Thursday, May 31, 2012

.: Geram Dengan Email Nih! :.

Assalamualaikum...


Korang biasa tak dapat email camni tak?,



Aku dah naik bosan, asik nak kene blocked address email camni je,
Bukan orang yg sama, ntah macam-macam orang,
Konon la, menang tu la, menang ni la, nak melabur la,
Macam la kita tak tau mana yang betul dan mana yang tak betul,
Berpuluh dah aku blocked, ada yang masuk lagi,
hari-hari pulak tu.

.: Exclusive Offer : Parkson Birthday Special With BonusLink :>

Assalamualaikum...



BonusLink email kat aku "Exclusive Offer - Parkson Birthday With BonusLink - June 2012",
sebab besday aku adalah pada bulan Jun,
kira ni nak menghargai kesetiaan kita pada BonusLink la,
Terima Kasih BonusLink!,
Korang ada kad BonusLink tak?,
Korang guna tak?
Aku, selalu guna guna kad BonusLink tu tuk isi minyak ngan beli barang kat Parkson,
dapatlah point,
banyak lagi tempat yang korang bley collect point,
tapi aku tak pernah pun redeem,
sebab tak banyak pun, malassss...,

.: Part 9 : Review Blog Mfiras Firdaus :.

Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnya khas aku buat tuk mengingati balik mase memula aku menulis kat blog "Memori Terindah Muhammad Firas Firdaus bin Faizal" tahun 2007. Dan...aku ingat nak "delete" blog ni pas aku abis copy sume kat blog ni. Sekian, terima kasih.


Firas kene demam campak...

 
19 Julai 2007
Petang 17hb, g umah tok besah...tgk Firas ni kene demam campak ke tak...sbb mak mertua tengok mcm nak kene demam campak, so ubat selsema, demam n batuk tak kasi la kat Firas...sian katFiras...terbatuk2 dia klu tido...tok tu kate mang dh kene pun...bgFiras minum air kelapa...bg cepat baik...siannye...mlm tak bley tido sbb bdn dia gatal2 kan...panas plak tu...ibu pun dok berjaga mlm klu Firas tak bley tido...asyik merengek je...nak mintak dukung...sbb badan dia tak sedap kan...ni dah 3 ari Firasdemam...mintak2 la baik cepat sket...mlm td alhamdulillah gak la...dia bley tido...penat kot...bangun mlm minum susu 2 kali je...berbanding semalamnye...asyik terjaga je...sian anak ibu ni...

Aksi Firas Tido...

 
25 Julai 2007





Aksi si kecik Firasmasa tido...ni keje ibu ngan ayah dia la, sbb sblm ni dia tak pernah tido ngan gaya camni...tetibe je mlm aritu dia tido camni ngan tgn kat atas dahi...dok pk ape erk...hihihi...ape lagi amik la gamba dia...skang ni klu mlm suke plak dia tido tutup muke...kdg2 dia tutup sendiri ngan bantal...syokkkk kot tido camtu.....hihihihihi....

Wednesday, May 30, 2012

.: # 28 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...



Study week! haha...konon je...

Tuesday, May 29, 2012

.: Petua Sihat :.

Assalamualaikum...

Nak share ngan korang semua tentang tip sihat.
Jom!

WAJAH SEGAR DENGAN EPAL HIJAU


GARAM KASAR ATASI MASALAH KAHAK

SERAI BUANG ANGIN DARI TUBUH


info disumbangkan oleh pama

Monday, May 28, 2012

.: Ikatan Persahabatan Yang Lahir Dari Hati Yang Ikhlas :.

Assalamualaikum...

Kisah ni lama dah...tahun 2007 lagi, tapi aku masih teringat sampai sekarang. Masa aku lapor diri kat JPM, Putrajaya dulu, aku p sendiri. Tak ada kawan. Gementar gak, tapi tawakkal je la. Nasib baik aku tau gak selok belok Putrajaya tu. Aku tengok majoriti yang p sume bawak famili. Tak ramai pun yg p sorang-sorang. Masa aku tunggu nak masuk dewan tu, aku nampak budak perempuan ni pun sensorang gak. First time aku tengok dia, "nampak cam sombong je, cam tak friendly je". Aku cam segan la nak tegur. Takpe la. Aku pun masuk tuk Dewan tuk lapor diri. 

