.:: Sahabat Blog ::.

Wednesday, February 29, 2012

.: # 16 : Wordless Wednesday :.


eksen je...

Tuesday, February 28, 2012

.: Kursus kat Hotel Seri Malaysia :.

Assalamualaikum...

28hb hingga 29hb Februari, "Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan" kat Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru, Pulau Pinang. Haha..ada citer nak tau?. Aku sesat!. Mana tak sesat, asal masuk penang je hubby drive, mana nak pandai... Hari ni mang kene lah...1stly tu confident cam boleh je, tu pun berpandukan tunjuk ajar zaza. Dia kata pas kat bulatan tu amik kiri terus, apit ke kanan, masuk kanan. Jumpe 1st traoffic light terus lagi. 2nd traffic light baru masuk kiri, aku pun masuk la...cari punye cari...tak jumpe pun. Jam dah kul 8.00pagi dah. Alamak! camne ni?. Last choice, call En. Meor, bos kewangan kat opis.

HF : En. Meor, ada mana ni? Tak p Kursus ke? Dah kul 8.00 ni! (cakap cam ngan kawan-kawan je, padahal Penolong Pengarah tu...)
EM : Aku kat umah la, aku p tapi kursus lain.
HF : Yeke? ni Hotel Seri Malaysia katne? sy sesat dah ni...
EM : Hang ada kat mana la ni?
(aku pun citer la, dari mula sampai aku sesat tu..)
EM : Sepatutnye hang kene masuk kiri dah masa traffic light yg 1st tu.
HF : Yeke? so, sy nak wat camne ni? bley u turn kan?
EM : Bley hang u turn masuk kanan balik kat bangunan banyak-banyak tu. Cari Giant ngan Hospital Pantai. Baru jumpe HSM. (kire cam jalan shortcut la tu)
HF : Ok, ok sy try satgi kalau tak jumpe gak, sy kol EM balik tau.
EM : Hang tanya la orang kat tepi jalan tu...
HF : Tak kire la, saya call jugak!

Aku pun p la ikut direction yg dia bagi, tak jumpe gak, issshhh...fedup aku, mana la HSM ni?. Last2 aku kuar balik kat bulatan tu, aku masuk balik camne yg aku masuk memula tadi sebelum sesat tu. Aku amik kiri kat 1st traffic light tu. Pas Masjid Bayan Baru. Depan sket je... Tu diaaaaa.... kat sini rupenye kau!. Punyer kecik la signboard ko! mana la orang nak nampak. So, aku sampai kat HSM tepat jam 8.25 pagi. Tak lambat pun. Kata je kul 8.00 pagi - 4.30 ptg. Last2 start kul 9.00 pagi gak. Ok la tu jela yg aku nak share arini. Balik tadi alhamdulillah tak sesat pon (berlagaknye!).

.: Kenangan Manisku :.

Assalamualaikum...


Bukan tuk berlagak tau, tapi tuk share kenangan manis aku masa tahun lepas.  Sebab telah dianugerah kan Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010. Terima kasih kepada yg sudi menghargai kerja-kerja yang aku buat ok. Gamba ni pun baru dapat next week.

InsyaAllah aku akan teruskan kecemerlangan dalam diri aku ni, ceh! skema la plak. Bab keje kene serius sket hahaha... blah la...time keje, keje. time enjoy, enjoy, time bergurau, bergurau. Bukannya setiap saat kene serius, gila kau sape yg bley, tak tahan wei... 

Monday, February 27, 2012

.: LoveStrory 313 1st Giveaway :.

Assalamualaikum...


Jom join segmen ni, join lagi?, jom la support blogger2,
tak salah kan? atleast dapat mengeratkan ukhwah sesama blogger.
Hadiah? Ada... menarik sangat, so apalagi klik la sama-sama kat
.:: SINI ::.

.: Over Time :.

Assalamualaikum...

Dibawah ni adalah keje-keje over time yg dilakukan oleh Fawwaz pada waktu malam. Korang tengok jela, mana la aku tak penat. Dahla balik keje pun dah lewat, nak kemas umah lagi. Slalu time nak tido aku kemas sume dulu, sebab sok pagi mang tak sempat nak wat pe dah. Supaya satgi kalau balik keje mata aku tak sakit tengok umah bersepah. Bila tengok umah bersepah, mood aku pun jadi tak baik. 



Ni baru berapa ari lepas dia jatuh aritu, korang tengok la bekas luka dia pun masih ada lagi. Tak penat2 la, sakit ke tak sakit ke sama je. Anak baru dua orang tapi cam seploh orang. Menyemakkan umah je!.

Sunday, February 26, 2012

.: Semoga Jadi Anak yg Soleh :.

Assalamualaikum...





Alhamdulillah, syukur dapat ajar anak-anak solat sama-sama. Rase seronok je, dapat berjemaah ngan diorang, walaupun tak berapa betul lagi atleast dapat gak beri pendedahan awal pada diorang. Kalau bukan kita sapa lagi nak ajar kan? nak harap cikgu je? mana bley, anak kite sewajarnya kita la yg didik diorang btul tak?

Tapi mang perlukan kesabaran la... kita dok solat, diaorang kat belakang, bley cakap-cakap lagi. Sikecik plak dok mengacau abang dia. Abang nak solat dia pun nak join gak...tapi solatnye idak, dok tungging2 je. Takpela blaja sket2 kan.

.: Rutin Hari Ahad :.

antar firas p skola,
+
balik wat breakfast tuk fawwaz,
+
masak makan tengahari,
+
amik firas dari skola,
+
bagi anak-anak makan tengahari,
+
semak keje skola firas,
+
ajar firas wat keje skola.

Saturday, February 25, 2012

.: SEGMEN TAMBAH FOLLOWER TANPA BLOGWALKING by MD:.

Assalamualaikum...



Jom join segmen ni, macam besh tau...mudah dan senang.
Segmen ni dianjurkan oleh Mr. Doctor.

Syarat-syarat dia senang je, tak yah pening-pening kepala :

1. Buat entry bertajuk "Segmen Tambah Follower Tanpa Blogwalking by MD".
2. Letakkan banner di atas dan linkkan terus ke entry ni.
3. Buat entry simple ja.. Tak payah susah-susah.
4. Tag beberapa orang rakan.
5. Tinggalkan komen di entry ini.
Tarikh Tutup : 3/3/2012 pukul 11.59pm.

Kalau tak berapa nak faham gak Klik je kat nama Mr. Doctor kat atas tu. Ok.

Join jan tak join tau!!!

.: Aku Merinduimu :.

Assalamualaikum...


Rindu kat hubby. Outstation seminggu sebab ada Motoxpo 2012 Exhibition kat PWTC. Slalu kene tinggal pun takat 3 ari je ni sampai seminggu. Semalam pun tak dapat nak sembang-sembang, sebab hubby sibuk sangat. Booth tutup kul 10malam, so balik2 hotel nak rehat lagi. Kami kat sini plak time tu nak tido dah. Ermmm... sonok sgt semalam diaorang tengok gamba ayah dia ni kat FB. Diaorang ingat gamba ni bley bercakap...ala cam 3G tu. Aku kate "gamba tu je...mana ayah bley tengok kita kat sini...". Sikecik plak...pangggil. "ayah...ayah....tu ayah...". Ayah plak bz, ingatkan kalau bley call, ilangla rindu anak-anak, hehehe...ibu dia pun sama.



Friday, February 24, 2012

.: Adab Bersolek Secara Islam :.

Assalamualaikum...


Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa  yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka  mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:  
Apabila menghadap cermin bacalah:  
1. Selawat 3 X  
2. Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi   
    pekertiku. 


Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan:
1. Mulut 
2. Hidung 
3. Mata 
4. Dahi 

Mulalah bersolek.

Setelah selesai  Baca Bismillahirahmanirahim  Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X  Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke:
1. Mulut  
2. Hidung  
3. Mata  
4. Dagu




gambar sekadar hiasan semata-mata tau.

Thursday, February 23, 2012

.: Salam Takziah :.

Assalamualaikum.
Salam Takziah buat adik Faris yg telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Aku tak tau pun citer adik ni, sampai la membe opis ni dok citer pasal sakit adik Faris ni.

Baru time rehat tadi aku sempat nak baca citer adik ni kat blog mazidulakmal, Ya Allah, berkaca mata aku, bile baca kisah dia, sempat gak kuar air mata, sedihnye... tak tahan, tengok je gamba-gamba dia tu issshhhh, wei...aku teringat anak-anak aku. Sebak sangat-sangat. Tabahnye la kedua orang tua dia tuk menghadapi ujianNya kan?. Al-Fatihah tuk adik Faris!

.: Segmen JOM BLOGWALKING + FOLLOW! :.

Assalamualaikum...


1st time join segmen camni, haha bley tak?
so, jom la join skali tuk menambahkan lagi sahabat blogger. 
Segala syarat-syarat bley la terjah ke blog http://sunnyxandra.blogspot.com
tarikh tutup : 5 Mac 2012.

.: Mutiara Kata # 5 :.



"Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk mkelakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia".


Wednesday, February 22, 2012

.: # 15 : Wordless Wednesday :.



Tuesday, February 21, 2012

.: Jatuh! :.

Assalamualaikum...

Malang mang tak berbau. Kejadian semalam mang tak diduga. Dah la hubby outstation seminggu. Isshhh... aku cam rase bersalah plak kat fawwaz. Camni citer dia semalam masa nak balik Seri Astana, cam biasa la dah sampai depan umah aku nak p bukak la pintu pagar. Ntah camne, aku pun cuai, pintu kete tu aku tak tutup rapat. Si fawwaz ni plak tak tau dia watpe, tibe-tibe dah dengar dia nangis kuat. Jatuh!. Aku dah cuak dah. Tengok-tengok plak darah dah kuar kat dahi dia. Alamak! aku nak wat pe ni? Pintu grill umah aku tak bukak lagi. Lampu pun tak pasang lagi. Dak kecik ni dah dok nangis je. "atit, bu atit.. (sakit bu, sakit)". 

Aku pe lagi ngan tak tutup pintu pagar, aku amik kunci kete, tak lock pun...just tutup je...aku bukak grill umah, pasang lampu, lock pintu grill. Cari ubat!...masa tu darah dah penuh kat muke fawwaz. Ya Allah, aku nak wat pe ni. Aku lap dahi dia. Darah still tak benti. Masa ni aku dah nangis dah. Takut. Aku call hubby. Panik!. Tak tau nak watpe. Hubby kate buh ubat sapu, buh plaster. Kalau tak ok gak kene bawak p klinik.
Aku buat satu-satu. Fawwaz diam. Dalam hati aku "ok tak budak ni? pasal pe dia benti nangis?". Risau gak, bile aku tanya fawwaz ok ke tak? dia angguk. Ok la tu. 

Tapi sian, abis calar balar muke dia. kene jalan tar. Kejadian tak disangka kan. Selama ni takde pe pun, tapi malam ni jadi camni plak. Aku mang salahkan diri aku la sebab aku tersangatla cuai. Next time mang aku tak buat lagi la. Taubat aku. Sian kat anak-anak. Tu la kasih sayang mak kan... Anak sakit sket pun, dah risau yang teramat. Camtu gak la ngan mak kita kan.

Time aku tulis entry ni fawwaz dah  tido. Sedih aku tengok dia. Penat kot tadi dok tahan sakit. "maafkan ibu sayang...ibu tak sengaja"


ni masa mula-mula kene. Amik gamba sbb nak bagi hubby tengok teruk ke tak. Masa ni darah dah benti sket.



Masa ni aku sebak sket, sebab fawwaz nangis kate sakit bu... sian sangat. Waaaaaa....!


Tengok la calar balar muke dia. Confirm sok bibir dia bengkak...


Ni dah ok sket dah. Bila aku tanya, "adik sakit lagi tak?". Dia jawap "tak..."
Alhamdulillah ok la tu.

.: Kat Kampung :.

Assalamualaikum...
Citer ni lama dah aku nak buh kat entry blog, tapi disebabkan laptop ni kene virus aritu tak dapat la nak buh. Sib baik la aku sempat upload kat facebook, bley la save balik. Citer masa balik kampung raya cine aritu. Biasa la ragam anak-anak ni.

Sempat la aku rakam serba sikit keseronokan dioarang bila dapat berjumpe. Bukan selalu, amatla jarang-jarang sekali aku balik kampung. Kalau kire setahun adalah 2,3 kali aku balik. Kalau dekat mungkin kerap gak aku balik. Tapi jauh kan, memandangkan semuanya memerlukan duit, so kenela kumpul duit...ok.



Ni semua adalah wajah-wajah pelakon cilik, macam-macam memek muke diaorang buat sikecik tu pun pandai dah. Yang dua orang tu anak kakak, si abang nama Faiz, adik plak nama Qayyim.


Petang-petang pas mandi tak tau nak watpe dah. Apalagi dok berlari la kat umah nenek dia. Kawasan kampung kan ke lapang, suke sangat la kau...budak-budak ni. Lagi plak kat kampung kalau petang-petang angin dia besh... walaupun panas tapi angin banyak...nyaman je...


tengok la tu...macam-macam...gaya.



bila aku snap gamba, tibe-tibe je dia wat camni, pasal pe tah. malu kottt...

Monday, February 20, 2012

.: 2nd Chef :.

Assalamualaikum...



ni la keje dak tecik ni kalau aku masak, ada saje yg dia nak buat. Ibu masak dia pun nak masak, abis bawang aku dia kupas. bertabur-tabur kulit bawang atas lantai. Penat wei... si abang dah kurang sket, dulu pun dia camtu gak. Asal aku masak je, dia pun nak masak, so terpakse la bagi pape kat dia tuk main masak-masak.



peace! sonok la tu dapat main masak-masak...

Sunday, February 19, 2012

.: Potong Rambut :.

Assalamualaikum...
Dak tecik tu dah potong rambut... rimas tengok rambut dia yg dah cecah kening tu.
So, mak mertua aku sudah potong la rambut dia... rambut dah la halus, lurus sangat.
Bila panjang cam dak pompuan plak.

 sila abaikan, benda-benda yg semak kat belakang tu yee...


Saturday, February 18, 2012

.: Doa Untuk Melembutkan Hati Anak :.

Assalamualaikum...
Aku terbaca satu info pasal doa untuk melembutkan hati anak, so aku nak share ngan korang sume.


Baca Surah Ta-Ha Ayat 1 hingga 5;


Hembuskan pada umbun kepala anak semasa tidur atau pada hidungnya semasa dia menarik nafas;



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[20.1] Taa' Haa.

[20.2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

[20.3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah (Allah).

[20.4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

[20.5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. 







Friday, February 17, 2012

.: Mutiara Kata #4 :.


Assalamualaikum...
Salam Jumaat kawan-kawanku semua...:.

3 hal yang dapat mengungkapkan rasa kasih dalam dada saudaramu;


1) bila engkau mendahuluinya mengucapkan salam.
2) bila engkau berikan tempat duduk kepadanya dalam majlis.
3) bila engkau memanggilnya dengan nama yang paling ia sukai.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.




Thursday, February 16, 2012

.: Header Baru :.

Assalamualaikum...
Korang nampak dah ke header baru aku??? Simple je kan.
Hehehe... jeles ngan blog orang lain bley tak???
Yela, blog diaorang sume cantik-cantik, nak baca pun seronok je. Betul tak?
Sooooo.... aku pun upah la hubby suh buatkan header tuk aku.
Hubby aku kan ke cerdik sket bab-bab photoshop ni berbanding ngan aku.
Aku ni ada banyak idea tapi tak reti lagi nak edit-edit ni. Baru blaja sket-sket.
hehehe...harap2 korang suke la ye...ngan header aku ni,
Selamat membaca blog aku tau!
Sayang korang sume!


Wednesday, February 15, 2012

.: # 14 : Wordless Wednesday :.



Tuesday, February 14, 2012

.: Jalan- Jalan ke Rumah P. Ramlee :.

Assalamualaikum...

Last Saturday, mak mertua ajak p makan kenduri anak kawan dia kat Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang. Sampai dewan tu area kul 12tengahari. Mak mertua suh tunggu sat sebab nak tengok pengantin. Tapi tunggu sampai kul 1.30 tak mai lagi pun. So, kami pun balik la. Kuar2 je dari Kompleks Masyarakat Penyayang tu, jammed giler. Kanker budak-budak skola kene ganti skola. Time kami kuar tu adalah time diorang abis skola, ngan kete parents diorang lagi, bas skola lagi, van skola lagi. 

Aduuiiii...tension gak, sib baik bukan aku yg drive hehehe... dahla ngan cuaca yg panas terik. Hubby pun tanya kat mak mertua, "nak p jalan perak ikut mana?". Konon nak lari dari jammed la. Sama gak, sume jalan adalah jammed. Last2 singgah minum ABC kat Stadium. Malas nak tempuh jammed. Alang-alang dah sampai situ, singgah jap kat umah P. Ramlee. Kami kan tak penah masuk situ, p la tengok apa yg ada.

Kat dalam umah tu ada gamba P. Ramlee, mak ayah dia, latar belakang famili dia, kegiatan seni yg diceburi, baju dia, katil turun temurun dia, barang-barang dapur termasuk pinggan mangkuk, periuk belanga la. Sume ada.

aku dah rasmikan baju yg aku jahit aritu...hehehe jan jeles...
takde baju wei nak p kenduri, asik baju sama je... bosan gak.




 amik gamba ngan mak mertuaku...

 masa ni cuaca panas terik sangat, nak amik gamba pun susah, sebab mate susah nak bukak.


sekian entry aku arini. babai sume...

Monday, February 13, 2012

.: Mainan Baru tuk Anak-Anak :.

Assalamualaikum...

Entry arini adalah tuk hepikan anak-anak. Masa p tesco aritu Hubby ngan aku belikan dak-dak ni mainan yg mahal sikiitttt je... daripada slalu. Pesan kat diaorang "jaga mainan ni leklok, dah main simpan balik...". Seronok sakan la dapat mainan ni. Tapi si kecik tu tak pandai lagi main, so dok kacau abang dia je la...






ok tu la citer aku arini. babai.

Saturday, February 11, 2012

.: Hilang ??? :.

Assalamualaikum....
Hai, kawan-kawan... tajuk entry ni hilang, apa yg hilang???. Last friday, ada Renungan Pagi kat opis. Minggu ni baca Yaasin, so, masa aku amik air wuduk, aku rase cam pelik semacam...
"pesal aku rasa cam ada yg kurang je...".
"pe dia hah....???".
"Ya Allah, rantai tangan aku...takde, jatuh katne???"
Aku sempat bagitau kat zura ngan farah. Diorang kate maybe jatuh kat umah kot.

Tapi aku still tak puas hati, dalam dok baca Yaasin tu aku terfikir katne rantai ni jatuh. Puas dah aku flashback balik ari khamis tu aku wtpe. Tak dapat jawapan gak. Aku sms hubby bagitau. Dia kate pun sama cam farah ngan zura. Mesti jatuh kat umah tu. Takpe la... balik nanti aku carik la.

Balik keje tu, aku terus balik Seri Astana, sebab hubby drive kete lagi satu. Aku singgah pasar malam sat. Balik tu cam biasa aku amik barang2 yg aku beli tu. Bukak je pintu kete depan belah kiri.
"Ya Allah... ada kat sini rupenya rantai tangan aku...".
Nak tau katne?, kat tepi, bawah seat kiri tu. Sikit lagi nak jatuh. Sib baik la ada lagi rezki aku. Alhamdulillah syukur sangat, sebab rantai tangan tu aku tolak yg hubby bg masa kawin dulu pastu aku topup gune duit APC 2010.

rantai tangan tu la yg hilang jap aritu....

Friday, February 10, 2012

.: Siap Dah Baju Kedua!!! :.

Assalamualaikum...
Yeyeye...!
Baju kedua aku siap dah!!!,
kan ke cuti panjang aritu, sempat la aku jahit.
Seronok sangat la... rase puas hati sebab dapat siapkan baju tu.
Rase cam jadi giler menjahit la plak... 
hehehehe....
jom la menjahit.....!


.: 1st Time Dapat Kete !!! :.

Assalamualaikum...
Ada something yg aku nak share ngan korang sume arini?
Korang ada tak pengalaman yg macam2 masa memula dapat kete dan drive kete?
Aku???
Confirm ada...hahaha...lucu ada sedih pun ada...

ni la kete kancil biru yg paling aku syg ...

1. 1st, masa dapat kete aku dengan sendirinya drive kete tuk balik kampung tp ada teman le, kakak aku ngan membe aku is. Dupdapdupdap jantung ni, ketaq lulut2 ni, "bley sampai umah ke ni???". Tibe2 enjin mati masa nak jalan lepas traffic light hijau. "Alamak!!!!...". " Camne ni???". Gelabah kau.... Sib baik la kakak aku ngan is kate "takpe kak, start enjin balik, jan gelabah...". Lalu plak jalan yg lekok2 tu...sape penah lalu jalan dari Kuala Lumpur nak ke Kuala Selangor tu tau la...camne...giler kau, aku cam tak confident je...tp alhamdulillah sampai gak kat kampung ngan selamat, walaupun baru 1st time drive jauh.

2. Tak berapa minggu je aku dapat kete, aku dah langgar kete org. Kau...mampus aku...yg aku langgar plak kete Datsun lama kot, yg body dia keras. Kete dia tak calar sket pun. Kete aku habis kemik kat side kiri dekat ngan lampu signal tu. Sib baik tuan punye kete tu takde...dan dia pun tak tau aku langgar kete dia. Melayang gak duit aku rm400 ratus.

3. Kejadian masa kat parking sogo...hahahaha (gelak dulu yeee...). Kete aku bley ter'undur' masa nak bayar parking. Kanker parking kat bawah tanah. Bayar parking plak kat atas. Tak pandai nak main cluch ngan minyak so, mengundur la kate aku...sib baik le kawan baik aku lin tu, sempat tarik handbreak. Nak suh aku pikir time tu??? takdenye...aku blur...tak tau nak wat pe...

4. Masa aku drive kete time ujan lebat. Aku tak biasa lagi so gelabah sket. Yela korang bayangkan la, nak tengok jalan pun tak nampak, nak wat camne???? confirm la aku takut...nak nangis pun ada... sib baik kawan baik aku...sape lg lin la... lin lagi, hahaha... dia mang kawan yg paling aku syg... dia bagi tau kat aku... kalau ujan lebat, pasang lampu, kalau lebat sangat "on" kan lampu emergency tu. Drive slow2. follow je kete depan, jan rapat sangat.

5. Aku bangga sebab aku bley drive kete sampai ke Muar, Johor. Masa tu kawan aku bertunang, dan aku usung membe2 yg dok kl p skali umah iza kat Muar.

tu je la citer aku...ada lagi sebenarnya...nanti la aku share lagi ok. bye.

