Friday, June 15, 2012

.: Doa Untuk Anak-Anak :.

Assalamualaikum...
Aku dapat email ni dari sahabat aku mengenai "Doa untuk Anak-Anak", tapi aku dah edit sket-sket la:

Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan?

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan?.

1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH.

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah =)


2 comments:

  1. Mudah dan senang diamalkan..

    TQ dear ;)

    ReplyDelete
  2. entri yg amat berguna..nice to sharing..

    www.azrulin.blogspot.com

    ReplyDelete

.: Terima Kasih Diatas Segala Komen-Komen U All! :-) :.
.: Jangan Lupe Singgah Dan Komen Lagi tau! :.
.: Nanti Saya Jejak U All Pulak, OK! :.