.:: Sahabat Blog ::.

Thursday, August 30, 2012

.: Cerita Raya # 4 :.

Assalamualaikum....



Seronok betul ada baby kan?,
Lagi pulak baby segera kan?,
Cam nak curik bawak balik je....,
Geram tengok,
Ni anak buah aku yang ke 3,
Boy jugak,
Maknanya cucu nenek kelima-limanya adalah lelaki,
Bila nak pecahkan rekod ni?,
Rekod masih dipegang oleh cucu lelaki,
Tak bley jadi ni....,



Ni anak adik aku yang last baru je 4 bulan,
Nama dia Muhammad Fadzil Haris,
Si Fawwaz ni pulak suke sangat ngan baby kecik,
Dia pun kalut nak pegang jugak,
Siap mintak kat aku lagi "buuuu, nak gang....",




Wednesday, August 29, 2012

.: Cerita Raya # 3 :.

Assalamualaikum...

Orang kata "malang tak berbau". Itulah yang jadi kat kitaorang masa raya ke3. Konon-konon nak makan GCB, kat Mc Donald Kuala Selangor. Alih-alih lain pulak jadinya. Jammed yang amat, kalau kereta jalan pun slow sangat. Tengah dok berangan, tiba-tiba hubby buat kalut. "temperature naik!". Aku pulak masa tu cam blur-blur. "pasal pe ni????". Hubby u-turn lah kat jalan sebelah, sebab jalan menghala ke Tanjong Karang tu tak jammed. 

Parking je kereta kat tepi jalan tu, hubby terus bukak bonet depan. Berasap!. Tapi hubby tengok air ada lagi, tak kering pun. Pelik!. Nak balik kampung aritu dah servis dah kereta. Call adik. Adik aku kan pomen kat bengkel kereta, apalagi call suh mai tengok lah, sib baiklah umah mak mertua dia area tu je.


Punya panjanglah jammed dia, tak sampai pun sekerat jalan nak pi Kuala Selangor,
Adik kate ada eksiden kat depan tu, ermmm...patutlah jammed.



Hubby yang kepanasan sementara nak tunggu adik ipar dia mai,
Masa area kul 3.00 petang,
Aku pulak tak bley nak pi mana sebab sikecik ni tido,
Nak letak kat seat belakang, confirm satgi dia mengamuk,
Sebab baru je tido. So, aku bley snap picture dari dalam kereta je la.




Bila adik aku mai tengok, betullah air kering. Mungkin dia punya saluran tu tersumbat. Pas isi air, start enjin alhamdulillah ok balik kereta. Selamatlah kitaorang tak pi berjalan ke KL, ingat nak pi lah sebab lama tak cuci mata kat KL, lagi pulak umah mak su hubby ada kat KL bley singgah sekali. Tapi hati ni rase berat je, cam takmolah...KL kalau cuti-cuti camni kan dipenuhi oleh warga-warga asing. 



Tuesday, August 28, 2012

.: Hanif Idrus Segmen Menerjah :.

Assalamualaikum...

Macam lama je tak join segmen hihihi...
Ni ada segmen by Hanif Idrus,
Nak join?
Jomlah!


Untuk menyertai klik je kat banner tu,
Sama-samalah kita support rakan blogger ye,
Manatau dapat mengeratkan lagi ukhwah,
Walaupun tak pernah jumpa,
Tapi, ada jalinan yang erat dialam maya!.

Tarikh tutup : 30 September 2012
Aku tag semua sahabat yang singgah kat blog ni!


.: Cerita Raya # 2 :.

Assalamualaikum...

Bila dah jumpe geng, umah nenek bley terbalik lah,
Main dari pagi sampai ke tengah malam takmo tido-tido,
Rehat sat minum, makan,
Sambung main pulak,


Malam tak bley main kat luar, so mainlah apa yang ada,
Abis bersusun semua kusyen nenek,
Nenek pun tak bley nak kate pe,
Yang balik ni pulak orang jauh kan,
Hahaha, balik pun sekali sekala, 
Buatlah apa pun asalkan umah nenek tak roboh,



Masa ni dah gadoh dah, yela main seronok-seronok, bila tak sekepala,
Merajuklah takmo main.
Lumrah la tu... budak-budak kan?,
Pastu elok balik lah.



Monday, August 27, 2012

.: Cerita Raya #1 :.

Assalamualaikum...

Sepanjang seminggu ni mungkin penuh ngan cerita raya, korang jangan meluatlah ye. Tahun ni raya kat umah mak lagi kat Tanjong Karang, Selangor. Kalau ikutkan turn Tikam Batu, Kedah. Tapi, mak mertua baik hati suh kami balik Tanjong Karang. Ada hikmah jugak aku balik raya tahun ni sebab mak sorang-sorang je. Adik yang last tu kat umah mak mertua dia, kate je tahun ni raya kat umah mak, tapi sampai ke malam raya batang idung pun tak nampak. Takpe lah. Kakak ngan adik yang 2nd pulak tahun ni mang giliran umah mertua. 

Bersyukur jugak sebab kami dapat gembirakan hati mak di pagi hari raya. Apatah lagi ngan kerenah anak-anak aku, yang macam-macam tu, meriahlah sikit. Kalau tak mesti mak sedih. Tu lah bila difikirkan balik, kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan sebab DIA lebih mengetahui.

Macam biasa kalau hari raya mak mesti masak macam-macam, ada ketupat, rendang ayam, rendang daging, ayam masak merah, ayam masak kicap, kuah kacang. Semua tu makanan kegemaran anak-anak dia.






Makku yang tersayang....


Ni je la gamba yang sempat kami amik di pagi raya sebab kami je yang ada, so tak banyaklah gamba.


Jom merempit di hari raya...merempit cara yang tersopan sekali ye...


Alhamdulillah tahun ni sempat jugak beraya ke rumah saudara mara yang terdekat, walaupun asik hujan je. Cuaca tak menentu kan?. Duit raya pun dah disumbangkan kat insan-insan yang terpilih hahaha...mestilah, yang dahde kerjaya sendiri tu aku tak bagilah, korang dah mampu nak sara diri sendiri. Bagilah peluang kat budak-budak, atleast dapatlah diaoarang kumpul duit raya.



Sunday, August 26, 2012

.: Salam Syawal :.

Assalamualaikum...

Hihi...lama tak update cerita,
Apa khabar korang semua,
Besh ke raya?,
Mestilah besh kan?,
Setelah penat sebulan berpuasa kan?,
Ibadat tu, bukan puasa semata-mata tau,
Semoga ibadat  puasa yang kita jalani tu mendapat keberkatan dariNya,
InsyaAllah,
Selamat Hari Raya!.

Bila dah seminggu cuti raya ni,
Ishh...liat le pulak nak pi keje sok hehe...
Tapi dok umah pun busaan gak...
Adalah baik aku keje,

Tak dapat nak BW kat blog korang buat masa ni,
Internet ni kalau ujung bulan slow sket... limit dah abis,
So, tak bley nak buat pe...ni nak update pun berejam nak loading.




Monday, August 20, 2012

.: Hari Raya Pertama 2012 :.

Assalamualaikum... dan Salam Aidilfitri...

SELAMAT HARI RAYA,
MAAF ZAHIR DAN BATIN,
IKHLAS DARI HARYATI, FAIZAL, FIRAS & FAWWAZ.


Saturday, August 18, 2012

.: Tak Penah Tengok Ketupat! :.

Assalamualaikum...

Malam tadi sibuk tolong mak anyam ketupat. Budak kecik Fawwaz ni cam jakun sangat. Tak penah tengok ketupat, sebab masa balik raya tahun lepas dia kecik lagi. So, tak tau apa-apa. Bila balik kali ni, terbeliak mata dia tengok orang anyam daun kelapa yang muda, bila siap jadilah ketupat yang cantik!.(ketupatyangcantiktuakulahyangbuat).



Yang tak tahannya, siap bawak tido kau!. Isshhh...tak bley nak kata apalah....



.: Kat Kampung Dah! :.

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, semalam kami sampai kampung dengan selamatnya. Jalan pun tak jem, sebab kami lawan arus. Kalau diaorang yang balik utara, mang jem jugaklah, kereta pun slow je. Kami bertolak kul 7.40 pagi. Konon-kononnya nak balik pas sahur, takde maknenya... Malam sebelum tu kami tido lewat dah sebab keluar beli seluar diaorang ni. Balik tu kemas baju yang nak dibawa balik ke kampung pulak. Pukul 1.00 pagi baru nak tido. Pukul 4.30 pagi dah kene bangun nak siapkan juadah tuk sahur pulak. Juadah? apalah sangat, kalau sahur nasi ngan telur goreng pun dah cukup. 

Pastu aku tak tido dah, mata ni punyalah mengantuk. Tanya hubby nak balik kul berapa?. Hubby kate kul 7.00pg, tau sangatlah... nak sambung tido balik la tuuuu. Aku pun kemaslah apa yang patut. Sudahkan lipat baju yang dua bakul tu, pastu sapu umah siap-siap. Kemas dapur, basuh periuk, kuali. Nak balik kampung seminggu kan. Tengok jam dah dekat kul 6.30pagi, lupakan je lah hajat nak tido sekejap tu. Mandi siap-siap, kejutkan budak-budak ngan mandikan diaorang. Sumbat barang-barang dalam kereta, check balik setiap sudut umah sebelum nak keluar, pastu go!go!go! balik kampung!. 





Hubby sungguh dengki ngan aku, mentang-mentanglah aku tak bley pose, pandai dia pujuk aku, suh drive. Tak larat sangatlah konon. Takpelah demi hubbyku yang tercinta, aku drive lah dari Tapah sampai Tanjong Karang. Bila aku drive sendiri baru lah aku nampak jalan. "eh, bila pulak ada jambatan kat sini?". Hubby jawab "memang jambatan tu ada kat situ lah, tu lah bila orang drive asik berangan je". Hihihi....nampak sangatlah sebelum ni  aku amik tak kisah sangat apa yang ada sepanjang jalan nak balik kampung tu.




Thursday, August 16, 2012

.: Tak Sabar Nak Balik Kampung! :.

Assalamualaikum...

Arini mood keje mang kelaut,
sebab sok dah cuti,
Hati ni dah dok kat kampung dah,
Siap berangan wat ketupat lagi.

Sok nak balik kampung tapi apapun tak kemas lagi,
Baju pun tak packing lagi,
Ingat malam ni nak keluar lagi,
Ada lagi yang tak cukup, hihihi...

Biasalah tu...selagi tak raya, selagi tu lah tak abis beli,
Sempatlah balik tu nak kemas barang ngan lipat baju dua bakul tu,
Hah! confirm malam ni tido lewat, tak pun tido tak lena!,
Teringat maaakkkk.....
Mak! oh Mak!, tunggu ye anak mak ni balik,


.: Hari Last Keje! :.

Assalamualaikum...

Yey! arini last keje,
Sok ai dah cuti, nak balik kampung,
Terima kasih banyak kat Puan Nini sebab dah mendengar rintihan hati ni,
Yang nak tambah cuti sehari lagi, hihihi...
Cuti dah lulus so, pas subuh ari Jumaat bley balik kampung!!!!
Dikesempatan ni aku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin" kepada sabahat-sahabat blog aku,
Sayang korang semua,
Doakan perjalanan kami selamat ye!, 
Korang pun sama ye!, Berhati-hati dijalan raya!.




Wednesday, August 15, 2012

.: # 36 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...


Hasil langsir yang aku jahit sendiri, walaupun simple je, tapi takpelah kan. Bley gak tutup pintu cermin aku ni.


Tuesday, August 14, 2012

.: Menu Bukak Pose Ahad Lepas :.

Assalamualaikum...

Oleh kerana hubby takmo makan nasik so, aku kena cari menu selain daripada nasik. Masaklah spageti, yang ni pun mudah jugak sebab aku beli je kuah dia yang kat dalam tin tu, cuma aku tambah sosej ngan ayam kisar je. Siap!. Bukannya malas tau, cuma nak kan makanan yang ringkas masa bukak pose dan takmo membazir ok.


Menu tambahan, cucur ubi kentang. Tak penah takde kalau weekend, sebab weekday aku bukak pose kat umah mak mertua aku, so aku tak masak lah, beli je. Weekend je aku masak tuk family. Alhamdulillah, tahun ni setiap kali hari cuti aku mesti masak tuk bukak pose. Adalah sikit peningkatan berbanding tahun lepas. Hihihi... mungkin sebab adanya meja makan baru kot...ahaks!.




Sup ayam semalam. Ada lebih, aku ratah sorang-sorang, buh pulak sambal kicap. Sodap!... Sayang nak buang, sebab tak basi lagi.


Budak ni makan tak ikut aturan, ikut suke dia, semua dia nak buh kat pinggan.


Budak ni pulak, makan sampai 3 kali tambah, sebab siang dia tak makan sangat. Dia makan biskut ngan minum air je. Konon puasa sekali lah. Bila bukak pose baru makan sunggug-sungguh!. Takpelah, ajar pose sket-sket.



Monday, August 13, 2012

.: Berbuka Puasa Bersama Family Mertua :.

Assalamualaikum...

Sabtu lepas kami semua berbuka puasa ngan adik beradik hubby, diaorang mang dah plan seminggu sebelum hari raya nak berbuka puasa bersama-sama. So, aritu bawaklah sorang sikit juadah tuk bukak puasa. Kami bawak kuetiau sup je, yang tu mudah dan senang nak sediakan. Lagi pulak bila time bukak pose bukan bley nak makan banyak-banyak. Cukuplah yang ringkas je.

Kami semua berkumpul kat umah Kak Fizah @ kakak hubby. Rumah dia dekat je ngan umah kitaorang, tak sampai 5 minit dah sampai umah dia, hihihi... So, pukul 7.00ptg baru kuar umah.



KFC ditaja oleh Abang Lan ngan Kak Yati @ abang hubby.


Alang-alang dah semua berkumpul, diaorang buat sekali sambutan hari lahir anak abang Lan yang kedua. Siap beli kek angry bird lagi.



Budak kecik ni awal-awal lagi dah melantak ayam KFC ni.



Aku lah  tu...hihi, tu je yang hubby aku dapat snap  gamba, tak sempat amik banyak-banyak sebab aku pun sibuk melayan anak-anak. Sat nak makan tu, sat nak makan ni. Dah amik, takmo makan pulak. Eiii....Geram!. Sabo je lah!



Saturday, August 11, 2012

.: Shopping Tudung :.

Assalamualaikum...

Malam tadi pas bukak pose, kami pi jalan-jalan kat Bazar Sungai Petani (dekat ngan jam besar tu). Ramai sungguhlah manusia. Nak parking pun satu hal, sib baik nasib kami baik, ada gak orang nak kuar masa kami sampai tu, parking tepi jalan je hihihi. Malam-malam polis tak jaga.

Niat hati satu je, nak carik tudung, sebab aku dah cari kat Bazar yang kat KOMTAR tu, takde pulak kaler yang aku nak. Yang aku ni pun satu, nak carik tudung tak bawak baju. Cume ingat-ingat je kaler apa baju tu. Tu yang susah, satgi beli tak match pulak. Lastly, "tak jadiklah baik pi kat SP je". Sebelum balik keje tu dah sms siap-siap kat hubby, hah lah...nak amik ati nak suh antar kat bazar tu, hihihi. 

Alhamdulillah kaler tudung yang aku carik tu ada. Tapi mang rambang matalah, cik kak oiii!. Tudung cantik-cantik. Rase cam nak beli je banyak-banyak tu. Gila mang gila harga pulak bley tawar-menawar dan sangatlah berpatutan. Tu yang aku rembat gak 3 helai tudung. 

Korang yang tak pi lagi tu pi lah kat Bazar tu, sume ada. Pi awal sebab parking susah sket. ok! 





Friday, August 10, 2012

.: Bagaimana Nak Tambah Iman Kepada Allah? :.

Assalamualaikum....

Email ni aku dapat dari member, so tak salah kalau aku share ngan korang semua,
tuk tatapan arini.
Renung-renungkanlah! Dan selamat beramal!


Thursday, August 9, 2012

.: Terlupe Lagi! :.

Assalamualaikum...

Napelah asik terlupe je! Makan semut banyak sangat kot. Hihihi...kali ni lesen memandu pulak. Masa aku nak photostat kad pengenalan (nak daftar Firas skola darjah satu, cikgu tu nak pulak slip gaji ngan no.k/p mak bapak). Tergerak ati pulak aku nak check lesen memandu, yang aku ingat mang expired bulan Ogos, tapi tak ingat berapa haribulan.



Bila aku check tengok, "mak ai, 2hb Ogos 2012, expired dah!". Berapa ari dah aku bawak kete gune lesen expired. Siap amik Firas skola ngan pi Tesco dengan jayanya lagi tu!. Nasib baiklah takde roadblock, kalau tak naya je, tapi diaorang jarang tahan wanita yang bawak anak-anak ni, sebab tak sampai ati nak tahan kot, mesti lepas je lah. Aku kan dalam kategori wanita yang baik-baik kihkihkih...



So, masa rehat tu aku pi renew kat Pejabat Pos, satgi nak balik susah ati pulak. baik terus pi buat baru. Lama gile aku tunggu turn, punyalah ramai orang, naik sakit pinggang-pinggang aku ni dok tunggu. Masa aku masuk tu nombor dia 2127, nombor aku pulak 2158. Punya jauh kau. Siap aku dah hafal dah nombor tu. Padahal buat sat je, nak tunggu tu yang berejam. Takpe lah nak tak nak kene buat gak kan. Tunggu besday aku tahun 2014 pulak tuk renew lain, hihihi...aku rase aku akan lupa pulak tarikh expired tu, 2 tahun tu. Kene buat reminder siap-siaplah gamaknya!




Wednesday, August 8, 2012

.: Giveaway Raya Untuk Semua :.

Assalamualaikum...

Firstly, terima kasih kat fahz sebab tag blog Memori Terindah! tuk join contest ni!,
Nak join jugak?, ada masa lagi sebab tarikh tutup dia 9 Ogos 2012,


Kalau nak join ngan nak tau syarat penyertaan Klik je kat banner tu ok!,
kalau rajin klik jugaklah kat link ni.

aku tag semua yang baca entry ni!




.: Akaun Nuffnang Berwajah Baru Ke? :.

Assalamualaikum....

Aku baru tau akaun NUFFNANG ni dah tukar lain, korang mesti lagi awal tau kan?. Yelah aku nak check akaun pun bukan banyak duit yang masuk. Takat sikit-sikit je. Tu yang kadang-kadang je aku check. Rase nak check aku check. Kadang sampai seminggu aku tak check pun.






Apapun mang lagi oklah dari yang dulu. Aku suke!

.: Terlupe! :.

Assalamualaikum...

Ada citer besh pagi semalam. Hubby sms aku pas aku pi keje, "Baju skola Firas katne?. Aku jawab "Ada kat dalam beg adik". Dah send balik sms kat hubby, "ops...tu baju sukan dia". Alamak! Terlupelah tu nak amik baju skola dia kat tombol pintu bilik. Ishh, awatlah bley lupe, hubby pun satu semua nak harap kat aku, dahlah budak dua orang tu aku yang usung buh dalam kete. Aku dah siapkan semuanya malam tu sebab takut pagi-pagi nanti kalut. Tinggal amik je, tapi tak terambik jugak. Nasiblah ko Firas....!



Dalam hati dok kate "confirm mak mertua aku membebel berbakul-bakul nanti". Yelah kanke budak-budak tu mak mertua aku yang jaga. Tengah dok sms ngan hubby, masuk pulak sms dari mak mertua aku. Hihihi...kan aku dah kate, tak dan balik keje, dia dah sms siap-siap. Bak kate hati aku lah, mang membebellah. Nape tak buh siap-siap kat beg lah, jan harap sangat kat abang faizal lah. Macam-macam, sabo jelah. Biasalah orang tua kan. Layannnn...je...hihihi...



Tuesday, August 7, 2012

.: Cerita Puasa Ke16 :.

Assalamualaikum...

Puasa ke16 aritu, baru nak post entry, hihihi... Aku masak Mee Udang. Hubby lah tergedik-gedik nak makan mee udang. Aku pulak bukannya pakar masakan, yang bley masak macam-macam. Order apa saje jadik. Terpakse lah search kat google camne nak buat Mee Udang. Aritu tak sempat nak amik resepi kat Kak N, kakak kat ofis ni terer masak Mee Udang. Sedapppp Mee Udang dia. Dapatlah resepi ringkas dari Myresepi.

Makanan tambahan aku buat tuk bukak pose ialah cucur ubi kentang, tapi tak sempat nak amik gamba, hihihi budak dua orang ni melantak pun dah abis separuh...lapar sangat la tu. Sehari pose tak makan.


Alhamdulillah jadik jugak... cume kepekatan di kurang sket. Takpe bley try lagik.



Tak larat!. Kekenyangan lepas melantak cucur ubi kentang ngan mee udang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari