.:: Sahabat Blog ::.

Saturday, March 31, 2012

.: PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 1 TAHUN 2012 :KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA :.

Assalamualaikum...


Kepada semua Penjawat Awam, perkara yang ditunggu-tunggu dah tiba.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 berkaitan dengan Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia telah pun dikeluarkan pada 30 Mac 2012.
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai pekeliling ini boleh lah melayari web www.jpa.gov.my.

.: HTC One V ! :.

Assalamualaikum...






HTC One V!!!



Kepada kawan-kawan yang berminat dengan phone HTC One V ni jom la beramai-ramai kita


 >>>> CLICK <<<< 

banyak info-info yang menarik pasal HTC One V ni tau.
pe lagi jangan la lepaskan peluang!



Friday, March 30, 2012

.: Mutiara Kata # 8 :.

Assalamualaikum..


.: Rahsia Membentuk Anak Hebat :.

"Kepenatan dan keperitan menjaga anak setiap hari tidak boleh dijadikan sandaran atau bukti yang anda sudah berjaya membesarkannya. Tanpa sikap positif, ilmu dan kemahiran yang efektif, sukar untuk mendidik seorang anak yang menyerlah potensinya." - iluvislam

Thursday, March 29, 2012

.: Ragam Putera-Puteraku :.

Assalamualaikum...

Weekend lepas tak tau nak watpe kat umah....saje je snap gamba anak-anak. Boring wei...nak berjalan pun tak tau nak p mana. Sebab ari ahad kan Firas skola.


Cube teka, fawwaz watpe?, hahaha, curik ayam goreng!. Makan sorok-sorok plak tu. Malu konon...


Punyela susah aku nak amik gamba dia. Saje je nak mengusik...takde keje kan...




Firas plak, sejak-sejak dah pakai spect ni, jadi baik plak...kurangla lasak dia. So, ayah dia dengan baik hati telah meminjamkan psp kesayangannya tu kat Firas. Apalagi, seronok sakan la dak tuuuu... Selama ni dok tengok je ayah dia main game. La ni dapat pegang ngan main...ermmmm...tak bley kate pe dah. Aku? main psp tu pun aku tak reti, bukan tak reti pe...nak tekan tu...yg aku tak tau. Suh Firas ajar camne nak main.. hehehe teringin gak, punye laju la dia ajar....ermmm...lambat sket la aku nak paham...

Wednesday, March 28, 2012

.: # 19 : Wordless Wednesday :.






Tuesday, March 27, 2012

.: Merindui Zaman Anak-Anak Masa Kecik :.

Assalamualaikum....





Sangat-sangat merindui mereka dikala kecik-kecik dulu...,
Ishh...cepat sungguh masa tu berlalu,
Rasa, macam baru semalam je aku melahirkan putera-puteraku itu,
Semua tu kenangan yang paling manis yang akan ku kenang sampai bila-bila,
Putera-puteraku adalah amanah Tuhan yang amat-amat bernilai,
Terima kasih sebab menjadi anak-anak ibu..., 
Ibu sayang firas dan fawwaz!, Semoga menjadi anak yang Soleh,
AMIN...








Monday, March 26, 2012

.: Weekend Bersama Anak-Anak :.

Assalamualaikum...







Last weekend, bawak anak-anak p tesco,  alang-alang dah abis beli barang-barang dapur, singgah la kat indoor game. Diorang ni tak suke aku buh token kat mainan tu, dua-dua takut...so, daripada membazir mang aku tak buh langsung la... Lama sgt aku tak bawak diaorang main kat taman permainan. Bukan tak sempat tapi, setiap kali weekend mesti tak ingat...hehehe... yela, aku cuti sabtu ngan ahad, firas plak cuti jumaat sabtu. Ari sabtu aku mang ari yang paling bizi skali, sebab banyak sangat keje umah yg aku nak buat.

Sunday, March 25, 2012

.: Irma Hasmie Bertunang :.

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah, sampai dah jodoh Irma. Semoga berkekalan la sampai ke akhirnya. AMIN.



SUNGAI BULOH: “Semuanya bermula dengan pertemuan secara tidak disengajakan ketika menunaikan umrah di Makkah sebelum kami memutuskan untuk mengikat tali pertunangan,” kata pengacara dan pelakon, Irma Hasmie Ibrahim yang bertunang dengan ahli perniagaan, Rezza Shah Azmeer Radzuan, di sini, semalam. Irma, 30, berkata, ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu, dia bertemu keluarga Rezza, 31, yang turut sama menunaikan ibadat tu.


“Ibunya memperkenalkan saya kepada Rezza. Saya selesa dan mudah berkomunikasi dengannya. Kami tidak mengambil masa lama untuk memutuskan mengikat tali pertunangan. “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana semua urusan pertunangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah,” katanya yang ditemui semalam.


Sementara itu, ibu Rezza, Datin Azizah Osman berkata, mengikut perancangan, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 1 Julai depan.


“Bagi saya, Irma seseorang yang bersopan santun dan berbudi bahasa,” katanya.


p/s : Suke tengok Irma sejak2 dia bertudung ni, nampak lebih ayu.


Dipetik dari : HARIAN METRO

.: Petua Sihat :.

Assalamualaikum...

Jika anda mengalami batuk berkahak, perah sesudu besar limau nipis dan campurkan secubit garam. Kacau dan minum bancuhan tersebut. Batuk cepat sembuh dan kahak mudah cair.


Buat anda yang tercari-cari kaedah untuk menghilangkan jerawat, ambil sebiji tomato yang segar. Lenyek atau kisar tomato hingga hancur dan sapukan di wajah sebelum tidur. Ulang tiga kali seminggu. Insyallah jerawat hilang dan hasilnya wajah lebih berseri.

Jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan, ambil lima biji buah delima dan keluarkan isinya. Tumbuk isi delima sehingga hancur dan masukkan ke dalam dua gelas besar air. Campurkan sedikit garam. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jadikan ia sebagai minuman setiap pagi selepas bersarapan. Amalkan selama dua minggu untuk melihat hasilnya

Dipetik dari : PAMA

Friday, March 23, 2012

.: Mencari Kawan Untuk Anak :.

Assalamualaikum...

Rapatkan anak-anak dengan saudara mara atau sepupu-sepupunya yang mempunyai akhlak yang baik dengan membayakkan ziarah-menziarahi. 

Kadang-kadang anak-anak boleh ditinggalkan bermalam rumah saudara agar dia dapat berkawan dengan  lebih rapat lagi. Cara ini dapat menjadikannya memilih kawan yang baik disamping boleh mengeratkan ikatan silaturrahim.

Perkenalkan dan rapatkan anak anda dengan anak kawan-kawan anda yang diketahui mempunyai akhlak  yang baik. 

Aturkan program ziarah yang melibatkan aktiviti santai, agar mereka boleh bergaul dengan mesra. Jika ada program-program yang melibatkan keluarga seperi Hari Keluarga dan rehlah, ajaklah mereka agar mendekati antara satu sama lain. Galakkan mereka membuat ikatan susulan agar perkenalan itu berpanjangan.

Libatkan anak-anak dengan usrah, kelab dan persatuan keremajaan yang menganjurkan program-program yang Islamik dan menarik. Galakkan mereka terlibat secara aktif agar mereka bukan sahaja memperolehi kawan-kawan yang baik bahkan dapat memberi sumbangan kepada ummah serta boleh mengasah bakat kepimpinannya.

Galakkan anak anda menghadiri majlis-majlis ilmu dan menunaikan solat di masjid dan surau. Di sini mereka akan bertemu dengan kawan-kawan yang baik dan berakhlak.

Dipetik dari: iluvislam

Thursday, March 22, 2012

.: Gambar Sepanjang Kursus Transformasi :.

Assalamualaikum...

Jom layan, gamba masa aku p kursus kat Langkawi, tak banyak pun sebab tak sempat nak amik gamba. Gamba ni pun belas ihsan dari kak zah. Tq kak zah!.

Ni masa nak p jeti kuala kedah. Semangat le tu...

Ni plak masa naik feri LADA 2. Punye ramai orang padahal pagi lagi. Almaklumlah cuti skola kan.

Alhamdulillah setelah menaiki feri selama 1jam 20minit, sampai gak kat Langkawi.

Muke lapa, tunggu bas tak sampai-sampai. Diorang sediakan bas tuk p kat KBN, Langkawi tu. Masa kitaorang sampai tu, bas baru je bertolak. So, kene tunggu next bas plak la.

Sampai-sampai kem je, kene masuk dorm n tuka baju formal tuk sesi pendaftaran dan Ceramah yang pertama. Maka camtu la jadinya. Kene makan dulu, satgi pengsan plak!

Ni hari kedua kursus. Banyak sangat le ceramahnye. Kadang-kadang busan gak. Mata plak pepaham je lah, cam nak tutup je.


Kene nyanyi lagu 'Barisan Kita' ngan lagu '1 Malaysia'. Kene amik semangat patriotik sket.

Ni sesi malam : latihan dalam kumpulan. Enjoy gak la, sebab tak kene dengar ceramah hahaha...

Wednesday, March 21, 2012

.: # 18 : Wordless Wednesday :.


Nostalgia Lama...masa ni firas baru 2 tahun, dan aku still PJJ lagi (Kedah - KL).

Tuesday, March 20, 2012

.: Stop BF Dah :.

Assalamualaikum...


Dulu kan aku penah susah ati, tak tau camne nak stop menyusu badan kan?. So, skang ni aku dah berjaya!. Alhamdulillah, dulu kemain susah nak stop, macam-macam cara yang aku dah buat. Siap tanya misi kat klinik lagi. Citer dia pas balik kursus kat Langkawi aritu la. Kan aku tinggalkan diaorang 3h2m. Minum air pun kureng, so mungkin susu pun kering. Balik dari Langkawi tu, fawwaz cam lupe-lupe dah nak nenen, sebab dah tak nenen aku 2 malam. Bile dia nenen, susu dah takde, dia tetap nak nenen gak, aku la yg sakit. Siap melecet lagi. 

Tak tahan la, aku tunjuk kat Fawwaz, aku kate. "Adik tak bley nen dah tau, ibu sakit ni, ni ibu buh minyak gamat ni. Pasni adik kene nenen kat botol tau". Start dari tu sampai skang ni, dia dah menyusu kat botol je. Berjaya gak aku. Tapi memula tu dia cam tak bley gak, sbb selalu kalau tido, dia nenen kat aku. Ni kalau dia nak tido, aku kene tido sebelah dia gak, kalau tak mau dia mengamok. 

p/s: Lepas ni bley la prepare tuk the next plakkkk....hehehehe ;-)


Monday, March 19, 2012

.: Jom Baca Novel # 5 :.

Assalamualaikum...

Hai, rasanye lama aku tak wat entry Jom Baca Novel! ni. Tak sempat nak membeli novel, tu la makanya aku tak wat entry ni. Kalau ada beli pun citer dia kureng sedap sket...dan aku baca pun tak abis, so watpe aku nak share kat sini kan? 



ok, novel yang aku nak share ngan korang ni mang besh sangat-sangat la. Jalan citer dan olahan ayat dia mang senang difahami. Dannn... yang jadi syoknye bile aku baca novel ni, secara outomatik, aku bley masuk kat dalam citer dia....haaa...jan tak tau. Senang citer bile kita baca novel yang besh, secara tak langsung kita dapat hayati jalan citer dia. 

Ni sinopsis citer dia yang aku copy dari web KARYA SENI 

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
            Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
                “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
            Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
            Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?



Sunday, March 18, 2012

.: Nostalgia Dulu :.

Assalamualaikum...

Terkenang zaman memula kawin dulu...,
Sempat honeymoon kat Pulau Jerejak je,
Sebab kekangan masa kan,
PJJ Kedah - KL plak masa tu,
Masa ni aku tgh pregnantkan firas 3 bln kot,
Tapi still bersyukur sebab dianugerahkan suami yang baik dan bertanggungjawab,
memahami dan menyayangi aku serta anak-anak.
Alhamdulillah...Amin.





Saturday, March 17, 2012

.: Aktiviti Arini! :.

Assalamualaikum...

Aktiviti aku arini adalah melipat baju yang dah berbakul-bakul hehehe... 
bukan malas, tapi tak sempat, bley camtu?. 
Dan akhirnya aku bejaya melipat baju yg dah berbakul tu!. 
Rasa senang ati ni...
Aktiviti seterusnya adalah....REHAT......sepanjang weekend!!!!


Friday, March 16, 2012

.: Balik Dari Langkawi Dah... :.

Assalamualaikum...
Rinduuunyeeerrrr... kat hubby, rinduuuunyerr kat firas n fawwaz, rinduuuuunyeer...nak berblogging, rinduuuu nak baca blog kawan2, bak kata rinddduuuuu semua la.... Aku baru je balik dari Program Transformasi Birokrat, kat KBN Langkawi malam tadi. Sori la picture ni je aku bley upload sebab, aku tak sempat nak amik gamba. Gamba semua ada kat kak zah, so, next week la aku upload yeee... 


Ok gak program yang aku p ni, sebab dia menerangkan tentang cara-cara kita tuk menghargai bumi Malaysia ni. Kesedaran betapa pentingnya kita menjaga hak kita daripada diambik alih oleh orang lain. Jadual program nampak cam padat tapi, ada kelonggaran gak. Dioarang tak mau bagi peserta stress, so program ni dibuat secara santai. Biasala dengar ceramah pastu wat aktiviti dalam kumpulan.

Tak shopping ke????
ermmm...mesti la membeli gak, takkan balik tangan kosong kot. Rasanya tak seronok la, kalau balik tak beli pa pe. Beli la kat anak-anak sket. Kat mak mertua sket. Kat opis sket dan tolong belikan coklat tuk kawan-kawan yg pesan. Geram je bila tengok set pinggan mangkuk. Tapi tu la, uwangnya ngak ada buat masa ini... next time la... ada duit sket bkey p beli. 

ok tu je, babai semua...

Monday, March 12, 2012

.: Kursus dan Kursus Lagi! :.

Assalamualaikum...

Hai sahabatku semua, minggu ni sangat-sangat bizi ngan kursus. Arini ada Kursus Perkhidmatan Kaunter kat Dewan Sri Pinang. Sok plak 13hb sampai 15hb kena p kursus kat Langkawi. So, sori la kalau aku tak update blog tuk minggu ni. Nak buat autopublish pun cam malas je, sebab weekend aritu pun jadual padat ngan kenduri. Paham-paham je la, kalau kenduri belah sepupu-sepupu ni, mang kene beri komitmen lebih sket la. Ok la, babai semua...

Friday, March 9, 2012

.: Mutiara Kata # 7 :.




Sesungguhnya Tuhan tidak turunkan masalah kepada kita jika, 
DIA tidak sediakan kekuatan untuk kita menanggung masalah itu. 
Justeru itu janganlah terlalu kecewa dengan masalah hari ini hingga kita
melupakan kebahagiaan hari esok, 
mungkin Tuhan sudah menyediakan bahagia untuk kita sebagai hadiah ketabahan hari ini.

Thursday, March 8, 2012

.: Wajah Baru Firas :.

Assalamualaikum...




Ni la wajah baru anak kesayangan aku. Ensem tak?. Umur baru 6 thn tapi bila aku tengok dia pakai spect terus nampak cam dak skola rendah dah, cam budak dah besar dah. Nampak matang la, (aku la yg rasa) "bujang dah anak aku ni...". Maknanya umur aku pun dah semakin meningkat. Issshhhh.... ok la babai!

.: TIP : Penawar Kepenatan :.

Assalamualaikum...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wednesday, March 7, 2012

.: # 17 : Wordless Wednesday :.




mata sape la tuuu... kat tengah2, antara aku ngan hubby. korang nampak tak? cer teka?

Tuesday, March 6, 2012

.: Pasrah...:.

Assalamualaikum...

Pe citer entry arini? Ntahla...aku cam frust je. Masih tak dapat nak terima kenyataan. Last week, aku p beli lens kat Central Square, Sungai Petani. Dah alang-alang p tu aku ngan hubby ingat nak p check mata firas la sebab cikgu ada bagitau yg dia kat skola, bile cikgu tanya soklan dia blur...tak tau nak jawap, dan bile cikgu tunjuk dekat sket  (flash kad la kot), baru dia dapat jawap. So, kat situ pun dah menunjukkan yg mata dia ada kureng sket.

Kat umah pun kalau tengok tv, dia suke tengok dalam jarak dekat. Aku slalu sound kat dia. "Satgi rabun, baru tau...". 

Tapi tu la yg aku kene hadapi. Bile check kat kedai spect tu, oarang tu kate, silau dia banyak 300, tuk kanak-kanak kire tinggi la tu. Dia suh kami p Pusat Pakar Mata Dr Huam, kat seberang jalan tu je. Kami pun p la. Lama gak tunggu. Dia bagi ubat titik dulu kat dua-dua mata firas, nak bagi bacaan tu betul. Doktor suh tunggu dalam 30minit, baru check mata.

Bile dah check mata maka ni la result dia..... 


Result ni la yg aku kene pasrah. Yela, korang bayangkan la, baru tadika dah kene pakai spect mata. Isshhh...aku tak bley nak kate pe. Aku tanya kat doctor pasal pe? Dia kate mata firas tak bulat, tapi lonjong tu yg dia silau. Tu yang aku wat entry semalam pasal RABUN SILAU. Doktor kata mang kene pakai spect jugak, kalau tak pakai, nanti lagi teruk dan dia akan juling. Berat nak terima tapi, aku anggap sumer tu ada hikmah dia. Semua tu ujian Tuhan. So, aku redha... Aku harap sangat-sangat yg mata anak-anak aku ni akan ikut mata ayah dia, sebab ayah dia tak rabun. Aku yg rabun...tapi, kalau dah kate keturunan tu...ada gak yg mengikutnya...uwaaaaa....

.: Sebab Duit 20sen... :.

Assalamualaikum...
Masih lagi dalam keadaan terkejut. Nak tau pasal pe?. Wei, aku langgar bontot kete orang kat tol tadi. Aku la...tak tau pasal pe...mang dah kuarkan duit dah siap-siap nak bagi kat adik penjaga tol tu. Depan aku tu ada kete wira plat MBK ****. Pastu aku rasa "awat duit sekupang ni tak sama besar?". "Krekkk...". "Alamak!. Aku langgar kete depan ni ke?". "Habis la aku...". Aku ingat dia dah jalan dah. Aku tekan la minyak. Issshhh...pagi2 lagi dah wat hal ni...mampus aku. Pas dia jalan tu aku bg la duit tol tu kat adik jaga tol tu. Yang dia pun dok tanya aku, "kak tu langgar devider ke?". Aku kata, "tak la, sy yang langgar kete dia...".

Aku nampak dia bg signal kiri, maknanya dia nak berenti. For sure la nak tengok kete dia ok ke tak. Aku nampak dah kete dia ok je. Tapi tuk menunjukkan yg aku ni prihatin, banyak la ko...sebab salah aku kan, so aku pun buh signal benti kat kiri tu. Sebenarnya aku takut. Hehehehe...sib baik yang kuar tu seorang gadis. Lega rasanya... dia ok je, dia kate takde rosak apa. Aku pun berbudi bahasa la.."sori tau, sy mang tak perasan yang awak tak jalan lagi tadi.., sori banyak-banyak tau". Bila dia kate ok je, selamat aku.

Punca semua tu pasal duit baru 20sen tu le, kanke lebih kurang sama je besar dia. Gelap. Mana nak nampak dalam kete pepagi buta ni. Moral dia..mata kenela sentiasa alert bile drive kete..ok. Babai.

Monday, March 5, 2012

.: Rabun Silau :.

SELAIN rabun dekat dan jauh, rabun silau turut menjadi masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan individu di seluruh dunia.

Menurut Pakar Mata Hospital Ampang Puteri, Dr. Rozita Ahmad, tidak ramai yang mengetahui bahawa silau yang dihadapi berpunca daripada dua faktor.
“Kebanyakan silau berpunca daripada astigmatism manakala yang lain berpunca daripada keradangan atau jangkitan pada mata,” jelasnya.
Astigmatism berkait rapat dengan penglihatan menjadi kabur pada semua jarak yang disebabkan oleh permukaan kornea atau kanta tidak sekata.
Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan pesakit melihat imej yang tidak jelas dan pecah-pecah terutama cahaya pada waktu malam.
Tambah Rozita, astigmatism yang sedikit atau kurang daripada 0.50D biasanya tidak mengganggu penglihatan.
“Namun, sekiranya ia lebih, ia boleh menyebabkan sakit kepala, mata letih dan silau yang kronik. Apabila ini terjadi, pembetulan kornea atau kanta harus dilakukan seperti pemakaian cermin mata atau kanta sentuh khas,” ujarnya.
KEADAAN kornea pesakit rabun silau (kiri). Dengan daya penglihatan yang kabur, ia menyukarkan pesakit terutama memandu pada waktu malam.

Rozita memberitahu, rabun silau boleh berlaku serentak dengan rabun dekat atau rabun jauh dan penyebab kejadian rabun jenis tersebut adalah pelbagai.
Antara faktornya ialah keturunan, kecederaan kornea mata, berlaku selepas pembedahan mata seperti pembuangan selaput katarak, ketumbuhan pada kelopak mata atau penyakit kornea seperti keratoconus.
“Bagi pesakit kencing manis, astigmatism bukanlah satu perkara luar biasa. Ia dikenali sebagai renticular astigmatism, kandungan gula yang berlebihan mampu mengubah bentuk kanta pesakit.
“Bagi pesakit diabetes yang mengalami rabun silau, mereka dinasihatkan agar tidak menjalani pembedahan terlebih dahulu,” katanya.
Bukan fotofobia
Dalam pada itu, Rozita menjelaskan, rabun silau boleh terjadi pada semua peringkat umur. Penghidap akan menyedari masalah astigmatism yang dihadapi apabila berasa tidak selesa terhadap cahaya terutama bagi mereka yang selalu memandu di waktu malam.
Namun ujar Rozita, terdapat perbezaan yang jelas antara mereka yang mengidap astigmatism dan fotofobia.
“Melalui pemeriksaan penglihatan, ujian permukaan kornea dan pantulan, pakar mata akan mengetahui sama ada pesakit tersebut mengalami rabun silau atau fotofobia,” terang Rozita.
Di samping itu, berbeza dengan penghidap jenis rabun yang lain, kadar peningkatan kerabunan mata bagi pengidap astigmatism amat perlahan dan lebih stabil.
PERMUKAAN kornea pesakit astigmatism (kiri) yang berntuk seperti bola ragbi dan tidak sekata.

Dipetik dari : .: KOSMO :. 3 Mac 2012

Sunday, March 4, 2012

.: TIP ANAK CERGAS!

Assalamualaikum

"Sediakan ruang yang bersih dan luas untuk kanak-kanak melakukan penerokaan yang dapat merangsang mindanya menjadi cergas dan cerdas. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai hak untuk mempunyai ruang sendiri untuk dia bebas melakukan apa saja yang diinginkan  Ruang itulah dia akan menunjukkan kreativitinya. Namun jangan lupa, selepas menggunakan ruang itu, lakukan aktiviti mengemas bersamanya".


gambar sekadar hiasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari