.:: Sahabat Blog ::.

Tuesday, July 31, 2012

.: Jumpe Siti Nurhaliza!!!! :.

Assalamualaikum...

Ahad lepas kami pi Giant, Sungai Petani, sebab nak temankan mak mertua beli khemah 3m x 3m. Ada offer dapatlah RM59.90. Kalau tak harga dia mahal. Masa kami lalu kat Guardian tu, pelik gak pasal pe orang ramai sangat?. Ada offer gila-gila ke? wahahaha...mang pantang tul kalau ada offer. Mau join gak

Rupa-rupa ada Siti Nurhaliza kau...!. Dia wat promosi tuk produk SimplySiti. First time aku tengok dia secara life. Walaupun umah mak mertua dia kat ngan Tikam Batu, Sungai Petani. Aku tak penah pun pi kalau dia wat umah terbuka masa raya. Teruja aku tengok dia, tapi tu pun dari jauh sebab orang ramai sangat. Sume dok amik gambar dia. Dah tu takmo pulak berganjak. Dok tengoklah Siti tu sampai mata pun nak terkeluar. Hah lah, muke dia comel sangat!. Bersih, putih mulus je. Ishh...tak tau nak katalah. Mang kiut gila lah. Hubby pun kata, muka dia berseri. Hubby pun tengok sebab aku yang suh hubby amik gamba Siti tu, aku tak sampai asik terjengket-jengket je. Tak nampak.



Sape nak bergambar ngan nak sign Siti Nurhaliza kenelah beli produk dia. Aku?. Ishh... tak mampu lagi lah nak beli,  Comel kan Siti!.


Korang yang dah biasa tengok mesti tak teruja cam aku kan... wahahaha.... Takpelah yang penting aku suke tengok Siti.



Monday, July 30, 2012

.: Shopping Sikit-Sikit Je...:.

Assalamualaikum....

Sambungan kepada cerita "Kemana Korang Arini?". Hehehe...last saturday, pas pi beli barang dapur kat Tesco, Sungai Petani, kami singgah kat Parkson pulak, konon nak survey baju dak-dak ni. Mang offer gila-gila gak lah. Tapi kitaorang beli sorang sepasang dulu lah, tu pun dan RM100.00 lebih. Hubby kan tak gaji lagi...wahahaha....

Duit aku?. Duit aku, duit akulah... hahaha... takdelah...kene ada tolak ansur gak. Mana yang kurang aku tampunglah. Kata nak hidup bersama susah dan senang. Betul tak?. Eh, merepek pulaklah.. aku!

Ok, ni ragam diaorang ngan baju rayanya.


peace yang agak menjadi dari adik fawwaz



Aksi  garang konon!, tak takut pun....


Seronok sampai tak ingat, takmo bukak baju baru pulak. Kene kelentong ngan aku, aku kate "sok kita pakai lagi baju ni ye...". Hehehe..."caya je diaorang ni...". Ishh...tak baik pulak menipu bulan-bulan pose ni kan....



Sunday, July 29, 2012

.: GiveAway (Ramadhan 1433H) by Jaja Sutera :.

Assalamualaikum....


Tengah dok jenguk blog sahabat-sahabat aku,
Tergerak ati pulak nak join giveaway ni,


Kalau korang nak join jugak,syarat-syaratnya adalah seperti berikut :-
  1. Sah utk BLOGGER MALAYSIA Sahaja
  2. WAJIB FOLLOW Blog Jaja
  3. WAJIB LIKE Page Jualan Online Jaja  --> Sutera Online Shoppe
  4. WAJIB LIKE Page Jaja --> Jaja Sutera
  5. Buat entry bertajuk GiveAway (Ramadhan 1433H) by Jaja Sutera
  6. Copy banner di atas .letak dalam entry dan link menggunakan link entry Jaja ni .
  7. Tag sekurang2nya 5 orang blogger [PASTIKAN MEREKA TAU] * Aku tag semua yang singgah kat blog aku!
  8. Akhir sekali copy link entry koang dan post kan di kotak komen
Untuk keterangan yang lebih lanjut korang klik je kat banner tu, ok...


Tarikh tutup adalah pada : 31 Ogos 2012


Tq Jaja Sutera coz sudi jemput tuk join awak punya GiveAway,
Tq jugak coz sudi jenguk blog saya,

Saturday, July 28, 2012

.: SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+ :.

Assalamualaikum....




Jom join segmen ni!,
Dianjurkan oleh Izzah Ismail Punya Blog,
Nak tau syarat-syaratnya bley lah klik kat banner tu ye,

Followers : 238,
Aku tag semua pembaca setia blog aku!,
Jomlah tambahkan followers korang,
Yang dahde 1000+ follower tak berapa digalakkan tuk join ye, hehehe...
Bagilah chance kat kitaorang yg follower cikit-cikit ni.

Tarikh tutup adalah pada : 31 Ogos 2012.







.: Kemana Korang Arini? :.

Assalamualaikum...

Apa plan korang weekend ni?,
Kami? Ingat nak pi survey baju raya budak-budak ni kat Parkson Sungai Petani, 
Kot ada sales 50%+40% ke? hehehehe...lumayan tu,
Semalam pi Parkson kat Prangin Mall tu, aku dah rembat baju kemeja tuk aku pi jalan-jalan,
Kalau tak kerana sales sampai 50%+40%, aku tak amiklah,
Ni dah sales gila-gila, rugi kau kalau aku tak beli, bukan selalu pun aku pi beli baju,
Lepas sales 90% dapatlah harga baju tu RM29.90.
Baju budak RM10.00 je sehelai, aku beli baju ngan seluar diaorang ni.
Berbelanja kene bijak, kalau bley beli pada harga yang paling murah tapi ada kualiti.
Ok, lah babai korang kami nak pi jalan-jalan dah!



Friday, July 27, 2012

.: Sambungan : Takde Link Blog :.

Assalamualaikum...

Sambungan kepada entry bertajuk "Takde Link Blog". Nak tergelak pun ada bila aku baca komen dari Myra. Nak tau pasal pe?. Rupanya aku punya blog pun takde link...hahahaha....klakarlah, punyalah dok komen pasal blog orang lain (malu ai). By the way thank you tau Myra!


Aku suke Myra ni sebab dia rajin tegur aku, kalau ada yang tak kena kat blog aku. Aritu sekali masa kat komen aku ada kene buh huruf ngan nombor baru bley anta komen kan. Kali ni yang ni pulak. Kadang-kadang kita tak perasan benda tu semua, melainkan bila ada orang lain tegur, lagipun Myra kan senior dalam bab blogging ni. Mesti dia lagi teror kan?.

Punca dia aritu sebelum aku tukar ke Google+ ada, tapi bila aku tuka ke Google+, jadi camtu pulak. Aku pulak taktau main tekan jelah. Ingatkan takde apa. Sekarang bila klik kat view my complete profile dia jadi camni pulak.


Ishhh...aku dah try carik camne nak jadi cam dulu balik. Tak jumpe lah, penat dah aku godek-godek google nih. Myra, ai pinjam u punya profile ye, nak jadikan contoh bley?. Amiklah Myra kata...(myratakkateapapun). Tapi aku nak pinjam jugak!.


Ada sape bley tolong tak????. Camne kalau takmo ada Google+ tu kat sini, dan nak kembali ke asal cam contoh kat Myra nye profile tu????. Please!!!!











Thursday, July 26, 2012

.: Cerita Di Hari Pertama Puasa :.

Assalamualaikum....

Hari Pertama Puasa, kitaorang pi beli meja makan!. Sebenarnya idea spontan kami. Lama dah nak beli asik dok tangguh je. Bila dah sampai bulan puasa, isshhh...cam susah je nak hidang makan, yang ada  pun hanya meja jepun tu je. Nak kene angkat-mengangkat pulaklah. Leceh!. Alasanberbakul-bakul!. So, hubby kate "jomlah pi beli!". Apalagi seronok tak terhinggalah!



 Ni lah meja makan kami. Mintak-mintak tahan lamalah ye. Sempat gak orang kedai tu anta kat umah aku before bukak pose, so bukak pose ngan meja makan baru lah kita. Budak-budak ni lah yang suke sangat. Tak azan lagi dah tercongok kat meja makan. Tak sabar-sabar nak rasmi. Benda baru biasalah terlebih eksaited.


Bila aku amik gamba meja makan ni budak-budak ni pun kalut gak, "ibu amiklah gamba abang...".
Sakan tul lah. Si adik pulak tak puas hati, siap tolak kerusi lagi. Aku pun pelik, dia ni nak watpe?



Rupenye nak amik gamba dari jarak dekat, punya berusahalah dia memanjat. Sabo je lah!
Konon nak buat "peace", abis semua jari dia terkeluar.


Itulah dia cerita di hari pertama puasa.......



Wednesday, July 25, 2012

.: # 35 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...



Di dalam Dilema...
Plan lain, jadi lain pulak,
Camne?,
Nak Raya mana Tahun ni?,
Ishhh....Isshhh....Ishhh....
Takde kate putus lagi.




Tuesday, July 24, 2012

.: Besh Tak Dok SP? :.

Assalamualaikum...

Ada pertanyaan dari seorang sahabat blog aku nama dia IntaNBerliaN. Nak tau soklan pe?. Ni dia :-



Besh tak duk SP (Sungai Petani, Kedah)????

Ok, ni jawapan dia :

First time aku jejakkan kaki di Sungai Petani, Kedah adalah pada tahun 2005, masa bertandang ke rumah pengantin lelaki. Lepas tu kejap-kejap je aku dok Sungai Petani sebab PJJ ngan husband. Start duduk sepenuhnya pada tahun 2008 sebab aku dapat tukar ke Penang. So, bermulalah episod aku duduk di perantauan yang jauh dari famili aku sendiri.

Erm...memula duduk tu, rasa gak cam tempat ni asing bagi aku. Sedih tu sedih gak sebab paling jauh aku duduk pun takat KL je. Tak penah pun jauh camni. Anak mak kan??? Yeke? Hehehe... tak kot. Cuma yang ada persamaan kat sini ada sawah padi gak, sama ngan kampung aku Tanjong Karang, Selangor. Lama gak aku amik masa tuk suaikan diri. Kawan pun takde sangat.

Kat opis pulak, majoriti diaorang adalah orang utara. So, macam biasalah bahasa perantara diaorang adalah bahasa utara. Firstly, mang payahlah. Nak bercakap pun cam susah bukan pe, bila aku cakap je, ada je yang ajuk cakap aku. Yelah aku bukan orang utara jadi takdelah loghat utara, yang ada loghat KL je. Kadang-kadang ada gak bahasa diaorang yang aku tak faham, kene tanyalah. Tak tanya tak taulah. Pernah gak terkecik ati ngan diaorang tapi, buat tak tau jelah. Mungkin cara diaorang mang camtu, kadang-kadang cakap pun main lepas je. Abaikan je lah.

Ok, sambung balik pada topik asal. Bila lama dah dok SP, aku makin serasi, semua pun ada kat sini. Jalan pun taklah sesak. Dulu aku cume tau jalan-jalan utama je. Tak tau pun rupanya SP ni banyak jalan shortcut. Hubby la ajar aku semua tu. Agak terorlah sekarang ni hehehe....suke!suke!

Disebabkan dah seronok dok SP, kami amik keputusan tuk beli rumah kat sini, sebab rumah kat sini agak berpatutan dan besar keluasannya. Maknanya mang akan terus bermastautin kat sini. Dah ada suami kenalah ikut suami. Betul tak?. Tak ikut derhaka kau...

4 tahun aku dok sini, banyak gak perubahan dia. Aku dah mula tau loghat utara. Kene amik tau gak sebab anak aku kan dah skola, so dia lagi cekap berbahasa utara. Pekat pulak tu loghat dia. Aku jadi janggal pulak bila jadi camtu. Tapi, bila balik Selangor aku akan tetap ngan loghat sanalah, ofkoslah, Tanjong Karang kan ramai jawa, mak aku pun cakap jawa, aku je jawa celop, faham tapi tak pandai sangat nak cakap.hehehe...

Ok, itulah jawapan aku pada soklan di atas tu. Sekian, terima kasih.


Monday, July 23, 2012

.: Takde Link Blog :.

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada yang sudi jenguk dan follow blog Memori Terindah ni.
Blog yang tak berapa nak glamer kan,hehehe... tak cam blog korang,
Tapi, aku suke semenjak ramai kawan ni, blog aku tak pernah sunyi ngan komen korang,
Asal bukak je mesti ada komen-komen yang menunggu untuk dibuka,

Alhamdulillah aku dah follow balik korang, tapi ada sesetengah tu aku tak dapat nak follow balik sebab takde link blog kat profile detail dia. 
Bila aku klik kat picture follower tu,yang keluar hanya nama ngan blog yang dia follow je. 
Camne aku nak jenguk dan follow balik blog dia?.
Ermmm....Sori tau kalau aku tak dapat follow balik.
Jan marah! hehehe...nanti cepat tua.



.: Cuti Arini !!! :.

Assalamualaikum...

Yey! arini cuti...bahagianya!
Nikmat betullah dapat cuti,
Yela, last weekend kan aku ada kursus,
Tak syoklah tak cuti langsung,
Penat wei, baju berbakul-bakul tak ku lipat,
So, minggu ni mang rehat habis-habisanlah.
Blog pun aku cam malas nak update.
Oklah, selamat bekerja semua!
Hahaha....




Friday, July 20, 2012

.: Baru je BW....Tapi... :.

Assalamualaikum....

Baru je bersemangat aku nak membalas kunjungan korang, internet pulak dah abis limit. Ermm...boleh tu mang boleh tapi selow lah...aku kan jenis yang malas nak tunggu lama-lama. So, agak hampa jugaklah. Tapi takpe aku akan follow jugak korang nanti ye... amik masa sketlah ye... Janganlah pulak korang sangka aku ni takmo kawan ngan korang ye. Takde tau, aku suke kalau ada orang follow aku, sebab mang confirm aku akan follow korang balik. Tak pun aku yang follow korang dulu, cume sape-sape yang aku bukak kat profile dia tu takde link ke blog dia, agak susah jugaklah aku nak follow balik.



.: Dapat dah Hadiah Contest :.

Assalamualaikum....

Sukenye...sebab dah dapat hadiah contest dari Izan Mama Mia dan Myra. Sebenarnya hadiah dari Izan dapat sebelum pi kursus aritu, Myra pulak pas aku balik kursus. Cume tak sempat update kat blog je... Terima kasih ye pada Izan dan Myra, sebab bagi hadiah yang cumil ni.... suke!

Ni hadiah dari Izan!



tak bley closed up la tulisan comel izan tu....hehehe...


Dan ni dari Myra!




p/s: Lain kali buat contest lagi ye!





.: Selamat Berpuasa! :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab kita masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan dihari ini. Dikesempatan ni nak ucaplah "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan". Semoga Ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan kepada u all semua. Isikanlah bulan yang mulia ini dengan perkara-perkara kebaikan. Semoga akan mendapat ganjaran lebih dari Allah S.W.T.




Thursday, July 19, 2012

.: Contest Raya by SepetShop :.


Assalamualaikum....

Nak join Contest Raya?. Kenal tak Sepet? Ala...Si Sepet tu...yang glamour  tu. Aku suke baca blog dia, kakak-kakak dia Ceeramoon ngan Viruspadu. Diaorang ni mang blogger yang aktif, ada saja cerita diaorang. Ok, berbalik kepada Contest Raya yang dianjurkan oleh SepetShop. Kalau korang nak join sekali bley lah KLIK SINI.



Letak banner Sepet Shop kat sidebar blog korang, dengan ber-link kan http://sepetshop.blogspot.com. Banner tu mestila ada kat blog korang sehingga 10 Ogos 2012. Tak lama pun, tak sampai sebulan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sepet suh buat entry yang sangat-sangat sedih kenapa nak sangat-sangat beg dari sepetshop ni,tapi aku tak retilah. Kalau sedih nak kena nangis pulaklah masa buat entry ni. 

Kenapa aku nak sangat-sangat beg sepet ni?, sebab aku selalu mengikuti blog SepetShop, asal dia upload je beg baru mesti aku bukak tengok, tapi aku tak penah pun nak beli. Asik dok berangan je. Bukan tak mampu, bley je kalau aku nak beli. sebab harga dia pun berpatutan tapi, banyaknya tapi....bila nak sedih ni???. Aku tak reti nak order.... waaaaa.....takut....sebab sepet kan glamour, boyfren pulak kiut....waaaaa.......

--------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, sape-sape yang belum penah pi ke blog Sepetshop bley la jengah ye, tak pun korang rajinkanlah jari-jemari korang tuk tekan Like kat  Sepet Shop , sebab sepet baru je create akaun facebook tuk Sepet ShopMaklumat lanjut boleh ke Blog Sepet The Gojes,

Apalagi korang, jom lah join!
Sebab, hadiah dia beshhh!!!!

Tempat pertama Beg bernilai RM220
Tempat kedua Beg bernilai RM140



.: Hadiah Untuk Korang Yang Menang! :.

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu aku nak mintak maap banyak-banyak ye, sebab lambat poskan hadiah kat korang yang dah menang 1st GA Memori Terindah by haryatifaizal. Bukan disengajakan tau. Mang takde kesempatan nak bungkus hadiah korang. Yelah, pas exam aritu, aku ada kursus pulak. So, pas balik kursus baru sempat nak prepare hadiah korang. Rase bersalah pulak kat korang. Sori ye kalau ada yang tertunggu-tunggu kat peti pos...hehehe. Mulai esok korang bley tunggulah ye hadiah yang korang dapat ni.


Ni hadiah tuk korang!!!, ikhlas dari hati ni tau! Terimalah seadanya ye!

.: Port Utama Kalau Fawwaz Nak Nenen :.

Assalamualaikum....




Tempat yang selalu dia akan cari kalau dia nak minum susu adalah peha aku. 
Tak kiralah posisi macamana, tapi tetap kaki aku jadi port dia. 
Sambil tangan dia dok usap gamba yang ada kat baju aku. 
Gamba tu kan cam licin-licin sket, so dia suke lah usap-usap. 
Mang rutin dia camtu, syok kot...kan?. 
Ntahlah macam-macam pesen diaorang ni.
Ikut suke hati dia je lah.




Wednesday, July 18, 2012

.: Tak Sempat Nak Balas Kunjungan :.

Assalamualaikum...

Baru sempat nak bukak blog aku ni korang tau,
Arini terlalu sibuklah, 
Pagi tadi je dahde program perjumpaan ngan semua staff jabatan kat dewan,
Tengahari ada hal, Petang pulak ada meeting,
Tak sempat nak singgah kat blog korang,
Ada komen-komen yang belum sempat aku balas,
InsyaAllah sok kalau ada kesempatan aku jenguk blog korang ye!


.: Makan Sampai Bersih :.

Assalamualaikum...

Kisah si budak kecik ngan ayam gorengnya!



Si budak tecik Fawwaz ni kalau aku bagi dia makan ayam goreng, tak pun apa saja ayam goreng lah, KFC ke, Mc Donald ke atau A&W ke. Confirm mang dia akan makan sampai abis!. Kalah abang dia, selalu kalau makan ayam, adik dia akan amik yang abang dia tak abis makan tu. Tak tinggal isi pun, hanya tulang je. Tak pernah ajar pun tapi, dia pandai sendiri. Terkagum jugak mula-mula tu.




Tinggal tulang je...ngan isi yang tak bley dia nak makan




.

.: # 34 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...




Masa aku bukak blog minggu lepas kot,
Aku rase cam cantik pulak nombor ni,
So, aku snap lah sebagai ingatan,
Cantik tak 7777,
Cantik......,
Hahaha...ok lah babai!

Tuesday, July 17, 2012

.: Habis Dah Kursus.. :.

Assalamualaikum...



Alhamdulillah abis da kursus 5 hari 4 malam ni,
Banyak ilmu yang aku dapat daripada kursus ni,
Semua yang berkaitan ngan tugas utama aku,
Tak rugi pun pi walaupun terpakse berpisah sat ngan famili,
Sebab HQ buat sekali je tahun ni, kalau ada pun tahun depan baru dia buat balik,

Makan? toksah katalah,
Kursus ni keje dok makan je...,
tak sempat nak lapa, dah makan balik...,
sib baik lah nak dekat pose dah...

Gembira sangat sebab bila balik anak-anak dah tunggu,
"ibuuu...ibuu, dah balik kursus ye...."
Terharunya..., Si kecik pulak tak berapa fasih lagi nak cakap,
Tapi dari riak muke dia tu aku tau lah yang dia pun rindu kat aku,
Siap cium-cium aku lagi, peluk-peluk, cam takmo lepas lah..,

Mungkin minggu ni takde entry sangat, 
sebab masih belum ada mood lagi nak menulis,
Yelah berapa ari dah aku tinggal  blog ni, 
Ikut kata hatilah, kalau rajin aku update,
Kalau tak takde lah.
Ok lah, babai semua, nak bermanja ngan anak-anak jap.



Friday, July 13, 2012

.: Kursus Perkhidmatan @ Hotel Hydro, Pulau Pinang :.

 Assalamualaikum...

13hb Julai 2012 hingga 17hb Julai 2012,
kene attend kursus kat Hotel Hydro, Penang.
Dah la kene pi sorang, nasib baik lah dekat je.
Apalagi, kene drive sorang dirilah. Sape nak anta, hubby pun keje.
Pendaftaran pukul 3.00 petang ni, 
So ada masa lagi nak melayan kerenah budak-budak yang bakal dirindui ni.
Waaa....sebab tak bley nak balik sampai kursus tamat.



.: Jalan-Jalan Pulau Pinang Part 3 : Taman Rama-Rama :.

Assalamualaikum....

Sambungan pada Jalan-Jalan Pulau Pinang Part 2. Tempat last kitaorang pi adalah Taman Rama-Rama. Mak ai, punya ramai pelancong asing, ala yang pakai jubah itam tutup semua tu la. Tak tau dari negeri mana. Rasa macam bukan dok kat Malaysia pulak, ahaks...

Best gak tempat ni, lama dah nak pi tapi tak menyempat, asik tangguh je. Dah dapat peluang berjalan, apalagi pi jelah... ada orang bayar kan??? hahaha...suke, suke, suke!.

First time masuk dah teruja ngan rama-rama yang berterbangan. Dimana-mana ada rama-rama. Cantik-cantik pulak tu... ishh, geram pulak aku tengok.



Ni kepompong...

Rama-rama tengah isap manisan.

Nampak tak ada rama-rama melintas kat Firas masa aku amik gamba ni,
Punya banyak rama-rama kat sini... besh sangat. 






Firas berani nak pegang rama-rama ni, si adik rama-rama hinggap sat pun dah kalut, takut sangat






Indoor pun ada rama-rama, tapi yang dah diawetlah, binatang lain pun ada gak.

Korang tengok apa dia ni???.
Macam daun kan?
Tu nama dia si Katak.



Ok, itu je lah juadah aku. So, korang bila lagi nak pi?. Kalau sampai ke Pulau Pinang jan lupe singgah ye.. aik, promote Penang pulak...hahaha...whateverlah... babai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari