Wednesday, October 31, 2012

.: # 47 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...


Aku dah berkawan ngan En. Samsung!,

Hihihi, terpaksa curang jugak ngan En. Nokia,
Selama 13 tahun dah aku bersama dia,
Kalau ada anak bujang dah pe,
Teringin nak ubah selera, nak try Encik lain pulak,
Hihihi,
Tengah belajar nak suaikan diri,
Doakan jodoh kami berpanjangan ye!,




.: # 46 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum




Nak tau Fawwaz sebut pe masa ni?,
Nak ke ep ci....Nak ke ep ci!,
(KFC)


Tuesday, October 30, 2012

.: @ Mydin :.

Assalamualaikum....


Ke Mydin, Pulau Pinang kita,
Tujuan asal adalah membeli kasut kerja ayah,
Bila aku amik bakul nak buh barang,
Budak dua orang ni pun kalut nak sorang satu,
Daripada dok berebut, terpakselah jugak bagi sorang satu,
Hah! amik sorang satu puas ati!
Jakun camtu lah sebab kat umah mana ada,
Siap bley tarik pulak tu,
Seronok lah, sib baik masa ni tak ramai orang,






Dah kebetulan mai sini, tengok beg skola Firas sekali lah,
Harga pun berpatutan,
Aku berkenan beg kaler merah yang hubby pegang tu,
Tapi dak Firas ni takmo pulak, Dia nak amik kaler kelabu jugak,
Takpe lah, dah dia nak yang tu belikan je lah,
Kalau tak ikut kemahuan dia, satgi merajuk pulak....,
Sian, tak sampai ati... Hihihi...


p/s: ai kursus kat KL tiga ari ye dari 30 Okt - 1 Nov, so kalau sempat ai balas terjahan korang ok.

.: Sihat Dah Firas :.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sihat dah anak ibu ni,
Tak tau tiba-tiba je tak larat, badan pun panas,
Demam lah tu,



So, adik dia teman kat sebelah sebab abang tak larat nak main dah,
Si abang tengok je apa yang adik lukis,
Katenya lukis lori, tapi aku tak nampak pun bentuk lori,
Belasah je lah ye dik!



Takde geng nak main, Hihihi....,
Sian dia....



p/s: ai kursus kat KL tiga ari ye dari 30 Okt - 1 Nov, so kalau sempat ai balas terjahan korang ok.

Monday, October 29, 2012

.: Ke Pulau Pinang Kita :.


Assalamualaikum...

Ini citer last week,
Hari khamis yang aku cuti tu..,
Firas pulak kebetulan cikgu bagi balik, 
sebab cikgu dok kalut ngan peserta kompang,
kan ke tadika kemas Pulau Sepom 1 wakil Kedah tuk pertandingan kompang kat Terengganu,
 
So, Hubby ajak pi beli kasut keje dia,
Ke Pulau Pinang la kita,
Kena pi kat Mydin, kat situ murah sket.






.: Muhammad Firas Firdaus :.

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, kali ni aku nak citer pasal anak aku yang first Muhammad Firas Firdaus. Dilahirkan pada 27 Oktober 2006, hari Jumaat bersamaan dengan 4 Syawal. Tempat kelahiran dia di Hospital Kuala Lumpur. Anak KL kau!. Sebab masa tu aku dok kat KL, keje kat PJ. So, bersalin pun kat sana.

Aku nak citer balik camne susahnya pregnant PJJ ni. Semua kena buat sendiri sampaikan pi buat buku merah pun pi sendiri. Sedih tau, orang lain mai klinik ibu mengandung husband teman, tapi aku sorang-sorang je. Masa nak carik klinik ibu mengandung tu pun jenuh gak, kan ke kat mana kita tinggal kita kene pi klinik tu. So, carik punya carik jumpe gak, kat kampung baru rupanya. 

Sepanjang 9 bulan tu la aku drive sendiri tuk pi klinik, sib baik la aku tak mabuk teruk masa pregnant, kalau tak susah jugak lah. Mungkin dalam kesusahan Tuhan bagi jugak kesenangan kan?. Alhamdulillah syukur.

Cukup 36 minggu masa tu raya ketiga. Aku kene pi check up kat HKL, alhamdulillah masa ni hubby ada sebab dia cuti raya seminggu. So, pi la sekali. Check punya check, doktor kate baby still songsang gak. Doktor suggest suh c-zer, sebab mang tak bley nak buat apa. Hari raya ketiga tu jugak aku kena masuk wad tuk amik tarikh bersalin. 

4 Syawal aku selamat melahirkan Firas, tu setelah banyak rintangannya. Alhamdulillah syukur anak aku cukup sempurna.

Cukup 2 bulan pantang aku kene keje balik kat PJ. Anak???. Aku terpakse tinggalkan kat Kedah. Sedihkan?. Aku tak bley bawak sekali sebab mak mertua aku kate nanti payah nak jaga. Kalau hubby ada takpe lah. Kot anak demam malam-malam nanti camne?. Terpakselah ku turutkan, walaupun hati ni tak rela... waaaa... puas dah aku menangis masa tu.

Setiap malam aku teringat kat Firas. Nak buat camne, weekend je bley jumpa. Tu pun cam tak puas. 

Ni gamba Firas sepanjang dia membesar.




Sebijik macam muka adik dia.





Ni masa kat Hospital Besar Sungai Petani, operate sebab banyak cecair kat telur dia. Tapi bukan Hernia. Masa ni aku dah dapat tukar keje kat Penang.


Sekolah dah pun Firas, tahun depan dah darjah satu!

p/s: semoga Firas menjadi anak yang berguna satu hari nanti. InsyaAllah. Amin....







Sunday, October 28, 2012

.: Besday Muhammad Firas Firdaus :.

Assalamualaikum...




27.10.2006 - 27.10.2012,
Genap 6 Tahun dah Muhammad Firas Firdaus,
"Selamat Ulangtahun Kelahiran",
Ibu doakan semoga Firas sentiasa sihat dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T,
Jadi anak yang baik, yang mendengar kata, cerdik, bijak dan membahagiakan ibu dah ayah,
Amin......


Beli kek comel loteh je, sebab kalau beli besar-besar pun bukannya abis, lastly dok je dalam peti ais.
So, kami sambut besday Firas ngan beli Pizza je, tu pun dia yang request.
Teringin nak makan, sori gamba takde sebab dok kalut makan...hihihi...




.: Mood Masih Ke Laut :.

Assalamualaikum....

Masih takde mood nak menulis,
Mungkin cuti lama sangat kot,
Pastu Encik Berukband pulak lembab,
Bertambah-tambah la aku punya malas,
Malas nak tunggu blog ni loading,

Nak BW pun lambat,
So, aku biarkan je blog ni tanpa entry tuk beberapa hari,
InsyaAllah next week ada entry baru ye!,
Tuuunngggguuu!.







Friday, October 26, 2012

.: Selamat Hari Raya Aidil Adha :.

Assalamualaikum...
"Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha",
Ikhlas daripada kami sekeluarga.

p/s: Sori masih belum dapat nak BW kat blog korang, bizi sangat dan internet pulak semakin slow. 
Hihi, tu yang buat mood nak BW terbantut!.



Thursday, October 25, 2012

.: Yeye! Hari ni Cuti! :.

Assalamualaikum....

Aku dah mula bercuti hari ni,
Nak bagi peluang kat mak mertua aku berehat, hihihi...,
Anak-anak aku kan mak mertua aku yang jaga,
So, takkan lah aku tak cuti before raya kan?,
Sian pulak kat mak mertua aku, confirmlah dia nak buat persiapan tuk esok,

Aku pun nak pi shopping barang dapur,
Nak masak sket tuk raya esok,
Tapi still memikirkan nak masak pe....hihi, bley tak?,
Idea ada tapi nak kene bincang ngan hubby,
Yela, kene ada kate sepakatlah nak masak pe,

Ok, lah, babai nak pi shopping dah!




Wednesday, October 24, 2012

.: Ajar Anak Solat :.

Assalamualaikum....

Seronok bila tengok anak-anak suke follow aku solat. Kadang-kadang bila aku nak amik wuduk, dua-dua kalut jugak nak amik wuduk. Takkan nak larang kan?. Benda baik kena ajarlah kan?. Walaupun tak pandai lagi. So, kene bagi diaorang amik dulu. Pastu baru aku amik.

Masa solat aku suruh diaorang follow dari belakang. Tapi, macam-macam gak lah budak-budak ni. Biasalah, dok usik sana, usik sini. Takpe, atleast kene bagi pendedahan jugak kat diaorang bab-bab agama ni.

Yang paling aku suke adalah pas aku berdoa, masing-masing hulur tangan nak salam ngan aku. Ishh, syahdunya... semoga anak-anak ibu ni akan jadi anak-anak yang baik dan soleh ye!. Amin...





.: Saya Suke Anggur !:.

Assalamualaikum....


Nama saya Muhammad Fawwaz Firdaus. Saya suke makan buah anggur. Ayah saya pun suke makan. Bila ayah beli buah anggur, sayalah yang paling banyak makan. 
Ibu tak kisah sebab ibu pun bukan makan banyak, rase sikit je.


Tengoklah buah anggur ni!. Sedap kan?. Nak ke?. Kalau nak belilah sendiri. Saya takde duit nak tolong belikan. Duit saya semua ibu simpan dalam bank. Ibu kata untuk simpanan masa depan saya.




Saya ada idea, untuk bagi sedap makan buah anggur ni, bolehkan cucuk dengan batang lolipop. Senang nak makan.


Tengok saya buat ni, hah..dah siap pun. Bolehlah makan. 


Nyam, nyam, nyam....Erm, sedapnya. Walaupun rasa dia masam sikit, tapi saya suka makan. Abang saya tak suka makan. 
Ok, itu je cerita saya dan buah anggur.
Babai!



Tuesday, October 23, 2012

.: Muara Hati : Hafiz & Siti Nurhaliza :.

Assalamualaikum....
 
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
 
[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
 
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali
 
[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
 
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta
 
 
p/s: suka dengar lagu ni...

.: Pensil Warna Baru! :.

Assalamualaikum....

Lama aku tak belikan Firas pensil warna baru. Saja takmo beli sebab pe asal aku beli je, dia sedekahkan pensil warna tu kat kawan dia. Bosan!. Geram!. Banyak kali dah pesan. Jaga barang sendiri. Dah guna simpan balik dalam beg. Aku bley cakap je lah. Sama je. Takde maknenya. Serupa tu jugak dia buat.

Bila pensil warna takde dah, kalut la kat umah nak mewarna tak bley. Warna tak cukup. Kesian pulak!. Aku tak bley, cepat rase kesian. Masa pi Giant tu pi belikan lah diaorang pensil warna yang baru. Kena beli dua sebab adik pun dah pandai nak berebut. Takmo share. Daripada dok melalak kat rumah nanti beli je lah.






Ni hasil lukisan yang Fawwaz kaler, ikut suka dia nak buh kaler pe.... hihihi...


.: Family Outing :.

Assalamualaikum...

Alkisahnya, ari sabtu lepas pi Pantai Merdeka. Lama sangat tak pi. Rasenya last pi pun masa sebelum puasa tu. So, i request lah kat hubby kat nak bawak anak-anak pi jalan-jalan kat Pantai Merdeka. Hubby pun dah kate ok. Anak-anak pun horray lah!.

Tapi, yang tak syoknya bila sampai je Pantai Merdeka. Dan dan tu ujan turun... Waaa...sedihnya!. Sikecik Fawwaz asik dok tanya "bu..bu, te nak pi ane ni? (ibu, kita nak pi mana ni?)". Cumilnya...adik cakap camtu. Firas pun camtu gak dok tanya, "awatlah kita pi jalan-jalan jauh sangat?, tak sampai-sampai pun ibu...".  Hahaha!. Erm...tak jadi pi Pantai Merdeka...ujan turun!. 

So, hubby tanya apa plan seterusnya?. Aku kate kita pi Giant lah, kat situ pun ada tempat mainan tuk budak-budak. Ke Giant la kitaorang!. Dapatlah budak-budak ni bersosial. Seronok bukan main!.




Si Fawwaz ni kalut nak naik kete mainan, tapi bila hubby dah bayar tu RM 3 (5minit). Takmo naik pulak, jenuh pakse, naik dua kali je, pastu takmo. Si Firas dia main mainan yang kat dalam tu. Tapi, aku pakse gak dia naik kete tu. Rugi tu dah bayar takmo naik.


Sori, gamba tak clear, sebab budak-budak ni seronok sangat main.





.: Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!! : .

Assalamualaikum...



Masa BW tadi terbaca "Segmen : Tambah Follower Banyak-Banyak!! by sayeshukepink" ni kat Mia Duniaku, so cam teruja nak join sama, sebab mang lama dah tak join tambah follower ni hihi... Bolehlah tambah lagi kawan-kawan kat alam maya ni. Besh! dapatlah bertukar-tukar cerita yang menarik setiap hari.



Follower aku yang setia adalah sebanyak 388 je!,
So, aku nak tambah lagi supaya jadi lebih ramai!.
 
 
If korang nak join, segmen ni takde lagi tarikh tutupnya tau, tunggu tuan tanah inform ok.
Klik kat banner untuk join ye!
 
 
 


Monday, October 22, 2012

.: Kene Dera! :.

Assalamualaikum...

Disebabkan, asik dok main game je. Aku terpakse dera dak Firas ni. Kalau nak main game kene baca buku buku ngan buat latihan dulu. Kalau takmo, takde game, game ni!. Ha lah... buka mate je game. 

Barulah kalut carik buku, nak baca. Pandai baca sebenarnya tapi malas nak baca. Kalau aku tak pakse takdenya dia nak baca. So, pasni kene teruskan buat camtu, sebab tahun depan dah darjah satu.










.: Terkencing ngan Terbuang Air Besar! :.

Assalamualaikum....

Last week saja aku nak bagi Fawwaz tak pakai pampers, sebab aritu dah try ok gak. So, kali ni nak try lagi. Aku bagi pakai pampers tu pas maghrib. Pastu, dok tengah tengok tv, dengar satu bunyi. "ishh, bunyi pe tu cam bunyi air paip je...". Rupenye Fawwaz dah tekencing kat belakang sofa. Tak bley nak buat pe dah. Sebab dh banyak pun dia kencing.

Baru je aku nak mop lantai. Hubby pulak bawak dia pi bilik air. Tibe-tibe...ada taik jatuh kat bilik air. "Aik! adik berak ke?". Sudah!. Aku ngan hubby pun kalut carik kot-kot ada taik lain yang tercicir. Sib baik takde. 

Sebelum tu Fawwaz ni main mandi-mandi ngan buang air besar kat tepi sofa tu ngan abang dia. Mungkin dia terlupa kot, tu yang dia kencing ngan buang air besar betul-betul. "Adoi!...pasal pe la adik tak bagitau kat ibu yang adik nak kencing ngan berak?". Tak dan nak bagitau kot. Padahal sebelum tu aku dah bagitau kalau nak kencing bagitau ibu tau!. Takpelah nak buat camana, baru dalam proses pembelajaran.

Masa Firas dulu mang senang. Start dia tak pakai pampers sampai sekarang dia tak penah terkencing masa tido. Kalau dia nak kencing tengah malam pun dia akan kejut aku. Alhamdulillah, senang di ajar.




Sunday, October 21, 2012

.: Roti Sardin :.

Assalamualaikum...






Breakfast ngan roti sardin ye kita arini. Hihihi...
Kalau weekend kitaorang jarang beli breakfast kat luar.
Masak sendiri lagi sedap.
Kalau ada pun takat roti canai ngan nasik lemak.
So, pagi ni tak tau nak masak pe, tengok ada roti, sardin pun ada. 
Erm...buat roti sardin lah. Senang pun senang!.
Ok. Jom makan!,




Saturday, October 20, 2012

.: Jom Jadi Geng Bui :.

Assalamualaikum...

Dari aritu sebenarnya nak join segmen "Jom Jadi Geng Bui". Tapi disebabkan line internet ni lembap tahap gaban, tu yang baru dapat nak join ni. Hihihi... harap sudi terima ye!



Untuk mengetahui syarat penyertaan bley klik kat banner tu ye.
Ada 5 hadiah misteri tau menunggu korang!,
Manatau kalau ada rezeki bley lah dapat hadiah tu ye!.
Tarikh tutup : 30 Oktober 2012 pukul 11.59 malam,



.: Hari Ini Hari Sabtu... :.

Assalamualaikum....

Wah! beshnye arini cutiiiiii........!,
Bahagianya!,
Nak rehat sepuasnya!,
Tiap kali ari minggu kate camtu,
Tapi, hampeh... takde maknenya,
Tak rehat pun,
Kate je nak dok umah, tapi lastly..."bosan",
Keluar gak jalan-jalan! ahaks!,




Friday, October 19, 2012

.: Segmen Link Blogshop :.

Assalamualaikum...

Jom join Segmen Link Blogshop by Herba Tihara. Untuk join segmen ni dan nak tau syarat-syarat dia apa, bley lah klik kat header tu ye!.

Ada yang istimewa menanti korang jika korang join... hihi..




Untuk pengetahuan u all Blogshop Craft n Crochet ni menjual crochet seperti brooche, hairbaind, hairpin, bookmark, broadband casing, handphone casing, strap, keychain, baby booties, drawstring bag, tote bag, purse, pencil case dan lain-lain lagi secara online. 


If u all nak tau berminat bley lah p kat blogshop tu ye!. Banyak yang menarik. Aku tengok pun rase geram, kiut miut je...

Eh! jan lupe join segmen ni ye!