Thursday, February 9, 2012

.: Rindu kat Damansara Intan :-).... :.

Assalamualaikum...
Tetibe teringat plak kat opis yang dolu kala tu. Saat aku memula aku interview dan dapat keje...
walaupun gaji ciput je, tapi aku takde pilihan lain selain dari mencuba, tul tak???. Asalkan lepas tuk makan ngan bayar duit sewa umah kat keramat tu...cukup la. Tapi bak kata orang, kalau kite keje ngan ikhlas, insyaAllah ada balasan daripada Allah S.W.T. Alhamdulillah, aku bley hidup kat kl tu...

Rindunye nak drive p keje pagi2,
Rindunye nak bersesak-sesak ngan jammed,
Rindunye nak melalui jalan yg dulu aku lalui tuk p keje,
Rindu sangat2 la...

Teringat plak saat aku memula drive kete, aku paling takut masa "hujan lebat", sbb aku jadi gelabah, cermin pun nampak samar2, pastu ngan jalan kat area bukit damansara tu, yang sat naik sat turun, mang kene cekap tuk tekan cluch n minyak... kete plak manual... berpeluh gak la... Tapi, sebenarnya benda tu la membuatkan aku jadi makin mahir drive kete...

Mesti korang rase heran, pasal pe aku tak sewa umah area Petaling Jaya je kan??? Bukan tak mau, tapi aku tak serasi kat situ. Aku lagi suke dok kat Keramat sebab mang dari blaja dulu aku dah dok kat situ, tapi dah berganti umah la tak tau brape kali. Walaupun jauh aku tak kisah, kawan-kawan pun ok, closed giler... Rindunyeeee....



ni la tempat keje aku dolu2, masa aku keje kat situ dulu bangunan ni baru siap, kedai pun tak banyak lagi. Sekarang mesti lagi meriah kan???. Ermm...takpe la satu ari nanti aku nak singgah gak kat situ. IKEA??? opssss... dekat dah tu.... bley p! bley p! hehehe ;-)
ok la babai.

Wednesday, February 8, 2012

.: # 13 : Wordless Wednesday :.


Tuesday, February 7, 2012

.: Takde Kawan...:.

Assalamualaikum...
Ni la aktiviti anak bujangku...

konon la tunjuk kat kiki dia main pe...

punye sayang kat Kiki...



Disebabkan abang dia p skola, so...takde kawan la dia nak main. Si kecik ni pun terpakse la main ngan KIKI (nama bear dia). Main game pun nak tunjuk kat Kiki, bukannye reti pun nak main, saje dengki kat aku, kalau aku main mase tu la dia nak berebut ngan aku.

.: Cuti Lagi !!! :.

Assalamualaikum...



Hai semua, watpe arini? aku still cuti lagi, kanke Cuti Thaipusam. Penang kan sambut Thaipusam, confirm arini feri-feri semua dipenuhi dengan golongan mereka dan confirm sangat la sesak yang amat. Sebab tu diorang bagi cuti hahaha...

Cuti pun tak p mana, Firas skola, hubby plak keje. Kedah kan tak amik Cuti Thaipusam. Aku ngan Fawwaz je la yang ada kat umah.

Ada citer sedih nak share ni. 
Nak tau tak, gamba-gamba yang aku amik mase p melaka aritu tak dapat diselamatkan. Nape??? Laptop kene virusss! waaaaa.... aku tak sempat nak save kat "D". Kalau aku save confirm la selamat. Tu la terkilan gak, sib baik aku sempat upload kat fb, ada gak kenangan. Dalam camera pun aku dah delete, yela kan banyak sangat gamba...dah save kat laptop delete la. Tak disangka-sangka plak nak jadi camni. P kedai komputer, diaorang kate kene program balik... sedeyyyy...weiii...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari