringin jugaklah nak try, betul-betul berkesan ke?,

Lagi pulak member sendiri yang jual, RM50 je!
Manalah aku tak rembat, sebab harga kat pasaran pun lebih kurang RM75,
Kira dah jimat RM25,

Hihihi, tak sabar pulak nak pakai,
Preparation untuk masa dalam pantang sok In Shaa Allah,

'


Sekian, Wassalam....

Sunday, January 27, 2013

.: Kome Nak Tak ?!! My 2013 # 1 Give Away :.

Assalamualaikum....



Nak join tak?, Nak join tak?
Jomlah!,

GA ni dianjurkan oleh kuazue.blogspot.com,
Syarat penyertaan dia senang je,
Rugi kalau tak join!

Tarikh tutup adalah pada : 31.1. 2013


Sekian je! Wassalam....




.: Hidangan Tengahari! :.

Assalamualaikum...

Siap memasak tuk makan tengahari,
Masakan yang simple!,
Sup Ayam, Tempe Goreng ngan Ikan Bilis Goreng!.
Alhamdulillah ngan rezeki yang Allah berikan arini.



Sekian, Wassalam....

Friday, January 25, 2013

.: Doa Untuk Menghindarkan Diri Dari Sihir :.

Assalamualaikum...

Nak share cara cutuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari In Shaa Allah, Allah akan melindungi kita amin... ;

1. Baca doa berikut:



2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.

Sekian, Wassalam....

.: RENUNGAN JUMAAT :.

Assalamualaikum....




✿~ Seseorang yang sentiasa TERSENYUM RIANG di hadapanmu, ketahuilah kadangkala dia sering MENYAPU AIR MATANYA tatkala sendirian..

✿~ Seseorang yang sentiasa MENYUNTIK KATA-KATA SEMANGAT dan PERANGSANG kepadamu, ketahuilah kadangkala tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang RETAK SERIBU..

✿~ Seseorang yang sentiasa KELIHATAN KUAT di hadapanmu, ketahuilah kadangkala dialah yang sentiasa MENGADU LEMAH di hadapan Penciptanya.

✿~ Seseorang yang KETAWANYA menceriakan harimu, ketahuilah kadangkala tatkala itu dia sedang MEMBALUT LUKA di dadanya..

p/s : sentiasa cuba untuk BANGKIT, cuba untuk KUAT, cuba untuk KEMBALI, cuba untuk TABAH dan yang pasti MAMPU untuk kembali GEMBIRA DAN BAHAGIA seperti insan lain..♥♥




Thursday, January 24, 2013

.: 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW :.

Assalamualaikum...
&
Salam Maulidur Rasul!,


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT


Sumber : Facebook


Wednesday, January 23, 2013

.: Kutip Buah :.

Assalamualaikum...

Ari ahad aritu kitaorang pi Sik, Kedah. Pi umah mentua kakak ipar. Diaorang ajak pi kutip buah langsat. Hubby pun free, Firas pulak tak sekolah kan, so pi lah jalan-jalan ke Sik.

Kitaorang keluar dalam pukul 8.30 pagi. Sampai sana area kul 10.00 pagi. Besh jugak Sik ni. Mang kampung betul-betul kampunglah. Rumah bawah bukit. Kebun punyalah luas. Macam-macam buah ada tapi yang banyak buah dia masa kitaorang datang tu buah langsat ngan rambutan lah.


Possing sebelum masuk kebun hihi....


Buah langsat. Aku tanya kat Firas.
"Firas ni buah apa?".
"Buah mata kucing la ibu".
Hahaha! semua pakat gelak. Ayah dia suke beli buah langsat, yang tu la dia selalu makan.
"Bukan buah mata kucinglah, BUAH LANGSAT".

Sian kat anak aku, buah langsat pun tak tau. Nak kena buat lawatan pi Kebun Buah-buahan lak pasni kot. Nak bagi pengenalan tentang buah-buahan tempatan. hihihi....


Husband kakak ipar yang panjat pokok langsat ni. Pokok kecik n kurus je tapi buah dia punyalah banyak.


Aku tukang arah Firas tuk kutip buah yang jatuh kat tanah. Ha lah... ada anak kene tolonglah. Sebab dia terlalu excited nak kutip buah. First time kutip buah langsatlah katakan.





Dapatlah seguni buah langsat.  So, nanti kami bahagi dua. Tu pun aku rase tak larat nak makan. Hubby pun makan tak banyak sikit je, mau tak mau nanti aku pulak kena perabis semua tu. 





Tuesday, January 22, 2013

.: Sambut Besday Fawwaz :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sabtu lepas kami satu famili sambut besday Fawwaz yang ke 3 tahun,
buat kecik-kecik je, tak jemput orang pun sebab budget pun ciput je hihi.... 

Pagi tu pas Fawwaz bangun tido ayah dia bagitaulah,
"arini besday adik tau.... hepi besday!".
Dia senyum je, pastu dia tanya " na kek?". Opssss! Hihi....
Kedai kek pun tak bukak lagi sayang oiiii.....

So, petang tu kami just beli kek ngan KFC je, sebab dak kecik ni suke sangat makan KFC,
Asik-asik KFC je... takpelah yang penting anak-anak hepi.





Selamat Hari Lahir Fawwaz!


Tiup!, fuuuuhhhhhh...... macam nak terkeluar semua air liur.... hihi




Alhamdulillah syukur, semoga anak ibu jadi anak yang baik satu ari nanti. Amin....

haryati: pas umur dah masuk 3 tahun ni akal dia semakin banyak pulaklah...sampai pening kepala nak layan.



Monday, January 21, 2013

.: PEMENANG TEKA DAN MENANG III : Blog Sepet :.

Assalamualaikum.... 

Arini lambat sket nak update,
Sebab weekend lepas sanagt-sangat bizi,
Nak BW pun tak sempat lagi, 
Ada lagi komen yang aku tak publish sebab aku tak sempat nak terjah blog kawan tu,
Kalau aku publish jugak mang aku lupa nak terjah si pengomen tu lah,

Ok, lah nak citer pasal tajuk entri arini:

Alhamdulillah, first time menang peraduan yang SEPET  anjurkan,
Yeye! besh sangat,

Soalan dia senang je,
"Tahun ni Sepet suka kaler apa?",

Tapi tulah, nak tau dia suka kaler apa tu cam payah je kan?,
Tapi just suke-suke teka,
Tak sangka pulak betul,
Mang rezeki aku leeerrr.... hihihi...

So, tahun ni Sepet suka kaler "KUNING".





Dan hadiah pun dah dapat, cepat kau, Sepet pos!



Ni lah hadiah dia, bley buh duit, bley buh handset, ada 3 ruang kat beg comel ni, nak buh macam-macam pun bley,

Terima kasih Sepet!


haryati : arini cuti coz pi checkup, jadual sepatutnya ari ahad tapi kedah ahad baru ni kan cuti hari keputeraan sultan kedah so, ganti checkup ari isnin.

Saturday, January 19, 2013

.: Selamat Hari Lahir : Muhammad Fawwaz Firdaus :.

Assalamualaikum.....


19.1.2010 - 19.1.2013,
Hari ni hari lahir anakku,
Muhammad Fawwaz Firdaus yang ke 3 tahun,
Cepat sungguh masa berlalu, 3 tahun dah ye dak kecik ni,
Cakap pun dah potpetpotpet,
Sejek-sejak dia pandai cakap ni,
Macam-macam keranah,

Ibu doakan semoga anak ibu ni menjadi anak yang baik, 
Dengar cakap ibu dan ayah, sihat selalu ye,
Ibu ngan ayah sayang sangat kat Fawwaz!


p/s: tengah plan nak celebrate kat mana besday dak kecik ni,



Friday, January 18, 2013

.: Wirid Wanita Hamil :.

Assalamualaikum....



Tq to My BFF @ Farah, atas hadiah ni,
Banyak sangat isi yang berguna dalam buku comel ni,
In Shaa Allah akan diamalkan sepanjang tempoh ni.

 

p/s: Semalam tak sempat nak BW sebab sakit kepala.....so, In Shaa Allah arini akan terjah blog korang ye!

Thursday, January 17, 2013

.: PUTU MAYAM :.

Assalamualaikum....



First time makan PUTU MAYAM, tu pun pas terbaca kat entry INTAN BERLIAN @ Ina yang share citer pasal Putu Buluh. Tetiba je rasa nak makan, padahal sebelum ni ada je makanan tu dijual kat pasar malam, tapi disebabkan tak terlintas nak beli dan makan, makanya tak belilah. Cuma jeling-jeling n pandang-pandang je kat Putu Mayam tu.

Bila dah makan, ermmm...sedap jugak rupanya PUTU MAYAM ni ye... Puas hatilah dapat makan. Lepas ni bley beli lagilah ye... hihihi...



.: Kat Sini Pun Kau Nak Buat Sarang? :.

Assalamualaikum...



Dah takde tempat lain kot nak buat umah, kat umah aku jugak ko nak buat sarang ye?. Nak kena bayar sewa ni gamaknya.
Aritu dengar jugaklah bunyi burung, ingatkan mang saja dia dok terbang sana sini. Rupanya dok usung rumput masuk umah nak buat sarang. Firas yang perasan kata ada sarang burung. Bila aku tengok. A'ahlah dia dah buat umah kat tingkap dapur umah ni. 

Nampak sangatlah cam aku ni malas nak kemas umah, sampaikan burung pun bley buat sarang kat dalam rumah..... KAHKAHKAH! 
Bila dah tau ada sarang burung tu, aku tak sampai ati pulak nak buang, kesian pulak kat burung tu. Walaupun mulut ni potpetpotpet, tapi still ada jugaklah perikemanusiaan. So, sampai sekarang burung ni dok ngan kami. Dah jadi cam famili pulak kikiki....