Masuk-masuk Dewan tu, "mana nak duduk ni?". Aku duduk la sebelah budak perempuan yang aku tengok sensorang tadi. Dalam sesi taklimat tu, "eh, ramah la plak budak ni!". So, sembang la serba sedikit pasal diri masing-masing. Nama pendek dia Zila. Masa tu dia tengah pregnant anak ke 4, kalau tak salah la. Berasal dari Terengganu. Tumpang rumah kawan dia, wat sementara waktu ni. Husband ngan anak dia ada kat Terengganu. Aku pun kata "Kita senasib...". Sebab hubby ngan anak aku pun ada kat Kedah.

Masa sesi penempatan. Aku dapat kat Kementerian Wilayah dia plak dapat kat Kementerian Kerja Raya. Kalau boleh aku takmo la kat Putrajaya, cam jauh sangat, sebab aku lagi serasi keje area Kuala Lumpur. Dan, dalam masa yang sama ada pulak, kawan ni takmo area KL, "alhamdulillah...". So, aku tukar suka sama suke ngan dia, tak silap aku nama dia Sofia. Dian amik Kementerian Wilayah aku amik Kementerian Kerja Raya, sama ngan Zila.

Kami pi lapor diri sama-sama. Nasib Zila baik sebab kat Terengganu ada kosong, so dia bley p JKR Terengganu. Aku?. Still kene kat JKR HQ gak. Tak pe la, bley je. Tak kisah. Zila kene balik Terengganu tuk lapor diri kat sana plak. Sian kat dia, sebab takde sape nak tolong tuk ambik barang dan hantar dia kat Stesen bas. Ntah camana, aku tergerak hati nak tolong padahal aku baru je kenal dia. Tak tau pun dia ni camana, tapi aku tau hati Zila ikhlas. 

Pas, lapor diri kat KKR, aku teman dia beli tiket bas kat keramat, pastu singgah makan kat bawah umah sewa aku. Dah kebetulan lalu kat situ kan. Pas makan baru aku anta Zila balik Putrajaya. Dia try call sepupu dia, nak mintak tolong, tapi tak dapat. So, aku kate jom la tido umah sewa aku kat keramat, sok pagi bley singgah anta Zila kat Hentian Putra. Zila pun setuju. Dan aku tolong dia angkat barang-barang dia buh dalam kancil aku tu. Aku ingat lagi, kawan dia siap tanya, "lama dah ke kenal?". Aku kate "baru je kenal masa lapor diri tadi...". Kawan dia cam tak caya je, sebab dia nampak antara aku ngan Zila cam dah lama kenal.

Malam tu Zila tido kat umah sewa aku, kebetulan plak ada kakak housemate aku tu balik kampung so, aku suh dia tido atas katil kakak tu. Settle dah satu perkara.

Sok pagi tu on the way aku nak pi JKR HQ, aku singgah anta dia kat Hentian Putra. Aku tolong dia angkat barang-barang dia, sebab dia kan pregnant, aku tak sampai hati. Dan itu la kali terakhir aku jumpa dia face to face. Nak 5 tahun dah aku kenal Zila. Still contact lagi sampai sekarang. Dah 5 orang pun anak dia sekarang. Zila pun dah tukar jabatan lain, sama plak ngan jabatan aku sekarang cume dia kat Negeri Terengganu, aku plak kat Pulau Pinang. 

Bila aku fikir balik. "Dengan siapa pun kita boleh bersahabat, tapi yang penting keikhlasan yang lahir dari ikatan persahabatan tu, samada ikhlas ataupun tidak. Kalau ikhlas persahatan yang dibina tu akan kekal sampai bila-bila...".



Ni la Zila, sahabat jauh aku tu....


Ni Zila ngan bb dia yg ke-5

Sunday, May 27, 2012

.: Menyopping Dengan Anak-Anak :.

Assalamualaikum...


Hari ni keluar pi Tesco ngan anak-anak. Boring dok kat umah je. Nak kene keluar gak cuci-cuci mata sikit. Beli barang dapur yang cam tau-tau je abis, bila tibe hujung bulan. Anak-anak plak nak habuan gak la...tu mainan sorang satu. Kene beli sama, kalau tak nanti berebut. Susah.

Saturday, May 26, 2012

.: Sertailah Konsert Kenangan Sudirman :.

Assalamualaikum...


Irama dan Lagu, tidak dapat dipisahkan. Begitu juga Sudirman dan Malaysia.

Lagenda seni tanahair, Allahyarham Sudirman adalah di antara bintang kelahiran Malaysia yang telah menempa nama di dalam dunia hiburan tempatan dan antarabangsa serta terukir kekal di hati ribuan peminatnya sehingga hari ini.

Sempena kempen AKUSUDIRMAN, Astro dengan bangganya ingin meraikan nostalgia ini dengan lagu dan program-program menarik termasuk filem Hoore Hoore yang menampilkan seleksi karya muzik beliau yang tiada tandingan.

Sertai kami di dalam Konsert Kenangan Sudirman bertempat di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada pukul 9.00mlm pada 3 Jun 2012.


.: Hubby Outstation :.

Assalamualaikum...

This weekend hubby outstation kat Banting, Selangor. So, bertiga je la kitaorang. Sunyi plak hubby tak de. Nak kuar pi jalan-jalan pun malas. Tak de mood la. Tapi sian plak kat anak-anak. Asik dok umah je, dah lah time weekday pun dok umah, weekend pun sama?. Ishhh...teruk la ibu ni...


Ok, sape peminat MotorCubprix ni bley la p meninjau kat Bandar Mahkota Banting ye...
takpun kat Astro pun ada life sok.

Friday, May 25, 2012

.: Reply From Perodua :.

Assalamualaikum...


Aritu kan aku ada share cerita pasal Perodua Kancil aku "Si Biru" tu.
So, Perodua dah reply balik tuk menyatakan penghargaan diatas pengalaman yang dah aku kongsikan.
Korang takmo share ke cerita pasal Perodua korang?,
Jom la share!

.: Renungan : 5 KEKAYAAN :.

Assalamualaikum...

Salam Jumaat Semua!
Bersyukur kita kerana masih diberi peluang untuk melihat bumi Allah ini,
Masih sihat, masih boleh melihat, masih boleh bercakap, masih boleh mendengar dll,
Alhamdulillah!
Ok, aku nak share ngan korang pasal "5 Kekayaan".
Aku kopi n pasta dari email yang membe aku fowardkan kat aku,
Jom kita renungkan bersama.



Thursday, May 24, 2012

.: Part 8 : Review Blog Mfiras Firdaus :.

Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnya khas aku buat tuk mengingati balik mase memula aku menulis kat blog "Memori Terindah Muhammad Firas Firdaus bin Faizal" tahun 2007. Dan...aku ingat nak "delete" blog ni pas aku abis copy sume kat blog ni. Sekian, terima kasih.



Balikkkk Kampungggg!!!!

13 hb Julai 2007
Balik kampunggggg!!!!...lamenye tak bawak Firas balik kampung ibu...rindu kat nenek...Bertolak jam 5.45pagi...sbb nak smpi awal kat kampung...tp yg tak beshnye...Firas ni cam batuk plak...smlm ok je...smpi kg...dia tak mau bl nenek nak pegang...tak kenal lagi kot...lama2 baru la ok...klu tak asyik paling kat ibu dia je...ptg tu tgk bdn Firas cam panas je bawak g klinik la...doktor kate Firastekak dia merah...ada jangkitan kuman sket, nak demam n batuk...ptg tu gak Faiz smpai (anak kakak)...tak kenal lagi...br nak kenal2, senyum2...




























ni gamba Muhammad Faiz Anwar, aritu lupe nak amik gamba dia terbaru...dh pandai meniarap...panggil dia sibulat...hihihi...sbb mate dia bulat....geram tgk badan dia montel sgt2....tp sian kat Faiz...Firas suke amik mainan Faiz mainan dia, dia tak mo main...Faiz plak tak reti main lagi...tengok je la...mst besar nanti klu dh pandai main, Firas suke rebut mainan Faiz...abis la...
14hb Julai 2007
Firas dh tak sihat tp still ok lagi bley main...mcm sihat je...selsema dh menyerang...rsnye aritu br je selsema...tp kate siti wife adik...dia kan keje kat klinik skang ni mang musim baby demam...ari ni adala ari tuk Firas kenal balik pakcik n nenek2 sedara dia hehehe...lama tak blik kan...lupe la...bl dh kenal...ermmm...seronok la dia kene usung sana usung sini...sume nak kendung dia...siap pakcik nanang dia bwk jalan2 naik motor lagi...suke sgt la dia...
15 Julai 2007
Ermm..cepatnye masa berlalu...dh nak kene balik kedah plak...bl la nk bawak Firas blik kg lagi...Sedih je nak tinggalkan kampung....huhuhuhu....

Wednesday, May 23, 2012

.: "What's Your Perodua Story?" :.

Assalamualaikum...

Untuk makluman anda semua, Perodua mengadakan Kempen "What's Your Perodua Story?" . Apa sahaja cerita yang anda nak dikongsikan pasal kereta keluaran Perodua boleh dikongsikan dalam segmen ni. Anda semua yang ada kereta keluaran Perodua mesti ada kisah suka dan duka kan?. Aku? Mesti la ada.
Aku memiliki kereta Perodua Kancil tahun 2004, hasil titik peluh aku sendiri selama 3 tahun kerja. Tu je la kereta yang mampu milik masa tu. Takmo beli kereta mahal-mahal sebab takmo nak bebankan diri sendiri. Seminggu pas aku dapat kereta tu, aku dah langgar "bumper" kete orang. Almaklumlah, belum berapa nak mahir kan memandu kereta. Masih tak boleh nak budget bila nak undur kereta. Melayang gak la RM aku nak baiki kereta kancil tu.



Ku namakan Kancil aku itu "Si Biru", sebab dia kaler biru. Si Biru tu aku dah bawak ke merata tempat. Aku pernah bawak dia sampai ke Muar, Johor masa tu ada kenduri bertunang kawan baik aku masa belajar kat UTM dulu. Pastu penah ku bawak dia gak pi Negeri Sembilan, tapi aku tak ingat nama pe tempat tu. Yang tu pun ada kenduri kawin abang housemate aku dulu. Jauh gak kan perjalanan Si Biru ni.

Si Biru ni jugak la yang membawa aku ke SPA, Putrajaya untuk pi interview. Bila dah dapat tawaran keje, dia gak la yang aku bawak tuk lapor diri kat Putrajaya. Bila aku dapat transfer kerja ke Pulau Pinang, aku travel dari KL ke Sungai Petani (umah mak hubby) dengan Si Biru tu jugak. Sehingga ke hari ini, hari-hari la aku berulang pi kerja ngan balik kerja dengan dia dari Sungai Petani ke Butterwoth.

Sebab pe aku mang serasi ngan kancil biru aku ni?
1. Kecik dan sesuai dengan perempuan
2. Minyak save
3. Senang nak parking
4. Laju pun laju
5. Senang bila bawak anak-anak, sebabnya jarak antara seat tak jauh
6. Banyak lagi la kelebihan dia.


Dalam tempoh lapan tahun ni banyak sungguh kenangan suka duka aku ngan kancil biru ni. Dan aku akan bersama Perodua Kancil ku ni sampai bila-bila.

So, jika korang nak kongsikan cerita pasal kereta Perodua korang jom KLIK KAT SINI 


Pastu lengkapkan ruangan tersebut, dan korang boleh share cerita korang.





Tuesday, May 22, 2012

.: Jom Baca Novel # 8 : Maaf Jika Aku Tak Sempurna :.

Assalamualaikum...

Jom baca novel lagi,
Besh gak citer ni, terbitan KAKI NOVEL,
Karya Acik Lana,


Monday, May 21, 2012

.: Apa Saje La! :.

Assalamualaikum...



Apa saje la yg dibualkan oleh budak dua orang ni. Macam syok je. Si abang tengah tolong lukiskan gamba lori kat adik dia. Adik dia tengah gile suh orang lukis gamba macam-macam jenis lori. Selalu aku ngan hubby la yang kene. Hubby lukis cantik la, sebab tangan dia tangan seni. Aku? bley gak, tapi tak secantik hubby la. Kalau aku ngan hubby keje Tok Mie dia la yang jadi mangsa. Sampaikan Tok Mie dia dah tak larat nak tolong lukis. Sat lori sampah, sat lori barang, sat lori minyak, sat lori kontena. Bak kate sume jenis lori la. Tapi, ada gak kebaikan dia, bile naik kete dia dah tau lori apa yang dia nampak. Dia bley cam sume jenis lori. Pandai gak dak kecik ni.

Sunday, May 20, 2012

.: Terima Kasih Firas :.

Assalamualaikum...

Hari ni kat sekolah Firas ada majlis untuk meraikan "Hari Ibu". Cikgu Rehan ngan AJK Tabika Kemas buat jamuan makan sikit, tuk meraikan Hari Ibu. Dapat kad Hari Ibu dari Firas. Terima kasih sayang!. Walaupun simple, tapi sangat-sangat ibu dihargai.



mungkin yang Firas lukis tu gamba ibu ngan ayah la kot. Lucu. 

Thursday, May 17, 2012

.: Part 7 : Review Blog Mfiras Firdaus :.

Assalamualaikum...

Entry ni sebenarnya khas aku buat tuk mengingati balik mase memula aku menulis kat blog "Memori Terindah Muhammad Firas Firdaus bin Faizal" tahun 2007. Dan...aku ingat nak "delete" blog ni pas aku abis copy sume kat blog ni. Sekian, terima kasih.



Firas dah 8 Bulan arini!!!

Arini 27 Jun 2007, Muhammad Firas Firdaus dah 8 bulan...cepatnye masa berlalu...dah 8 bulan dh Firas...Ibu ngan Ayah mendoakan semoga Firas sihat slalu, jadi budak yang bijak...pandai, bley berdikari sendiri, bertanggungjawab...dan yg penting dengar kate ibu ngan ayah...ibu ngan ayah sayang sgt kat Firas tau!!!
Nak citer ni...pagi tadi Firas buat hal plak...ibu ngan ayah tgh sibuk siap2 nak g keje...dia plak bangun...so ibu biar je la Firasmain sorg2...pastu tibe2 je terbau sesuatu..."pesal cam bau minyak angin je?"...ermm...bl ibu tgk je..."Ya Allah...Firas...apa yg Firas buat ni????", rupenye dia pi main botol minyak angin...tak tau camne bley pecah maybe dia lempar la kot...tp tak dengar la plak...abis sume tumpah kat lantai...smlm la dia kembung perut buh minyak angin, tak sempat lagi nak simpan dia dh nampak dulu...ermmm...ibu kate kat Firas, "time sakit perut org buh kat perut dia nak urut mengamuk ni...sibuk plak nak lulur kat badan dia..." eiii...nakal btul la...dak kecik ni...bl kite tegur dia pasal ni...dok sengih je...dia ingat ibu kate ape kot kat dia...padahal kite geram...skang ni dia pantang nampak apa sj benda...klu botol air sume dia tumbangkan...klu ada brg kat bakul kat plastik sume dia punggah keluar...aduiihhh...smlm tok mi dia kate...Firas arini kupas bawang kat dalam plastik hahahaha...ibu dh tergelak...ape laFiras ni...nak masak ke?
Tu la ragam Firas...sepanjang 8 bulan ni....

Wednesday, May 16, 2012

Tuesday, May 15, 2012

.: Segmen Blogwalking & Follower Diari Farisha Bulan Jun :.

Assalamualaikum...



Terima kasih pada tuan blog CIK FARISHA yang sudi menjemput aku tuk join yang dianjurkan olehnya: "Segmen Blogwalking & Follower Diari Farisha Bulan Jun".
U all nak join skali tak? Bley tambah sahabat blog lagi,
Suke, suke, suke!
<< JOM JOIN! >>                          

.: 15 Mei 2001 - 15 Mei 2012 :.

Assalamualaikum...

Hari ni genap 11 tahun dah arwah Hamzah bin Ngiman, meninggalkan Baniah, Hanizah, Haryati, Faizal dan Farizol. Rasenya baru semalam je abah pergi. Teringat balik masa hari kejadian, abah meninggal sebab jatuh dari tempat tinggi masa buat umah kawan dia. Masa tu aku takde kat kampung, hari kejadian tu ari selasa. Hari ahad sebelum tu abah antar aku kat stesen bas Kuala Selangor, sebab dah janji ngan kawan aku Liana nak cari keje. Betul-betul baru lepas grad, so sementara nak dapat keje yang ok, ingat nak cari keje yang biasa-biasa je la. Aku ingat lagi pesan abah "Kalau tak cukup duit, nanti balik la kampung...". Itu la ayat terakhir abah pada aku. Sebab lepas tu abah dah tak bercakap dah.

Selasa 8hb Mei 2001. Petang tu abah jatuh. Aku dapat call dari kakak aku tengah malam tu, sebab abah terlalu kritikal. Dulu mana ada handset lagi, so kene call telefon umah. Masa aku dengar kakak kate abah kritikal, aku cam tak caya, aku mimpi ke?. Tapi tak. Air mata ni tak yah kate la, mang tak berenti. Semangat aku hilang. Nasib baik kawan aku Liana tu ada, so, dia yang tenangkan aku. Dia suh aku baca Yaasin, sementara nak p tengok abah sok ari.

Pagi 9hb Mei 2001. Aku bertolak pagi-pagi p Stesen bas Klang. First time aku nak naik bas p Hospital Klang (Ampuan Rahimah). Tak tau. Tapi aku tanya kat orang yang ada kat situ. Masa aku dah naik bas tu ada sorang pakcik tu dok sebelah aku, dia tanya aku nak p mana, mungkin masa tu dia tengok muke aku sedih kot. Aku kate la nak p Hospital Klang, abah masuk icu. Aku citer la first time nak p situ, tak tau nak naik bas apa bila sampai Klang. Alhamdulillah, mungkin kuasa Tuhan kan, masa kita susah ada gak orang nak bantu kan. Bila sampai Klang, pakcik tu teman aku p carik bas yang lalu kat depan hospital. Alhamdulillah, sampai gak aku kat hospital tu. Terima kasih pakcik!

Sampai hospital, aku tengok je muke mak, aku terus nangis. Sedih. Mak bawak aku masuk tengok abah. Bila aku tengok. Tak sampai hati la. Sedih sangat, kepala abah berbalut, rambut abah abis kene cukur. Abah koma, sebab hentakan kat kepala terlalu kuat. Ada pendarahan dalam kepala abah. Doktor dah operate, tapi darah still keluar lagi. Doktor kata peluang abah untuk hidup hanya 50-50. Kalau hidup pun mungkin tak bley sempurna macam sebelum ni.

Sepanjang abah dok kat icu, aku ngan mak tak balik umah. Tunggu abah. Kami tido kat surau. Nyamuk banyak tapi kami tak kiah pun. Kami tido kat tempat tunggu pesakit. Kami tak sanggup nak tinggalkan abah. Takut kalau jadi apa-apa kat abah, takde sape nak tengok-tengokkan.

Sepanjang abah hidup, abah la orang yang paling baik sekali yang penah aku jumpe. Abah tak pernah tinggikan suara ngan anak-anak dia. Nak pukul lagi tak pernah. Abah cukup sayang ngan anak-anak dia. Kalau anak-anak dia buat hal pun, hanya nasihat yang dia bagi. Bila aku buat salah, dan mak marah aku. Abah la pembela aku.

15 Mei 2001. Genap seminggu abah kat icu. Hari abah dah tiba. Aku sendiri menyaksikan nafas-nafas terakhir abah. Abah pergi buat selamanya. Aku tekilan sangat sebab aku tak sempat nak membalas jasa-jasa abah selama abah membesarkan aku.

Berbulan jugak la aku tak bley terima kenyataan bahawa abah dah takde. Emosi aku bercelaru. Fikiran tak tenang. Asik teringat abah je. Bila teringat aku menangis. Mak apetah lagi. Tapi lepas, makcik aku bagi semangat, alhamdulillah aku bangkit semula tuk teruskan kehidupan.

Kepada sesiapa yang penah kehilangan abah atau mak, keluarga terdekat ke...tau la camne rase 'kehilangan' tu. So, sape yang masih ada abah atau mak, hargai la mereka sementara mereka masih hidup.

Sekian.

Al-Fatihah tuk arwah Hamzah bin Ngiman.

.: Camne Nak Daftar ngan NUFFNANG :.

Assalamualaikum...

Korang minat nak ada blog? 
Dah ada dah...!,
So, ada akaun ngan NUFFNANG?
Takde?
Tak tau nak daftar?
Jom kita blaja sama-sama,

Firstly, korang kena bukak web NUFFNANG 


Pastu KLIK kat daftar tu, Sign Up As : Blogger ok. Dah abis daftar tu, korang lengkapkan Biodata Blogger. Ok, kat bawah ni menerangkan lebih lanjut kenapa korang perlu lengkapkan biodata tu;


Pastu buat yang ni;


Dah settle buat yang ni plak;


Ok, iklan perlu diletakkan di tempat yang betul di dalam blog korang. Kenapa???, nanti kita cerita ok.
Kalau korang dah daftar ngan Nuffnang, haruslah korang baca semua yang ada kat web dia, banyak yang perlu dipelajari. Klik je semua yang ada kat Nuffnang tu, tak salah la...Baca je!




Ok, siap dah kan? Apa lagi tunggu la iklan Nuffnang tu berlegar-legar kat blog korang.
Happy blogging!

Monday, May 14, 2012

.: Macam Tau-Tau Jer :.

Assalamualaikum...

Tadi aku tergerak ati nak call mak kat kampung.
Dah nak dail dah nombor mak. Tapi....,
"Check kredit dulu".
"Alamak! tinggal RM4 je, mana cukup".
Tak bley la nak cakap banyak-banyak.
Takpe la.
Sok je la aku call mak.
Tengah dok layan blog, tiba-tiba telefon aku bunyi.
"Mak call aku?", "Yeye!",
Tula kan, macam tau-tau je kan anak dia nak call tapi tak jadi,
TERIMA KASIH MAK!, SAYANG MAK!

.: Terima Kasih NUFFNANG :.

Assalamualaikum...

Terima kasih banyak-banyak kat NUFFNANG sebab tambah lagi jumlah pendapatan kat akaun Nuffnang aku. Walaupun tak banyak tapi cukup bermakna buat aku. Ada gak rezki aku. Takde la sampai dapat BE ke ME ke. Blog aku tak sampai lagi ke tahap tu. Cume takat kat bawah ni je:


Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan?. Lagi pun niat aku ber'blogging' ni tuk suke-suke je, takde la serius yang amat. Cukup la setakat sehari satu entri, aku tak mampu nak buat entry banyak-banyak, takde modal, tak tau nak citer pe. Kadang-kadang takde masa nak mengadap laptop berjam-jam. Almaklum la anak aku ni kadang-kadang perangai dia macam-macam. Asal nampak je ibu dia mengadap laptop, mula la nak mintak yang tu la yang ni la, so dan dan idea aku ilang nak menulis.

Sunday, May 13, 2012

.: Mak... "SELAMAT HARI IBU!" :.

Assalamualaikum...

Hari ni HARI IBU kan?,
Istimewa buat makku yang tersayang,
Yang dok jauh nun kat Tanjong Karang,
Mak! Selamat Hari Ibu,
Terima kasih dengan apa yang telah mak berikan selama ni,
Terima kasih Mak!


Sayang Mak! Emmuah!



Famili ku yang ceria-ceria belaka!


Tak lupe gak ku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mak Mertua ku!,
Selamat Hari Ibu Mak!,

Kepada sahabat-sahabat yang lain,
Selamat Hari Ibu jugak,
Sebenarnya hari-hari adalah hari Ibu kan?