Saturday, June 30, 2012

.: 1st GiveAway .:: Memori Terindah ::. by haryatifaizal :.

ENTRY MELEKAT SEHINGGA 30 JUN 2012
ENTRY BARU DI BAWAH YE...


Assalamualaikum...

Jeng!, Jeng! Jeng!,
Syukur Alhamdulillah, akhirnya blog "Memori Terindah" mencecah usia setahun,
16 Jun 2011 - 16 Jun 2012,
Sempena meraikan Jun Yang Istimewa,
Sebab pe Istimewa?,
Sebab Besday aku jugak adalah pada bulan Jun,




So, untuk berkongsi bulan yang istimewa ni aku nak menganjurkan 
"1st GiveAway .:: Memori Terindah ::. by haryatifaizal"
Ada hadiah tuk korang semua, 
Tapi tak lah grand sangat memandangkan aku pun takde sponsor,
Memadailah dengan memberi dengan seikhlas hati tanda persabatan di dunia blog ni.

Cara Penyertaan:

1. Anda mesti mempunyai blog dan menetap di Malaysia.
2. Follow blog "haryatifaizal.blogspot.com", kalau takmo follow pun takpe, kalau follow senang saya nak refer balik blog korang dan follow kembali.
3. Copy banner kat atas tu beserta dengan link entry ni.
4. Buat entry ringkas bertajuk "1st GiveAway .:: Memori Terindah ::. by haryatifaizal", dan tinggalkan link anda di entry ini.
5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30.6.2012 (tepat jam 10.00mlm)
6. Hadiah akan diberitahu kemudian. (dari masa ke semasa).

Sekian, itu saja, so, sudi-sudikan la join ye! Bukan tuk sape tuk korang gak!

.: CONTEST : TEKA DAN MENANG BY CIK SHAKIRA :.

Assalamualaikum...


 Jom join Contest ni, cam besh je!

SYARAT :

Follow blog Cinta Untuk Kita ini dengan seikhlas hati.. tak ikhlas, jangan follow.. tapi nanti susahlah korang nak tau update terkini dari aku kalau tak follow kan..huhu :) Buat satu entry bertajuk "CONTEST : TEKA DAN MENANG BY CIK SHAKIRA".  Copy paste banner atas tu. 

Tekalah berapa banyak penyangkut baju yang ada dalam gambar bawah ni.. Tag berapa banyak blogger korang nak, asalkan dorang tau. Paste link entry korang kat kotak komen entry tu.

Aku TAG semua sahabat blog aku!



3 orang pemenang yang dapat meneka dengan tepat / paling hampir akan mendapat :

1st prize > cash / topup RM30

2nd prize > cash / topup RM20
3rd prize > cash / topup RM10

Tarikh tutup : 7 July 2012!

Jawapan aku : 33 penyangkut baju kot!



.: Irma Hasmi - Redza Syah : 29.6.2012 :.

Assalamualaikum...

Terpegun sat tengok gamba Irma. Memang cantik.... dan memang sepadan sangat dengan Redza Syah. Bagai Pinang Di Belah Dua. Baju dia pun cantik....ishhh... Jodoh dia lebih baik dari yang dulu. Alhamdulillah, Tuhan tu kan Maha Adil. Suke lah! Semoga Kebahagian Irma berkekalan hingga ke akhirnya. Amin....







Akhirnya dua hati yang dipertemukan di tanah suci Mekah iaitu pelakon dan pengacara, Irma Hasmie dan pasangannya, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, selamat disatukan dengan ikatan yang sah di Dewan Persidangan Putrajaya, kira-kira jam 3.50, petang tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, pasangan berkenaan telah diwalikan serta dinikahkan oleh bapa Irma sendiri iaitu Ibrahim Othmandi hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad dan dua orang saksi dalam sebuah majlis akad nikah yang cukup manis.


Pengantin lelaki telah memberikan mas kahwin sebanyak tiga dinar (RM 2,220) dan 11 dulang hantaran yang dibalas 13 dulang hantaran daripada pihak perempuan.
Irma yang pernah dinobatkan sebagai Gadis Jelita diawal kemunculannya menerima wang hantaran berjumlah RM33,333.33. - Murai


.: Terima Kasih Sahabat-Sahabatku :.

Assalamualaikum...

Terima kasih kepada semua yang sudi wish hepi besday semalam, tak kira la sahabat blog aku ke, sahabat opis aku ke ataupun sahabat fb aku...terharu sangat!...Sayang korang semua!. Kepada Hubbyku yang tercenta...i love u sayang!. Terima kasih di atas ucapan hari lahir tu ye.


ucapan besday dari hubby!

sebahagian dari ucapan sahabat fb

Makin bertambah usia aku. Bila diimbas balik, macam sekejap je masa berlalu, terindu pulak zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, zaman universiti, zaman bujang. Usia meningkat so, amal ibadat pun kene meningkat gak le...hehehe...dunia tetap dunia, tapi akhirat jangan dilupa. Renungan tuk diri sendiri.


Friday, June 29, 2012

.: Today is My Besday! :.

Assalamualaikum....




ihsan en.google

Korang nak tau tak....Hari ni besday i yang ke-32!,( hehehe....)
Terima kasih kat hubby coz wish malam tadi,
Siap sms lagi "Hepi Besday Syg!"...sebab aku dah tido dah pun kul 12.00 malam tadi,
Ngantok sangat wei....sebenarnya tak ingat pun tarikh tu...
Pagi ni baru teringat, sbb sms hubby tu la.
Hadiah?.
Tunggu hubby balik dari outstation la. Start arini sampai ari Ahad hubby ada kat Muar, Johor.
So, waaaaa....sedey.... tapi takpe hubby dah janji, pas dia balik nanti bley la sambut besday.
Terima kasih sayang!

***Terima kasih gak pada kawan-kawan kat ofis yang wish besday arini, Sayang korang semua!



.: Sahabat Blog Yang Ke-200 :.

Assalamualaikum...

Sape sangka akhirnya "Sahabat Blog" aku ni cecah gak ke angka 200. Syukur Alhamdulillah, sudi jugak korang mem'follow' blog aku yang tak berapa nak glamer ni. Terima kasih banyak-banyak tau!. So, sape yang jadi sahabat blog aku yang ke-200 tu?. Ermm... ni dia..."DHIA JOHARY".


Ni dia serba sedikit tentang diri beliau!....if u all nak tau lebih lanjut pasal Dhia, klik la kat link blog dia ok.
Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada Dhia coz sudi jadi sahabat blog ni. So, keep in touch ok!.


Thursday, June 28, 2012

.: Last Call! :.

Assalamualaikum...

Korang dah join ke belum aku punya 1st GiveAway?. Kalau dah join, terima kasih banyak-banyak tau!. Aku hargai sangat sokongan korang semua!. Sayang korang!. Kalau ada sape-sape yang sudi join lagi, jom la...memeriahkan GA aku ni. Last Call tau tuk minggu ni sebab nak tutup dah pada 30 Jun 2012 
(Sabtu ni ye...).

Kepada yang dah sudi follow aku, nanti aku akan follow korang balik tau!. Buat masa sekarang ni, internet kat umah ni selow sangat almaklumlah ujung-ujung bulan. Maxis berukband ni kan ada limit dia, bila dah abis limit dia, selow la. Tu yang aku tak bley nak bukak korang punye blog. Dan tak bley nak follow lagi buat masa sekarang. InsyaAllah pas 27hb ok la. Kat ofis susah sket masa terhad, tak bley nak jenguk blog korang lama-lama, keje pulak melambak, so paham-paham je la ok. Jan marah tau!. 



Wednesday, June 27, 2012

.: Sedey...Tak Jadi! :.

Assalamualaikum...

Malam semalam aku buat Kek Karemel Coklat Moist. Aku amik resepi dari blog Ana Suzana. Banyak resepi dia yang menarik perhatian aku. Pastu siap ada gambar tu buat pulak, tu yang besh tu. Lama dah aku dok berangan nak buat, so barang-barang nak buat pun dah beli. Try la buat semalam. Aku ikut step yang dia bagi tu. Mang ok, karemel tu pun aku kukus ngan baik...ceh...hehehe. Tapi yang aku frust sangat masa aku buh bahan tuk kek coklat moist atas karemel tu. Aku tertuang banyak so, karemel tu pecah. Tak dok elok kat bawah tu. Tak puas hati betul la.... nape la aku terlalu "teruja" sangat dan tak sabar nak tengok kek tu jadi. Sudahnya korang tengok la camana....  Na terbalikkan pun tak bley dah... Waaaaa....



Rase tu dah ok, cume rupe dia tu yang tak comei. Takpe la yang penting aku dah try. So, next time aku dah tau dah. Kene berhati-hati sket masa buat tu. Bley try lagi, jan takut tak jadi kan?. Sok-sok kalau buat mesti jadi kan?. Gud luck la pas ni! haha!

.: # 32 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...


Kenangan masa balik kampung tahun 2010, teringin nak naik motor vespa!,
Acik dia tolong tolakkan motor tu.


Si adik pun kecik lagi masa ni.

Tuesday, June 26, 2012

.: Melayan Keranah Anak-Anak Di Waktu Malam :.

Assalamualaikum....

Apa khabar u all arini?. Tak sempat nak buat autopublish arini lah!. Sowi ye... semalam ada keje sket, hahaha...ye la tu... Nanti aku citer kat entry lain ok. Tapi mang sadis sket la. Ok, ok... arini layan picture buah ati aku je la ye...

Kerenah anak-anak di waktu malam. Diaorang ni jenis yang suke tido lewat. Tak tau la pasal pe. Kalau jarum jam tak cecah kul 11 malam lagi. Jan harap la nak tengok diaorang tido. Payah nau la. Kecuali kalau siang tu mang diaorang penat giler, pi jalan-jalan ke... ha yang tu mang tido awal la.

So, nak hiburkan hati anak-anak dan hiburkan hati aku juga, aku snap la gamba diaorang. Seronok tengok gamba anak-anak ni. Suke!


Berbeza kan muka abang ngan adik. Adik puteh sket. Abang gelap sket sebab suke saaangaat la main panas. Asal balik skola je, pi main kat luar umah tok mi dia. Itam la. Macam-macam ragam diaorang ni. Kadang-kadang cam nak tergelak je tengok.


Buat muka cam takde perasaan. Bila dah amik gamba kalut nak tengok gamba dia yang kita amik..."nak nok, nak nok" (nak tengok, nak tengok). Cakap tak fasih lagi camtu la.


Si Abang menunjukkan aksi garang "konon je". Padahal bile kena buli ngan adik bley meraung!. Adik kuat buli abang. Garang pulak tu.

Monday, June 25, 2012

.: Cerita Si "Weekend" Jer :.

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah, dapat lagi bersiaran arini, haha... ko ni pe hal?. Ok, bizi wei weekend aku, tak pi mana pun, dok kat umah je, kemas umah, basuh baju (seminggu sekali basuh baju...jimat karen), lipat baju (berbakul-bakul ko, sampai tak larat nak lipat), jahit baju. Ermm... tu pun tak siap lagi. Tak bley nak kosentret, sat sat..."ibu nak tu....", "ibu...nak ni....". Duhai hati sabor je la ye... nak buat camana, anak-anak.... Tak di layan karang meroyan pulak. 



So, buat sket, aku berenti...pastu sambung balik. Baru siap yang kat sliding door. Kat bilik tak siap lagi, tunggu weekend kot baru start balik. Weekday mang tak sempat. Balik je dah malam, bila masa pulak aku nak layan kerenah anak-anak. Sian diaorang. Dah la seharian aku keje, balik pulak sambung menjahit. Ermm... tak patut, tak patut.... "Keluarga Perlu Diutamakan".

Nak buat "autopublish" tuk post minggu ni pun aku tak sempat. Hanya yang sempat post ni je la, tuk tatapan korang. Ok. Sekian... nak titon dah!

Sunday, June 24, 2012

.: Weekend Yang Sibuk :.

Assalamualaikum...

Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang sudi menjenguk blog ni. Terutama sekali yang sudi komen ngan join 1st GA aku. Mintak maaf banyak-banyak jugak kalau aku tak sempat nak "berblogwalking" kat blog korang. InsyaAllah kalau ada kesempatan nanti aku pi and follow blog korang balik ok. Sibuk sket minggu ni sebab nak siapkan menjahit langsir...nak kejar masa, kalau bley time pose tu dah siap, kalau ada pun jahit baju raya je, ekekeke... ok babai...

Friday, June 22, 2012

.: U all Guna Jenama Pe? :.

Assalamualaikum....





Aku guna jenama "Softlan" ni dari aku study dulu.
Tak tau pasal pe, mungkin serasi kot ngan jenama ni.
Aku penah try gak jenama lain tapi, wangian dia tak kekal lama.
Macam tak syok pulak... 
Aku suke kalau pas basuh tu bau kain baju aku wangi je.... 
Baru besh. Rasa fresh je...
Ini bukan iklan nak promote "Softlan" ni ye... takde, takde...,
Aku just nak share je ngan korang, ok.

Thursday, June 21, 2012

.: Menunggu Untuk Dijahit :.

Assalamualaikum...

Cantik tak? Cantik tak? hehe, kain ela tu tunggu masa tuk dijahit. Dah siap potong dah, cume nak pi jahit tepi. Kat umah tak de mesin jahit tepi, kene la upah kedai tuk jahitkan. Baju raya ke?. Aku rase tak kot. Tak sempat nak raya aku pakai dah. Asal siap je carik tudung bley pakai dah. Isshh, belagaknye!. Takde la, sebab aku bley jahit sendiri kan so, baju raya nanti aku buat lain la. Baju tuk pi keje pun dah naik jemu aku nak pakai, asik ulang baju yang sama je. Bile time nak iron baju, belek baju berejam, tak tau nak iron yang mana. Bile amik yang ni. "ishh takmo la", bile amik yang tu "macam baru je pakai baju tu". Padahal dua minggu lepas aku pakai baju tu.

Ni pulak kain langsir. Purple kaler ko tahun ni, asik kaler coco je, takmo la jemu dah. Amik purple pulak. Yang ni pun tunggu masa nak jahit. Dalam sejarah nak jahit langsir. Sebelum ni tak pernah jahit lagi. Tapi aku rase ok kot. Sebab aku tak buat pesen-pesen tu. Aku jahit lurus je. Dasar pemalassshhh...

Wednesday, June 20, 2012

.: Cakks! :.

Assalamualaikum...


1, 2 Klik!


Peace!

Apa ni?,
Frame ni kita boleh kaler sendiri, 1stly ingat nak bagi Firas kaler tapi dia tak reti,
Comot-comot pulak,
Lastly hubby wat semua.




Kaler ngan berus dia bagi siap-siap dalam pack ni,
So, kita kaler je ikut contoh gamba yang dia bagi tu,
Senang je, saja beli tuk suke-suke,
Lama tak wat kaler-kaler ni.
Lupa nak snap gamba masa hubby ngan Firas kaler tu.

.: # 31 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...


Makanan ringan yg paling aku suke!!!!,
Sedap, tak tau pasal pe aku suke sangat,
Dulu masa dok ulang alik nek bas dr KDH - KL benda ni la yang aku kunyah,
Tak sah kalau tak beli,

Tuesday, June 19, 2012

.: Beli Cat Umah :.

Assalamualaikum...

Jotun, Jotun, Jotun...Beli cat la, aritu kan dah renovate depan umah tu, so hubby kate nak cat kaler lain pulak. Last 2 week pi carik dah tapi kedai tutup pulak. Kan ke cuti besday Agong, hubby tak caya kate kedai cat tutup. Pi la ronda semua kedai cat kat SP, ermmm...tadak satu pun bukak"tu la org kate tak caya".



Kedai cat Jotun kat Tikam Batu, Sungai Petani. Kaler mang dah pilih siap-siap kat website JOTUN. So, pi kedai bagitau je, nama cat tu ngan nombor dia.


Mesin tu tangah campur cat ngan goncang cat, nak bagi sama rata kaler dia.


Tak padan ngan tecik...siap nak posing kat kerusi ni, tak bley dengar bunyi flash kamera, dan dan suh amik gamba.


kaki budak kecik, yang sibuk nak amik gamba gak, issshhh....

Kaler cat pilihan kami, koko-koko purple sket, camtu la.

Monday, June 18, 2012

.: Terlalu Pilih Makanan :.

Assalamualaikum...

Kadang-kadang pening ngan kerenah pemakanan anak yang 1st, Muhammad Firas Firdaus 5thn. Tak suke makan nasi. Kalau makan pun terlalu memilih lauk. Takmo udang, telur, daging, sayur. Dia boleh makan ikan je, tak kisah la masak pe pun asalkan ikan.

Susah gak, kadang-kadang kalau pi kenduri, takkan nak bagi makan nasik je, ye la kalau hidangan dia ada ayam ngan daging je. Roti mang dia suke la, so stok roti mang sentiasa kena ada. Risau gak ngan tumbesaran dia. Takut terjejas tapi aku ada belikan vitamin kat dia. Nak bagi dia kuat makan sket. Tapi sama je...kuat makan benda yang merepek (makanan ringan).

Sekarang ni aku bagi je apa dia nak makan, asalkan makan. Takmo bagi dia lapar. Tapi aku tak suke bile dia nak makan meggi. Asik-asik meggi, takmo la ajar sangat. Tak baik tuk kesihatan. Lagi di larang lagi la dia nak. Kadang-kadang aku tipu, kate dah abiss. Senang citer.

Yang peliknye kat skola boleh pulak dia makan apa yang cikgu bagi. Nak kene jadi cikgu kat umah kot. Baru tak banyak kerenah nak makan.


Muhammad Firas Firdaus.


.: A&W Kami Kembali! :.

Assalamualaikum...

Jom pi A&W!!!,
Apalagi...Jalan-Jalan Cari Makan lah!,




Hubby suke sangat ngan A&W ni, dan secara tak sengaja aku pun dah terikut sekali. Hubby suke ngan air Root Beer A&W tu. Dia kate sedap....sangat. So, bila pi Tesco SP Selatan kami pi la A&W, sebab kat situ je ada A&W. Menu yang selalu kami order :



Mesti la yang ni...


Yang ni pulak tuk anak-anak...

Sunday, June 17, 2012

.: Senarai Peserta 1st GA .::Memori Terindah::. by haryatifaizal :.

Assalamualaikum...

Jutaan Terima Kasih, kepada sahabat-sahabat saya yang sudi untuk memeriahkan "1st GiveAway .:: Memori Terindah ::. by haryatifaizal". Terima kasih juga di atas sokongan kalian. Jangan risau semua yang join insyaAllah akan mendapat hadiah seikhlas hati daripada saya. Masih belum terlambat kepada sahabat yang belum join, sebab tarikh tutup adalah 30 Jun 2012. Apalagi jom la JOIN.

Ini senarai peserta setakat ini:

21. http://rulysya.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
24. http://suhadarazman.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
25. http://penaciknasiha.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
26. http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
27. http://nurfarahfadzil.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
28. http://lovingwantie.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
29. http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
30. http://nanakimie.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
31. http://mairasukacgl.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
32. http://ceritaceritaeirayusoff.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
33. http://fafazukri.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
34. http://liyasecret.blogspot.com/2012/06/blog-post.html
35. http://nurfahz85.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindahby.html
39. http://nonasani.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
40. http://giveaway-only.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
41. http://intanberliangacontest.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
42.
http://afaszgiveawaycontest.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html

43. http://yummycoklet.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway.html
44.
http://sukesukicikkeyrah.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html

45. http://nyueyien.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
46. http://joinwoi.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
47. http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
48.
http://miszfarahanis.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html

49. http://geeazielove4eva.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
50. http://zieyaweasley-wwwzieyaslifecom.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
51. http://mi2-bluebird.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
52. http://nadiahpuyad.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
53. http://kamidancontest.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
54. http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
55. http://keyphochee.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
56. http://ashahirah.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
57. http://stayinheart.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
58. http://newdyr.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
59. http://bertuahx.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
60. http://budakpendekberblogging.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
61. http://iamsarahnasir.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
62. http://afiman81.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
63. http://kotakhadiahdhia.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
64. http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
65. http://lurun-niaraf.blogspot.com/2012/06/st-giveaway-memori-terindah-by.html
66. http://greenyhouse.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
67. http://cempakakuningku.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
68. http://asyifamustaffa.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
69. http://joinsharefun.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
70. http://dyana-haruto.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html
71. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-memori-terindah-by.html















.: Sabah Giveaway by Sharina :.

Assalamualaikum....



Jom Join "Shanas's 2nd blog",
Untuk keterangan lanjut korang bley KLIK kat banner atas tu,
Tarikh tutup adalah : 1 Julai 2012,
So, ada masa lagi Join le, kita bagi sokongan kat sha dan memeriahkan lagi GA ni.

Ada hadiah tau!, nak tau pe dia????


Ni dia...:

1x Gelang Mutiara
2x Gelang Manik
2x Keychain dari sabah
2x Klip Rambut
2x Banner
10x Cursor 
Top referral akan dapat patung comel

.: Cuci-Cuci :.

Assalamualaikum...


Aktiviti hari minggu,
Cuci-cuci services, hehehe...apalagi cuci kereta la,
Berapa lama tak cuci daaa, asik gune kereta je, kan...,
Nak cuci sendiri adalah sangat malassshhh,
So, bayar RM3.00, upah la orang suh cuci,


Budak tecik ni adalah sangat takut ngan bunyi-bunyi air yang kuat tu,
Peluk la ibu kuat-kuat, tak gerak dah.


Muka budak yang sangat takut.